Rate

Bahagian 2

True Story Completed 1190

Dan disebabkan itu, aku ambil keputusan untuk abaikan dan campak jauh-jauh perasaan sendiri semata untuk pertahankan hubungan persahabatan yang terjalin.
Tapi, aku ingat aku mampu untuk buang perasaan itu.
Selepas dia ambil keputusan untuk lupakan perasaannya terhadap perempuan itu, tiba-tiba aku ibarat dapat nyawa baru.
Tiba-tiba aku rasa aku ada harapan untuk menjadi wanita pujaannya.
Dan selepas beberapa bulan, entah kenapa, aku terbuka hati untuk terima dan jalinkan hubungan cinta dengan orang lain.
Adakah mungkin sebab terasa lebih dihargai atau dapat perhatian?
Entah. Sampai sekarang aku tak dapat nak pastikan.
Cuma, apa yang aku ingat ialah aku langsung tak berhubung dengan dia selama menjalinkan hubungan yang aku sangka akan berkekalan hingga ke pelaminan.
Aku silap.
Jalan yang aku pilih itu jalan yang dimurkai-Nya.
Bukan aku tak sedar atau tak tahu yang hubungan itu haram walau tak berhubungan secara sentuhan atau fizikal.
Dalam perintah-Nya bukan sekadar larangan berzina tetapi perkara yang menghampirinya juga ditegah.
Tapi entah kenapa, aku rela langgar larangan-Nya semata untuk menjaga hati dan perasaan hamba-Nya dan terus butakan mata hati terhadap hakikat bahawa aku sedang dalam kemaksiatan yang nyata.
Semasa dalam proses berpisah,
Aku berhubung semula dengan kawan baikku yang aku abaikan sebelum ini sepanjang hubungan haram itu, kebetulan ada kerja yang memerlukan kolaborasi antara aku dan dia.
Dia memulakan perbualan dengan mukadimah yang entahlah, nak kata kasar, ya. Nak kata saja bertanya untuk kepastian juga ya.
“kau dah putus ke dengan dia?”
Oleh sebab dalam proses, jadi aku balas belum. Dan responnya seakan berharap atau meneka yang hubungan itu sudah tamat.
Disebabkan aku masih anggap dia sebagai kawan baik, aku pun cerita semuanya sampailah aku tekad dan capai satu keputusan bulat yang aku nak tamatkan hubungan itu dan nak berubah.
Tatkala memberitahunya tentang kawan-kawan lama yang aku abaikan sekali sepanjang dalam hubungan haram itu, responnya semacam memerli tapi pada masa itu aku terasa yang aku diperli sebab aku sangka dia ajukan kenyataan itu kepada bekas wanita pujaannya.
Eh rupanya, aku baru sedar ternyata kenyataan itu adalah untuk aku.
“Takpe, aku pun pernah rasa yang sama”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience