Sejak dari perbualan itu, aku dah jarang berhubung dengan dia.
Mungkin sebab aku memang berniat untuk berubah dan mungkin juga dia lakukan hal yang sama iaitu jaga batas antara ajnabi.
Makin lama aku jarakkan diri aku dari semua lelaki, entah kenapa, perasaan yang campak jauh-jauh sebelum ni kembali.
Kembali dalam kuantiti yang banyak dan ada kalanya tak terkawal.
Adakah mungkin sebab aku sering melihatnya atau adakah sebab sebenarnya aku yang masih berharap pada dia?
Bukan nak persoalankan ketentuan-Nya cuma aku hairan kenapa semakin aku nak jarakkan diri daripada berhubung dengan dia, semakin banyak situasi yang memerlukan aku untuk berkomunikasi dengan dia.
Aku cuba untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku walau hakikatnya dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini.
Cuma makin aku berlakon seperti biasa, aku sedar, dia seakan nak berjauhan dengan aku.
Tapi dalam masa yang sama, dimana sahaja aku berada, di situ dia turut ada. Cuma dalam radius yang tak terlalu jauh mahupun dekat. Cukup untuk aku sedar akan kehadirannya.
Sejak dari itu juga, aku mula sedar bahawa cara layanannya terhadapku dan rakan perempuan yang lain jauh berbeza meski dia tidak mengakuinya.
Di saat aku beranikan diri untuk bertanya perihal itu bagi mengatasi salah tafsiran yang banyak bermain di minda.
Balasannya, dia menyatakan bahawa dia akui ada sosok wanita yang sedar ia perjuangkan saat ini. Tambahnya, itu yang menjadi asbab kepada adanya batas antara dia, aku dan perempuan lain. Katanya cara komunikasinya terhadap aku dan perempuan lain walaupun sebenarnya bukan hanya aku yang sedar tetapi rakan rapatku juga sedar bahawa dia layan aku endah tak endah tak seperti dia berkomunikasi dengan perempuan lain.
Yang bermain dalam fikiranku pada saat itu, “adakah dia tahu yang aku ada perasaan terhadapnya” atau ramalan kawanku itu jawapannya.
Mungkin ya dan mungkin tidak. Tak mustahil ya tapi agak mustahil untuk mempercayainya sebab aku sedar fizikal dan tahap kematanganku tak setandingnya.
Bukan nak merendah diri, cuma sedar diri.
Disebabkan itu, aku tekad walaupun kerap kali terjatuh pada harapan sendiri namun sekurang-kurangnya aku bangkit kembali dengan slogan, “tak mati kalau tak ada laki”.
Dan akhirnya, aku mampu menepis harapan palsu yang aku bina sendiri dan jalani kehidupan aku seperti biasa meski saban hari tingkah lakunya amat mencurigakan.
Untuk pengakhiran kisah ini, aku tak dapat nak jangka sama ada wujud atau tidak plot twist sepanjang aku jalani hidup yang sebegini cuma yang aku pasti, satu hari nanti aku bakal nyatakan perasaan aku terhadapnya sekiranya pada waktu itu aku masih lagi mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Dan pada waktu itu juga, akan aku nyatakan terus niatku iaitu “sudikah kau untuk menjadi pelengkap agamaku”.
Share this novel