"Ffftt.."
Tangisannya itu sebak di dada kerana menahan air mata dan tangisan yang diakibatkan oleh permainan hidupnya.
KLEKK!
Pintu dibuka dan masuk seorang lelaki yang kelihatan masih muda.
Lalu lelaki itu mendekati lalu mencangkung memegang pipi wanita yang dari tadi menangis dan mengurung dirinya di dalam bilik.
"Dinda..Kenapa nangis ni?"Namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya,Khadinda atau lebih ringkas Dinda,wanita yang menangis.
"Jawab abang.Siapa yang buat Dinda nangis ni?"Sekali lagi Dinda tidak menjawab dan hanya diam menggeleng kepala.
Khairul,abang kandung Dinda.Khairul memegang kedua pipinya dengan lembut dan mengesat air matanya yang terus mengalir"Tak apa lah.Abang faham,Dinda tak nak bercakap lagi kan?Tak apa.Abang tahu sangat kalau Dinda tak suka kat sini sebab abang pun tak suka kat sini.Jangan risau,malam ni kita pulang rumah kita ye?"
Setelah mendengar itu,Dinda memberikan senyuman paksa untuk abangnya lalu menganggukkan kepala.
----
Tadi tu cerita dalam buku novel yang sedang dibaca oleh seorang gadis.
TOK TOK TOK!!
Pintu diketuk dan dibuka.Si gadis pun mengangkat kepalahnya dan melihat mamanya sedang melihatnya.
"Del.."Panggilnya dan berjalan masuk mendekati katil anaknya.
Si gadis hanya memandang mamanya dengan wajah yang datar seperti tak timbul secebis pun apa-apa perasaan.
"Mama nak cakap kalau esok mama kena outstation.Jangan risau,tiga hari je lepas tu mama balik."
"Buat apa nak bagitahu?Bukan Del tak penting ke?Del dah lama tahu lah,kerja mama lagi penting dari pada anak sendiri.Kan?"Kata si gadis yang bernama Delyna,genap 18 tahun sedang menunggu keputusan SPM keluar.
Delyna pun keluar sambil membawa beg dan buku yang tadi dibacanya dan terus meninggalkan mamanya begitu saja.
"Del...Del!!Dengarlah mama dulu!!"
Ya,kerja memang sangat penting.Sebab duitlah yang melengkapkan hidup kita.Kalau tak ada duit,hidup kita memang susah.
Tapi,sesibuk apapun kita janganlah menyiakan sisa waktu bersama dengan orang yang tersayang.Sehari pun tak apalah,asalkan kita boleh mencipta memori indah bersama.
Delyna bergegas turun dari rumah dan masuk ke dalan kereta milik mamanya.Jangan risau,kereta ni khas untuk Delyna pakai.Mama dia masih ada kereta miliknya sendiri.
~~~
Delyna keluar dari kereta dan masuk ke dalam sebuah restoran untuk menghilangkan rasa marah dan sedihnya dengan makan sepuas-puasnya.
Tapi,baru saja dia masuk,sesuatu yang dia lihat bukanlah sesuatu yang pernah disangkakan.
Dia melihat teman lelakinya dan sahabatnya sedang bermesraan dan bercanda ria di depan matanya sendiri.
Marah dan sedih semakin menguasai dirinya.Apakah ini?Sakitnya bila kekasih yang tercinta mengkhianati cinta yang begitu setia dan mengikat janjinya.Tapi lebih sakit bila sahabat yang paling dipercayai sejak sekian lama mengkhianati kita.Tempat untuk kita meluahkan segalanya,melepaskan segalanya,mempercayainya tapi ternyata dia begitu jahat!Kau jahat!
Delyna berjalan dan mendekati meja di mana mereka tempati"Wow!!"Delyna tetap berpura-pura tersenyum seakan itu benda biasa saja.
Teman lelakinya,Ifan berdiri dan memegang tangan Delyna tapi Delyna menjauh.
Sahabatnya yang sekarang dianggap pendusta,Reena berdiri dan mengibas rambutnya"The end..So,drama dah tamat?Tak payah lah nak berlakon lagi kan?"
Haha!!Dasar pengkhianat!!Delyna mengangkat gelas yang ada di meja lalu menumpahkan air itu membasahi muka Reena.
"Hey!!What the fu*k!!You're stupid!!Do you want to start a game again?"Reena pun mengambil gelas yang berisi minuman Ifan lalu membasahi muka Delyna.
Tiada kata-kata yang boleh dikeluarkan dari mulut Delyna.Tak tahu harus apa yang ingin diucapkan dulu sebab banyak kata-kata yang ingin dilontarkan.
Kenapa kau khianat aku?!Korang tak ada perasaan!!Aku benci korang!!Sanggup kau buat aku macam ni!!I hate you all!Aku benci dunia ni!!
Rasanya ingin pergi dari semua orang.Ke mana saja asalkan boleh membawa diri jauh dari semua orang.
Setelah itu Ifan mencegah tangan Reena yang melayang ingin menampar pipi Delyna.
Peluangnya ingin menampar Reena si pengkhianat tapi Ifan menolaknya dengan kasar"Please!!Jangan buat malu I!Delyna!You tolong pergi sekarang!"
Tak ada perasaan punya lelaki!Dulu yang merayu aku macam orang gila!
Delyna pergi dengan rasa kecewa yang tak dapat dihilangkan.Kenapa dunia ni kejam sangat?Aku bencilah!!Aku nak mati!Nak pergi dari dunia ni!
Untuk mengubati rasa sakit yang terus menerus menikamnya,dia pergi ke suatu tempat yang tenang dan aman baginya.
Di atas bukit.Ya,di sinilah tempat dia mengorek kenangan lama bersama mama dan papanya.Tapi itu semua tinggallah kenangan yang takkan dapat diulang kembali.Setelah papanya meninggal,mamanya asyik sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan anak yang yang bertubi-tubi dilanda stres dan konflik dalam berusaha mencapai prestasi kecemerlangannya selama ini,dalam kalangan rakan-rakan yang hanya menggunakannya demi keseronokan.
Dan dia mengisi masa lapangnya dengan membaca buku novel.Itu hobinya.Dari sana dia mendapatkan banyak pengajaran dan contoh.
Dan di sini,dia menangis sepuas-puasnya di belakang pokok dan melihat ukiran yang pernah dibuatnya bersama mama dan papanya.
Ada namanya,mamanya dan papanya."Pa...Kenapa mama dah berubah?"Dia pun memandang langit yang cerah dan membuka buku novelnya dan melanjutkan bacaannya.
Share this novel