DIA melihat slip keputusan UPSR itu. Perasaan gembiranya melonjak naik tatkala semua subjek mendapat gred A iaitu cemerlang.
"Ya Allah... How can I trust this grades?" soal Imanina kepada dirinya sendiri. Sungguh dia tidak percaya dia akan mendapat 6A. Dia melihat rakan-rakannya yang lain. Perasaan gembira yang melonjak naik itu semakin kendur.
"Aina, kau berapa A ya?" soal Imanina dengan riak cerianya yang cuba dikawal sehabis baik. Aina mencebik perlahan lalu menggeleng laju.
"3A 3B," balas Aina sedikit kecewa dengan gred yang diperolehi. Imanina tersenyum manis. Dia menepuk lembut bahu sahabatnya itu. Aina memandang wajah putih Imanina.
"Bersyukur, Aina. Cuba kau tengok yang lain, ada lagi yang lagi rendah dari kau. Diorang tetap gembira sudah mencuba sehabis baik. Ada juga yang mahu mendapat gred macam kau. Bersyukur itu penting. Kau sudah bercuba sehabis baik. Ini baru permulaan. Kita ada lagi PT3 dan SPM. Semuanya boleh berubah sekelip mata. Tak semuanya akan berjaya. Tak mustahil orang yang akan gagal pada awalnya, akan berjaya pada akhirnya. Kun fayakun. Allah boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya."
"Ya tak ya juga. Terima kasih. Kau tak nak bagitahu kah berapa A kau dapat, Iman?" soal Aina Sarah. Indah namanya seperti tuan badan.
"6A..."
"Untungnya kau, Iman!"
"Alhamdulillah. Aku berterima kasih kepada Allah memberikan aku kejayaan ini. Tanpa Dia, siapalah aku di muka bumi ini. Kau mohon sekolah di mana ya?"
"Mamaku sudah memohon Sekolah Agama An-Nur. Kau pula?" Raut wajah Imanina berubah keruh. Aina Sarah memandang pelik. Dia menepuk perlahan bahu Imanina Az Zahra.
"Kita tak sama. Aku pula Sekolah Arab Az Zahra. Kelak, jangan lupakan aku." Aina tersenyum manis sebelum mengangguk kepalanya.
"Nama kau ya. Aku pergi dulu ya. Mamaku sudah menunggu. Assalamualaikum." Imanina mengangguk. "Waalaikumussalam." Dia menoleh ke kanan.
"Mashitah!" ujarnya kuat. Mashitah terkejut lalu menampar lengan Imanina. Imanina tersengih tidak bersalah.
"Kau sekolah di mana ya kelak ?" soal Imanina. Setelah mendengar jawapan daripada gadis itu, dia terus menundukkan wajah, menekur simen.
"Hanya aku seorang kah yang bersekolah di Sekolah Arab Az Zahra ?" soal Imanina. Suaranya mengendur. Mashitah tersentak saat mendengar nama sekolah itu.
"Kau Sekolah Arab Az Zahra? Tidak mengapalah, Iman. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa. Sekolah arab itu bukan calang-calang orang yang boleh bersekolah di situ ya, Iman. Sekolah beprestasi tinggi, pelajar pula IQ harus tinggi. Kau berapa A?"
"6A, tapi itu tak menjamin kepandaian aku ya cheetah. Sedih juga aku jika kita sudah membawa haluan masing-masing." Imanina mendongak. Mashitah itu sememangnya tinggi seperti pelajar tingkatan 5 walhal baru berusia 12 tahun.
"Pandai ya kau, Iman. Aku akan datang sini semula, tetapi selepas 4 atau 5 di alam persekolahan menengah."
"Don't make me sad, cheetah. You know that I'll miss you. I'll miss our funny moments and your stupid jokes. Gotta go now. Take care at new school. Don't forget me, cheetah. Allah yuftah 'alaikum. Semoga Allah membuka jalan kepada kamu. Assalamualaikum..."
"You too, pendek. Bye, waalaikumussalam." Mashitah membalas lambaian Imanina yang kian menjauh dari dirinya. Itu sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar di sekolah mereka apabila berbicara. Bunyinya sangat formal. Sudah dilatih sejak tadika.
IMANINA memboloskan dirinya ke dalam kereta Tuan Zaid. Bapanya memandang anak tunggalnya, menunggu jawapan dari gadis yang bakal menjejak ke alam remaja tidak lama lagi.
"Teka dulu baru Iman bagitahu," ujar Imanina beriak selamba dan dia sempat tertawa kecil pada akhir percakapan. Tuan Zaid mengetuk-ngetuk dagunya, mengacah-acah seperti berfikir akan gred UPSR Imanina.
"Ayah tak nak teka lah. Malas pula rasanya," balas Tuan Zaid lalu tersengih. Imanina Az Zahra mencebik perlahan. Dia menghulurkan slip peperiksaan yang nipis itu kepada bapanya. Tuan Zaid mencapai slip itu. Terlakar raut bangga di wajahnya.
"Pandai anak ayah!" Tuan Zaid mengusap kepala Imanina yang ditutupi dengan tudung biru. Imanina Az Zahra, seorang pengawas di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. Bukan dia tidak tahu, anaknya itu jika menjalankan tugas, sifat lembutnya akan ditukar dengan sifat tegas. Cakap sahaja Imanina garang, pasti wajah cantik gadis itu bertukar cemberut. Dia tidak akan sesekali mengakui pernyataan benar itu.
"Jangan bagitahu ibu tau! Iman nak prank ibu." Imanina tersengih. Tuan Zaid menggeleng perlahan. Ada-ada sahaja idea gadis muda seorang itu.
PUAN SYIELA memandang raut wajah kecewa Imanina. Dia memandang suaminya lalu kening dijongketkan. Tuan Zaid pula mengangkat bahunya, tidak tahu. Puan Syiela meletakkan tangannya di atas bahu Imanina. Imanina mendongak.
"Kenapa ya, Iman?" soal Puan Syiela lembut. Imanina tersenyum di dalam diam. Tuan Zaid menggelengkan kepala. Dia berlalu pergi ke dapur.
"Ibu marah tak kalau Iman dapat 1A je?" Soalan di balas dengan soalan semula. Puan Syiela tersenyum manis. Lantas dia menggeleng. Baginya, Imanina sudah berusaha sehabis baik. Dia juga perasan anaknya sanggup bersekang mata mahu mengulang kaji setiap pelajaran yang telah dibelajar.
"Terima kasih. Tapi--nah." Imanina menarik tangannya yang berada di belakang tubuh, menyorokkan slip keputusan. Dia menghulurkan slip itu kepada ibunya. Puan Syiela mengambil. Senyuman manis sentiasa terlakar di bibir.
"Iman... Ya Allah.. Iman!" Puan Syiela menampar lembut anaknya. Imanina ketawa manja. Jelas raut wajah bangga dan gembira terlakar di wajah wanita itu.
"I love your smile. I love it more when I'm the reason of that kind of smile. Do you proud of me?"
"Of course my dear. I'm so proud of you!" Imanina mengulum senyuman manis. Puan Syiela memandang suaminya, Tuan Zaid. Tuan Zaid mengangguk perlahan.
"Iman pergi lah naik, bersihkan diri." Imanina mengangguk akur. Dia membuka langkah kecil menuju ke tangga di dalam rumah agam Tuan Zaid itu. Puan Syiela menapak perlahan ke arah suaminya.
"Abang, sampai kita nak rahsiakan semua ni? Kasihan saya tengok Iman tu. Saya dah tak sanggup nak tipu dia lagi."
"Belum sampai masanya, sayang. Iman masih kecil. Abang tak nak dia kemurungan lepas dapat tahu kebenaran semuanya. Lagikan pula, dia sedang bergembira dengan keputusan UPSR yang dia dapat. Tak sampai hati pula abang nak bagitahu hal sebenar," balas Tuan Zaid. Puan Syiela menekur lantainya. Keluhan berat dilepaskan.
"Aisyah dan Alif mesti bangga dengan Imanina kan abang?" Puan Syiela tersenyum manis saat teringatkan mereka berdua. Sungguh baik hati akhlak dan akidah mereka. Tuan Zaid mengangguk ringkas.
"Sudah semestinya. Abang hilang jejak mereka berdua sejak Imanina berumur 3 tahun." Nadanya kian mengendur. Puan Syiela tersenyum kelat. Dia bermain dengan jarinya sendiri.
Rahsia yang dijaga rapi oleh mereka berempat akan terbongkar jua akhirnya. Mereka tahu semua itu. Tetapi risiko yang bakal Imanina hadapi terlalu besar dan berat. Mustahil gadis muda itu dapat hadapi semua risikonya. Mustahil...
Share this novel