~ Ratna Sari ~
Pena Bicara ( PB )
Kampung Keriung Utara
** Gunung Sepat -
23 Oktober 1934
****
Kelihatan seorang gadis sedang melenggok- lengokkan jalan menyeberangi sungai cetek atas buku lali.
Perilaku sigadis menyingkap betis batang padi yang memutih membuatkan si Teruna meneguk air liur yang kelat.
Bersih, Cantik Dan sopan. Itu Ratna.Gadis sunti yang menjadi idaman teruna di seluruh Kampung Keriung Utara.
Gadis itu tinggal di Gunung Sepat, sebuah perkampungan yang dipenuhi dengan suasana sejuk Dan nyaman. Sebuah perkampungan yang terletak di kaki Gunung Sepat, salah Satu daerah kecil Kampung Keriung Utara.
Tapi Sayang hati Ratna Sari telah dimiliki Indera, lelaki yang telah memiliki hati Ratna. Golongan bangsawan bagi orang - orang yang tinggal di Kampung itu.
Kampung Indera jauh lagi di pedalaman dari perkampungan Ratna. Tapi Kampung itu berdekatan dengan pekan.
Namun hubungan mereka terjalin, bila mereka bersama - sama mengaji Al - Quran. Menuntut bersama Tuan Guru Citra Alam.
Disana semua pemuda Dan pemudi dikumpulkan dalam sebuah rumah pondok Dan diasingkan. Disitu selama 6 bulan mereka dipisahkan dari keluarga, mendalami ilmu agama untuk bekalan Akhirat.
Disitu segalanya Tentang kehidupan Ratna bermula..
****
" Ratna nak kemana boleh Abang Budin hantarkan!" Seorang pemuda lelaki mempelawa Ratna untuk menaiki Basikal miliknya.
" Terima kasih abang Budin Tapi Ratna pergi ke pekan mencari barangan. Di sana Abang Indera dah menunggu!" Selembut Suara Dan bahasa cuba diucapkan Ratna bagi menolak secara lembut ajakan lelaki tadi. Dia takut ada yang Terasa hati dengan tindakannya.
Wajah Budin berubah riak dilihat Ratna. Masih dapat dilihat Jelas, Budin mengalihkan pandangan mata Dan mengukir Senyum menakutkan di wajahnya.
Mungkin masih menyimpan perasaan pada dia. Tapi semua itu telah ditolak lembut oleh Ratna dulu. Tidak mahu terjadi dendam antara mereka.
" Ratna pergi dulu Abang Budin." Langkah Ratna dilajukan tidak mahu memandang Dan menimbulkan masalah pada Indera nanti. Menunggu lama kehadiran Ratna di pekan.
Jarak perjalanan Ratna menemui Indera hanya tinggal 2 kilometer sahaja dari Ratna.
Di pertengahan jalan, Ratna ditegur sapa oleh gadis yang juga rakan Ratna Semasa disekolah pondok, " Anggun".
" Anggun! Ratna menegur terlebih dahulu bila dilihat gadis itu berjalan berseorangan. Telah lama Ratna Dan gadis yang ditemuinua di situ terpisah. Rasanya hampir 3 tahun jika mengikut perkiraan bulan.
" Ratna? Macam mana kita boleh jumpa disini. Anggun pelik melihat Ratna yang dijumpai jauh dari Kampungnya. Jika jarak perjalanan dikira Anggun. Ratna perlu berjalan semalaman untuk sampai ke sini.
" Abang Indera. Ratna kesini untuk jumpa Indera." Ratna menerangkan kedatangannnya. Senyuman turut mekar di bibir.
" Pasal pertunangan ?" Anggun memaparkan wajah pelik bersama kening dikerutkan menunggu jawapan Ratna. Ramai yang mengetahui perhubungan itu. Percintaan indera dengan Ratna.
" Kami belum bertunang. Ratna kesini menumpang Di rumah Bapa Kamal, Bapa sedara. Apa Maksud Anggun dengan bertunang?" Kami baru rancangkan belum berlaku.
" Baguslah ! Sekejap lagi pasti kamu akan dapat khabar Tentang pertunangan itu. Aku harap kamu tidak terkejut dengan perkabaran berita itu.
" Perkabaran Apa? Kenapa Anggun tak boleh beritahu Ratna sendiri?"
" Anggun bukan seorang yang layak. Kamu boleh tanya kan pada Indera jika berjumpa. Aku pergi dulu Ratna. Aku harap kamu kuat!"
Anggun melajukan langkah meninggalkan Ratna Sari keseorangan. Dia tidak memahami apa Maksud Anggun. Sesuatu tentang Indera? Kenapa dengan indera. Lelaki itu telah sebulan tidak ditemui..
***
" Abang Indera! Abang sihat? Ratna Teruja berjumpa Indera dipekan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Perhubungan mereka berdua terbatas disebabkan agama. Mereka dilarang berjumpa jika tiada sebarang kepentingan. Hanya dibenarkan jika Terdapat keperluan seperti perancangan perkahwinan.
Untuk hari ini Ratna Dan Indera ke pekan untuk menempahkan pakaian pertunangan mereka yang akan berlaku sebulan lagi.
" Abang Tak sangka Ratna semakin Cantik. Perubahan Ratna semakin Ketara. "Apa Ratna pakai sampai berseri macam Ini." Indera semakin tidak puas memandang kearah Ratna.
Jika dulu pada pandangan matanya Ratna gadis biasa. Tapi wajah Ratna memang diantara gadis Cantik yang berjaya memukau mata lelaki. Kecantikan sama yang ada pada Anggun.
" Mungkin wajah Ratna berseri kerana kita akan disatukan abang dalam ikatan pertunangan. Abang ada masalah Tentang pertunangan kita?" Ratna kembali mengingati bicara Anggun kepadanya tadi.
" Tiada masalah! pertunangan itu akan diteruskan. Abang sayangkan Ratna Sari Seperti janji abang sebelum ini."
Indera beriak tenang. Untuk dia mengucapkan perkara itu bukan mudah. Kali ini dia serba salah. Tapi apa yang dia tahu, memiliki gadis secantik Ratna adalah kelebihan dirinya.
Ratna Tersenyum gembira dengan kenyataan yang diluahkan. Sebentar tadi Dia takut jika pertunangan itu tidak jadi. Dia telah datang dari jauh untuk bertemu Indera.
Dia begitu Cintakan Dan rindukan lelaki itu. Walaupun mereka tidak bersentuhan Tapi Ratna dapat rasakan dalam hati. Kasih Sayang Ratna pada Inder tulus Dan kasih hanya untuk lelaki itu.
" Indera".
" Kita dah Selesaikan urusan pertunangan itu. Abang rasa penat bagaimana dengan Ratna. Mahu abang hantar pulang?"
" Ratna rasa tak perlu abang. Abang banyak lagi pekerjaan disini. Ratna tidak mahu menganggu. Ratna pulang pada rumah Ayah Kamal sahaja.
Disana selepas subun. Ratna akan mulakan perjalanan kembali ke Kampung Ratna. Jangan risau kali ini, Ali sepupu Ratna akan menemani. Dia ada urusan Di Kampung Ratna mencari Rotan.
" Sampai kesana Ali mencari Rotan? Kenapa Ratna? disini semua Rotan tidak berkualiti seperti Rotan di Kampung Ratna." Indera menunjukkan perasaan cemburu kepada perhubungan Ratna Dan Ali yang rapat.
Ali dilihat Indera mempunyai perasaan pada Ratna. Tapi Indera, dia yang Cepat bertindak dalam membuat perhubungan dulu dengan Ratna. Hingga membuatkan lelak - lelaki lain angkat kaki cemburu dengan perhubungan Indera dengan Ratna.
" Kami sepupu abang , tak elok jika kami dikahwinkan. Penyakit keturunan kami tidak keluar. Biarlah kami Cari keturunan yang lain.
" Ali Takkan Cintakan Ratna. Dia hanya menganggap Ratna sebagai adik. " Ratna menyedapkan hatinya. Walaupun telah beberapa kali Ratna mengelak bila Ali menyatakan Maksud Tentang perkara itu.
***
" Kenapa jalan pergi ke Kampung Gunung Sepat ini lain. Jalan ini tak sama dengan jalan yang selalu Ratna guna. Kita tak tersesat Ali."
Ratna memandang kesekeliling kawasan dan tidak ditemui oleh Ratna jalan - jalan sekeliling yang pernah digunakan orang. Tiada jejak Kaki Manusia Di hutan itu.
Hari dilihat Ratna semakin gelap. Kerisauan yang semakin mencengkam dadanya. Sepatutnya dalam masa begini dia Dan Ali sepatutnya telah sampai. Perjalanan tadi Ratna telah Ratna rancang sebelum subuh.
Perancangannya mengikut plan langkah Ali . Tapi dia Dan Ali masih di Tengah hutan. Bagaimana jika hari akan gelap. Perjalanan mereka tidak akan menampakkan apa lagi. Semuanya akan gelap, Ratna mulai risau.
" Ini jalan pintas ke Kampung kekabu. Aku ada urusan di sana dulu. Jangan khuatir Ratna, sekejap lagi kita sampai. Selepas kita menemui sungai, kita pasti sampai ke Kampung yang aku Maksudkan tadi."
Rokok daun digulungkan Ali sambil api dipasangkan bagi mengeluarkan asap. Satu kelakuan yang pelik dirasakan Ratna. Sebelum ini Ratna tidak pernah melihat Ali merokok. Jadi apa yang merubah Fikiran Ali untuk merokok Di dalam hutan.
Dirumah Sepanjang Ratna menumpang, tidak pernah Ali dilihat Ratna merokok dihadapannnya ataupun dihadapan keluarga. Perasaan Ratna semakin tidak sedap bila sungai yang dinaksudkan Ali belum lagi muncul.
" Ali, Ratna rasa tak sedap hati. Apa kata kita patah balik. Ratna rasa kita berdua dah tersesat. Kita semakin jauh di dalam hutan , Tak mungkin ada sungai di sini.
" Hari semakin gelap. Jika kita Teruskan perjalanan, lagi jauh kita akan tersesat." Ratna memberikan pendapatnya dan mengharap Ali akan sependapat.
" Kalau engkau nak patah balik. Patah balik sendiri Ratna. Aku nak Teruskan perjalanan aku." Ali masih tetap dengan pendirian membuatkan Ratna serba salah. Disebabkan takut langkah Ali diikuti oleh Ratna dibelakang menjauh.
Semua kelakuan Ratna dapat dilihat Ali dari lirikan matanya . Jauh di sudut hatinya dia Tersenyum puas mengenakan Ratna.
****
Mereka tiba disebuah gua yang berada Di dalam hutan.
Ali dilihat Ratna memberhentikan langkah. Pemandangan mata Ali dilihat Ratna berpandangan di sudut pintu Gua.
" Ratna kesini ikut aku! Kita kena panjat gua ini. Ada bantuan yang aku mahukan dari engkau Ratna di sini."
Langkah Ali telah menaiki Satu persatu batu. Dengan memegang akar - akar yang berselirat disebuah batang pokok besar. Ali menapak keatas dengan pegangan tangannya yang tegap.
" Ali Kita buat apa Dekat sini?" Ratna masih belum memgikuti langkah Ali. Akar yang memanjang telah dilemparkan Ali pada Ratna untuk gadis itu gunakan bagi menaiki Gua seperti yang dilakukan diri dia sebentar tadi.
" Apa engkau tunggu lagi Ratna, Cepat ambil akar tu Dan panjat kesini." Suara Ali yang sedikit kuat memberikan arahan. Kelihatan Ali sudah marah dengan segala tindakan Ratna.
" Awak nak buat apa disitu? Kenapa kita perlu panjat?" Perasaan Ratna tak sedap hati.
" Ada Rotan elok dekat sini, aku perlukan bantuan engkau Tolong aku.
" Rotan Baik lah." Tanpa berfikir panjang, Ratna Sari memanjat Dan sampai di atas. Berdekatan dengan Ali dapat dilihat Ratna Curam yang dalam merupakan pintu Gua.
Gelap dan seram dirasakan Ratna. Pandangan mata Ratna melihat kesekeliling Gua. Kosong? Tiada menampakkan Terdapat Rotan dikawasan sekitar.
" Ali ? Mana Rotan yang engkau cakapkan tadi?" Belum sempat Ratna bicara bertanya lanjut.
" Ratna aku minta Maaf!" Tubuh Ratna ditolak dari atas jatuh kedalam gaung oleh Ali. Mata Ali yang sempat dilihat Ratna Seakan tiada perasaan bila perkara itu dilakukan atas tubuh dia.
" Aaaali..!"Suara Ratna menjerit sambil tangannya memegang Apa sahaja yang ada disitu.
“Pintu masuk Utama Gua?” Fikiran Ratna sempat berfikir.Tidak diketahui Ratna apa yang Terdapat dalam pintu masuk yang seperti gaung itu. "Gelap".
Nyawanya telah dapat dirasakan kini berada dihujung tanduk, namun Sebelum terjatuh sempat Ratna memegang akar - akar pokok yang berada disekitar batu sebelum tubuhnya melayang kedalam gua. Tangan Ratna kemas memegang akar pokok yang berjuntai dari pegangan tangannya.
" Ali Tolong Ratna? Ratna belum mahu mati. Apa salah Ratna?" Dalam keadaan Singkat kearah kematian, Ratna mencari pertolongan memandangkan Ali Dan diri dia ada pertalian hubungan Darah.
" Ali Tolong Ratna," pegangan tangan Ratna semakin berat. Bila - bila masa sahaja pegangan tangan itu akan melucut.
" Ali!" Sekali lagi Ratna merayu. Apa Ratna buat pada Ali. Sampai Ratna Ali Benci." Pegangan Ratna semakin dapat dirasakan lemah , Tapi dia masih menahan.
" Engkau Cantik Ratna, itu sebab orang iri hati! Aku Hanya mahukan duit Ratna. Maafkan aku. Disini orang Takkan Cari engkau. Aku semadikan engkau disini."
" Ali jangan Ratna takut! Tolong ..Ratna telah menitiskan air mata. Kesakitan Dan ketakutan dalam diri Ratna seiring. Takkan hidup dia akan berakhir dalam lubang gua yang gelap begitu. Takkan dia berakhir begitu."
Ali merasakan kasihan, Tapi dia perlu nekad. Dia telah menghisap sesuatu bagi mengembalikan kekuatannya dalam lakukan hal itu pada Ratna. Bukan mudah Tapi itu yang perlu dibuat. Bayaran telah diterima.
" Ratna aku pergi dulu." Ali Cuba melangkah namun mata Ali masih melihat kearah tubuh Ratna.
" Ali , Siapa ? Sebelum berlalu. Siapa yang musuh dengan Ratna? Ratna akan mati. Sekurang - kurangnya Ratna tahu. Ali ?"
Akar pokok yang dipegang Ratna dapat dirasakan Ratna semakin melurut kebawah kerana tidak dapat lagi menampung tubuh Ratna. Tangan Ratna yang sakit akibat bergesel juga mulai berdarah. Pedih..
Ali melangkah kehadapan mendapatkan Ratna. Mencangkung melihat kearah gaung. " Anggun!" dia yang lakukan hal ini semua.
" Anggun!" Akar pokok melurut membawa tubuh Ratna ke dalam gaung menghilang dari kegelapan malam.
****
Sebaik sahaja tiada lagi Suara Ratna yang Sayup - sayup kedengaran. Ali membuangkan puntung rokok kedalam gaung sambil Tersenyum.
" Bersemadi dengan amat Ratna. Jangan ganggu aku.!"
Ali Turun ke bawah gua menggunakan tali yang digunakan sebentar tadi. Sebaik tiba kebawah Ali menyalakan rokok dalam kocek seluarnya. Sesuatu yang dihisap membuatkan tubuhnya kuat kembali.
Dapat dilihat Ali cahaya dari arah hadapan, datang kearahnya. cahaya apa ? Ali berfikir sendiri. Setahu dia tiada siapa yang tinggal di dalam hutan itu.
Fikiran Ali semakin tidak waras bila sekali lagi dia baru sahaja berkhayal dengan dadah. Ali Tersenyum melihat kearah cahaya. Semakin Ali mendekat cahaya itu semakin malap Dan menjauh.
Dia Hanya mengikuti langkah Kaki kearah cahaya putih sehingga dia tidak tersedar Dan diketahui apa yang terjadi pada diri dia.
****
Ali bangun! Bangun Ali.. Ali bagaikan mendengar Suara Anggun memanggil dari lena.
" Bangun! Bangun Anggun..? Aku dah tunaikan segala permintaan engkau tu. aku tunggu balasan engkau Anggun. Ali merapu. Aku Cintakan engkau Anggun. Kita akan bersama . Aku dah musnahkan orang yang halang Cita- Cita Dan Cinta kita berdua. Kita akan bersama."
Sehabis bicara Ali ketawa bagaikan tidak sedarkan sendiri. Sekejap - kejap. Ali bersedih. Sekejap lagi dia ketawa. Semua perbuatan Ali bagaikan dia tidak waras. Sejak dia memasuki hutan itu tiada siapa yang tahu apa yang terjadi. Hanya Ali dengan Ratna.
Ratna telah menghilang tanpa jejak. Kesedihan pada seluruh keluarga Ayah yang mendapat berita Kehilangan Ratna, membuatkan semua keluarga bersedih.
Hal itu sangat meninggalkan kesan pada Ayah Ratna yang juga seorang pendiam . Tapi lelaki itu yang paling mengambil berat Tentang diri Ratna . Akibat kesedihan Ayah Ratna meninggal dunia, disebabkan tidak dapat menerima kematian anak tunggal perempuannya. Mati tanpa meninggalkan Jasad.
" Ratna!" Ali menyebut nama sepupu perempuannya beberapa kali. Semua yang bertanya berkenaan Ratna tidak dapat jawapan dari Ali .. jawapan Ali Hanya Satu nama yang disebut, seseorang yang tiada kaitan dari semua itu, " Anggun, dia tahu segala!" Sambil ketawa Ali yang tak berhenti.
Share this novel