Rate

BAB 1

Drama Completed 297

Zack sudah seminggu terlantar di hospital. Ibu dan adik- adiknya tak putus-putus berdoa agar Zack segera sedar dari komanya. Sesekali air mata Zack mengalir membasahi pipi namun mata kecil itu tidak mahu celik juga. Si ibu pula menangis hampir setiap hari dlm minggu itu. Sayu melihat anak yang baru berusia 19 tahun itu.

” wak, jom overnite malam ni?” Tasna merengek manja.
“Alah kennotlah sayang. Nanti rakan sebilik Zack bising nanti. Zack kan dah dua hari tak balik bilik tuh. Minggu depan je ok?” Zack memujuk.
” ala..biar je laa dia tuh. Wat tak tau dah laa. Dia bukan siapa-siapa pun , rakan sebilik je. Kalo dia tanya Zack nak pergi mana, Zack ckp kat dia jgn sibuk hal org. jaga hal sendiri sudah. Tu laa Zack bg sgt muka kat ‘rakan sebilik kesayangan’ dia tuh. Eeii……menyampah la dgn dia tuh” Tasna mula berang. Zack serba salah. Dia tak mahu bergaduh lagi dgn Tasna . Baru seminggu baik, takkan nak gaduh lagi.
”baiklah . Malam ni ok? Tasna tunggu Zack kat tempat biasa.
Zack memanjat anak tangga untuk naik ke biliknya di tingkat 3. Kebetulan rakan sebilik Zack ada di dalam bilik ketika itu.
“Hai baru balik?” Auni menegur lembut.
“aah. Akak tak ada kelas ke?” Zack @ Zarith itu bertanya pula.
” tak ada. Kelas batal last minute tadi”
Selepas membersihkan diri, Zack bersiap- siap untuk keluar. Janjinya pada Tasna tak boleh dilupakan.
“nak keluar ke Zarith ? Auni bertanya. Zack sekadar mengangguk sambil baju sweater disarung ke badan.
” Baru nak ajak Zarith solat jemaah kat Pusat Islam malam ni. jom la. Malam ni ustaz Muhammad bagi ceramah sikit. Tajuk ” kehidupan manusia di akhir zaman”. Akak dengar ramai yang nak pergi malam ni. biasanya ceramah yang disampaikan oleh beliau membuatkan ramai yang menangis. Akak suka dengar ceramah dia. Best, dan tak bosan.” Auni bersungguh-sungguh mengajak walaupun dia sendiri dah tahu jawapan Zack tapi dia tetap mahu mencuba.
” lain kali la kak. Saya dah janji dgn kawan ni. Malam ni saya tak balik ye malam ni. Tidur rumah member.” Zack menipu lagi.
Auni risau memikirkan perihal roomatenya itu. Auni dah menganggap Zarith seperti adiknya sendiri. Zack baik, hormatkan Auni yang lebih tua darinya itu, suka tolong orang dan ramah tapi perangainya yang satu itu yang membuatkannya buruk. Zack bijak menutup pekung di dada namun Zack tak tahu bahawa rahsianya dah lama terbongkar. Auni sebenarnya dah tau siapa Zarith atau lebih glamor dipanggil Zack itu oleh kawan-kawan nya. Hanya Zack yang tak tahu hal tersebut. Auni mahu menegur sikap Zack tapi dia merasakan dirinya tak mampu untuk berbuat sedemikian. Auni hanya manusia biasa. Pengetahuan tentang ilmu agama pun tidak banyak mana. Apa yang perlu Auni lakukan??!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience