Bab 4: Bila Mommy Nak Balik?

Family Series 1929

"Adam!"
"Syamil!"
"Bangkit!"

Ketukan bertalu-talu di pintu. Kedua-duanya masih tidak bangun.

"Syamil...Syamil!",nyaring sahaja panggilan itu. Ketukan demi ketukan yang membingitkan suasana pagi.

Bilik yang berhawa dingin dengan tilam dan selimut yang berbeza menyedarkan Syamil dari tidurnya. Namun dia masih di dalam dua dimensi, iaitu dimensi mimpi dan realiti.

Berbeza pula halnya dengan Adam. Dia benar-benar tersentak, namun tidak pula dia berjaga. Bantal ditekupkan ke telinga.

Syamil, perlahan-lahan menuju ke pintu. Terpacul sekujur tubuh berpakaian serba putih di hadapannya.

"Allah!"
Syamil berundur ke belakang. Matanya terjegil memandang Wan Munah yang disangkakannya pocong.

"Astaghfirullah hal aziiim..."
"....apo kono kau ni Syamil? Lalok laie ko?"Wan Munah menggoncang tubuh Syamil. Anaknya tersedar.

Wan Munah menjengah ke dalam. Adam masih di alam mimpinya.

"Apo yang korang buek malam tadi?"
"Buek apo?"Syamil serba salah.
"Omak donga korang berduo tak tido malam tadi" meliar Wan Munah memerhatikan bilik itu.

"Ni ha...bondo ni yang buek kau tido lewat kan?" Wan Munah menjumpai alatan game di sisi tv besar bersaiz 50 inci. Syamil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Nak pukul onam setongah. Baik kau bangunkan Adam tu. Samo-samo sembahyang subuh"

"Baiklah mak"
"...lagi satu. Kalau Adam ni tak nak bingkeh, ghonjih an air ke muko ea tuh. Pakso wae solat subuh"

"Iyolah mak. Tahulah Syamil nak membangunkan Adam ni ha" perlahan-lahan tangan Wan Munah dipimpinnya ke pintu.

Sejurus Wan Munah keluar, Adam menarik selimutnya sampai kepala. Bebelan Wan Munah pagi-pagi ini amat membingitkan telinga.

* * * * * *
Wan Munah sibuk di bilik air dapur. Beberapa bakul baju di susun di luar bilik air.

"Adam! Syamil!"
jeritan Wan Munah mengisi seluruh ruang rumah dua tingkat itu.

"Adam!"
"Syamil! Tolong omak kek bawah ni hah"

10 minit berlalu. Masih tidak muncul-muncul kelibat keduanya.

Wan Munah menuju ke tangga. Mahu naik tangga, lututnya sakit. Dia hanya mampu berpegang di kisi-kisi tangga samvil memandang le tingkat atas.

"Adam!"
"Syamil!"

dua minit....
tiga minit berlalu...
"Copeklaaahhh!!!" jerit Wan Munah geram.

Kedengaran berdentum-dentum bunyi hentakan kaki kedua-duanya berlari keluar bilik. Adam menjengah ke tingkat bawah. Wan Munah sudah menunggu di situ.

Dia memandang ke arah Syamil, memberi isyarat untuk turun bersama-sama. Kecut perut juga mahu berhadapan dengan uwannya yang keberangan.

Perlahan-lahan kedua-duanya turun. Wan Munah memandang keduanya dengan perasaan yang geram.

"Donga ko tak omak memangge kau?"soalnya pada Syamil.

"Adam...sakit poghut uwan ni memanggil korang, tau tak?"

"Kot-kot uwan jatuh ko kek dapur bawah ni....pengsan ko....tak ado sapo yang pedulik" Adam jadi tak keruan. Rasa berasalah juga kerana tidak memperdulikan panggilan uwannya.

"Ado apo sobona ea mak?"lembut Syamil bertanya.

"Tu ha...melambak baju korang tak berbasuh. Omak nak mintak kau berduo tolong sidai kan"

Syamil memandang Adam geram. Tak pasal-pasal dia turut serta dalam acara menyidai pakaian Adam dan keluarganya. Adam menggaru-garu kepalanya.

Biasanya daddy atau mommy yang basuhkan baju. Memandangkan hari ini daddy, mommy dan atuknya keluar ke pasar, tak sempatlah baju nak dibasuh waktu pagi.

* * * * *

Adam dan Syamil memilih tali ampaian masing-masing. Entah sejak bila bermula idea, masing-masing mula menyidai baju dengan cepat. Acaranya, siapa sidai baju paling cepat, dia yang menang.

Sedar tak sedar, ada baju yang jatuh di lantai. Kedua-duanya tidak sedar dan rancak dalam permainan masing-masing. Wan Munah datang menjenguk di belakang rumah.

"Macam ni korang menyidai baju?"
Tersentak. Kedua-duanya berhenti.

"Adam yang mula dulu mak" Syamil mahu lepas diri. Adam menyinga memandang Syamil.

"Ni nak kono sidai balik"
Adam dan Syamil memandang satu sama lain.

"Kenapa pulak wan?"

"Baju ni kono terbalikkan kan kalau nak sidai"

Adam dan Syamil tidak mengerti.

"Kenapalah mommy tak balik-balik lagi dari pasar ni?"rungut Adam sendiri.

Wan Munah mengambil satu baju yang telah disidai dan menunjukkan cara yang sebetulnya untuk menyidai pakaian.

"Apa bezanya wan. Sama aja Adam tengok"

"Kalau baju tak diterbalikkan, dia akan jadi macam baju ni"

Wan Munah menunjukkan bahagian baju depan yang pudar dan bahagian baju yang dalam yang masih cantik warnanya.

"Mak tak pernah suruh Syamil buat pun sebelum ni? Ni kan kerja orang perempuan?" ukar Syamil berani tak berani cuba juga untuk memprotes.

"Itu yang kamu berduo silap. Bilo kojo rumah yo orang pompuan"

"Sobona ea, yang kuat tu orang lelaki. Bukan orang pompuan. Kojo-kojo ni boghek sobona ea"

"Jadi, kalau korang jadi suami orang dah bosa nanti, jangan pulak malu nak menolong isteri"

"Patut selalu nampak abah tolong omak sapu rumah, sidai kain...kadang tu memasak..."Syamil mencelah. Adam tidak pernah melihat semua itu. Apa-apa pun Adam memandang tinggi cara datuknya itu.

Siap sesi ceramah dan sidai baju.

"Adam!"
Adam tersenyum. Ibunya sudah ada di depan pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience