BAB 3

Mystery Completed 315

Apabila masih tiada sahutan, Dexter meletakkan dulang dilantai. Dia membuka pintu tetapi belum sempat mulutnya mengeluarkan suara, Dexter terpana melihat rakan-rakannya bergelimpangan diatas lantai dengan mata masing-masing romping, berdarah! Patung itu pula lagi ditengah ruang.

"Mustahil! Hei! Apa dah jadi dengan korang ni? Mana patung tu?" teriak Dexter ingin mendapatkan Peter yang paling hampir dengannya.

"Lari Dexter ! Selamatkan diri kau!" Peter mengerang.

Tidak sempat bertanya lanjut, tiba-tiba Dexter merasakan ada tangan memegang kakinya.

Dia melihat ke bawah. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat patung perempuan itu kini hidup dalam keadaan separuh badannya tembaga. Hanya tiang bulat yang bercantum dipinggangnya sahaja yang keras.

Dexter berteriak ketakutan. Akibat pegangan kuat itu, Dexter jatuh terduduk diatas lantai.

"Jangan pandang matanya.. lari Dexter ! Lari selamatkan nyawa kau!" Peter masih berusaha berkata-kata.

Patung itu tiba-tiba menoleh ke arah Peter. Kepalanya terangkat tinggi dari lantai. Dihantukkan kepalanya ke kepala Peter! Darah terpercik akibat retakan yang terhasil pada kepala Peter.

Tangan patung itu mencengkam kaki Dexter pula. Apabila patung itu menoleh ke arahnya, Dexter segera memejamkan mata sambil tangannya berusaha meleraikan pegangan patung itu pada kakinya.

Tiba-tiba Dexter merasakan kesakitan yang amat sangat pada pergelangan tangannya. Akhirnya dia terpaksa membuka mata.

"Arghhhh!" Dexter berteriak kesakitan kerana patung itu kini sedang membaham tangannya. Dexter menggelupar.

Dia menarik tangannya sekuat hati. Tuss! Bercerai tangan dari pergelangannya. Dexter meraung kesakitan sambil memegang tangannya yang sudah putus itu.

Menyedari itulah peluangnya menyelamatkan diri, Dexter berusaha bangun. Dia berlari sekuat hati dengan tenaga yang masih ada.

Patung itu mengejar Dexter dalam keadaan menyeret badannya dilantai. Bunyi tembaga bergesel, mengilukan gigi.

Dexter terus berlari dan berlari sehingga akhirnya dia menemui orang ramai. Dia rebah tidak berdaya.

Orang ramai mula memberikan bantuan kepadanya. Dan apabila Dexter menoleh ke belakang, patung tadi tidak lagi kelihatan.

Apabila ditanya, tiada siapa yang mengaku ada melihat patung itu mengejar Dexter .

Dan hanya setelah beberapa tahun kemudian, patung itu muncul semula disebuah tempat, lelongan harta...!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience