Bab 2:Apa pun tak boleh

Family Series 1929

sambungan dari bab yang lepas...

"Betul kau buleh memanjek ni?"Syamil semakin cemas apabila Adam mula meniti dahan panjang pohon rambutan itu.

"Syamil!" Seseorang memanggilnya dari tebing sungai.

"Oh, Fariz" Syamil melambai kepada sahabatnya itu.

"Den terserompak ngan ayah kau. Wa ae suruh balik"

"Oh iyo ko?Ok. Thanks buddy"jawabnya sambil tersenyum. Sementara Adam masih tidak putus asa untuk memanjat.

"Adam!!!" Terperanjat melihat Adam sudah naik setinggi itu.

"Kraakk!!". Bunyi dahan reput, apabila Adam mula menghampiri tempat Syamil berjuntai kaki.

"Adam...turun dam. Bahayo ni"
"Relax paksu..." Adam menyengih dan...

" Arrggghhh!"

* * * * * * * * * * * *

"Paksu, tolong ambilkan air". Syamil menoleh kepada Adam. Adam menyengih. Seketika air putih di dalam gelas diletakkan di atas meja.

"Ala...jauh lah. Adam tak sampai" , Ujar Adam dengan wajahnya yang sedih.

"Iyolah...iyolah..."Gelas berisi air disuakan ke mulut Adam.

"Adam..." Wan Munah menjengah ke dalam bilik.

"Apo wan nak koba an kek omak ayah kau ni. Macam niha kaki kau"

"Itu lah. Kalau paksu tak bawa Adam pergi sungai tadi, tak adalah Adam jadi macam ni"

"Eh, kau yang suruh den bawa kau keluar. Kato kau boring duduk sini", segera Syamil menolak tuduhan itu.

"Korang ni kocik lagi. Nak pogi cakap dongan uwan dulu. Tak pon posan kat atuk kau"

"Ala...kalau cakap mesti uwan tak bagi" Adam berbisik sendiri.

"Satu lagi yang kau naik pokok tu pasal apo? Jatuh...kaki terseliuh cam ni ha, camno kau nak balik sekolah?"

"Adam boleh ambil cuti" Adam senyum lebar sambil meneguk minumannya. Wan Munah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Menjawab ajo kau kan"Wan Munah memiat telinga Adam.

"Sakit lah uwan! Ni semua sebab paksu. Kalau bukan paksu yang mula dulu...Adam pun tak buat"

"Ado boto kato kau tu" telinga Syamil turut jadi mangsa Wan Munah. Merah dipiat.

"Kau paksu. Patut jadi contoh" ujar Wan Munah lagi.

"Omak ni. Nak monangkan cucu yo. Syamil baru 10 tahun. Adam niha dah bosa godang. Nak ambil UPSR tahun ni. Pikiran ea cam budak kocik"

"Duo-duk pun budak kocik"Wan Munah berlalu ke bilik, mahu solat Zohor.

"Mak! Adam mana mak?". Kedengaran riuh rendah dari ruang tamu rumah. Adam kenal dengan suara itu. Syamil keluar untuk memastikan.

"Oh...abang long!" Syamil bersalam dengan Nafiz. Wan Munah keluar dengan masih bertelekung.

"Ha...balik pun kau",ujar Wan Munah. Syamila isteri kepada Nafiz turut menyalami tangan Wan Munah.

"Anak kau ado kek dalam"

* * * * * * * * * * *

"Mommy...daddy..."gembira Adam melihat kedua-duanya.

"Adam...macam mana jadi macam ni?" terpancar kerisauan di wajah Syamila.

"Paksu...dia bawa Adam pergi sungai".Adam menjeling pada Syamil.

"Jangan nak salahkan paksu. Adam lagi tua dari paksu kan...Takkan tak tahu mana bahaya mana tidak" , bebel Nafiz, tahu kenakalan Adam.

"Jadi...Adam tak payah pergi sekolah lah kan?"

"Ya...tapi Adam tak boleh balik Putrajaya", berkerut kening Adam mendengar kata-kata ayahnya.

"Tak ada orang yang boleh jaga Adam. Mommy dengan Daddy outstation sepanjang minggu ni"ujar Syamila menerangkan.

"Arrrggghhhh!" Adam mula memberontak.

" Sekejap aja Adam...duduk sini, Adam kena dengar cakap uwan, atuk dengan paksu"

Adam membentak-bentak kakinya. Tidak mahu duduk lebih lama di situ. Syamil ketawa kecil melihat karenah Adam yang terlebih manja itu.

* * * * * * * * * * * * * *

"Apo dam? Lapar?".
Uwan Munah nampak Adam sedang menuruni tangga dengan kakinya yang terhencut-hencut berpegang pada panel tangga kayu itu.

"Hati-hati..."pesan Wan Munah yang risau melihat Adam yang tak bisa duduk diam itu. Sudah dipesan beberapa kali untuk duduk diam di biliknya.

Adam duduk di sisi meja yang dipenuhi sayur-sayur kampung.

"Uwan..paksu mana?"
"Oh...keluar lah tu. Nampak Fariz datang tadi.

Adam mencebir. Geram kerana ditinggalkan di rumah. Alangkah seronoknya kalau dapat bermain-main di luar.

"Adam lapar kan?"
Adam mengangguk.
"Tolong uwan kupeh ikan bilis ni ha"
Terkebil-kebil mata Adam melihat bungkusan ikan bilis yang diletakkan di hadapannya.

"Buleh tolong uwan tak?"meninggi sahaja tona suara Wan Munah. Berdebar pula jantung Adam.

"Buleh...buleh..." mengajuk slanga negei sembilan Wan Munah.

Adam membelek-belek ikan bilis. Jarinya diletakkan di hidung. Melekat bau ikan bilis di tangannya.

"Buleh tak Dam?" soal Wan Munah kurang percaya dengan Adam.

"Adam tak makan ikan bilis" ujarnya cuba mengelak.

"Ado lah spesyel uwan nak masak. Atuk kau dengan Syamil pun suko"

"Ayah kau suko bona makan ni waktu ea kocik dulu. Tapi agak den omak kau tak ponah masak ni"

"Iyo...iyolah wan..."Adam mula mengupas ikan bilis satu persatu.

"Omak kau...masak ea kek rumah?"

"Masak lah uwan. Daddy bukan suka makan kat luar"

"Tapi omak kau masak yang moden-moden yo kan? Macam spegeti...apo lagi yang kuah ea putih tu?"

"Mushroom soup" jawab Adam lagi.

"Ha...itulah dio!"

"Uwan...lamanya paksu dekat luar. Tak apa ke tengah-tengah hari ni keluar?"

"Lapa...balik lah dio..."Wan Munah mengacau gulai pucuk ubinya.

"Adam pun nak main jugak" gerutu Adam sendiri.

* * * * * * * * * *

"Paksu...tolong ambilkan baju tu..."Adam memuncungkan bibirnya ke arah belakang pintu.

"Nah!" Syamil melayangkan tuala itu ke udara sebelum sampai ke muka Adam.

Syamil menyarung kurta hijaunya dan mengenakan kopiah hitam di kepala.

"Paksu...ambilkan tablet tu" Kerja Syamil terbantut. Tablet dari atas meja diberi kepada Adam.

"Paksu...nak..."
"Apo laie Dam?"

"Paksu nak pergi mana?"
"Mosojid"
"Hmm...boring lah!"Adam melayani game dari tabletnya.

"Kat masjid ado makan-makan haghi ni. Ado kambing bakar, nasi beriyani, laksa, kari ayam...."

Ternganga mulut Adam mendengarnya.

"Adam nak ikut!"
"Eh...jangan nak buek hal! Payah den. Nak jago kau yo nanti"

"La...paksu!Nak ikut..."
"Kau tompuh uwan kau dulu, baru den setuju"

"Kalau macam tu, tolong Adam dulu"

* * * * * * * * * *

Wan Munah membuka telekungnya setelah selesai solat Isyak. Sehelai kertas puteh kelihatan di bawah pintu biliknya. Wan Munah menghampiri dan kedengaran bunyi derap kaki berlari dari luar biliknya.

Kandungan nota bertulis di atas keratan buku kerja sekolah itu dibaca.

Pesanan Adam untuk malam ini:

1. Nasi Goreng Kampung Telur Mata
2.Jus Tembikai Laici
3.Nugget Ayam
4.Kambing Bakar-bawa balik sikit
5.Jajan dekat kedai Pak Mamat
6. Aiskrim Rama-Rama

Uwan Munah cuba memahami. Dia tersenyun. Dari arah tingkap dia nampak Syamil berlari-lari mendapatkan Fariz di luar.

"Bang...nak ke masjid ko?"
Pak Kasim mengangguk sambil menyarungkan kopiah di kepala.

"Nak minta tolong ni ha..."
Pak Kasim menunggu...

* * * * * * * * *

10 malam. Adam melihat jam dari dalam tabletnya. Rasa geram kerana ditinggalkan Syamil sekali lagi. Apa-apa pun tak boleh dibuat.

Adam memegang perutnya yang berkeroncong. Pesanannya tadi tak sampai-sampai.

"Dam..."
Wan Munah menjengah.
"Jom makan dengan wan". Wan Munah membentangkan kain saprah. Dari luar bilik, dulang berisi air berwarna merah, dan beberapa pinggan makanan di bentangkan.

"Wah! Mana wan dapat semua ni?"

Di atas saprah terbentang Nasi beriyani bersama kari dalca dan ayam masak merah. Sepinggan kambing bakar bersama buah rambutan.

"Atuk kau pergi masjid tadi. Ni ado lobih, diorang bungkuihkan lauk-lauk ni"

"Nah...untuk Adam. Tapi bukan tembikai laici lah. Ini Sirap laici"

"Wah...sodap ni lagi wan!"
Adam minum dengan gembiranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience