BAB 3

Romance Series 1476

Bingit suasana dengan suara bekas pelajar Sekolah Tinggi Khindi. Masing-masing kelihatan vogue dengan pakaian yang berlip lap dan berlace bagi perempuan manakala yang lelakinya bertuxedo dan bersuit. Masing-masing mempunyai gaya tersendiri kecuali aku. Ya hanya aku yang berpakaian biasa walaupun dalam jemputan yang Shiera, bekas Yang di-Pertua MPP dah terangkan dengan jelas bahawa pakaian haruskan formal, vogue dan bergaya tapi ada aku kesah. Aku datang pun kira bersyukur. Ikut hati memang malas aku nak munculkan diri tapi sebab dipujuk rayu oleh Shiera, aku turutkan juga dan akibatnya, terpinggir dan terpencillah aku dekat sudut paling hujung ni. Shiera cakap reunion kali ni bukan dia yang uruskan, tapi The Troublemakers dan bila sebut nama kumpulan tu. Memang aku tak letak harapan pun yang aku akan dapat duduk kawasan depan tapi tak terfikir pula aku yang aku akan diletakkan dekat depan bilik air. Nasib baik hotel taraf lima bintang, tak ada la semerbak bau masuk rongga hidung.
“Aisyah, maaf tau kalau awak rasa tak selesa duduk sini. Saya pun tak tahu kenapa dorang letak awak dekat belakang ni sebab sepatutnya barisan exco duduk satu tempat bagi hargai jasa yang kita pernah tabur tapi itulah. Maaf ya.”
Aku senyum sahaja bila Shiera berkali-kali ucap maaf. Macam dia pula yang bersalah padahal dia tak ada kaitan pun dan orang yang sepatutnya urus majlis ni la yang kena minta maaf.
“Its okay la Ira. Saya tak ambil hati pun.”
“Tapi kalau awak nak tukar tempat dengan saya, saya okay je.”
Aku geleng. Bengang juga aku, dah orang cakap tak apa eh dia masih lagi nak rasa bersalah. Ada yang kena luku karang.
“Dah orang tak nak, tak payah paksa. Manusia ni tak suka dipaksa Shiera,” ujar suara dari arah belakang kami. Aku menoleh.
“Eh, Izz. Kata tak datang.”
Izzudin senyum senget. Tagline yang tak pernah aku lupakan dari seorang manusia bernama Izzudin. Perasan diri ditenung, Izzudin pandang aku dan pandangan kami bertaut.
“Nama Izz kami tak sediakan sebab Izz tak daftar jadi ni tempat Izz la ya,” beritahu Shiera. Peranan sebagai YDP MPP memang sebati dengan diri dia sampaikan dah lebih lapan tahun tinggalkan sekolah pun masih lagi bersikap seperti Shiera lapan tahun yang lalu.
Izzudin angguk seraya tarik kerusi sebelah aku. Aku terkedu. Perlu ke duduk sebelah aku? Banyak lagi kerusi kosong dekat meja bulat ni. Nafas yang mula tersekat-sekat aku kawal sebaik mungkin.
“Eh, bro! Lama tak jumpa. Kenapa duduk hujung alam ni? Kau kan ex-exco. Tempat kita dekat depan pentas tu la,” tegur seseorang yang cukup aku kenali. Pandangan terus aku kalih ke arah lain.
“Aku nak teman ex aku.”
Dengan pantas aku pandang Izzudin. Tajam mata aku tenung mamat tak berperasaan ni. Memang saja nak ungkit kisah lama ke macam mana.
“Aisyah Alhena?”
Aku senyum seadanya. Rasa menyesal yang amat terima pelawaan Shiera. Kalau aku tolak, dah sah-sah semua ni aku tak perlu hadap.
“New money hah?”
Damn! Perlu ke dia ungkit benda tu. Sengaja nak buat malu aku. Izzudin pandang aku sinis. Nak cakap yang dia menang lagi la tu. Huh!
“Bie, kata nak pergi tandas. Kenapa lama sangat,” suara penuh manja dan terlebih gedik dari Julia buat aku rasa macam nak menyorok bawah meja. Saat mata kami berlaga, hilang terus gaya jelly Julia.
“Apahal kau muncul hah? Tak malu eh?”
“Ju, jangan buat kecoh please. Ni kan malam reunion. Memang semua pelajar dijemput hadir tak ada yang terkecuali.”
“Tapi dia tak layak digelar bekas pelajar Sekolah Tinggi Khandi.”
Aku mula bangun. Malas bila diri tak diterima. Rasa sia-sia je aku habiskan masa datang majlis yang tak diundang ni. Saat nak pusing ke belakang, entah mana silapnya kaki aku tersadung pada kaki kerusi Izzudin menyebabkan imbangan badan aku tak stabil. Nasib baik lengan sasa Izzudin cepat tangkap badan aku yang dah separuh back flip. Kalau tak, memang jadi nangka busuk bacin aku depan ahli lembaga dan jembalang MPP ni.
“Always your dark knight,” bisik Izzudin saat mata kami bersatu.
Ashraf berdehem menyebabkan aku dan Izzudin kembali pada dunia asal. Terasa berbahang muka aku bila adegan tadi jadi tontonan ramai. Mesti ada yang cakap aku saja buat drama untuk tarik perhatian Izzudin. Like old time…
“Sorry, tak sengaja,” tuturku dan terus berlalu ke arah ladies. Malu weh nak stay dekat situ lebih-lebih lagi bila tengok mata buntang Julia bila Izzudin sambut aku tadi.

PEGUN gerakan aku. Tangan aku tarik dari pulas tombol. Takut member yang tengah syok mengumpat dekat luar tu terkejut beruk pula kalau tahu akua da dekat dalam ni.
“Tak sangka kan, dia berani munculkan diri. Memang la kisah tu dah lama tapi takkan la dia tak malu.”
“Perempuan macam tu kau ingat tau malu ke? Kau tengok je la tadi, masih lagi guna taktik lama dia untuk tackle Izz. Menyampah aku.”
“Kalau aku la, memang malu aku nak tunjukkan muka lepas apa yang aku buat.”
“Eh dah la, jom keluar.”
Sunyi.
Aku buka pintu.
“Aisyah.”
Senyum kelat aku ukir. Ciss, ingat dah tak ada orang. Rasa macam nak masuk ke dalam balik tapi nanti nampak sangat yang aku ni bersalah. Akhirnya aku buat muka tak berperasaan. Langkah kaki aku atur ke arah singki. Tabah la duhai hati.
Nabila yang masih tak berganjak aku pandang. Dah kena yang sorang ni, nak basuh bilik air ke macam mana.
Tak semena, tangan aku dicapai. Aku biarkan sahaja.
“Aku rindu persahabatan kita.”
Kelu lidah aku. Tak sangka, ada yang masih rindukan aku. Rasa sebak mula bertandang.
“Aku pun rindu,” ujarku sebak. Kami berpelukan. Lama.
“Kenapa kau tipu kitorang. Kau ingat kitorang berkawan dengan kau sebab duit ke?”
Aku geleng. Tak. Aku tak pernah rasa macam tu tapi bila dengan The Troublemakers aku rasa tersisih. Aku rasa terpinggir sebab dorang semua anak orang berada sedangkan aku? Abi kerja biasa je sebab tu aku berpura-pura, berlagak macam aku ni anak orang kaya dan gunakan Izzudin sebagai cable.
“Tasha orang yang paling terasa dengan kau. Lepas kau keluar dari group, kitorang terus berpecah. Tak sehappy dulu. Masing-masing buat haluan sendiri. Tasha setiap hari tunggu kata maaf dari kau tapi sampai sekarang, tak pernah keluar pun perkataan tu dari mulut kau.”
Aku tunduk. Rasa bersalah yang amat. Kesal!
“I’m sorry friend. I did a lot of wrong dan aku rasa aku tak layak dapat kemaafan tu dari korang sebab sejak awal aku tak jujur dengan korang.”
“Tak ada manusia yang perfect Sya. Semua orang buat silap dan bila kau sedar silap kau dan baiki diri kau untuk jadi lebih baik, aku rasa tak salah kalau maaf kau kitorang terima. Cuma ya lah, time ruins our life. Luka dah jadi nanah. Nak ubat tu mungkin makan masa.”
Handphone Nabila tiba-tiba berbunyi. Dia bercakap dengan pemanggil di corong telefon. Aku diam sahaja. Tiada niat nak ganggu.
“I need to go. Tasha cari,” tutur Nabila dan terus pergi meninggalkan aku yang masih termangu. Takt ahu apa yang perlu aku buat. Ruang dan peluang untuk minta maaf dah ada tapi aku tak mampu. Mulut rasa berat untuk ungkapkan kata maaf. Aku rasa, lebih baik aku jauhkan diri dari The Troublemakers.Lagipun apa yang Nabila ungkap mungkin bagi pihak dia sahaja, yang lain tak tahu lagi. Tengok je la layanan Julia pada aku tadi, aku tak rasa dia boleh maafkan aku. Perbualan Huda dengan Anis pun tak nampak macam dorang terima aku balik semula dalam group tu.
Langkah kaki aku atur keluar. Malas nak fikirkan semua masalah yang baru muncul ni. Bikin kepala pusing saja. Seeloknya aku enjoy malam penuh sejarah ni lepas tu balik dan lupakan apa yang jadi hari ni. Anggap macam aku tak pernah datang majlis ni.
“Hey, kau tak join geng lama kau ke?” tegur Raisya sebaik sahaja punggung aku labuhkan pada kerusi. Izzudin sudah hilang entah kemana. Baguslah dia tak ada, tenang sikit jiwa aku.
“Biar la dorang. Aku bukan ahli kumpulan tu lagi,” ujarku dengan mata yang tak lepas dari pandang ke arah The Troublemakers. Masing-masing nampak gembira berborak sesama sendiri tanpa hiraukan dia. Nampak sangat kehadiran dia hanya akan mencacatkan kebahagiaan kumpulan itu.
Raisya pandang aku tak percaya. Ya la, dia bukan tahu apa yang jadi sebab kes lapan tahun lepas hanya melibatkan The Troublemaker dan beberapa ahli jawatan kuasa tertinggi MPP.
“Takkan la, bukan korang rapat ke dulu. Ya, la kembar enam kan. Tahap protect each other tu memang tak ada siapa boleh lawan. Kalau rasa nyawa lebih dari kucing je boleh try.Tu pun kadang tewas.”
Aku senyum bila teringat macam mana kami, The Troublemakers buli Dora The Explorace sebab usik Anis. Sampai berhenti sekolah budak tu kami kerjakan. Tapi itu semua dulu, sekarang semua dah berubah. Keluhan kecil aku lepaskan.
“Aisy, kau pernah dengar tak ayat ni. One fake friend can do more damage than five enemies.”
Berkerut dahi Raisya. Tak faham la tu.
“Tak pe la Di. Mungkin belum sampai masanya untuk kau faham dan aku harap kau tak alami la benda tu.”
Bertambah kerutan di dahi Raisya. Risau pula aku tengok. Bukan apa, takut kerutan tu kekal. Dah tak pasal-pasal tua sebelum usia si Raisya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience