IMANINA menggoyangkan kakinya yang tidak mencecah lantai kerana ketinggiannya yang membatasi semua itu. Ibu bapanya pula keluar membeli barang. Dan kata mereka juga, mahu membeli hadiah untuk Imanina.
Imanina hanya menggeleng apabila mereka mengajak sekali untuk mengikuti. Seketika, dia mendengar bunyi loceng rumah. Senyuman manis dikuntum. Dia menapak ke arah pintu rumah. Tombol pintu dipulas dan tersembullah wajah Tuan Zaid bersama Puan Syiela.
"Bismillahirahmanirahhim. Assalamualaikum." Puan Syiela mendahulukan kaki kanannya menjejakkan kaki di atas lantai marmar rumah mereka.
"Waalaikumussalam," balas Imanina perlahan. Dia mengambil beg plastik yang di bawa oleh Puan Syiela. Imanina meletakkan semua barangan kering itu di tempat yang telah ditetapkan. Tangannya lincah bergerak ke sana dan ke mari.
"Terima kasih," ujar Puan Syiela. Imanina menoleh sekilas sebelum kembali melakukan kerjanya. Dia menggeleng perlahan lalu tersenyum manis.
"No need. Iman sebagai anak tahu apa yang perlu buat. Iman tak akan boleh balas budi baik ibu dan ayah." Terus senyuman Puan Syiela dan Tuan Zaid bertukar tawar di dalam diam.
"Nak hadiah tak?" soal Tuan Zaid. Imanina tersenyum lembut. Dia tidak meminta semua itu. Cukup kasih sayang dan perhatian daripada kedua-dua orang tuanya.
"Iman tak minta lah semua tu. Iman tak nak dimanjakan dengan harta dan kekayaan." Dia menggeleng lembut. Tuan Zaid tersenyum.
"Apa-apa je lah. Asalkan Iman dapat hadiah daripada ayah dan ibu. Nanti kalau kami dah takde-"
"Ayah..," panggil Imanina meleret, tidak suka apabila Tuan Zaid bercakap tentang hal kematian. Puan Syiela ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
"Okay, mana hadiahnya?" soal Imanina Az Zahra beriak selamba. Tuan Zaid mencebik. Tangan disilang ke dada.
"Tadi kata tak nak."
"Tadi dengan sekarang lain tau, ayah. Know the difference," kata Imanina bersama tawa kecilnya. Tuan Zaid menarik pipi Imanina. Lantas itu, wajah cantik Imanina bertukar cemberut.
"Ye lah. Perempuan semua nak menang. Pantang kalah betul," perli Tuan Zaid sambil mengerling isterinya. Puan Syiela menampar manja suaminya.
"Ye lah. Ruang tamu, atas meja kopi," maklum Tuan Zaid bersama tawa halusnya. Dia mendapat 'cubitan kasih sayang' daripada isteri tercinta.
"Okay!" Imanina terus membuka langkah menuju ke ruang tamu. Dia melihat meja kopi. Dahi nya berkerut tatkala melihat sebuah kotak putih sederhana besar di atas meja itu. Kaki diatur mendekati meja itu.
"Eh-iPhone?" soalnya sendirian. Dia mengambil kotak telefon pintar itu lalu dibelek-beleknya. Dia punyakah? Telefon pintar ini?
"Ayah!" panggilnya dengan nada tinggi. Dia menghenyak punggung di atas sofa panjang yang berada di ruang tamu itu. Kotak telefon itu setia di dalam pegangan tangannya. Tuan Zaid dan Puan Syiela menapak ke arah ruang tamu apabila mendengar suara gadis itu.
"Untuk siapa iPhone ini ya?" soal Imanina tertanya-tanya. Dia mengangkat separa tinggi kotak putih itu. Tuan Zaid tertawa kecil.
"For you, Imanina Az Zahra." Dia mempamerkan raut wajah tidak percaya. Kepala digeleng perlahan. Tidak percaya pula. Puan Syiela melempar kusyen ke arah anaknya sejak tadi menggeleng sahaja.
"Ibu..." Imanina meletakkan kusyen di sebelahnya. Puan Syiela tersengih kecil. Dia mengangkat bahu tidak bersalah. Gadis itu pula mencebik. Dia membuka perlahan-lahan kotak itu.
Telefon pintar itu dihidupkan. Dia mengerutkan dahi tatkala melihat kad sim sudah sedia ada di dalam iPhone itu. Kening dijongketkan sebelum memandang bapanya.
"Semua dah lengkap. Gunakan baik-baik. Jadikan ia sebagai manfaat." Imanina mengangguk patuh. "Terima kasih!" ucapnya ceria.
"Nak password Wi-Fi!" Imanina tersengih. Tuan Zaid mencebik perlahan. Dia menghulurkan tangan, meminta telefon gadis itu. Imanina meletakkan telefon canggih itu di atas telapak tangan ayahnya.
"Thank you! I love you!" Imanina sengaja membuat flying kiss kepada Tuan Zaid. Tuan Zaid pula sengaja menepis-nepis. Imanina terus mencebik.
"Apa ayah ni..." Puan Syiela tergelak kecil. Kepala digeleng lembut. Ada-ada sahaja gelagat mencuit hati anak dan suaminya.
"Birthday Iman dah nak dekat kan?" soal Imanina. Tuan Zaid dan Puan Syiela mengangguk kecil. Imanina Az Zahra tersenyum nipis.
"18 hari bulan 12 tahun 2006." Terpancul keluar dari bibir kecil itu tarikh hari lahirnya.
"Nak hadiah apa ya nanti?"
"Like I said before, tak nak dimanjakan dengan harta dan kekayaan. Iman tak nak apa-apa pun," balasnya ringkas.
"Kek pun tak nak ke? Jarang betul orang tak nak hadiah waktu birthday ni," balas Tuan Zaid. Imanina menggeleng perlahan.
"Iman lain sikit. Cukuplah iPhone ni. Bukannya murah, mahal." Puan Syiela menggeleng perlahan. Suaminya pula mencebik perlahan.
"Takde, takde. Beli kek juga kalau Iman tak nak apa-apa." Imanina menghela nafas berat. Jikalau satu hari nanti kekayaan ini merosot teruk, tidaklah dia merasa miskin.
"Asalkan bukan kek vanilla dan kek besar. Muak lah nanti..." Tuan Zaid tersenyum kemenangan. Dia tahu Imanina suka benar akan kek coklat.
DIA bermain dengan telefon pintar itu. Tiba di halaman seterusnya, satu maklumat tentang 'cabul' dan 'rogol' tertera di muka skrin. Terdetik di hatinya mahu membaca maklumat tentang itu. Setiap baris ayat di baca satu persatu dan cuba dihadam sebaik mungkin. Jantungnya mula berdegup kencang dan tangannya pula sudah terketar-ketar memegang iPhone.
"Aku--di----cabul ?" soalnya perlahan dan tersekat-sekat. Terus telefon pintar itu dimatikan. Kepala digeleng perlahan. Tidak percaya dengan kenyataan itu. iPhone diletakkan di meja kecil bersebelahan katil tidurnya. Hatinya mula diselubungi rasa yang kurang enak.
HELAIAN kertas yang tidak tersusun di atas meja itu dipandang sekilas. Keluhan kecil dilepaskan. Kaki diatur ke meja kerja. Tangan lincah bergerak-gerak mengambil semula kertas yang tidak tersusun itu lalu menyusunnya semula.
Satu helai kertas tiba-tiba jatuh dari celah kertas-kertas itu. Dia membongkokkan badan untuk mencapai kertas itu. Lidahnya kelu saat membaca pernyataan kertas tersebut. Senyuman manis dikuntum.
"Imanina Az Zahra Elizabeth---" Bibirnya berhenti mengeluarkan buah bicara apabila pintu biliknya dikuak dari luar. Dia tersenyum manis saat melihat suaminya yang datang.
"Tak nak lunch ke?" soal suaminya. Si isteri menggeleng perlahan. Dia menghulurkan kertas sederhana tebal itu kepada suaminya. Bebola mata sang suami mula bergerak-gerak membaca apa yang tertulis di atas kertas itu.
"Dia dah besar, sayang. Jika diizinkan Allah, kita jumpa Imanina bersama Zaid dan Syiela." Isterinya mengerutkan dahi mendengar suara suaminya kian mengendur.
"Abang hilang jejak mereka bukan?" soal si isteri perlahan. Suaminya tersenyum kelat dan mengangguk.
"Usah difikirkan lagi. Percaya dengan takdir tuhan. Berdoa' kepada-Nya. Moga mereka dalam keadaan selamat," ujar sang suami. Isterinya mengangguk perlahan. Kejadian lama kembali menerjah fikiran.
TANGANNYA memegang penghadang anak tangga. Perutnya yang tiba-tiba berasa sakit dipegang. Mukanya berkerut-kerut menahan kesakitan.
"Abang!" panggilnya kuat. Suaminya tergesa-gesa datang ke arah isterinya. Matanya membulat besar tatkala melihat kain yang berwarna peach dipakai isterinya sudah bertukar warna kepada warna merah darah.
"Mak Som! Tolong saya cepat!" Mak Som datang dan mula memapah isterinya ke bilik. Suaminya pula sudah menunggu di luar. Mereka tidak ke hospital untuk proses melahirkan anak.
Agak lama menunggu di luar, bunyi esakan tangisan bayi memecah kesunyian di dalam istana besar itu. Kata syukur tidak habis-habis diucap di dalam hati suaminya.
"Anak perempuan, tuanku," maklum Mak Som. Dia membuka luas pintu bilik itu membenarkan suami serta yang lain memasuki bilik itu.
Langit yang cerah mula bertukar menjadi hitam kelam bercampur merah. Mereka semua terkedu saat kejadian itu berlaku. Lidah menjadi beku. Sang suami menggeleng perlahan. Langit kembali cerah seperti biasa.
"Kita tak boleh biarkan dia, jika tidak, dia akan mati di tangan Aldrich. Bawa dia jauh dari sini. Kelahiran dia sudah diketahui pihak musuh. Kita perlu pergi dari sini dengan kadar segera." Jelas raut wajah si isterinya kecewa dengan bait-bait kata yang meniti keluar daripada bibir Ravaryn.
Share this novel