Diusia 19 tahun, aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang berjaya menarik hampir 100% perhatianku.
Detik perkenalan yang bermula dengan bertanya khabar melalui media sosial kemudian semakin rapat tatkala berteman di alam nyata.
Pada awalnya kuanggap hanya selesa berkawan kerana mampu untuk menjadi diri sendiri dan berkongsi pelbagai cerita.
Tambahan, dia juga melakukan hal yang sama.
Namun entah kenapa dan bila, aku sedar bahawa ini bukan sekadar selesa kerana aku pernah alami perasaan yang sama suatu ketika dahulu.
Setelah melihat banyak persamaan dan pelengkap kepada kekurangan, tanpa sedar aku telah menaruh hati kepadanya.
Dan mujur aku mampu abaikan perasaan ini tanpa diketahui sesiapa termasuk dia.
Kenapa aku boleh yakin yang dia tak tahu atau takkan pernah tahu yang aku ada hati dekat dia?
Sebab akulah yang menjadi pendengar masalah hatinya.
Segala cerita tentang wanita pujaannya itu diceritakan kepada aku sampailah satu masa yang dia nak berhenti dari menyukai perempuan itu.
Kau rasa, apa perasaan aku semasa dia cerita pasal perempuan tu dan selepas dia ambil keputusan untuk tidak lagi mengejar dan berharap pada perempuan itu?
Ya, tepat sekali. Pada mulanya, hati ni sangat hancur tatkala mengetahui bahawa ternyata selama ni hanya aku yang ada perasaan terhadapnya dan rupanya dia hanya selesa untuk berkawan dengan aku dan sebatas kawan baik sahaja.
Share this novel