Rate

BAB 4

Drama Completed 297

Suasana sepi buat seketika. Zack tunduk, malu untuk membalas pandangan mata kak Auni .

” sebenarnya akk dah lama tahu Zarith ,” Auni memulakan bicara. Zack terkejut.
“mksud akak?”
“sejak 2 bulan lepas.akak ternampak gambar Zarith dgn Tasna kat dlm laci. Zarith ingat tak akak ada pinjam puncher Zarith dulu?? Zarith suruh akak ambil kat dlm laci kan. Akak tak sengaja nak tengok. Akak minta maaf.”

“tapi kenapa akak tak cakap ape pun ?? Akak layan saya mcm biasa je?? Akak tak kisah??”

” akak kisah Zarith . Tapi akak tak ada hak untuk menghukum Zarith . Zarith tak buat salah kat akak. Zarith berdosa pada Dia Yang Maha Esa. Akak cuba cari masa yang sesuai untuk bincangkan hal ni dgn Zarith . Akak sayangkan Zarith . Akak dah anggap Zarith macam adik akak sendiri. Akak tak mahu tengok adik akak menyimpang dari landasan yang di ajar oleh Nabi kita.” Auni berhenti seketika. Zack ditatap penuh kasih. Air mata Zack bergenang. Jiwa Zack halus. Masih belum terlambat untuk Zarith bertaubat. Dia masih muda dan perjalanan masih jauh. Jiwanya yang memberontak membuatkan Zarith tersalah pilih jalan hidup.

” macam ni laa Zarith . Ni no fon ustaz Muhammad. Dia boleh tolong Zarith dan akak harap Zarith mahu untuk menolong diri sendiri. Masih belum terlambat Zarith !” Auni menghulurkan sekepinng kertas kepada Zack . Zack menyambut lambat- lambat.
“tapi kak.. Zarith malu.”
” jangan risau. Akak dah ceritakan semuanya pada ustaz. Zarith set masa pastu pergi jumpa dia ye!”
Perbualan mereka terganggu apabilapintu bilik mereka di ketuk kuat. Tam, rakan Zarith terjengol di muka pintu. Mukanya pucat.

“mir, Tasna accident!”
Zack memecut laju motosikal yang dipinjam nya dr zaki. Zack betul-betul risau akan keadaan Tasna . Menurut tam, Tasna cedera parah. Hospital masih jauh. Zack memandu lebih laju lagi. Dia mahu cepat sampai ke hospital dan mahu meluhat keadaan Tasna . Sebaik sampai di suatu simpang, Zack gagal mengawal motosikalnya apabila sebuah truct dari arah bertentangan merempuh sebuah kereta dan kereta terbabit pula merempuh Zack yang tidak jauh dari situ.
Zack hilang byk darah. Hentakan kuat di kepalanya menyebabkan ada ketulan darah beku di kepala. Nasib Zack agak baik kerana helmet yang dipakainya sedikit sebanyak membantu melindungi kepalanya. Jika tidak nafasnya dah lama terhenti sejurus selepas kemalangan tersebut, terang doctor izzuddin kepada puan salmiah, ibu Zarith .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience