Bab 2

Romance Completed 21523

"Apa yang korang semua dah buat? Kenapa saya dengar ada perkara yang tak berapa nak sedap untuk didengar?"soal Aisy kepada para pekerjanya. Semua yang berada di situ hanya mampu menundukkan kepala.

"Saya tanya sekarang ni? Apa yang dah berlaku? Boleh seorang tolong terangkan?"soal Aisy tetapi malangnya semua pekerjanya masih menundukkan kepala mereka.

Sepanjang mereka bekerja di situ tidak pernah lagi mereka melihat atasan mereka sebegitu marah. Dan sebelum ini juga tidak pernah memanggil mereka untuk datang bertanya hal yang berlaku selama ini.

"Saya tanya? Apa yang berlaku sebenarnya? Ada yang saya atau ayah saya tak tahu tentang apa yang berlaku dekat sini?"

"Zarif, boleh awak tolong terangkan apa yang berlaku?"pinta Aisy kepada salah seorang pekerjanya.

"Saya...saya tak tahu bos,"ujar Zarif.

"Macam mana awak boleh tak tahu sedangkan mereka semua berada di bawah awak?"Zarif hanya menundukkan kepalanya.

"Baiklah kalau macam ni, mulai sekarang saya akan turun padang. Bekerja sekali dengan awak semua memandangkan tak ada sesiapa yang jawab soalan saya,"semua mata mula memandang ke arahnya.

"Kenapa? Tak suka?"soal Aisy tatkala melihat kesemua pekerjanya mula memandang hairan ke arahnya.

"Suka, bos,"ujar mereka semua perlahan.

"Okay, tiada bantahan. Esok saya akan mula bekerja dengan awak semua. Jika ada apa-apa yang berlaku saya tahu siapa yang perlu bertanggungjawab,"ujar Aisy lalu memandang ke arah Zarif.

"Ouh ya, jangan lupa untuk datang kerja tepat waktu. Untuk yang bekerja sampai malam saya harap berhati-hati dalam melakukan kerja."

"Dan jangan lupa jika ada sesiapa yang melakukan pekerjaan bersesuaian dengan apa yang sepatutnya berlaku saya akan beri bonus. Saya minta diri dulu.Jumpa esok. Assalamualaikum,"ujar Aisy lalu pergi dari bilik mesyuarat tersebut.

"Saya minta awak semua mula bekerja dengan baik dan jangan lupa untuk memberitahu kawan awak yang mana sekarang tengah bekerja tentang apa yang berlaku,"ujar Borhan lalu keluar mengikuti langkah Aisy.

"Aku nak korang semua buat kerja dengan baik ataupun aku akan pecat korang semua,"ujar Zarif kemudian berlalu dalam keadaan marah.

"Kalau dia bagi gaji dekat kita,kita takkan buat semua ni. Kalau boleh aku nak bos nampak sendiri apa yang si Zarif tu buat,"ujar salah seorang pekerja mendapat anggukan oleh semua orang yang masih berada di dalam bilik itu.

"Bos,"panggil Borhan menyebabkan langkah Aisy terhenti. Dia terus mengarahkan pandangannya ke belakangnya.

"Kenapa?"soalnya.

"Saya ada benda nak bagitahu bos,"ujar Borhan perlahan seolah-olah takut jikalau ada yang mendengar.

"Ikut saya masuk dalam. Lebih selesa,"ujar Aisy lalu membuka pintu biliknya.

"Duduklah,"ujar Aisy lalu duduk di kerusinya membuatkan Borhan juga duduk berhadapan dengan Aisy.

"Sebenarnya bos, ada lagi satu yang saya nak cakap. Tapi saya rasa tak sesuai nak cakap dalam bilik mesyuarat tadi,"ujar Borhan membuatkan Aisy hairan.

"Apa dia?"

"Sebenarnya ada salah seorang pekerja kita yang kemalangan,"ujar Borhan membuatkan Aisy terkejut.

"Kemalangan? Kenapa aku tak tahu?"soal Aisy.

"Ini semua bawahan Zarif yang cerita dekat saya. Diorang dah diberi amaran oleh Zarif untuk tutup mulut. Diorang tak nak hilang kerja disebabkan apa yang diorang sebarkan."

"Saya nak jumpa Zarif, sekarang,"ujar Aisy.

"Sabar bos. Kita kena kumpul bukti dulu. Supaya kita boleh bawa Zarif ke muka pengadilan,"ujar Borhan.

"Dengan apa yang bos cakap tadi boleh buat kita kumpulkan bukti. Bos boleh bekerja dengan diorang. Bos boleh tengok apa yang jadi sebenarnya."

"Haihh. Ayah aku dah cukup baik nak bagi dia kerja. Tapi dia salah guna kuasa."

"Ermmm...ada apa-apa lagi ka yang bos nak saya buat?"soal Borhan.

"Ouh ya. Aku nak laporan tentang pekerja aku yang kemalangan tu. Aku nak bayar bil hospital atau apa-apa tanggungan yang aku kena bayar. Ini sebab kelalaian aku sendirim."

"Baik bos,"Borhan kemudiannya terus melangkah keluar.

************************************

"Alia!"jerit Sifya.

"Ya Allah. Apa dah jadi ni?"soal Sifya kemudian terus berlari ke arah periuk yang sekarang tengah mengeluarkan asap.

"Eh, Pia,"ujar Alia yang sedang menggosok matanya.

"Kau tengok Alia. Apa yang kau dah buat ni?"ujar Sifya lalu menunjukkan periuk yang sudah berwarna hitam dan mengeluarkan bau hangit.

"Weyhhh!!!"Alia terkejut. Tak sangka dengan hanya sekadar menutupkan mata buat seketika membuatkan makanan yang dimasaknya bersama Sifya tadi sudah hangus.

"Aku mintak maaf weyh!"ujar Alia sambil melihat Sifya yang terdiam memandang periuk yang terbakar sebentar tadi.

"Tak apalah bukan rezeki kita nak makan makanan ni"keluh Sifya membuatkan Alia tergamam.

"Aku pergi order Grab sekejap,"ujar Sifya lalu pergi meninggalkan Alia sendirian di dapur.

Kalau dia tak degil dan keras kepala nak masak semua ni mesti diorang sekarang tengah baring tidur.Tapi disebabkan apa yang berlaku tadi membuatkan perasaan serba salah kepada Sifya semakin membuak-buak.

Dia cuai. Dia terlalu ikutkan perasaan mengantuk dia tadi. Kalau dia tak tidur semua ni takkan jadi. Tak akan jadi. Dah tahu diri tu susah bangun.

"Pia aku nak minta maaf. Kalau aku tak tidur tadi semua ni takkan jadi. Kalau aku dengar cakap kau tadi kita tak payah susah-susah nak masak,"ujar Alia melihat Sifya yang diam sambil memandang televisyen.

"Aku cuma pergi solat sekejap ja. Tapi elok aku datang semua benda dah hangit,"ujar Sifya membuatkan Alia terdiam.

Sekarang Sifya ingin memberontak. Biar Alia pujuk. Dan dia cuba keraskan hati. Memberi sedikit pengajaran kepada Alia.

"Kau nak masak lagi.Kalau nak jomlah. Tapi aku duduk sini kau masak dekat dapur,"ujar Sifya membuatkan Alia terus memuncungkan mulutnya.

"Okay fine. Lepasni nak masak aku masak yang simple ja. Aku tengok YouTube ja. Tak payah kau susah-susah nak ajar aku,"ujar Alia berjauh hati.

"Haishh..."keluh Sifya.

"Aku bukannya apa Alia. Aku tahu kau nak belajar masak. Tapi bukan waktu sekarang. Aku boleh nak ajar kau. Tapi waktu kita cuti. Seharian kita masak. Kau nak makan apa kita cuba ja. Jadi ka, tak jadi ka aku memang tak kisah."

"Aku cuma penat. Penat sangat. Tapi aku buat jugak sebab kau mintak. Haihh. Tak apalah. Kau tunggu sini nanti ada Grab sampai. Aku nak pergi mandi dengan ganti baju kejap,"ujar Sifya lalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Haihh. Tak memasal aku kena marah,"keluh Alia. Baru dirinya ingin bangun membuka pintu, bunyi loceng membuatkan dirinya membeku.

"Makanan dah sampai. Mesti Pia dah bayar,"selagi lagi keluhan keluar dari mulut Alia.

Sudahlah makanan yang dimasak mereka hangit. Niatnya hendak membelanja Sifya pada akhirnya Sifya yang membeli makanan untuk mereka.

"Ish, dia ni suka sangat buat aku rasa bersalah. Degil betul la kau ni Alia. Kesian sikit dekat kawan kau tu."

"Tak apalah esok aku beli makanan kesukaan dia,"ujar Alia di hadapan pintu. Bunyi loceng beberapa kali membuatkan lamunan Alia terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience