Rate

BAB 3

Drama Completed 297

Sudah lima hari Zack tak balik ke bilik. Malu agaknya bila rahsia dah terbongkar. Kejadian di kafe masih bermain di kepalanya. Tasna sedang merajuk ketika itu. Oleh sebab tak ramai pelajar di kafe pada ketika itu, dan kedudukan meja mereka yang agak terlindung memberanikan Zack untuk menggenggam jemari dan mengelus lembut pipi Tasna . Kebetulan pula kak Auni berada di situ. Zack langsung tak sedar akan kehadiran kak Auni di café itu sehinggalah deraian gelas berderai memecah suasana yang sepi. Zack yakin kak Auni telah menyaksikan sesuatu yang tak sepatutnya dilihat oleh insan yang dihormatinya itu. Satu rahsia yang ingin dipeluk erat sampai bila-bila.

“I message received” segera Zack membaca mesej yang entah dr sape itu.
Kak Auni !!
“Zarith pergi mana? Kenapa tak balik bilik? Akak nak bincang sikit dgn Zarith . Zarith balik bilik ye! Akak tunggu!”
Zack mengeluh perlahan. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan kak Auni . Entah kenapa dia malu benar dgn kak Auni . Jika org lain yang tahu akan rahsia yang bukan lagi rahsia itu, Zack tidak kisah sgt. Tapi dgn kak Auni ?!!! Kak Auni dah dianggapnya seperti kakak sendiri. Maklumlah, Zack anak sulung dari 3 beradik. Kedua adik Zarith perempuan dan Zack hy punya ibu. Ayah?? Zack sendiri tidak tau dimana ayahnya sekarang. Lelaki itu sudah lama meninggalkan mereka sekeluarga. Menurut cerita kawan-kawan ibu, ayah Zack sudah berkawin lain dan punya famili yang bahagia. Zack benci kan ayahnya. Dan Zack benci lelaki. Baginya semua lelaki sama je. Tak bertanggungjawab.

Zack berdiri di hadapan pintu bilik. Masih teragak- agak untuk masuk. Zack berpaling untuk pergi namun baru selangkah Zack melangkah tiba2 pintu bilik dibuka dan kak Auni terjengol di muka pintu.
” Zarith ! Kenapa tak masuk?”
” maaf ye kak. Saya ada hal. Kita bincang lain kali” Zack mahu pergi tapi tangannya sempat diraih oleh kak Auni .
“masuk ye Zarith .” Auni memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience