"Ma....Qal keluar dulu," ujar Aisy. Di tangannya sudah ada kertas kerja yang perlu dia lakukan.
"Eh, kenapa kena keluar awal sangat harini? Tak sempat nak makan apa yang mama masak,"ujar Datin Halimah.
"Harini ada masalah sikit dekat syarikat. Biar Qal breakfast dekat sana ja nanti,"ujar Aisy.
"Ikut kamu lah. But you have to take care of your health because I'm not always with you."
"Okay ma. I will,"Aisy menganggukkan kepalanya.
"Cari siapa?"soal Datin Halimah apabila melihat anaknya seolah-olah mencari seseorang.
"Papa mana? Tak nampak pun dari tadi."
"Papa tengah mandi. Biasalah sejak- sejak dah mula duduk rumah ni dia rajin sangat tidur lepas solat subuh."
"Hahaha,"ketawa Aisy. Dia tahu papa dia happy sebab semua tanggungjawabnya sudah dilepaskan kepada dirinya. Jadi dia pulak lantang nak kena uruskan semua.
"Okay ma. Dah la. Qal pergi dulu. Nak kena cepat. Assalamualaikum,"Aisy terus menyalam tangan Datin Halimah lalu bergegas keluar.
"Waalaikumussalam,"ujar Datin Halimah.
"Awal anak awak tu pergi kerja,"ujar Dato Afzan yang sedang turun dari tangga.
"Ikut perangai abanglah. Kuat sangat kerja,"ujar Datin Sri sambil menjeling suaminya.
"Saya kuat kerja nak sara hidup kita. Kalau tak hurmm..."Dato Afzan menggelengkan kepalanya.
"Yer saya tahu. Abang nak makan apa?"
"Bagi saya nasi goreng tu. Dah lama saya teringin nak makan masakan awak."
"Ada ja modal dia. Tiap-tiap hari saya masak. Takkan teringin lagi?"
"Setiap hari saya teringin masakan awak. Tak pernah tak sedap,"puji Dato Afzan.
"Terima kasih,"ujar Datin Halimah lalu tersenyum sambil tersipu-sipu malu.
"Sama-sama,"balas Dato Afzan.
"Goodmorning, bos,"ujar Borhan, setiausaha Aisy.
"Goodmorning. Sekejap lagi masuk bilik saya,"ujar Aisy lalu masuk ke dalam biliknya.
"Baik bos,"Borhan terus mengemas mejanya dan membawa buku dan sebatang pen.
Borhan kemudiannya mengetuk pintu. Mendengar sahaja perkataan masuk dari bosnya dia terus melangkah masuk.
"Apa jadual saya untuk hari ini?"soal Aisy. Matanya terus dialihkan dari komputer yang baru dibuka ke arah Borhan.
"Harini bos tak ada jumpa dengan sesiapa cuma rakan kongsi kita Syarikat Maju memerlukan fail kewangan dari syarikat kita."
"Kenapa diorang minta fail kewangan kita? Itu semua bukan rahsia syarikat kita, ka?"
"Saya tak tahu, bos,"ujar Borhan
"Sekejap lagi emailkan nombor syarikat tersebut dekat saya. Biar saya uruskan sendiri,"ujar Aisy tegas.
"Ada apa-apa masalah lagi?"soal Aisy.
"Ada. Sekarang banyak pekerja kita ada masalah dengan pelanggan. Ada yang dikenakan tatatertib. Ada juga yang tidak menghantar makan tepat waktu bukan sekejap tapi berjam-jam sehingga banyak pelanggan tidak menggunakan khidmat kita lagi,"terang Borhan.
"Ada lagi?"
"Tak ada itu sahaja,"ujar Borhan.
"Baiklah kalau macam tu. Saya nak awak informkan semua pekerja kita dan kesemua penghantar makanan untuk masuk ke dalam bilik mesyuarat esok,"ujar Aidan dengan tegas.
"Jangan lupa minta yang lain untuk susun atur kerusi sebab saya rasa kerusi dalam bilik tersebut tak cukup untuk menampung kesemua pekerja kita."
"Baik bos,"borhan menganggukkan kepalanya tanda faham.
"Kalau macam tu awak dah boleh keluar dan teruskan kerja. Jangan lupa emailkan saya nombor syarikat tadi."
"Ok bos. Saya minta diri dulu,"Borhan terus berlalu pergi.
"Macam manalah papa urus semua ni dulu?"ujar Aisy seraya memicit perlahan kepalanya.
"Macam-macam yang berlaku sejak aku mula kerja dekat sini. And aku rasa ada yang tak kena dengan pekerja-pekerja."
"Jadi lebih baik aku jumpa diorang. Minta penjelasan,"ujar Aisy lalu tangannya mula sibuk menyiapkan kerja yang tertangguh.
************************************
"Pia!!!"jerit seseorang dari luar bilik mengejutkan Sifya yang sedang santai berbaring di atas katilnya.
"Nak apa?!"jerit Sifya semula.
"Jom lah keluar!"Sifya terus keluar dari bilik lalu memandang tajam ke arah rakannya itu.
"Kau nak apa sampai jerit-jerit ni. Tak boleh nak panggil elok-elok ka?"soal Sifya.
"Hehehehe. Kau pun sama. Aku sebenarnya nak ajak kau keluar. Aku ingat kau tidur,"sambung Alia lagi.
"Tak adalah aku nak tidur petang-petang macam ni."
"Ceh...ingat aku tak tahu. Lepas kau balik kerja ja mesti kau tidur. Tapi terkejut jugak lah aku tengok kau tak tidur harini."
"Aku tak selalu tidur petang tau. Cuma waktu kau panggil tu, kebetulan aku tidur."
"Tak yah cover la cik Pia ku sayang. Aku ni dah hadam perangai kau. Dah waktu petang ni jom kita keluar."
"Dapat gaji dah kerrr?"soal Sifya kepada Alia. Memandangkan Alia seorang anak yatim piatu jadi Sifya satu-satunya kawan yang dia ada.
"Dah. Sebab tu la aku ajak kau ni,"ujar Alia.
"Uishh. Mashehh. Jom lah,"ujar Sifya lalu menarik tangan Alia.
"Ish..pakai tudung dulu. Aku tunggu dekat kereta,"ujar Alia lalu meninggalkan Sifya yang berlari masuk ke dalam biliknya.
Jarang nak keluar ada orang belanja. Jadi tak akan dia lepaskan peluang sebesar ini.
"Kita nak pergi mana ni?"soal Sifya. Tadi bukan main lagi kawannya yang sorang ini nak belanja makan.
Alih-alih sekarang diorang tengah ada dekat pasaraya dan tengah tolak troli dalam kawasan barang basah. Apo mat? Entah-entah dalam perut ni dah berkonsert bagai. Nasib badan.
"Beli barang. Aku nak try resepi baru."
"Boleh la aku jimat sikit. Makin tipis tau dompet aku ni kalau tiap-tiap kita makan dekat luar,"ujar Alia.
"Uishhh. Janganlah wahai kawan. Jujur aku cakap kau tak pandai masak,"ujar Sifya lalu ingin pergi tetapi lengannya ditarik oleh Alia.
"Kecik hati aku dengar kau cakap. Aku janji takkan hangit semua ni,"ujar Alia sambil tersenyum kelat tetapi tangannya tetap mencapai beberapa biji lada benggala lalu meletakkannya di dalam plastik.
"No. Jangan Alia,"Sifya menghentikan tangan Alia yang memasukkan beberapa lagi lada benggala. Diorang dua orang ja. Apa benda sampai nak penuh plastik?
"Banyak sangat kau ambil ni. Kita nak makan dua orang ja,"ujar Sifya.
"Sikit jerlah. Tadi aku tengok suami isteri tu ambik banyak ni."
"Aku rasa diorang meniaga. Kita ni dua orang ja. Tengok sekarang ni. Kau beli barang pun dah tak meyakinkan."
"Jom aku belanja kau makan,"ujar Sifya lalu menarik tangan Alia tetapi Alia mengeraskan badannya membuatkan Sifya kesukaran untuk menariknya pergi.
"Please Pia. Bagi aku masak. Aku janji lepasni dah tak buat. Kecuali kalau sedap la,"pinta Alia.
"Nope,"ujar Sifya lalu menggelengkan kepalanya. Dia tak nak benda yang tak diingini berlaku.
"Tak payah Alia. Kita beli sudah la. Kau tak penat dan aku pun tak penat."
"Please. Kalau tak sedap aku janji ini last aku masak. Tapi sampai bila aku tak pandai nak masak. Boyfriend aku teringin nak makan masakan aku,"
"Itu boyfriend bukan laki kau. Buat apa kau susah-susah nak masak dekat dia,"ujar Sifya.
"Kalau bukan laki aku pun, aku ni sampai bila tak pandai nak masak. Nanti mesti tak ada orang nak buat aku jadi bini ataupun menantu. Sedih tau."
"Ala kau jangan lah risau. Kau kan pandai masak. Kau ajar la aku,"sambung Alia lagi.
"Haihh. Ya lah. Dah jom,"ujar Sifya mengalah. Dia dah tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Alia kalau dia nak yang itu, dia akan buat sampai dia dapat apa yang dia nak.
"Thank you Pia,"ujar Alia lalu memeluk lengan Sifya.
"Welcome,"ujar Sifya lalu menolong Alia memilih barang untuk memasak. Dia sebenarnya penat nak memasak. Tapi disebabkan permintaan Alia dia terpaksa lakukan.
Assalamualaikum sorry guys maaf atas kelambatan.Selamat membaca semua.
Share this novel