Bola matanya bergerak perlahan-lahan sambil merenung tajam ke arah Dexter yang sedang berjalan keluar dari galeri.
Esoknya, Dexter membuktikan kepada rakan-rakannya dia masih hidup dan bernyawa. Wang taruhan 200 ringgit menjadi miliknya.
Tetapi beberapa orang rakannya masih tidak berpuas hati.
"Aku tak percayalah! Jangan-jangan kau tipu! Kau tak renung pun mata patung tu kan!"
"Eh! Jangan main tuduh-tuduh! Aku memang renung mata patung tu sampai biji mata aku rasa nak terkeluar, tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku. Rasa bodoh ada la!"
"Bohong!"
Dexter benar-benar bengang dituduh berbohong. Dia merasakan perlu berbuat sesuatu bagi membuktikan kebenaran kata-katanya.
"Laa.. patung tu memang tak ada apa-apa! Karut semua cerita yang korang dengar tu. Kalau tak percaya, datang rumah aku dan tengok sendiri! Kali ni aku cabar korang pulak! 200 ringgit!"
Mendengar nilai 200 ringgit yang ditawarkan oleh Dexter , mata masing-masing mulai membulat dengan sinar 'duit' terbayang dimata. Cepat saja mereka bersetuju dengan canaran Dexter .
Ketiadaan bapa Dexter yang ke luar negeri memudahkan lagi aktiviti Dexter dan rakan-rakannya. Mereka menyusup masuk ke dalam galeri.
Mulut masing-masing melopong apabila melihat koleksi patung-patung yang ada di dalamnya.
Apabila mereka melihat patung perempuan yang dimaksudkan, bukaan mulut mereka semakin melebar.
"Wah..macam orang betul-betul!"
"Pergh.. dada dia!"
"Sumpah, kalau dia ni manusia, mahu aku mengorat dia!"
Dexter tergelak mendengar komen-komen mengarut rakan-rakannya itu.
"Ha..korang tengoklah patung perempuan tu puas-puas. Kejap lagi aku datang balik bawa makanan dan minuman.." Dexter berkata sebelum meninggalkan tiga orang rakannya itu mengelilingi patung perempuan tersebut dengan rasa kagum.
Di dapur, Dexter mengeluarkan semua makanan dan minuman yang enak-enak dari simpanan. Semua makanan dan minuman itu ditatangnya dengan dulang besar.
Ketika menghampiri galeri, Dexter berasa hairan kerana tidak mendengar apa-apa suara. Dexter masih tidak mengesyaki apa-apa.
"Hey, korang buat apa kat dalam tu? Kenapa senyap je? Takkan dah kena sumpah kot?" Dexter berkelakar, namun suasana masih sepi. Dexter mula pelik.
"Hei, bukalah pintu ni! Janganlah main-main! Aku tak bagi makan kang!"
Namun, tiada siapa pun yang menyahut. Dexter semakin hairan.
"Haih! Takkan asyik benar tatap patung sampai tak dengar aku panggil? Hoi korang!"
Share this novel