Seorang perempuan nampaknya sudah sedar dari komanya selama 2 minggu ini.
Perempuan itu memegang bahagian kepalanya yang sakit dan masih dibalut"Ahh!.."
Perempuan itu memperhati sekeliling dan pelik"Hari tu aku jatuh...Aku fikir lepas tu aku akan mati.Aku masih hidup rupanya?"
KREEEKK..
Seorang lelaki masuk dan terkejut apabila melihat adik tercinta sudah sedar dari komanya"Dinda!"Khairul yang begitu teruja keluar dan memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Dinda.
"Hah?Siapa tu?Dinda?Dia panggil aku ke?"Dia begitu pelik dan duduk dari baringnya.
Tak lama kemudian datang Khairul dan doktor segera mendekatinya"Dinda.."
Doktor tadi pun memeriksa kadar denyut jantung Dinda dan memeriksa bahagian lainnya kemudian tersenyum.
"Syukurlah.Baru 2 minggu,keadaannya dah membaik.Dia dah sembuh tapi bahagian kepalanya masih perlu dirawat.Dia kena tinggal kat sini 3 hari lagi sebelum dibawa pulang ke rumah."
"Betul ke,doktor?Syukurlah,berkat Allah.Terima kasih doktor,saya betul-betul tak sangka kalau dia akan sedar hari ni."Kata Khairul yang penuh kesyukuran dan kegembiraan.Satu-satunya adik yang perlu dijaga dan disayangi akan kembali ke pangkuannya.
Dinda tersenyum"Em..Doktor,saya tak boleh pulang hari ni ke?"
"Belum..Sebab kamu masih belum sembuh sepenuhnya."Jawab doktor.
"Mama saya mana?Dan lelaki ni siapa?"Tak akan aku koma dan sakit terlantar kat hospital macam ni,mama tetap tak nak ambil tahu?Dia sekarang sibuk dengan kerja ke?
Siapa lelaki ni?Apa yang dimaksudkannya?
Dinda hilang ingatan ke?Tak kan dia lupakan aku kot?Mama?Mama dah lama hilang lah.
"Dinda..Apa maksud Dinda?"Kata Khairul sambil mengusap bahu Dinda.
Dinda mengelak dan menjauhkan dirinya"Kenapa kau panggil aku Dinda?"
Hah?
"Nama aku Delyna bukan Dinda."Hah?Apa maksud semua ni?
Dinda tu kan orang dalam cerita novel.Tapi macam mana pula Delyna boleh jadi.....Dinda?
"Maksud Dinda?Ini abang,Dinda.Tak ingat?"
"Aku tak ada abang."Khairul terkejut mendengar apa yang dikatakan adiknya sendiri.
"Encik Khairul..Boleh kita bercakap kat luar sekejap?"
Khairul yang kelihatan begitu panik dan risau setuju dan mereka berdua pun keluar dan menyisakan Delyna yang kini juga dibelunggu rasa pelik.
"Khairul?Dinda?"Katanya seperti mengenal kedua nama itu.Delyna pun dengan perlahan mencuri dengar melalui pintu.
"Encik.Saya nak bagitahu kalau lepas ni encik kena jaga adik encik baik-baik.Sebab,cik Khadinda memang sembuh.Tapi tidak dengan mentalnya.Dia mengalami amnesia."
Terkejut Khairul mendengar itu.Tiada ekspresi yang dapat digambarkan dari riak wajah Khairul.Khairul memandang doktor dengan wajah datar.
"What?"Delyna yang mendengar turut terkejut"Aku..Amnesia?Tak mungkin.Jap.Bukan nama 'Dinda' dengan 'Khairul' tu watak dalam cerita novel yang aku baca?"Delyna yang tak faham terfikir kalau dia termasuk dalam tubuh Dinda.
Untuk memastikan,dia pergi ke tandas dan melihat sosok dirinya di dalan cermin.Betapa terkejutnya bila melihat wajah bukan miliknya.
"Aku..."Air mata membasahi pipinya."Apa semua ni?Kenapa aku tak mati je?Tu lagi bagus.And...Mama?Macam mana dengan mama?Aku sayangkan mama sebab dia tu mak aku.Tak akan aku tak dapat jumpa mama lagi selamanya?"Delyna menangis dan tidak dapat mengikhlaskan apa yang terjadi.
Dia pun melihat wajahnya yang hodoh bila menangis.Lalu mengesat air matanya dan berusaha menguatkan hatinya.
"Macam mana aku nak balik?Ke aku kena tidur dulu lepas tu bila aku bangun,aku dah pulang?"Delyna pun segera keluar dari tandas dan baring di atas katil sambil menyelimuti dirinya dan mencuba untuk terlelap.
Tapi tetap tidak dapat.
KREEEKK..
Khairul masuk dan mendekati Delyna"Din.."Delyna terkejut dan segera turun dari katil dan menjauhi Khairul"Jangan dekat!"
Khairul sedikit terasa tapi mencuba memahami situasi adiknya"Din.."Katanya sambil mencuba mendekati Delyna.
"Aku kata jangan dekat!"Delyna mengambil langkah berundur dan bersandari di dinding"Kau kena tahu.Aku bukan adik kau."
Khairul hanya menganggukkan kepala"Abang faham."
"No.Jangan gelar diri kau sebagai abang.Aku dah bagitahu.I'm Delyna not Dinda.Understand?"
Baru Khairul ingin bercakap"Di.."Delyna memotongnya"And..Aku nak kau keluar.Jangan datang kat sini lagi!"Kata Delyna yang begitu marah dan sedih.
"Tak boleh macam tu."
"Please?"Mohon Dinda.
Khairul hanya memasang wajah datar seperti tak ada apa-apa sedangkan hatinya begitu resah dari tadi dengan sikap adiknya berubah seperti itu.
Khairul menganggukkan kepala dan keluar membiarkan Dinda,sebagai Delyna rehat dulu.
[Disini,kita menggunakan 'Dinda' sahaja supaya tidak berlaku kekeliruan nanti.]
----
"Delyna!!!!!!"Teriak Della,mama Delyna sambil memeluk tubuh anaknya yang sedang koma.
"Del,bangunlah!!Bangun!!Kenapa buat macam ni?!!!Tahu tak mama sangat-sangat sayangkan Del!!"Tangisan Della teresak-esak sambil menggoyang-goyangkan tubuh Delyna.
Jururawat di sebelahnya memegang bahunya"Puan,pesakit belum sembuh dan tidak boleh dibuat begini.Harap puan jangan mengganggu pesakit dulu."Sarannya demi kepentingan Della dan anaknnya juga.
Della mengundurkan langkah sambik mengesat air matanya dan duduk di bangku yang disediakan lalu duduk diam meratapi anaknya dan merenungi segala yang pernah terjadi.
Share this novel