Rate

Bab 3

Horror & Thriller Series 3562

Gunung Sepat -
23 November 1934

~~ Seminggu sebelum majlis perkahwinan Ratna Sari Dan Indera.

" Abang Indera jangan buat Ratna macam ini. Semua yang jadi bukan kehendak Ratna. Kalau Abang tak boleh terima apa yang jadi. Ratna sanggup Abang. Ratna sanggup jadi yang Kedua. Tapi Kenapa Abang pilih dia?"

Seorang perempuan yang sedang elok duduk dihadapan mereka dipandang Ratna Tidak berkelip, tumpuan masih dilayang pandangan pada perempuan yang berparas muka Cantik Di hadapan mereka.

Semua perasaan telah meresap kedalam hati Ratna. Benci, dendam, pasrah semua dalam Satu. Dia Cuba bertahan Demi Indera. Lelaki yang dicintai sepenuh hati Ratna.

Kerana Indera Dan Cinta mereka yang kuat bertaut pada Ratna. Dia kembali. Dia harapkan Indera Teruja menemui diri dia. Tapi yang terjadi waktu Ini Sebaliknya. Indera perlu membuat pilihan.

Seorang perempuan yang dilihat mata kasar Ratna, menjeling Ratna hampir beberapa kali.

Selendang yang menutupi wajah Ratna tidak dibuka untuk menutup Aib Ratna. Keseluruhan wajah Ratna bergaris, kesan dari batu - batu tajam yang terkena wajahnya dulu.

" Ali" lelaki yang Ratna berdendam. Sepupu dia sendiri. Kerana dengan hasutan Anggun, Dia Cuba dibunuh. Takdir Ratna menyebelahi dia.
" Terselamat"

Terselamat dari segalanya. Tapi itu tidak dapat mengubah keputusan Indera dihadapannnya untuk mengahwini Anggun menggantikan tempatnya.

" Abang Indera, percayalah Ratna. Bukan Ratna yang buat semua ini. Tapi dia, Anggun ! Perempuan ini yang Ingin membunuh Ratna. Percaya Ratna abang Indera."

Indera berpaling kearah Anggun yang menjeling tajam dengan marah melihat kearah Ratna.

" Hei perempuan. Kotor, Jijik.... Suara lantang Anggun mengherdik..!"

" Cukup Anggun! Apa lagi yang Engkau nak terangkan Dekat sini. Biar aku Selesaikan hal ini.!" Indera bersuara naik senoktaf. Dia tidak mudah buat keputusan. Pinangan kepada keluarga Anggun telah dibuat. Namun perjanjian dengan keluarga Ratna belum dibatalkan .

Dia ingatkan dengan perkabaran kematian Ratna dulu, dia tidak perlu membuat pembatalan. Nampaknya dia tersilap membuat perhitungan kali ini.
Ratna masih hidup Dan sekarang sedang menuntut perkahwinan Perjanjian mereka dahulu.

Semunggu lagi sepatutnya Ratna dengan Indera akan disatukan dalam perkahwinan. Tapi sesuatu terjadi. Semua orang sedang runsing buat keputusan.

" Indera Apa keputusan kamu? Kamu perlu buat keputusan hari ini. Majlis lagi seminggu Indera. Kamu perlu pilih pengantin perempuan." Ibu Indera memberikan nasihat.

Mata Sang Ibu lebih terarah kepada Ratna. Wanita itu yang dirasakan layak intuk anaknya. Bukan wanita yang berhati batu yang sedang berada berdekatan Indera.

Dalam sudut hatinya, dia tidak mahu Indera tersilap membuat pilihan.

Semua itu buatkan Indera lebih serba salah. Bagaimana dia mahu berikan jawapan. Kedua - dua wanita yang akan dipilih berada dihadapannya. Ratna Sari Dan Anggun.

Kedua- duanya merupakan jelitawan Kampung yang memiliki kecantikan tersendiri.

Mempunyai personaliti tersendiri yang menjadi Impian jejaka. Jika dulu Ratna yang merupakan penaung Utama. Kini tidak lagi. Kehilangan Ratna membuatkan kecantikan Anggun terserlah.

Ratna muncul Sekali lagi disisi Indera Tapi telah berlainan wajah dan bentuk. Kulit wajahnya tidak lagi mulls seperti dulu. Yang tinggal kini dihadapan Indera, Ratna yang hodoh.

" Abang Indera, Ratna sanggup dimadukan jika Abang Indera sukar untuk memilih. Pilihan ditangan Abang, Ratna tetap menunggu.!"

" Ratna!" Suara Emak memarahi Ratna yang dirasakan sedang dipermainkan Indera. Jika lelaki itu setia Dia tidak akan Cepat memilih pengganti Ratna.

Lihatlah sahaja majlis pernikahan Ratna lagi semingu, Tapi Pengganti anaknya telah dicari.

Sebagai Emak Dia tidak boleh buat keputusan. Semua itu terletak pada tangan suami. Tapi suami, Bapa Ratna telah kembali menghadap ilahi. Akibat tekanan Kehilangan Ratna yang disangka telah mati.

Justeru itu Pengurusan perkahwinan Ratna terletak pada tangan Bapa Saudara Ratna, Kamal, bagi menguruskan hal tersebut. Kini mereka ditimpa musibah bila Pasangan lelaki Ratna mempunyai pilihan lain.

" Ratna Dan Anggun! Maaf abang Indera tak dapat buat keputusan hari ini. Apa kata Hanya kita bertiga sahaja berbincang disini tanpa campur tangan dari Ahli keluarga yang lain." Indera memandang kepada semua tetamu yang hadir, untuk dia mendapatkan ruang berbincang dengan pasangannya.

Emak memandang ke arah Kamal, Abang kandungannya. Dari riak wajah dan bahasa Isyarat abangnya. Lelaki itu bersetuju dengan pendapat Indera. Mereka bertiga disitu, Jadi tiada masalah dari segi agama.

Selepas mendapat anggukan dari Ibu Ratna yang bersetuju. Barulah Kamal sebagai wakil keluarga Ratna bersuara.

" Baiklah Indera, kami setuju dengan segala pendapat kamu. Kamu bertiga boleh berbincang dalam hal ini. Pihak keluarga kami berharap kamu akan sepakat."

Sehabis bicara, Pak Kamal Dan Emak Ratna Dan sedara Mara yang hadir turun keberanda untuk memberikan ruang kepada mereka bertiga.

Begitu juga hal yang terjadi pada keluarga Anggun. Semuanya menurut Walaupun masih terdapat ketidakpuasan hati pada seluruh keluarga yang hadir bagi mewakili Anggun disitu.

Kedua - dua keluarga saling berlawanan mata berikutan kesakitan yang terjadi pada majlis yang akan dilangsungkan.

Keluarga Anggun tidak mahukan anak mereka dimadukan. Begitu juga Ahli Keluarga Ratna.

Namun Hanya Ratna yang menyatakan kerelaan untuk Indera mengahwini kedua - duanya. Dia tidak mahu Indera tidak berpegang pada janji. Tapi untuk dia melepaskan Indera. Dia tak rela. Dia begitu Cintakan lelaki itu.

Pintu bilik ditutup. Sebaik sahaja semua Keluarga keluar Anggun tanpa Segan silu mendapatkan Indera dalam pelukan. Indera tiada bantahan dengan tindakan Anggun.

" Abang Indera?" Ratna terkejut..!

" Engkau baru tahu Ratna, sebenarnya Indera dah lama nak maklumkan hal ini." Sinis Anggun berbicara, Indera yang dalam pelukan Anggun Hanya diam membisu.

" Apa yang sebenarnya terjadi Anggun? Pelukan Anggun kenapa Abang Indera tak halang?" Ratna terketar - ketar dalam bicara. Dia dapat melihat wajah Indera berubah dengan reaksinya, Seakan Ratna tidak patut berada disitu.

" Indera dengan aku bercinta Ratna. Indera takut untuk maklumkan hal ini. Itu Sebab aku yang kena bercakap bagi pihak dia."

" Kalau kamu berdua bercinta. Kenapa tak putuskan sahaja perkahwinan dulu, pertunangan kita? Abang Indera apa sebenarnya yang terjadi? Ratna menutup wajahnya dengan selendang. Dia menanggis, sedih.Dia tahu wajahnya tidak lagi secantik seperti dulu. Garis - garis diwajahnya perlukan masa untuk pulih.

" Maafkan abang Ratna. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati Ratna. Abang Cintakan Ratna dulu Tapi sekarang, Cinta abang pada Anggun."

" Kenapa abang tak putuskan waktu Ratna datang pada abang sebulan lalu." Ratna menjerit kepada Indera. Dia rasa tertipu. Jika sebulan dulu hubungan dia diputuskan . Tidak lah dia merana hidup dalam dunia gelap selama sebulan lalu. Hidup Hanya menunggu mati, hanya yang menjadi kekuatan Ratna Sari Hanyalah Indera.

Sungguh Ratna Tak sangka, kerinduan dia pada lelaki yang salah. Hati Ratna dapat dirasakan remuk redam.

" Indera Takkan cakap pasal hal dulu Ratna. Biar aku yang berterus terang. Dulu engkau Cantik jadi kegilaan ramai orang - orang bujang. Tapi bukan kini. Indera pilih aku Sebab aku perempuan yang lebih Cantik dari engkau sekarang ini. Engkau dah cermin wajah Jijik engkau tu!" Anggun menghina. Indera tetap diamkan diri.

Dia dapat lihat kehodohan wajah Ratna sekarang. Dia Terasa Jijik dengan wanita yang berada di hadapannya. Jika dulu wanita itu yang dia puja. Kini tidak lagi. Perempuan itu Hanya dirasakan akan jadi bebanan Dan umpatan dalam hidup Indera jika dia berkahwin dengan Ratna.

Untuk melepaskan gadis secantik Anggun, Indera tak sanggup. Dia akan memilih Anggun Walaupun apa yang terjadi. Perasaan hati Indera pada Ratna lesap bila dia melihat wajah Ratna kini.

" Abang minta maaf Ratna. Cinta Abang bukan lagi pada Ratna." Indera memujukkan wajah kesedihan.

" Abang cakap apa? Abang indera, jangan Tinggalkan Ratna. Abang yang jadi semangat Ratna untuk pulang kesini. Anggun yang buat kan Ratna jatuh dalam Curang itu abang Indera. Dia nak Ratna mati, dia nak dapatkan abang."

Ratna menagggis merayu pada Indera. Dia Amat berharap Indrera terima dia menjadi Isteri. Biar Maruah Ratna dipijak dia rela.

Dia rela segala hinaan pada diri dia, asal kan Indera terima dia sebagai Isteri, Walaupun dimadukan bersama Anggun.

" Cukup Ratna? Jangan buat cerita bukan - bukan pasal Anggun. Kami dah lama suka sebelum abang kenal Ratna. Abang silap memilih dulu. Abang tak sangka macam ini sikap teruk Ratna tuduh Anggun. Ratna ada bukti?"

" Ada abang, Ali. Sebelum Ratna jatuh gaung. Ali yang maklumkan Ratna Tentang hal itu. Abang percaya kan Ratna." Ratna tidak berhenti merayu, jika Indera dapat terima dirinya dengan melutut Dia akan buat asal kan dirinya diterima.

" Abang tak dapat terima Ratna Sari jadi isteri Abang. Abang dah pilih Anggun Jadi suri hati Abang." Indera membuat keputusan. Keputusan yang membuatkan kesedihan Ratna semakin meraung.

" Abang jangan buat Ratna macam ini. Ratna kematian Ayah disebabkan hal itu. Tolong terima Ratna. Jika Ratna tak berdegil jumpa abang semua ini Takkan terjadi. Persiapan perkahwinan kita, Ratna Dan sediakan . Ratna akan pakai pakaian yang abang beli masa pernikahan kita. Tolong terima Ratna."

Indera mempalingkan wajah yang terlihat berubah ketakutan bila melihat wajah Ratna. Wajah Ratna mendekat pada Indera untuk lelaki itu menarik kembali keputusannya dulu. Ratna yang melihat mulai menjauhkan diri. Dia tidak mahu Indera melihatnya dalam keadaan hodoh begitu.

" Maafkan Ratna, Sebab takutkan abang Indera." Ratna tersedar dengan kesilapan dia.

" Baguslah Engkau dah tersedar Ratna. Indera dah pilih aku? Jadi apa tunggu lagi. Indera akan putuskan pertunangan itu." Anggun berlagak memandang kearah Ratna. Hatinya belum puas mengenakan Ratna. Jika sebelum ini dia yang sering menjadi nombor dua. Sekarang tidak lagi. Dia boleh Tersenyum puas.

" Ratna abang harap Perjanjian pertunangan kita sebelum ini putus." Indera tekad dengan keputusan dia. Ratna tidak lagi Cantik pada pandangan matanya. Kecantikan Anggun yang memukau pandangan matanya sekarang.

Dapat dilihat Ratna Cahaya dimata Indera berubah bila memandang kearah Anggun.

" Abang tinggalkan Ratna sebab Ratna tidak secantik Anggun lagi! Itu nilai Cinta abang pada Ratna."

" kecantikan luaran Hanya pinjaman" Ratna kembali memgingati bait - bait bicara itu yang pernah diucapkan dulu.

"Abang tinggalkan Ratna serba Ratna tiada harga dunia?"

" Kekayaan Dan kemewahan Hanya sementara, semasa hidup harta berharga, apa Bila telah mati, semua itu tidak berguna." Sebaris ayat yang diingati kini. Bait perkataan itu dirasakan Ratna berharga.

" Ratna bukan lagi sesuai untuk duduk disebelah Abang dengan fizikal Ratna sekarang. Abang tak mahu Anggun Terasa hati jika Abang ambil Ratna jadi isteri Kedua. Abang harap Ratna faham. Keluarga Abang Takkan benarkan Ratna yang berupa begini masul dalam keluarga kami."

" Berupa? Rupa apa  abang.Rupa begini?" Selendang diwajah yang dipakai sebelum ini dibukakan Ratna menampakkan wajah di mukanya yang telah cacat. Semua itu membuatkan Anggun menjerit ketakutan sambil memeluk erat Indera.

Suara Anggun yang menjerit membuatkan Keluarga di Kedua - dua helah pihak menyerbu masuk Ingin melihat apa yang telah terjadi. Melihatkan wajah Ratna semua ketakutan. Kecuali keluarga terdekat Ratna termasuk Pak Cik Kamal.

" AstaghfirulllahAlazim, Ratna? Apa yang kamu buat ini. Mengucap panjang. Jangan macam ini. Hal ini boleh bawa berbincang." Pak Kamal mendapatkan Ratna.

" Dia perempuan itu yang rancang bunuh Ratna Pak Kamal, dia yang gunakan Ali untuk bunuh Ratna. Tapi Indera pilih dia dari Ratna." Suara Ratna kuat dan lantang dalam menyampaikan maksud dari semua yang terjadi.

" Jangan tuduh anak aku, perempuan hodoh. Entah siapa dia berdendam. Anak aku yang Jadi mangsa. Sedar diri itu, Engkau tak sepadan dengan Indera." Emak kepada Anggun mencelah. Masih tak puas hati.

" Emak jangan layan perempuan macam ini. Indera dah pilih Anggun untuk Jadi pasangan dia. Dia dah tak boleh buat apa." Anggun Senyum sinis pada Ratna.

Emak Anggun turut tersenyum sambil menjeling Emak Ratna.

" Betul ker Ratna!" Emak Ratna bertanya begitu juga Emak kepada Indera,

" Indera kamu dah buat keputusan. Betul kamu pilih Anggun jadi pasangan kamu?" Nada terkejut Emak Indera bertanya sekali lagi jawapan anaknya.

" Itu keputusan Indera," lemah Suara Indera sambil memandang kearah Ratna.

" Jangan salahkan Indera Mak Cik. Dia tak bersalah dalam hal ini. Ratna terima semua keputusan Indera. Hati Ratna Cuba untuk membenci Indera, Tapi jauh disudut hati Ratna, dia tidak mahu Indera merana. Dia masih sayangkan Indera. Jika Indera memilih Anggun dia terima seadanya.

" Ratna ! Tapi keluarga kita dah berjanji. Sepatutnya kamu yang jadi menantu Mak Cik. Bukan Anggun."Emak kepada Indera berasa serba salah dengan segala yang terjadi.

" Itu nasib Ratna Mak Cik, mungkin itu yang terbaik dalam hidup Indera. Selendang Di wajah Ratna ditarik untuk menutup kembali wajahnya yang telah hodoh.

Kali Ini Ratna tersilap percaturan. Indera sama sahaja dengan lelaki - lelaki yang lain yang Hanya mengejar kecantikan wanita. Dia tidak lagi cantik pada wajah. Untuk apa dia kekal
disitu.

"Kita balik Ratna Di rumah. Biar lah Emak yang membela kamu Ratna. Jika tiada yang mahukan kamu, emak sentiasa ada disisi hingga hayat aku berakhir."

Kata - kata Emak Ratna buatkan air mata Ratna gugur laju. Tanpa disangka hati Ratna terusik dengan Emak yang masih mahukan Manusia hodoh seperti dirinya,

Mereka menapak kebawah rumah diikuti dengan ahli keluarga Ratna yang lain. Pak Kamal yang memerhati Apa yang terjadi pada Ratna mengelengkan kepala bersedih.

Tak sangka Ratna diperlaku begitu rupa. Jika dulu Ratna disanjung kerana kecantikannya . Kini Ratna dibuang kerana keburukannya. Dunia.

" Ratna, aku minta Maaf pasal apa yang Ali buat pada kamu. Aku tak sangka anak aku boleh buat macam tu pada sepupu dia sendiri . Ali dah dapat balasan dunia Ratna. Pak Cik harap kamu maafkan dia." Luluh hati Ratna bila mendengar pengakuan Ikhlas dari Bapa saudaranya yang akan menjadi wali Bagi perkahwinan diri dia kelak.

"Tapi Siapa yang akan mengahwini aku." Ratna mengeluh dalam hati.

" Bukan salah Pak Cik. Ratna yang bersalah dalam hal ini. Ratna tak tahu sampai macam itu dendam Manusia pada Ratna. Ratna tak tahu Kalau selama ini Ratna sakitkan hati orang Pak Cik. Mungkin nasib Ratna.

****

Huarghhhhhh! " kenapa engkau bunuh keluarga aku Anggun. Mereka tak bersalah dalam hal ini."

"Indera! Indera, kenapa Ratna yang abang benci. Ratna dah menjauh dari abang Tapi kenapa dia masih ganggu Ratna.

"Kenapa Anggun? Kenapa buat aku macam itu?" Ratna jegilkan mata melihat kearah Anggun. Dia telah sebatang kara tinggal di dunia.

Semua disebabkan oleh Anggun yang membenci dia.

" Sebab aku tak mahu Indera memilih engkau Ratna. Aku tahu engkau akan tetap wujud dalam hidup Indera. Walaupun Hanya memori, Tapi aku tak  sanggup. Aku nak Engkau tak wujud Ratna."

" Apa salah aku? Aku dah tak Kalau Indera. Kenapa keluarga aku yang kena terima semua ini Anggun!"

" Takdir! Emak engkau mati Sebab dia pertahankan engkau. Tapi lihat kebodohan orang tua tu buatkan engaku yang cari aku!" Anggun ketawa girang dengan kehadiran Ratna Di situ.

Dia telah jalankan misi membunuh Ratna, Tapi dia tewas dalam Cubaan 2 kali membunuh wanita itu. Dia sakit hati. Disebabkan itu, emak Ratna yang dibunuh bersama Ahli keluarganya kecuali Sedara Mara Ratna yang tinggal jauh dari Kampung itu.

" Indera tahu pasal semua benda ini?" Mata Ratna berair dia tahu ajal hidupnya akan sampai bila - bila masa. Jadi untuk dia berharap akan ada penyelamat yang selamatkan hidupnya sesuatu yang mustahil.

Indera telah ada Anggun.

Semua keluarga telah mati. Untuk apa Ratna bergantung harap untuk hidup.

" Selesaikan apa yang engkau mahukan Anggun dalam hidup aku. Pastikan semuanya mengikut perancangan Dan jangan tinggalkan jejak."

" Aku tak mahu dendam aku wujud untuk engkau dengan Indera!" Ratna Senyum sinis. Senyuman Ratna menakutkan Anggun. Membuatkan tubuh Anggun gugup.

“ Plak”

“ Ratna!” Suara Budin bergema di luar bilik menempatkan Anggun Dan Ratna yang telah diikat kemas.

Anggun gugup. Bagaimana Budin boleh hadir disitu. Rumah lama yang digunakan untuk menempatkan Ratna, lebih kepada menculik Dan membunuh Ratna jauh di pedalaman. Bagaimana Budin tahu kehadiran Ratna Sari Dan dia disitu.

Anggun menyingkap lengan dan menunjal dahi Ratna yang telah diikat. Dia tiada lagi lain pilihan, masa terlalu suntuk. Bila - bila masa Budin akan menerjah kedalam bilik menempatkan mereka berdua.

Anggun tiada pilihan lain. Dia perlu bersembunyi Dan keluar dari rumah usang itu. Budin tidak boleh nampak kelibat dia disitu bersama Ratna. Habis dia nanti.

Dia kenal Budin Dan dia masih belum melihat sifat sebenar lelaki itu dalam mengahadapi situasi genting. Dia takut nyawanya yang akan melayang, jika Budin dapat tahu hal yang sebenar. Dia tahu perasaan Budin yang telah terpendam untuk Ratna.

Sebaik sahaja Anggun menutupkan wajahnya dengan selendang. Kain disingkapkan menampakkan seluar Di kakinya. Bersama sengihan Anggun meluru keluar menghala ke tingkap.

Tanpa berpaling. Anggun Tinggalkan Ratna bersendirian Di dalam rumah usang bersendirian menghadapi Budin.

Licik Dan Tangkas Anggun melarikan diri Dan menghilang disebalik hutan tebal.

****

“ Apa yang jadi Ratna? Sampaikan orang Kampung tuduh Ratna bunuh keluarga sediri. Apa yang jadi?”
Budin menanggalkan ikatan Di pergelangan tangan dan Kaki Ratna . Segala berita yang diterima ditelingannya menyesakkan dada Dan menyakitkan hati Budin.

Entah siapa punya angkara. Ratna yang menghilang dari kes kebakaran rumah - rumah sedaranya menjadi bualan hangat dikampung. Budin pelik dengan Kehilangan Ratna.

Ada yang menyatakan Ratna membela Jin Jembalang. Ratna pembunuh. Ratna seorang Ahli sihat Dan banyak lagi. Tapi Jelas dimata Budin kini dihadapannya hanyalah seorang gadis yang kematian hidup Dan mata hatinya.

Ratna bukan lagi gadis yang dijumpai Budin sebelum ini. Dipenuhi dengan gaya Dan pandangan yang memukau sesiapa yang melihat.

Gadis yang dihadapannnya mempunyai Roh yang mati. Hanya yang tinggal pada Ratna hanyalah Jasad.

“ Apa yang jadi Ratna? Siapa yang buat Ratna sampai jadi macam ini?” Budin mengelengkan Kepala. Walaupun Ratna tidak memilih dirinya dulu. sayang Budin pada Ratna tidak berubah.

Dia tidak mahu Ratna hanyut dalam dunia rekaan manusia. Gadis itu perlu bangkit. Apa yang jadi pada keluarga dan saudaranya adalah Satu musibah dalam hidup Ratna. Dia perlu kuat.

“ Macam mana Abang Budin boleh tahu Ratna disini?” Sekali lagi takdir permainkan Ratna.

“ Abang Budin ikut naluri hati, Ratna. Kalau Ratna tak keberatan, Abang Budin temankan Ratna Tapi ada sesuatu yang abang Budin nak maklumkan Ratna?. Berat hati Budin merasakan . Disebalik wajah Dia dapat rasakan Abang Budin menghela nafas berat.

“Kenapa Abang Budin? Apa yang berlaku?”

Semua Tentang hal Kehilangan Mak Dan sedara Mara Ratna ? Siapa yang tahu salah silah Keluarga Ratna. Orang yang rapat?"

“ Ratna rasa Hanya seseorang. Tapi biarlah semua itu berakhir disini Abang Budin.” Berat hati Ratna dia tahu siapa yang mengetahui semua tentang saudara Mara Ratna, Siapa lagi Kalau bukan Indera.

“ Orang - orang Kampung buru Ratna? Mereka anggap Ratna pembunuh Emak Dan saudara Mara Ratna.

“ Ratna ? Ratna yang dituduh? Pesalah!” Ratna ketawa.

“Emak Ratna mati depan mata? Saudara mara Ratna! Ratna sebatang kara.Apa lagi yang orang Kampung tak cukup menghukum Ratna.?

“ Mereka mahukan Ratna mati? Baru mereka puas!” Mata Ratna dijegilkan, selendang yang menutupi wajahnya dibiarkan terbuka menampakkan wajah hodoh Ratna Di pandangan mata Budin.

Sedikit pun Budin tidak berganjak dari memamdang wajah Ratna . Bagi Budin tiada yang cacat bagi seseorang yang Cantik seperti Ratna.

Itu Hanya kecantikan luaran Ratna. Dalaman diri Ratna masin sama.

“ Bersabar Ratna!” Lembut Suara Budin memujuk. “ Mungkin ada hikmah yang menunggu Ratna disebalik semua ini. Budin memberikan nasihat.

“ Mungkin ada Dan mungkin tidak abang Budin. Kenapa abang Budin tak palingkan wajah lihat wajah Ratna yang hodoh. Ratna sudah terbiasa mendengar cakap - cakap kosong orang Kampung.

“ Ratna tak boleh paksa abang Budin Bencikan Ratna. Abang Budin akan bantu Ratna sampai pulih.”

“ Ratna tak mahu sembuh Abang Budin. Ratna perlu mati!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience