BAB 4

Romance Series 1476

Aku menguap untuk kesekian kalinya. Rasa macam nak terkoyak dah mulut ni asyik sangat je. Member sebelah pula dari tadi sibuk dengan tab. Tak faham betul aku. Dah tahu banyak kerja, tak payah la datang ek. Bosan! Kena pula budak yang semeja dengan aku ni tak geti nak berborak, memang sendu habis. Sunyi sepi je. Rasa zalim betul orang yang campak aku duduk dekat sini.
“Boring?”
“Huh?”
Izzudin tutup tab dia. Dah penat la tu, tak pun kerja dia dah siap.
“Kau boring ke? Dari tadi aku tengok menguap.”
Lah, dia nampak ke. Bukan mata dia dari tadi focus dekat tab ke? Ke dia ada mata yang aku tak nampak?
“Memang suka cakap pakai hati ke macam mana?”
Wehhh! Macam mana dia tahu!
“Tak payah nak terkejut sangat la macam mana aku tau. Dari riak muka kau aku dah boleh baca apa yang tersurat dalam hati tu.”
Aku pandang Izzudin tak percaya. Hebat betul instinct mamat ni. Seram pula aku.
“Kau kerja mana sekarang?”
Bosan agaknya soalan tak di jawab, Izzudin ubah rupa dan bentuk soalan jadi soalan yang mudah aku jawab. Kurangkan kbat pada soalan.
“Kedai buku. Cashier.”
Sebelum dia tanya sebagai apa, baik aku beritahu awal-awal kan?
“Seriusly?”
Ayat Izzudin seperti menghina kerja aku. Sakit pulak hati kita yang dengar. Rasa berasap je telinga ni.
“Kenapa? Hina eh kerja tu?”
“Tak la hina tapi rasanya kau layak dapat kerja yang lebih baik.”
Aku sengih. Dah agak dah itu jawapan yang akan keluar.
“Tahap tu je rezeki aku, nak buat macam mana. Syukur la kan sekurang-kurangnya aku masih buat kerja halal.”
“Kau tak sambung degree ke lepas habis belajar dulu?”
Aku geleng. Lepas apa yang berlaku, aku ambil keputusan untuk tolong ibu cari rezeki. Lagipun ilmu sampai tua boleh cari. Apa ada hal.
“Rugi la kau. Kawan-kawan lain semua dah berjaya. Kau masih merangkak.”
Terangkat kening aku. Agak memang manusia nama Hud Izzudin dengan kata-kata sarkastik dia tak boleh dipisahkan eh? Memang kejayaan seseorang perlu diukur dengan sijil dan pangkat eh?
“Tak rugi la. Lagipun siapa cakap aku merangkak? Aku berjalan kot. Siap dengan gaya catwalk lagi. Kau nak aku buat gaya apa lagi? Cakap je. Dogwalk, lambwalk, elephantwalk? Mention je nanti aku buat.”
Tajam lirikan mata Izzudin. Aku buat derk je. Ingat dia je boleh kenakan aku? Hello, ni Aisyah Alhena tau. Mulut tak ada insurans punya orang.
“Eh, kau memang tak pandai nak ucap terima kasih eh?”
“Untuk?”
“Sebab aku dah selamatkan kau daripada jadi cempedak busuk tadi.”
Serta merta wajah aku terasa berbahang. Dasar jambang bersepah punya orang. Perlu ke ingatkan aku benda yang memalukan tu. Jelingan maut aku hadiahkan dan kami terus senyap. Sempat aku nampak senyuman sinis pada bibir Izzudin.
Suasana yang sepi secara tiba-tiba menarik tumpuan tetamu yang hadir. Semua kepala toleh ke arah pentas yang tiba-tiba gelap dan hanya disinari lampu sportlight. Berkumandang instrument Thousand Years disegenap dewan. Layar putih atas pentas mula memaparkan pita rakaman yang boleh buat aku rasa nak pengsan.
“Hafiz!”
Izzudin menoleh. Aku pandang Izzudin sambil tuding jari ke arah layar yang sedang memaparkan detik Hafiz menyarungkan cincin ke jari manis seseorang yang aku tak pasti siapa.
Apa semua ni, cubaan nak prank aku ke apa. Macam mana Hafiz boleh ada dalam layar tu. Dada aku mula berombak kencang. Kejadian lapan tahun lalu menerjah ruang kepala. Takkan la kejadian lama berulang. Kalau dulu aku dimalukan depan The Troublemakers, takkan sekarang depan semua pelajar Sekolah Tinggi Khandi.
Pandangan aku tiba-tiba jadi kabur. Aku dengar nama aku dipanggil tapi aku tak boleh nak bagi respond. Anxiety aku datang lagi dan kali ni lebih teruk. Aku rasa sukar untuk bernafas malah badan aku mula rasa gigil. Aku yang aku tahu, tubuh aku tiba-tiba rasa melayang sebelum mata aku akhirnya terpejam rapat.

Perlahan-lahan mata aku bukan. Bau ubat menusuk rongga hidung. Aku toleh kiri kanan. Terasa asing betul tempat ni dengan aku. Tangan yang terasa mencucuk-cucuk aku pandang. Drip air? Aku dekat hospital ke?
“Cik Aisyah Alhena, how do you fell right now? Okay dah?”
Aku angguk walaupun otak masih cuba hadam dengan apa yang berlaku. Doktor yang bertag nama Sophia hanya senyum sahaja. Stateskop yang berbelit di leher dihalakan pada aku. Aku disuruh tarik nafas dan hembus.
“Okay good. Nampak dah pulih. You memang selalu kena serangan panik ni ke atau this is you first time?”
“Tak selalu tapi kadang-kadang cuma sejak beberapa hari ni, dia kerap sangat berlaku,” ceritaku jujur. Doktor Sophia angguk sahaja. Saat itu juga, langsir diselak seseorang.
Bulat mata aku pandang dia. Dia ke yang bawa aku ke hospital? Macam mana? Jangan cakap dia dukung aku.
“Okay dah?” soal Izzudin. Doktor Sophia angguk kemudian mereka berbual sesuatu yang aku rasa serius sebab raut wajah Izzudin tegang betul. Tapi apa isi perbualan, tak tahu pula aku sebab gaya dorang berbual macam berbisik. Usai berbincang, Doktor Sophia berlalu pergi dan tinggalkan aku bersama Izzudin.
Sunyi. Cuma bunyi angin dari penghawa dingin yang kedengaran. Aku pandang Izzudin dan Izzudin pandang aku. Tiada kata yang terucap. Mati kutu juga aku dibuatnya.
“Kalau ada apa-apa yang kau nak tanya, tanya je la,” ujar Izzudin memecahkan kesunyian.
Macam tau-tau je apa yang bermain dalam kepala aku. Mamat ni ada kuasa baca isi hati orang la aku rasa. Insecure betul.
“Kau bawa aku ke sini macam mana?”
Herot bibir Izzudin. Mesti tak sangka soalan tu yang keluar dari mulut aku. Mesti la aku nak tau macam mana dia bawa aku ke sini, curious tau. Tak tenang hati aku ni selagi tak dapat jawapan yang dari tadi asyik berlegar dalam kepala ni.
“Aku gendong kau,” selamba Izzudin jawab. Macam jawab saya makan nasi pagi tadi. Hah, gitu.
Bulat mata aku. Takkan la. Berani betul mamat ni gendong aku gitu je, depan umum pula tu. Lupa ke yang aku ni memang mangsa cemuhan netizen Sekolah Tinggi Khandi.
“Terkejut?”
Eh, dia boleh pula tanya macam tu. Bukan setakat terkejut je, rasa macam nak jentik-jentik je tangan yang dah sentuh badan aku tanpa izin tu.
“Kau patutnya kena berterima kasih tau sebab aku dah selamatkan kau. Malam ni je dua kali aku selamatkan kau dari bercium dengan lantai.”
“Tak payah nak berterima kasih sangat. Tak tau agaknya pegang dan bersentuhan dengan bukan mahram berdosa. Sesuka hati je sentuh-sentuh badan aku. Dasar pervert!”
Izzudin mencebik. Tak terasa langsung dengan kata-kata aku. Dah biasa buat agaknya dekat luar negara tu.
“Oh ya, Hafiz kirim salam pada kau.”
Mendengar sebaris nama itu, terus naik bulu tengkuk aku. Baru aku ingat kenapa aku ada dekat sini. Hafiz! Kenapa dia boleh ada dalam slide tadi? Siapa dia? Seingat aku, Hafiz budak vokasional.
“Apa hubungan kau dengan dia sebelum ni?” soal Izzudin tanpa sempat aku soal terlebih dahulu.
“Kenapa dia boleh ada dalam slide?” soalku pula.
“Jawab soalan aku dulu baru aku jawab soalan kau.”
Aku merengus. Kenapa aku selalu kena beralah dengan dia ni.
“Dia ex aku.Baru tiga hari kami putus sebab family dia dah jodohkan dia dengan orang lain,” terlebih jujur aku menjawab padahal tak perlu pun aku beritahu sebab kami putus. Rasa macam nak ketuk kepala sendiri.
“Mungkinkah kita ditakdirkan untuk bersama?”
Aku pandang Izzudin pelik. Kelakar ke apa ni. Jangan cakap yang dia tengah cuba nak lamar aku untuk jadi kekasih dia eh. Kalau dulu aku mungkin terima tanpa berfikir panjang tapi sekarang tak. Aku dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan manusia pelik ni.
“Aku rasa kau sebenarnya dah kena tipu.”
Muka yang tak gatal aku garu. Apa maksud dia ni hah? Boleh tak jangan bagi otak aku kerja lebih masa.
“Untuk pengetahuan kau, Hafiz tunang Syifa. Syifa budak yang selalu buli dulu tu kalau kau ingat dan dia juga bekas kekasih aku.”
Aku buat muka tak percaya. Bukan tak percaya dengan kata-kata Izzudin, tapi tak percaya dengan kenyataan yang Hafiz tunang Syifa. Kenapa dalam berjuta populasi wanita dekat dunia ni, Syifa yang jadi pilihan keluarga Hafiz. Kenapa??? Aku tak kisah kalau orang lain jadi tunang Hafiz tapi bukan Syifa. Aku tak boleh terima hakikat yang aku kalah dengan perempuan tu.
“Hafiz dengan Syifa dah sebulan bertunang dan Hafiz sendiri yang lamar Syifa. Aku ada masa majlis pertunangan dorang.”
“Macam mana pula kau boleh ada? Kau dijemput?”
Izzudin angguk. Muka macam separuh redha separuh tidak. Dalam hati sempat juga aku kutuk si poyo ni. Entah mana cantiknya si Syifa tu sampai dia boleh bercinta dengan perempuan tu. Cantik lagi aku rasanya.
“Kami mula rapat masa aku jadi budak intern dekat syarikat papa dia. Lepas tu papa aku dengan papa Syifa adakan kerjasama dimana aku dan Syifa sebagai teraju utama. Bila dah hari-hari jumpa, aku mula tertarik dengan peribadi Syifa dan akhirnya kami bercinta dan suddently, Syifa minta balik ke Malaysia awal. End of the story, tup, tup aku dapat surat jemputan ke majlis pertunangan dorang.”
Tak tahu nak gelakkan atau rasa simpati. Yang pasti kita orang senasib. Keluhan kecil aku lepaskan. Tak sangka Hafiz tu penipu. Hati yang redha tiba-tiba jadi tak redha. Kurang ajar punya jantan. Berani kau gula-gulakan aku. Mati-mati la aku ingat kau terpaksa ikut cakap keluarga kau rupanya kau memang tak ingin aku. Sakitnya hati aku. Nasib baik sejak putus haritu aku tak pernah jumpa dia.
“Kau nak main satu game?”
Aku pandang Izzudin dengan dahi yang berkerut. Orang tengah sakit hati, sibuk ajak main game. Luku kepala tu baru tahu. Hilang gaya faux haux tu karang.
“Kita balik hotel dan kau iyakan je apa yang aku cakap nanti.”
“Kau nak buat apa?”
Izzudin kenyit mata tanpa jawab soalan aku. Curiga aku dengan riak muka dia yang jelas mengatakan ada sesuatu yang dia rancang.

Aku dan Izzudin beriringan melangkah ke arah dewan yang sedang meriah dengan suara bekas pelajar Sekolah Tinggi Khandi itu. Masa masih berbaki sejam lebih lagi sebelum majlis tamat. Saat kaki aku dan Izzudin melangkah masuk, dapat aku rasakan yang semua mata menatap ke arah kami, terus aku rapatkan diri pada Izzudin seperti apa yang dipesan.
“Abaikan mata-mata tu. Kalau rasa nervous, istighfar banyak-banyak,” pesan Izzudin tanpa pandang aku.
Tanpa sedar, senyuman terukir di bibir mungil aku. Rasa dilindungi pula bila Izzudin cakap macam tu.
“Izz, ingat terus balik tadi?”
Izzudin senyuman sahaja. Aku di sebelah mula rasa tak selesa bila Julia asyik menjeling. Tak suka dengan kehadiran aku di meja VVIP itu agaknya. Izzudin pun satu, yang pergi buat lawatan mengejut dekat meja ni dah kenapa. Terus je la duduk dekat meja tadi.
“Duduk la. Nak jadi tugu negara ke?” kerusi ditarik untuk aku duduk. Blur sekejap aku dibuatnya. Dia nak aku duduk sini join budak-budak ni ke macam mana. Hilang ingatan ke apa?
“Mana boleh Izz, dia kena la duduk meja belakang. Dia tak layan duduk sebaris dengan kita?”
“Kenapa? Hena bukan ahli exco MPP juga ke. Kenapa dia perlu dipinggirkan?”
“Dia dah disingkirkan daripada ahli jawatankuasa MPP sebab masalah disiplin dan salah guna kuasa. Jadi dia tak layak.”
“Kalau macam tu aku pun tak layak la sebab aku pun ada masalah disiplin. Betul tak?”
Aku diam sahaja. Lebih selesa jadi pemerhati perdebatan antara Izzudin dan Julia.
“Kau lain. Jangan samakan kau dengan dia.”
“Lain? Maksud kau?”
Julia mula garu kepala. Pening agaknya yang berdebat dengan Izzudin. Melihat lirikan mata Huda dan Anis yang tak suka dengan cara Izzudin pertahankan aku, aku mula atur langkah untuk ke meja belakang. Namun baru aku bergerak selangkah, tangan aku ditarik. Macam kena kejutan elektrik, cepat aku rentap tangan dari pegangan Izzudin.
Nak kena mamat ni, dari tadi dok pegang-pagang aku. Ya allah, ampuni lah dosa aku yang dah banyak kali bersentukan dengan bukan muhrim ni ya allah.
“Kau memang suka pegang-pegang aku ke macam mana?”
“Kau nak ke mana? Bukan aku suruh duduk sini ke?”
“Tak masalah sekarang ni kau tu kenapa nak kena pegang-pegang aku? Halang pakai mulut tak boleh ke?”
“Kau bukan dengar pun kalau aku cakap tak.”
“Ehem!”
Serentak aku dan Izzudin menoleh ke arah empunya bunyi. Tasha pandang kami dengan kening kiri yang terangkat. Pelik agaknya melihat aku dan Izzudin yang tiba-tiba seperti tidak boleh berenggang.
“Izz!”
Aku toleh ke kanan pula. Syifa dan Hafiz sedang menuju ke arah kami. Syifa bersama senyuman dan Hafiz dengan muka cuak. Terkejut la tu aku ada dekat sini. Mesti tadi dia ingat dia dah selamat.
“Dah alang-alang semua ada ni, aku pun nak buat announcement la.”
Aku pandang Izzudin di sebelah pula. Huish, naik lenguh urat tengkuk ni asyik pusing sana sini je dari tadi.
Izzudin tarik aku rapat ke sisi. Mencerlung mata aku pandang Izzudin. Jemari yang melingkari pinggang aku, aku rungkaikan tapi makin kejap pula jari dia melekat dekat pinggang aku. Gaya memang tak bagi lepas. Izzudin tundukkan kepala untuk pandnag aku. Seketika mata kami bertentangan. Melalui isyarat mata, Izzudin seperti cuba mengatakan berani la kau lawan. Kau lawan aku cium kau depan orang ramai ni. Ha… gitu la gayanya.
“Perkenalkan, bakal tunang aku. Aisyah Alhena.”
“What!” respond yang sama dari semua termasuk la aku. Gila ke apa Izzudin ni. Izzudin senyum menyebabkan aku terpaksa senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience