BAB 3: WAN DAH SAMPAI DEPAN RUMAH!

Family Series 1929

Di sebuah pagi yang indah, hanya kedengaran burung-burung pekan bernyanyi merdu. Keluarga Encik Nafiz sekeluarga sedang nyenyak dibuai mimpi pagi yang indah. Selepas solat subuh, masing-masing mengambil tempat di kamar untuk beradu apatah lagi, hari ini hari Sabtu. Pagi indah yang dilalui tidak selamanya indah apabila.

Ttuukkk!!!! Ttttuuukkk!!!
Berulang kali ketukan itu di pintu bilik Adam.
“Adam! Bangun dam!”. Seperti tangannya direntap, Adam bingkas bangun setelah ketukan pintu bingit di telinganya.

“Ada apa daddy?”,ujarnya malas.
“Uwan dah nak sampai”,cemas sahaja bunyi suara Nafiz kepada anaknya.
“Biar aja lah uwan datang”,ujarnya sedar tak sedar.

“Adam!”,ketukan terus kedengaran di pintu.
“Haaa?” Adam tersedar. Cuba mengingati apa yang baru sahaja keluar dari mulutnya.

“Uwaaannn?” matanya terbeliak mengetahui hakikat itu, lantas dengan segera Adam turun dari katil dan membuka pintu dengan cemas.

“Daddy...”
“Ha...bangun pun Adam”

“....Adam tolong kemas ruang tamu kat bawah”
Adam melopong.

“....lepas tu tolong daddy sapu dekat porch luar”
Adam terkebil-kebil.
“...lepas tu”

Adam memegang lengan daddy nya.

“Sempat ke Adam nak buat semua tu daddy?”. Nafiz tersenyum lalu menarik tangan anaknya menuruni tangga. Mahu tak mahu, Adam turun juga.

Sebaik sahaja Adam menuruni tangga, kedengaran bunyi pinggan mangkuk dicuci ibunya di dapur. Adam melihat ke jam besar di ruang tamu. Jam 9.40 pagi. Pukul berapa agaknya wan akan sampai?

Adam mengemaskan ruang tamu. Menyusun apa yang patut dan memungut segala sampah yang terselit di celah-celah sofa, di bawah meja dan membersihkan segala habuk yang sudah berapa lama menetap di atas televisyen dan perabot.
Seboleh yang pantas, Adam yang masih belum mandi pagi ke hulu ke hilir melakukan tugasnya.

Ding Dong~

Adam jadi kecut perut. Plastik sampah di tangannya sudah penuh, tak sempat nak dihantarkan ke luar pagar rumah.

Ding Dong~

Kasut dan selipar di luar rumah belum di susun. Arahan ayahnya untuk membersihkan porch nampaknya tidak dapat dilakukan.

“Assalamualaikum!”

Suara datuknya di luar pagar.
10 saat tidak berketik. Adam meninjau menerusi celah-celah langsir. Wan dan Atuk benar-benar tercegat di luar pagar.

“Adam...kenapa tak buka lagi pintu pagar tu?” ibunya yang sibuk di dapur berteriak. Adam jadi tidak tentu arah. Mengapa waktu-waktu sempit begini ayahnya keluar pula ke kedai dan tidak membantunya sama-sama membersihkan rumah?

Huh!
Adam mengeluh. Perlahan-lahan dia mengheret plastik sampah hitam keluar pagar. Menyambut wan dan atuknya tanpa rela.

“Atuk...wan...,”ujarnya sambil menyambut huluran salam kedua-duanya.

“Apo pasal kau lambek keluar?”,kuat sahaja suara Mak Munah. Jiran di sebelah yang sedang menyiram pokok bunga pun memerhatikan mereka.

“Sakit lutut uwan kau menunggu lamo. Membebel panjang ea kek dopan ni”ujar Pak Kassim pula sambil mengangkat beg pakaian mereka, mahu masuk ke dalam rumah.

“Bosar ea plastik sampah!”,Adam menelan liur. Entah komen apa yang bakal diterimanya dari Wan Munah.

“Macam nilah baguih”. Reaksi uwan nya agak berbeza. Adam mengheret masuk sampul sampah itu ke dalam tong besar sampah.
Beg yang agak besar saiznya itu menjadi perhatian Adam.

Uwan dengan atuk nak tinggal sini ke?, ujarnya berbicara dalam hati. Hampir-hampir Adam tidak bernafas.

“Masuklah mak...ayah...”Ibu Adam Syamila menjemput kedua mertuanya masuk ke dalam rumah.

• * * * * *
Syamila, menghidangkan teh yarik bersama set nasi lemak yang dibeli Nafiz di warung berdekatan. Wan Munah memandang sahaja hidangan itu dengan pandangan tidak puas hati.

“Ado apo mak?",Nafiz menegur ibunya. Dia tahu, hidangan itu tidak menemui standard selera ibunya.

“Tak masak bini kau kek rumah?”terpacul soalan itu dari mulut Wan Munah. Pak Kassim menyenggol lengan Wan Munah. Tidak mahu isterinya bertanyakan soalan yang bukan-bukan.

'Hari ni hari cuti mak...nak berehat sikit” jawabnya ringkas. Sejurus Syamila mengambil tempat di sisi Nafiz.

“Adam...kau dah basuh tangan?'”Soal Wan Maimunah sambil memerhatikan setiap gerak Adam.

....to be continued
.....author da mengantuk~ hehe??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience