Huishhhhh!. " Jangan ganggu Aku.Pergi..! Pergi...
Pergi..!
Ratna....Ratna....Ratttttttna...
Pergrrrrrrrgiiiii!.Uhhhhhh!
" Oi Ratna..Ratna!..
"Ratna engkau dah kenapa?" Ratna bangun engkau ngingau ini.
Huhhhh! Seri ...Aku mimpi,tapi mimpi aku macam ...Macammm!???
"Engkau dah kenapa ini Ratna.Sejak dua menjak ini Aku tengok engkau selalu mengingau.Engkau mimpi apa sampai berpeluh macam ini? Huishhhhh, jangan takutkan Aku boleh.
" Aku mimpi Ikbal!"
" Ikbal lelaki itu seri, sejak aku jumpa dia Aku selalu mimpi dia dalam tidur aku.Aku pun Tak pasti sebab apa dia selalu muncul dalam mimpi aku." Wajah Ratna pucat bersama peluh yang memenuhi tubuh badannya.
" Ikbal? Aku Tak pernah pun Dengar engkau cerita pasal mamat tu.Dahlah Ratna, basuh kaki engkau dulu sebelum tidur.Bacalah ayat - ayat pendinding tiga kul ker.Bagi tidur dengan tubuh engkau tu Tak diganggu syaitan.
Mimpi Kan mainan tidur!" Seri menyedarkan hati sendiri.Diakui dia juga turut terkesan dengan perubahan wajah Ratna yang pucat lesi.Bukan sekali hampir setiap Hari Ratna berkelakuan seperti keadaan sama.
Sebagai sahabat dia juga turut terkesan dengan keadaan Sahabatnya, Ratna.
" Seri kalau lelaki itu selalu muncul dalam hidup Aku, Engkau rasa Ada alamat ker atau sebab dia dalam hidup Aku!"
Seri berpaling mendapatkan Ratna." Siapa sebenarnya lelaki itu?" Seri yang melangkah terpaksa berpatah balik mendapatkan Ratna.
Dari reaksi wajah Ratna, Sahabatnya kelihatan serius.Membuatkan hati Seri berdebar - debar.
" Aku kenal lelaki itu dekat galeri, Aku dengan dia kebetulan jumpa dekat muzium lama tempat aku selalu habiskan masa dulu."
" Masa Aku dekat Muzium Aku Tak tahu kalau dia sengaja ikut Aku atau kebetulan.Tapi lelaki itu Ada disitu.Kami berborak pasal lukisan."
" Maksud engkau lukisan Ratna Sari tu ker? Eee Ratna engkau Tak seram ker tengok lukisan itu.Aku yang pertama Kali lihat pun dah seram sejuk tulang Aku tahu Tak.Ini engkau Hari - Hari lihat, pergi Sana.Lukisan itu berhantu engkau tahu Tak?"
Ratna ketawa." Engkau ini cepat sangat fikir negatif itu pasal lukisan itu.Lukisan itu bukan hiduplah Seri yang Kita nak takut.Khurafat semua itu.
Sebelum ini Aku habiskan masa dekat situ,Tak Ada Pula aku dapat gangguan.Tapi yang Aku pelik bila Aku jumpa Mamat tu.Aku selalu mimpi dia dengan....
" Dengan apa Ratna engkau jangan takutkan Aku.Engkau lihat jam tu dah pukul berapa.Tengah Malam ini,seram sejuk Aku dengan engkau ini.
Melibatkan ketakutan diwajah Seri,Ratna tidak jadi untuk bercerita tentang mimpi seramnya.Dia takut seri akan terganggu.
Lebih - lebih adegan diri Ratna yang dikejar Raksasa Dan kehadiran Ikbal dengan dia yang berhubungan intim.Bukan sekali tapi beberapa Malam kebelakangan ini sering lelaki itu dia mimpi.
Jiwa Ratna semakin Tak tenang. Satu lagi yang membuatkan Ratna seram kehadiran wanita berkebaya Merah yang sentiasa Ada disisinya.Wanita itu lebih menakutkan Ratna.
Walaupun tanpa bicara tapi Aura Ratna Sari dapat dirasakan oleh Ratna.Bauan bunga Melur sentiasa memenuhi ruangan biliknya Dan mimpi Ratna.
" Ratna engkau okay ker?"
" Aku okay,Aku kena jumpa lelaki itu esok.Aku nak tahu apa maksud mimpi aku tu.Sejak Aku jumpa dia Aku Tak tenang.Macam Ada sesuatu maksud dalam mimpi tu."
" Engkau penat sangat Tak Ratna.Rehat dulu,Mana tahu engkau tenang lepas tidur."
" Entahlah Seri, Tapi Aku nak basuh kaki Aku dulu.Engkau pergi tidurlah dulu.Aku okay seri jangan risau.
Plak ,Seri meninggalkan Ratna keseorangan.
" Kenapa lelaki itu selalu muncul dalam hidup Aku lepas aku kenal dia.Siapa dia?"
****
" Ikbal, Hai !" Ratna kalut. Entah kenapa Hari ini merupakan Hari dia pergi menemui Ikbal.Entah tanpa sebab utama dia mencari lelaki itu...
Ikbal yang telah berada dihadapannya buatkan Ratna hanya kaku. Tiada sebutir perkataan yang berjaya keluar dari bibir Ratna.Semua fikirannya kelu.Dia terdiam seribu Bahasa.
Untuk dia berpatah balik merupakan jalan yang sukar bagi Ratna.Nak Tak nak dia perlu berdepan dengan Ikbal.Lelaki yang dihadapannya kini.
Kemas Dan segak lelaki itu Hari ini dalam sepersalinan Kot Hitam Mewah. Menampakkan Aura Lelaki berkerjaya dalam wajah Ikbal. Dia bukan lagi lelaki yang sama Ratna jumpa Seminggu yang lalu.
Sedang kedua - duanya diam berbisu dalam pertemuan itu.Seseorang menegur mereka yang menghentikan lamunan panjang Ikbal.
" CITRA?" seorang lelaki tua merapati Ratna.Rambut lelaki tua itu telah memutih,sehinggakan rambut hitamnya hanya sebahagian kecil yang tertinggal, seusia Datuk Ikhsan.
"Datuk" Lamunan Ratna CITRA terhenti. CITRA adalah nama komersil Ratna dalam penulis.Semua kenalan mengenali Ratna dengan panggilan CITRA.Hanya beberapa orang penting sahaja yang memanggilnya Ratna, Dan Salah seorang itu adalah ' Ikbal'.
Seorang lelaki asing yang yang tiba muncul dalam hidup Ratna.
" Ada lagi ker Skrip yang CITRA nak tunjukkan pada Saya?" Datuk Ikhsan meneruskan perbualan bila dilihat CITRA Dan Ikbal saling berpandang tidak berkelip. Dia tidak tahu apa yang terjadi dengan keduanya. Tapi melibatkan situasi asing itu, hati tuanya mengesyaki sesuatu.
Dia hanya harapkan semuanya berjalan lancar.
" Ikbal, dah kenal dengan CITRA ? "
Lirikan Mata Ikbal terhenti dengan sapaan Ayahnya,Ikhsan.
" Oh Datuk! Ya.. Kebetulan Ikbal kenal pasal ambil Skrip untuk cerita minggu lepas.Ikbal dah kenal dengan dia." Pandangan Mata Ikbal masih belum lepas dari pandangan Ratna, hingga Kan Ratna telah memerah di pipi.
" Baguslah engkau dah kenal.Banyak lagi urusan Kita dengan penulis Skrip berbakat macam CITRA ini.Citra kalau Tak keberatan Mari Kita bincangkan Hal bisnes Kita dalam bilik Saya.
Kita bincangkan bisnes akan datang.
" Baik Datuk" Pandangan Mata Ratna terarah kearah Ikbal.Dia Ada sesuatu yang ingin diucapkan kepada Ikbal, berhubung pertanyaan Mimpi dia semalam.Namun kehadiran mengejut Datuk Ikhsan menghentikan niat Ratna.
Berhadapan dengan Datuk, membuatkan Ratna terpaksa melupakan identiti sebenarnya.Dia adalah CITRA bagi pandangan masyarakat yang mengenalinya. Nama Ratna dikuburkan.
Sepanjang perkenalan Dan perbincangan bersama Datuk, Ikbal tidak terhenti menerhati Ratna dalam pandangan yang tidak berkelip. Hal itu membuatkan Ratna tidak duduk dengan Aman.
" Saya setuju bekerjasama dengan Datuk lepas ini.Saya tiada masalah dalam Hal itu.Tapi untuk peringatan Datuk Saya Tak mahu terikat dengan lama.Cukuplah kalau sekadar Saya bekerja dengan Datuk.
" Baiklah semua syarat itu Saya terima.Awak boleh datang ke pejabat ini kalau awak mahukan kemudahan dalam penulisan karya Skrip awak CITRA.Saya takkan memaksa." Senyuman ikhlas Datuk Ikhsan serlahkan diwajahnya sambil wajah Tua Datuk Ikhsan mendapatkan Ikbal.
" Ikbal temankan CITRA keluar, dia sudah jadi sebahagian dari staff Kita" Datuk memberikan arahan kepada Ikbal, yang Mata tuanya hanya menerhati perlakuan Ikbal pada CITRA.
***
" Awak boleh Tak pandang dinding jangan asyik curi pandang Saya!" Ratna sakit hati,sepanjang dirinya disitu Ikbal Tak melepaskan peluang melihat kearahnya.Dia sebagai wanita Malu bila diperlakukan begitu.
" Apa yang Ada dekat dinding yang Saya nak tengok? Tak Ada keindahan hanya warna mendatar.Lebih baik saya lihat awak.Walaupun awak Tak suka Saya tapi boleh juga awak berbunyi.Tak Macam dinding CITRA." Niat Ikbal untuk perli Ratna.
Sebutan Ikbal dengan nama CITRA, buatkan Ratna sakit hati.
" Awak dah Tak perlu hantar Saya keluar.Saya tahu keluar sendiri.Cukup setakat sini." Kemarahan Ratna semakin menyirap dengan sikap bersahaja Ikbal.
" Saya Tak nak hantar awak pun tapi awak Dengar sendirikan Arahan Datuk tadi.Saya pekerja yang ikut arahan."
" Perasan, Tak perlu awak nak buat semua itu.Saya Tak makan saman.." Sempat Ratna menjeling bersama langkah laju Ratna meninggalkan Ikbal Sendiri.
" Hmmm..sebelum awak pergi. Ada apa - apa awak nak beritahu Saya ker?" Ikbal dapat rasakan, Ratna kesitu disebabkan Ada sesuatu yang menganggu fikiran Ratna. Melibatkan jawapan Ratna yang macam Budak Sekolah menjawab soalan dari Datuk buatkan senyuman Ikbal tidak lekang dari bibir.
Ratna CITRA, seorang gadis yang Mempunyai Aura tersendiri.
Langkah Ratna sekali lagi terhenti. Dia telah lupakan Hal sebenar dia kesitu. Sesuatu yang perlu dibincangkan dengan Ikbal, tentang mimpi Dan semua Hal yang melibatkan Ikbal Dan dirinya..
" Kenapa?" Wajah Ratna yang telah berubah buatkan Ikbal pasti segala tekaannya tepat.Dia adalah punca utama Ratna hadir kesitu.
" Saya nak bincangkan sesuatu dengan awak Ikbal," Suara Ratna Gugup dalam keberanian dirinya sebentar tadi.Dia tiada pilihan, kerap sangat mimpi yang sama berulang. Dia tiada pilihan dia perlu dapatkan jawapan.
Sebab Saya kesini cuma satu Ikbal. Saya datang kesini sebab nak jumpa awak. Sebab Saya pasti awak Ada jawapan yang sedang ganggu Saya sekarang ini. Saya mahukan penjelasan awak. Suara Ratna tersekat - sekat dalam darah Ratna yang gemuruh berdepan dengan Ikbal.
Ikbal dengan wajah berkerut hanya tenang menunggu penjelasan Ratna.. Dia masih menunggu. Berharap Ratna akan berterus terang.
" Saya nak Tanya dekat awak pasal lukisan itu. Lukisan Ratna Sari." Sebaik sebaris mama itu disebut, Ada bayangan Hitam yang melalui Ratna yang ketika itu berada ditepi tangga. Tubuh Ratna yang kehilangan imbangan segera terjatuh, namun sempat disambar oleh Ikbal, membuatkan tubuh kedua - duanya saling merapat seakan berpelukan..
Kedua - duanya saling berpandang tanpa tersedar Tubuhnya sepenuhnya berada dalam pelukan Ikbal..
....................Bersambung..
Share this novel