BAB 4

Fantasy Series 2369

MATA dicelikkan sedikit apabila mendengar penggera sudah berbunyi dengan sangat nyaring. Dia menggosok-gosok matanya. Penggera itu di tampar perlahan.

"Diam pun..," omelnya seorang diri. Jam di dinding dipandang sekilas. Comforter tebal yang menyelimuti dirinya ditolak ke tepi. Dia menuruni katil lalu langkah perlahan di atur menuju ke bilik air. Wudhu' di ambil lalu telekung yang tergantung di dalam almari disarungkan ke tubuh kecilnya.

Kitab suci al-Quran di buka. Ayat-ayat suci mula dialunkan oleh seorang gadis. Kemudian, dia membaca pula surah Ad Dukhan memandangkan hari itu adalah Hari Isnin.

Azan berkemundang pada pagi dingin itu. Dia tersenyum nipis. Sajadah di hampar mengikut arah kiblat yang betul. Solat Subuh di dirikan dengan sehabis baik yang mungkin. Selepas selesai, Surah As Sajdah tidak pernah terlepas meniti keluar dari bibirnya selepas selesai mendirikan solat subuh.

Ahad - Al Mulk
Isnin - Ad Dukhan
Selasa - Al Hasyr
Rabu - Al Waqiah
Khamis - Yaasin
Jumaat - Al Kahfi
Sabtu - As Sajdah

Setiap hari, selepas solat subuh, As Sajdah

Sejadah disangkut semula di tempat asal. Telekung di gantung ke dalam almari. Sempat dia berdoa di dalam hati akan kesejahteraan ibu dan ayahnya. Ya Allah, please protect my parents and family. Give them happiness. Make it easy all their dealings. Keep them away from the bad people. May them be blessed with a long healthy life.

Lampu bilik dimatikan lalu dedaun pintu dikuak dari dalam. Imanina Az Zahra mengatur langkah ke dapur. Haruman nasi lemak pandan menusuk sehingga ke rongga hidung. Senyumannya melebar.

"Assalamualaikum, ibu ayah," sapanya ceria. Dia menghenyak punggung di atas sebuah kerusi berhadapan meja makan. Puan Syiela dan Tuan Zaid tersenyum manis.

"Waalaikumussalam," jawab kedua-dua orang tuanya serentak. Imanina mengambil pinggan kaca lalu nasi lemak pandan itu dicedok.

"Iman nak ikut tak kejap lagi ayah dan ibu pergi beli kek?" soal Tuan Zaid. Imanina menggeleng perlahan. Dia lebih suka berada di rumah.

"Iman... Ayah tengok ramai yang bercinta pada usia lingkungan Iman. Iman tak nak bercinta ke ?" soal Tuan Zaid seraya menguji anaknya. Imanina tersenyum nipis.

"Mana mungkin dapat redha Allah jika melakukan perbuatan yang dilarangi oleh-Nya. Surah 17, ayat Al Israk. Dan janganlah kamu menghampiri zina. Bukan kah bercinta tanpa sebarang ikatan itu salah satu jalan menghampiri zina? Dan apa sebab munasabah mereka bercinta pada usia yang begitu muda ? Untuk menghalalkan atau untuk memuaskan nafsu semata-mata? Sia-sia..."

"Tak pelik jika suatu perkahwinan itu dalam jangka yang sangat pendek. Bercinta sebelum berkahwin, kelak akan hilang kemanisan bercinta selepas diijab kabulkan. Iman hanya perlu bersabar tatkala semua remaja sibuk dan lalai akan perintah Allah. Perbaiki diri sebelum berjumpa dengan yang selayaknya. Menjaga aurat sebaik yang mungkin hanya untuk yang halal."

"Surah Az Zumar ayat 10, Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. Lagi pula, antara jodoh dan ajal, ajal sudah pasti kita akan merasai dan jodoh pula tidak pasti sama ada kita berjumpa atau tidak. Tidak boleh terbayang jika Iman meninggal di dalam keadaan melakukan maksiat, bercinta tanpa sebarang ikatan yang halal."

"Pandai anak ayah dan ibu! Kami sayang Iman dunia akhirat," balas Puan Syiela lembut. Imanina tersenyum lembut.

PUAN SYIELA memboloskan diri ke dalam kereta besar milik suaminya. Dia memandang Tuan Zaid. Nafas berat dilepaskan.

"Sampai bila kita nak rahsiakan semua ni? Saya percaya dan yakin, Iman boleh terima jika kita bagitahu semua ni..."

"Ye lah. Kita pergi beli kek dulu untuk Iman, baru bagitahu dia," balas Tuan Zaid bersama gelengan kepala. Puan Syiela melebarkan senyuman dan mengangguk.

IMANINA menepuk dahinya sendiri. Boleh pula dia terlupa mahu memesan kepada ibunya untuk membeli Nescafe yang sudah habis. Nombor Puan Syiela didail. Telefon ibunya mulan berdering, selepas beberapa saat, suara lembut seorang wanita dapat didengari dari corong telefon.

"Ibu, Iman lu---are you okay?" Dia terus membatalkan niatnya tatkala bunyi letupan yang sangat kuat didengari. Pendengarannya menangkap kalimah syahadah yang keluar dari bibir Puan Syiela dan Tuan Zaid. Dahinya berkerut semahu-mahunya.

"Ibu dan ayah okay. Apa yang Iman---argh!" Bunyi nyaring yang terhasil kerana kereta Tuan Zaid sudah terseret bersama penghadang besi jalan menyebabkan Imanina tersentak. Jantungnya berdegup laju selepas itu. Bunyi letupan jelas kedengaran sebelum talian terputus.

"Ibu! Ayah!" jerit Imanina Az Zahra. Namun, semua itu sia-sia apabila panggilan tidak lagi tersambung. Dia menggeleng kepala perlahan.

PUAN MASRINA melihat skrin telefonnya yang memaparkan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dengan perasaan curiga, dia mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, ini Puan Masrina, kakak kepada Puan Syiela ke?" Suara garau seorang lelaki memecah hening kesunyian di dalam biliknya itu.

"Waalaikumussalam, ya itu saya. Kenapa ya?" Lelaki disebalik talian menarik nafas dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan.

"Saya meminta Puan bersama suami datang ke hospital. Mayat Puan Syiela dan Tuan Zaid perlu diuruskan dengan kadar segera kerana fizikal mereka agak teruk," kata lelaki itu senada.

"Ba-baik lah." Dia terus mematikan talian. Kaki diatur laju menuju pintu bilik. Bebola matanya bergerak-gerak mencari suaminya. Berita yang baru didapati tadi sangat mengejutkan dirinya.

"Abang!" Tuan Azlan menoleh ke arah isterinya yang tergesa-gesa berjalan ke arah dirinya. Dia menjongketkan kening kanannya.

"Hospital cepat. Zaid---dengan Syiela--dah meninggal," ujar Puan Masrina teragak-agak. Tuan Azlan terkedu. Wajah Imanina yang masih berusia 12 tahun bermain di mindanya.

IMANINA melihat banyak kasut selipar berada di luar rumah arwah datuknya. Terketar-ketar tangannya menolak dedaun pintu. Dia mengharapkan semuanya hanya satu mimpi dan khayalannya tetapi semua itu sia-sia tatkala melihat dua tubuh kejung yang sudah dibalut kain putih di ruang tamu rumah itu.

"Ibu... Ibu!" Dia jatuh terduduk di atas lantai berhadapan jenazah ibunya. Empangan tembok air mata pecah. Mengalir lebat air matanya membasahi pipi.

"Ibu! Ibu bagitahu Iman, ibu sayang Iman. Ayah bagitahu ayah sayang Iman. Ibu cakap, ibu dan ayah sayang Iman dunia akhirat. Bangunlah! Kenapa pergi sebelum Iman?" Dia menggoncang bahu Puan Syiela. Penduduk kampung yang hadir pada hari itu memandung sayu Imanina Az Zahra yang telah bergelar yatim piatu pada usia yang masih muda.

"Nak, jangan macam ni. Berat ibu dan ayah kamu nak pergi nanti." Seorang wanita cuba memberhentikan perbuatan Imanina. Imanina menggeleng laju bersama juraian air matanya

"Ayah... Ibu..." Tangannya berhenti menggoncang tubuh ibunya. Tidak guna lagi menggoncang sekuat mana sekali pun. Mereka berdua tidak akan bangun. Ibu bapanya sudah pergi menghadap Ilahi.

DIA melihat dua pusara di hadapannya. Tanah masih merah. Selepas selesai menyiram air bunga, orang-orang kampung beransur pulang. Imanina Az Zahra mengemam bibirnya, cuba menahan air matanya.

"Balik ya, Iman." Suara garau Tuan Azlan,  pakciknya dapat ditangkap dengan deria pendengarannya. Imanina menoleh sekilas. Dia menggeleng perlahan.

"Kenapa Allah tak ambil Iman sekali je, pakcik? Kenapa Allah ambil ibu dan ayah je?" soal Imanina perlahan. Matanya sudah merah sejak tadi menangis sahaja.

"Kalau Iman di taman bunga, Iman pilih bunga yang paling cantik atau biasa-biasa sahaja?" Soalan berbalas soalan. Imanina terdiam. Dia faham benar dengan maksud tersirat ayat pakciknya.

"Iman pergi dulu. Doa sentiasa mengiringi ibu dan ayah. Semoga dimudahkan semuanya di alam sana. Tenanglah..." Imanina membetulkan baju kurung ringkasnya. Tuan Azlan tersenyum nipis.

BEBOLA matanya bergerak-gerak melihat sekeliling rumah. Dahinya berkerut saat melihat beberapa pasang kasut di hadapan pintu rumah. Nafas berat dihela apabila sudah mengetahui siapa gerangan yang berada di rumahnya. Bagaimana pengawal pembahagian harta itu tahu bahawa ibu dan ayahnya sudah meninggal? Cepat benar...

"Kita sudah boleh mulakan ya memandangkan Cik Imanina sudah pun pulang." Pengawal itu mengeluarkan sehelai kertas sederhana tebal. Bait-bait perkataan dilantun keluar dari bibirnya.

"25% daripada keseluruhan harta dan aset Tuan Zaid dan isterinya iaitu Puan Syiela akan jatuh di tangan Puan Suhaila bersama suaminya. 25% daripada lebihan itu pula, Puan Masrina dan Tuan Azlan akan mendapati semua itu seperti yang tertulis dan sudah ditanda tangani oleh Tuan Zaid dan Puan Syiela tempoh hari.

Selebihnya, 50%, separuh 1 juta akan dimiliki oleh Cik Imanina Az Zahra. Tetapi, di sini juga tertulis, sesiapa yang menjaga anak mereka iaitu Cik Imanina, akan memperoleh kesemua harta dan aset yang dimiliki oleh Cik Imanina yang bernilai separuh 1 juta kerana dia masih muda."

Imanina hanya mendengar apa yang disampaikan oleh pengawal itu. Sangkaan negatif terhadap anak Puan Masrina mula berlegar-legar di minda. Puan Masrina tersenyum saat mendengar ayat yang terakhir. Separuh satu juta? Bukankah itu satu jumlah yang sangat banyak?

"Saya boleh menjaga Imanina seperti anak saya, Tuan," kata Puan Masrina mendahului bicara Puan Suhaila, kakak sulungnya. Penuh muslihat dari nada yang digunakan.

"Cik Imanina, adakah Cik bersetuju?" Imanina menggeleng laju. Puan Masrina tersenyum geram. Matanya tajam memandang anak saudaranya tanpa sesiapa menyedari hal itu.

"Ya–ya. Sa–saya setuju," balas Imanina apabila sudah melihat pandangan tajam makciknya. Pengawal itu mengangguk sekilas. Dia mengeluarkan sebatang pen lalu dihulurkan kepada Imanina.

"Cik perlu menandatangani surat pengakuan ini, bukti bahawa Cik Imanina telah bersetuju mahu tinggal bersama Puan Masrina dan keluarganya." Dengan tangan yang terketar-ketar dia menandatangani surat pengakuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience