"AISYAH Alhena!”
Telinga aku tekup dengan bantal. Badan yang sedari tadi mengiring ke kanan kini aku paling ke kiri. Selimut aku tarik sehingga kepala.
"Aisyah Alhena!"
Sekali lagi si dia memanggil. Aku matikan diri. Kedengaran empunya suara merengus. Marah la tu aku tak respond. Arhhh, ada aku kisah. Bukan selalu aku boleh bercengkerama dengan tilam empuk ni. Dalam seminggu ada la sekali. Bagi la can, kesian tilam ni tertunggu-tunggu kehadiran aku.
Tilam terasa tenggelam sedikit menandakan ada yang duduk di sebelah. Selimut aku selak sedikit dan…
“Bangun! Bangun!”
Cis! Memang kanak-kanak ribena betul akak aku ni tau. Seriang budak tadika dia lompat atas katil aku. Ingat ni pusat latihan lompat tinggi ke apa.
Tegak terus duduk aku. Amani aku tenung tajam.
"Akak! Jangan la lompat atas katil aku. Aku baru tukar cadar semalam," marahku.
Amani berhenti. Kalau tengok cara dia pandang aku sekarang ni, dah rupa bawang merah tenung bawang putih. Berlagak gila.
"Pandai pun bangun. Padan la dengan muka kau. Siapa suruh tidur mati."
Sakit hati punya pasal, aku tolak Amani turun dari katil. Sempat juga la aku sepak kaki tunjang dia. Nasib baik tak jadi nangka busuk akak aku tu kalau tak, mau bergema satu rumah ni dengan tawa aku.
Alas cadar yang berkedut aku betulkan. Pantang betul aku kalau tempat tidur aku kena pijak. Ingat rumput apa nak pijak-pijak. Tau la warna alas cadar aku hijau. Hish! Moody tau moody!
"Keluar la, kau buat apa lagi dalam bilik ni."
Amani mengejek. Kaki yang masih sakit diusap. Baru kena sepakan penalti dah begini sakitnya, belum sepakan maut seorang Aisyah Alhena. Mau tempang seumur hidup dia.
"Ibu panggil turun. Ada orang datang nak jumpa kau."
Dahi aku kerutkan. Siapa pula yang sesuka hati buat lawatan mengejut ni. Kacau betul la! Dengan langkah malas, aku menuju ke arah cermin solek. Nak telek muka cantik ni dulu. Mana la tau kot-kot ada peta Malaysia terhasil. Malu kot kalau kantoi. Mau jatuh saham aku sebagai anak dara tercantik dan terayu di abad 21 ni. Puas telek muka, rambut yang panjang paras pinggang aku ikat sanggul. Tudung sarung yang aku gantung atas kerusi pagi tadi masa buang sampah aku capai dan sarung di kepala. Nama pun tudung, mesti la sarung dekat kepala, kalau sarung dekat kaki stoking namanya. Hahaha!
Pintu bilik dikuak dan langkah kakiku terus diatur menuju ke tingkat bawah. Amani tengah berkorea drama petang begini saat aku lewati ruang tamu. Akak aku ni memang setia dengan k-drama dia. Aku je dah berpaling arah pada thai drama sejak tercrush dengan Mark Prin.
Arah pintu dituju. Sandal disarung dan aku menghampiri ibu yang sedang berbual dengan seseorang.
"Hah! Keluar pun. Lama dah Hafiz ni tunggu awak,” tegur ibu.
Hafiz menoleh ke belakang. Lebar senyuman dia hadiahkan untuk aku. Manis kau! Nampak lesung pipit di pipi kirinya. Well, boyfriend Aisyah Alhena kot. Haruslah hensem maut. Ops, termention pulak!
"Ibu masuk dulu. Kamu berbual la berdua," ibu bagi ruang untuk aku dan Hafiz berbual.
Baik aku atau Hafiz, kami angguk sahaja. Tempat ibu aku ganti. Sengih-sengih aku pandang Hafiz. Depan boyfriend la katakana, mestilah kena malu-malu taik kucing sikit.
“Kenapa datang tak bagitau. Kalau bagitau awal boleh Aisyah minta ibu sediakan apa-apa,” mulaku. Saja je cakap macam tu padahal kalau Hafiz beritahu awal pun, aku tetap juga hidang teh O.
Hafiz senyum sahaja. Memang tak lokek senyuman pakwe aku ni. Menyengih je. Agak kalau ada iklan gigi aku nak daftarkan dia la. Mesti sesuai sebab asyik menyengih je.
"Saya nak kahwin."
Tak ada mukadimah, tak ada pendahuluan. Terus ke isi utama. Bulat mata aku. Terbatuk-batuk juga la dibuatnya. Gila agaknya Hafiz ni, baru dua bulan rasmi sebagai pasangan kekasih yang paling bergula di abad ini, terus nak ajak aku kahwin. Blutal gila!
“Apa!”
Saja soal lagi sekali, bukan sebab tak dengar tapi nak pastikan betul-betul. Mana tahu aku berilusi je. Baru bangun tidur kan.
“Saya nak kahwin.”
Ayat yang sama keluar dari mulut Hafiz. Aku mula gelisah. Ya la, kenal memang la dah lama tapi kenal gitu-gitu je. Kenal hati budi tu masih dalam proses dan aku pun tak pernah terfikir nak tamatkan zaman bujang seawal usia 20an. Lagi satu, aku belum bersedia nak ada apa-apa komitmen. Masalah yang ada sekarang pun kadang tak tertanggung, nak tambah dengan masalah berumahtangga. Huuuu… minta ampun mak.
"Tapi saya belum bersedia nak jadi isteri orang. Lipat baju pun saya masih fail," beritahuku jujur. Terketar-ketar juga la aku meluahkan. Bukan takut tapi malu dengan pengakuan sendiri yang tak pandai lipat baju.
"Aisyah."
"Hermm..."
"Saya bukan ajak awak kahwin."
Damn! Dia nak kahwin tapi tak nak ajak aku? Dah tu takkan nak ajak buku dekat Glams Bookstore tu kahwin. Aku mula mengagak sesuatu. Tak lain tak bukan, Hafiz dah ada pilihan hati yang lain. Hish! Dia duakan aku ke selama ni. Benci betul la. Ingat dalam drama atau novel je lelaki suka duakan perempuan. Rupanya aku pun terkait sekali.
“Awak nak ajak siapa kahwin?”
“Family saya. Errrr… dorang…errr… dah ada pilihan untuk saya. Umi dah pinang pun perempuan tu,” takut-takut Hafiz beritahu. Pandangannya ditundukkan. Tak berani nak tentang mata la tu. Dasar pengecut!
“Maksudnya sekarang awak dah jadi tunang orang la,” soalku lagi. Eeee… sakitnya hati. Hidup hidup kau tipu aku Hafiz. Sabar je la.
Hafiz angguk perlahan. Kecil mata aku pandang dia. Kalau tadi aku nampak macam ada sinaran cahaya dari syurga atas kepala dia, sekarang cahaya syurga tu dah rupa api neraka aku tengok.
“Awak tak pernah cerita pasal kita pada family awak ke?”
Hafiz geleng. Ya la, tak salah dia juga. Hubungan baru dua bulan lagipun kami masih dalam proses kenal hati budi. Keluhan kecil aku lepaskan. Hafiz dongak pandang aku. Muka dah cuak. Takut aku bersilat la tu.
"Then, okay la. Kita putus. Takkan saya nak bercinta dengan tunang orang pula," ujarku. Suara dikawal sebaik mungkin. Wajah tenang aku tunjukkan.
Melopong mulut Hafiz. Terkejut. Huh, tak payah nak terkejut sangat la. Menyampah aku tengok.
"Awak tak marah ke?"
Aku geleng sambil menghirup teh O panas di dalam cawan. Balance ibu tadi. Hati tengah panas, apa aku kisah balance ibu ke tidak.
"Buat apa nak marah. Dah tak ada jodoh. Lagipun awak bukan hensem sangat. Kita bercinta pun sebab awak yang beria nakkan saya," selamba aku menyindir. Bagi refresh otak dia yang selama ni dia yang beria nakkan aku. Bukannya aku nakkan dia. Beria pujuk aku, sampai sanggup berhabis belikan aiskrim Kit Kat setiap hari masa rehat sampai naik meluat aku tengok aiskrim tu. Lepas tu belikan Hazellnut Latte dekat Coffee Bean. Setiap hari ungkapkan kata cinta rupanya semua itu dusta semata mata.
Kalau aku tahu begini pengakhirannya, sumpah! Mati hidup balik lepas tu mati lagi lepas tu hidup lagi pun aku tak hingin terima cinta palsu dia. Bak kata Mahalini, sial!
Hafiz diam. Kecewa la tu bila aku cakap dia tak hensem. Tak pun teringat balik duit dia yang dah banyak habis dia laburkan untuk tackle aku. Nak suruh aku refund? Sorry la. Dia yang beria nak belanja, bukannya aku paksa.
"Bila majlis langsungnya? Jangan lupa jemput saya."
"Insyaallah hujung tahun ni."
Terangkat kening aku. Amboi tak selindung-selindung. Aku kira tarikh dengan jari. Sekarang bulan tiga. Maksudnya ada lagi sembilan bulan untuk sampai ke majlis bersejarah Hafiz. Kena buat sesuatu ni.
Hafiz pandang aku. Senyuman semanis madu aku hadiahkan. Ingat aku kechiwa la tu. Hello, ni Aisyah Alhena tau. Tak mati la aku kalau tak ada lelaki dalam hidup.
Perbualan diteruskan sehingga matahari kian melabuhkan tirai dan burung-burung pulang ke sarang. Cerita Hafiz yang seperti tiada penghujung aku potong. Kalau dibiarkan, mau bermalam dia dekat rumah aku.
“Hafiz, dah lewat ni. Saya belum solat asar.”
“Oh, ya ke. Ermm… kalau macam tu Hafiz minta diri dulu ya. Kirim salam pada mak cik.”
Aku angguk. Kami mula bangun menuju ke arah pintu pagar. Adat menghantar tetamu pulang, biar sampai ke pintu pagar supaya tetamu rasa dihargai walaupun sebetulnya aku tak berapa nak hargai sangat kedatangan dia ni.
“Aisyah.”
Aku mendongak. Pandangan kami bertaut. Rasa tak selesa pula bila mata redup dia pandang aku lama-lama. Cepat aku larikan pandangan. Buat-buat tengok kereta jiran sebelah.
“Hafiz harap kita boleh terus berkawan.”
Aku senyum sahaja. Dalam hati, boleh jalan la dengan harapan kau tu. Aku dah plan dah, terbenam je matahari, nama kau aku lupuskan dari kamus ingatan aku.
Hilang sahaja kelibat Hafiz, pintu pagar aku mangga. Biasalah hidup rumah taman, kes pecah masuk rumah berleluasa. Mungkin kerana kos sara hidup yang tinggi memaksa golongan yang terdesak ni mencari duit dengan apa cara tidak kisah halal haram.
Selesai kunci pagar, aku terus ke dalam rumah. Sandal dikaki diletakkan dalam rak kasut. Ibu memang pantang nampak kasut bersepah. Nanti mula la membebel dari subuh sampai ke asar. Mau tak berasap telinga.
"Siapa tadi tu? Boleh tahan rupa," risik Amani. Masih di atas kerusi L dengan televisyen yang terbuka. Tak reti nak mandi agaknya kakak aku ni.
"Bekas pakwe aku. Kenapa?"
Bulat mata Amani. Laju dia menerpa ke arah aku. Tak sempat berkelip dia dah tegak depan mata. Pakai kuasa teleportasi ke apa.
"Pakwe? Kau tak pernah beritahu aku pun yang kau dah bercinta. Bila couplenya? Asal putus? Dia datang sini nak pujuk kau balik ke," berdas-das soalan keluar dari bibir mungil Amani.
"Wow... wow... rileks sis. Rileks. Bagi aku solat asar dulu, lepas tu mandi, solat maghrib, makan. Sebelum tidur nanti aku beritahu.”
Amani berdecit. Jelas riak tidak puas hati pada wajahnya.
“Aku janji aku cerita. Tak payah la merajuk.”
Amani diam tak berkutik. Malas nak layan aku la tu. Jarum jam aku kerling. Sorry la kak, masa dah hujung sangat. Tak sempat nak pujuk. Solat lagi penting sekarang. Anak tangga aku daki satu persatu menuju ke kamar beraduku.
AMANI duduk bersila di atas katil menanti aku siap memakai moisturiser. Sesekali aku jeling dia melalui pantulan cermin separa besar depan aku ni. Gelisah betul kakak aku tu. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap meniarap. Tak sabar sangat agaknya nak tahu kisah percintaan aku yang kecundang ni.
Tuala atas kepala aku lorotkan dan tuala digantung belakang kerusi. Sikat jenis paddle aku cakap dan rambut aku sisir. Disebabkan aku berambut panjang jadi lama la masa yang perlu diambil untuk sisir.
“Ca, lama lagi ke. Setengah jam dah aku tunggu. Rupa kau sama je aku tengok, tak ada la berubah jadi Daiyan Trisha ke Anna Jobling ke,” sinis sekali kakakku berkata-kata.
Aku jeling Amani. Tak menyabar betul. Selesai menyisir rambut, aku bangun menuju ke arah katil. Punggung aku labuhkan di sebelah Amani. Kaki sebelah aku biarkan terjuntai di bawah.
"Mula dari awal," pesan Amani dengan mata yang dijegilkan. Bukan boleh percaya Aisyah ni. Kalau tak di pesan, nanti ceritanya ringkas je. Tak ada mukadimah. Terus ke sinopsis yang kadang dia pun tak faham. Dia nak tahu jalan cerita yang sebenar. Bukannya sinopsis.
Aku menjulingkan mata ke atas. Demand betul! Bersyukur je la orang nak bercerita ni, kalau ikut hati memang tak adanya aku nak kenang balik kisah cinta sekerat jalan dengan Hafiz samdol tu. Buat sakit hati je ingat.
Kaki yang terjuntai aku naikkan atas katil. Kini aku mula bersila menghadap Amani. Cerita aku mulakan dari mula Hafiz usha aku untuk jadi awek dia sampai la aku akhirnya aku terpikat dengan kegigihan Hafiz. Sambil tu aku selitkan juga lawak dimana setiap kali nak closing kaunter, Hafiz mesti akan berebut dengan Aileen, pembantu pengurus Glams Bookstore. Geli hati aku bila ingatkan balik bila dua manusia itu berperang mulut hanya untuk closing kaunter dan akhirnya nanti abang Jaiden yang akan tolong closing sebab bila dua bos besar Glams Bookstore bergaduh, memang berlarutan la pergaduhan tu kadang sampai melibatkan promosi dan sale harian. Padahal tak ada kaitan pun.
“Dah tu lepas semua effort dia buat, endingnya dia tinggalkan kau macam tu je?” jelas riak tak puas hati pada wajah Amani.
Aku angguk. Muka masih selamba macam tak terkesan langsung dengan apa yang berlaku.
“Eh tapi dia tak tinggalkan aku tau. Aku yang tinggalkan dia sebab aku yang minta putus.”
Amani julingkan mata ke atas.
“Kalau dah dia bertunang dengan orang lain, secara tak langsungnya kau kena tinggal la.”
Bibir aku juihkan. Apa-apa je la. Yang penting sekarang antara aku dengan Hafiz dah tak ada apa-apa.
“Kau okay?” soal Amani. Akhirnya dia tanya juga soalan tu pada aku. Aku jungkit bahu.
Berkerut dahi Amani. Tak faham mungkin dengan maksud yang aku cuba sampaikan.
“Entah la. Aku rasa biasa je kot. Adatlah kan, bercinta lepas tu putus. Lagipun kalau difikirkan balik, aku bukannya suka sangat dekat Hafiz tu.”
Amani buat muka pelik.
“Aik, kalau kau tak suka dia kenapa kau terima cinta dia.”
“Saja. Buat rasa-rasa orang cakap. Atleast aku tau macam mana pengalaman bercinta dan dicintai,” jawab aku bangga sambil mata sebelah aku kenyitkan pada Amani.
“Gila la kau. Kau jadikan dia bahan eksperiment kau?”
Aku buat muka selamba. Bukan salah pun. Lagipun kalau hubungan aku dengan Hafiz kekal, aku tak kisah pun kalau dia jadi suami aku. Cinta kan boleh dipupuk.
“Dah tu bila si Hafiz tu nak nikah dengan tunang dia?”
“Hujung tahun ni.”
“Kau nak pergi ke majlis dia nanti?”
“Dah orang jemput. Mesti la aku datang. Siap bawa teman lagi. Pengganti diri dia supaya dia tahu yang aku dah move on dari dia. Tak ada la dia jadi jejaki perasan nanti.”
“Amboi, yakinnya kamu! Dah ada pengganti ke? Nak cari teman ni bukan macam cari baju.”
“Hello! Ni Aisyah okay. Aisyah Alhena binti Luqman Hazim. Sekali I petik, beribu datang,” tuturku yakin.
Amani geleng sahaja. Beribu la sangat. Kalau beribu tak ada makna kena reject buta-buta. Siap kena main lagi.
“Dah la, aku dah ngantok. Aku nak tidur,” ujar Amani. Sempat paha aku ditamparnya. Berbirat juga la rasa. Mencerlung mata kau pandang Amani yang sudah berdiri depan pintu.
“Ca, Izz dah balik Malaysia tau,” tutur Amani bersama senyum nakal dan terus menghilang di sebalik pintu kayu.
Aku? Aku masih atas katil dengan muka yang blur dan otak yang loading. Izzudin? Lelaki yang sudah lama hilang dari kamus hidup aku akhirnya pulang ke Malaysia setelah sekian lama menghilang. Patut la petang tadi aku nampak ada kereta dekat laman rumah acik Leila. Ingatkan acik Leila dah beli kereta baru.
Entah kenapa, dup dap dup dap jantung aku. Amani punya pasal la ni. Saja sebut nama malaun tu. Anxiety aku mula menjengah. Nafas aku tarik dalam dan kemudian aku lepaskan. Teknik biasa aku lakukan bila anxiety ada menjengah. Alhamdulillah, berkesan bila perasaan nervous ni berkurangan sedikit demi sedikit.
Share this novel