Bab 2-Dugaan

Fanfiction Series 553

"Nak pergi mana ni?"Dinda dan Khairul yang tadi ingin keluar dicegah oleh papa mereka,Hashrul.

Hashrul,papa mereka melihat beg-beg yang dibawa mereka"Kenapa?Tak suka kat sini?"

Khairul memandang Dinda yang juga rasa bersalah kerana menonjolkan rasa tidak selesa di rumah itu.

Memang,semuanya telah hilang.Rumah itu yang dulunya saksi kebahagian keluarga kecil mereka kini telah tiada sejak mama mereka,Khadijah menghilang entah kemana.

Dan tentu saja,posisi Khadijah sebagai mama mereka yang juga isteri kepada Hashrul telah diambil alih oleh seorang janda beranak kembar.

Tapi,ketahuilah.Bagi Khairul dan Dinda,tiada yang dapat mengganti Khadijah sebagai ibu kesayangan mereka.

Kenapa?Sikap ibu tiri mereka begitu jahat.Dia hanya berpura-pura baik di depan papa mereka.Dasar!

Tiba-tiba datang Miriam,mama tiri mereka dan dua anaknya iaitu Bella dan Billy.Mereka kembar tapi beza jantina berumur 21 tahun.

"Ei?Dah nak balik ke?Awal sangat.Baru semalam,takkan malam ni dah nak balik?Duduklah sini beberapa hari lagi."Kata Miriam.

Khairuk dan Dinda sudah terbiasa menghadap sikap Miriam yang talam dua muka.

"Memangnya korang ada hal ape eh sampai tak suka duduk dengan keluarga?"Sampuk Bella pula.

Hashrul hanya memicit keningnya yang susah merapatkan kembali hubungan keluarga mereka.Kenapa kamu tak suka kan mama tiri kamu?

"Tak adalah,pa.Saja nak balik.Kalau macam tu kitorang balik dulu lah ye?"Kata Khairul sambil menghulurkan tangan dan tunduk ingin bersalaman dengan Hashrul.

Hashrul pun bersalam dengan kedua anaknya tapi bila Miriam menghulurkan tangan,mereka seolah tidak melihat Miriam.Mereka meninggalkan tempat itu begitu saja.

Hashrul pula sedikit marah melihat sikap kedua anaknya itu yang kurang sopan.

"Maaflah,Yam.Sebab anak saya sampai sekarang tak terima awak lagi."

"Tak apa.Saya faham."

~~~

Setelah balik ke rumah sewa mereka,Dinda dan Khairul mengemas barang di bilik masing-masing.

Setelah selesai,Dinda keluar dan duduk di luar rumah mengambil angin malam sambil merenungi kisahnya selama ini.

Dinda seorang yang pendiam.Sejak sekolah lagi,tidak ramai yang ingin berkawan dengannya kecuali Shasha,kawannya sampai sekarang.

Salah satu sebab jarang yang ada nak dekat dengan dia,penampilan.Bukannya dia tak cantik.Setiap orang ada kecantikannya sendiri.Tapi dia menutupi kecantikkannya dengan penampilan yang cukup 'nerd' sehinggakan orang ramai menjauhinya.

Alasannya lagi,sikapnya.Sikapnya yang begitu pendiam dan tidak mampu membuat suasana menjadi bahagia dan selesa,semuanya bosan.Tidak ada gurau canda yang dapat dimunculkan jika bersama orang ini kerana begitu datar.Seperti tak berperasaan,tapi...Faham lah,dia bukan tak ada perasaan tapi dia mengalami depresi.Kemurungan yang melampau sehingga mengakibatkan dia sukar berinteraksi dengan orang luar.

Dengan abangnya sendiri juga dia tidak ingin menceritakan apa yang pernah berlaku.

Sikap abangnya juga sama.Pendiam tapi menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.Dia menyayangi adiknya melebihi nyawanya sendiri.

Tiba-tiba Khairul datang dan mendekati Dinda"Dinda buat apa?"

Dinda mengangkat kepalanya dan memberikan senyuman kecil lalu menggelengkan kepalanya.

"Dinda tunggu sini.Abang buat air untuk kita,ye?"

Dinda menganggukkan kepala dan tersenyum kemudian Khairul segera pergi ke dapur.

Tidak lama kemudian,bunyi pasu jatuh dan pecah kedengaran dan membuat Dinda terkejut.

Dinda pun berdiri dan cuba mencari asal suara tadi dan tiba-tiba mulut nya seperti ditutup menggunakan sapu tangan dan tangannya ditarik paksa.

Dinda segera menolak sekuatnya dan melihat seseorang yang berpakaian hitam,bertopi hitam dan pelitup muka hitam.Siapakah itu?

Baru saja orang itu ingin menarik tangan Dinda tapi Dinda mengelak dan mencuba untuk melarikan diri.Akhirnya,orang itu mengangkat batu yang sedikit berat dan membalingnya ke arah kepala Dinda.

PUBB!!

Orang tadi segera melarikan diri bila mendengar panggilan dari Khairul"Dinda.."

Dinda jatuh pengsan dengan darah yang mengalir.Khairul yang baru datang dan terkejut segera melepaskan dua cawan yang dipegang dan mendekati adiknya itu.

"Dinda!!Dinda!!"

----

Delyna menutup bukunya dengan kuat sebab sakit hati membaca kisah yang asyik harus menghadapi dugaan yang begitu sukar.Macam mana korang masih bertahan sampai sekarang?Aku rasa macam nak pergi dari dunia ni.

Delyna mendekati tebing bukit dan melihat langit yang mendung dan tak lama lagi akan hujan.

Tiba-tiba,tanah yang dipijak Delyna sepertinya ingin retak dan akhirnya.....

"Aarkhhh!!!!!!!"

Delyna jatuh dari bukit yang tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience