Bab 3

Romance Completed 21523

"Alia, aku keluar dulu,"ujar Sifya yang sedang bergegas keluar dari bilik tidurnya.

"Eh, kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi kerja lah..."ujar Sifya lalu membuka pintu gril rumah mereka.

"Awalnya,"ujar Alia perlahan membuatkan pandangan Sifya terus terarah kepadanya.

"Aku ada kerja yang tak siap. Nanti bos marah habis gaji aku kena potong,"ujar Sifya.

"Ikut kau lah. Hati-hati bawak kereta tu,"pesan Alia.

"Ok. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam,"jawab Alia.

Dalam perjalanan, Sifya hanya mendiamkan dirinya. Perlahan kereta yang dipandunya memasuki kawasan taman.

Dia terus menyandarkan tubuhnya sebaik sahaja enjin ditutup.

Air mata mula mengalir. Sakit. Itu yang dirasakannya sekarang. Sakit dikecewakan oleh ahli keluarga sendiri.

Apa yang tidak cukup? Sudah diberikan duit masih tidak mencukupi. Apa yang dibelanjakan mereka? Dan sekarang minta dirinya menikah dengan orang yang pernah ingin merogolnya.

Apakah ayah dan ibunya sudah dibutakan oleh duit? Sehingga sanggup menjadikan anak sebagai taruhan.

Dia menangis. Setelah sekian lama memendam rasa. Ingatkan sudah selesai apa yang berlaku setelah dirinya membuatkan keputusan untuk berhijrah ke kota Kuala Lumpur ini.

Tidak. Derita yang dirasakan terus menghurungi dirinya. Ayah dan ibunya masih tidak berubah.

"Kenapa aku kena lalui semua ni? Aku benci kau jantan!"

"Disebabkan kau, mak dan ayah aku tak anggap aku sebagai anak diorang. Yang diorang tahu minta duit dari aku."

"Kau punca hidup aku berubah!"Sifya menggenggam erat tangannya menahan debaran laju yang terasa di dada.

"Mak...ayah. Sifya rindu mak ayah. Tapi mak dan ayah dah berubah. Sifya rindu masa-masa kita dulu."

"Tapi Sifya tahu semua itu dah berubah. Semuanya takkan kembali seperti sediakala,"ujar Sifya perlahan. Air mata masih menjadi penemannya di saat ini.

"Abang bencikan Sifya, mak dan ayah bencikan Sifya."

Tidak mungkin dia akan lupakan tragedi hitam yang berlaku dalam hidupnya. Bermula dengan masalah kewangan yang dihadapi mereka sekeluarga.

Selepas itu, dengan kelakuan ibu dan ayahnya yang mula bersikap acuh tak acuh. Abangnya berubah. Fitnah yang berlaku menyebabkan dirinya berada di sini.

"Sifya penat....Sifya penat nak hadap semua ni,"Sifya menutup matanya mengimbau kenangan yang tak mungkin dia lupakan.

Wajah itu. Wajah itu yang membuatkan perkataan kahwin itu luput dari lubuk hatinya. Dia trauma. Dia takut pisang akan berbuah dua kali.

Tanpa sedar dia tidak dapat membuka matanya semula. Detak jantung semakin perlahan. Dada terasa sesak.

"Pia!!!"jerit Alia.

"Eh, sabarlah kau ni,"ujar Sifya membuatkan langkah Alia terhenti.

"Kau buat aku risau. Orang call aku bagitahu yang kau lemas dalam kereta,"ujar Alia lalu menangis membuatkan Sifya mengeluh perlahan.

"Aku okay la,"ujar Sifya.

"Kau tak okay. Kalau kau okay kau takkan pergi taman. Aku kawan kau la Pia...kalau kau tak ada masalah, kau tak akan pergi tempat tu."

"Kau kena cerita dekat aku. Aku tahu kau ada simpan sesuatu dari aku kan? Yang aku tak tahu,"Alia menatap mata Sifya akan tetapi Sifya terus melarikan pandangannya.

"Aku tahu kau tak pandai nak tipu aku. Aku tak mintak sekarang pun untuk kau cerita semuanya. Bila kau dah keluar dari sini aku akan mintak kau cerita."

"Lepasni tak ada alasan lain yang kau nak bagi. Satu pun aku tak akan terima."

"Tak payah la Alia. Aku ni tak nak susahkan kau dengar masalah-masalah. Buat sakit kepala ja nanti,"ujar Sifya.

"Kau kawan aku. Kita kenal dari universiti. Aku dah makan garam dengan perangai kau. Aku tahu kau terbeban dengan apa yang berlaku. Aku sanggup tadah telinga dengar masalah kau."

"Tak elok Pia kalau kau pendam. Aku bukan paksa tapi masalah harus diluahkan. Otak kita pun perlukan rehat. Hati kau jugak,"ujar Alia.

"Insyaallah kalau kau cerita mungkin aku boleh tolong."

"Kau tak akan boleh, Alia. Mak dan ayah aku tak boleh dibantah."

"Kenapa kau nak mengalah sebelum berjuang? Kau ada hati dan perasaan. Kau patut fikir diri kau dulu."

"Tapi Alia...kau tahu kan perangai mak dengan ayah aku macam mana."

"Memang. Memang aku tahu. Diorang mata duitan. Diorang tak pernah nak hargai anak yang berbakti dekat diorang. Bagi duit untuk keperluan diorang sampaikan anak yang sedang tanggung diorang jadi macam orang tak betul."

"Kenapa kau kata aku tak betul pulak?"soal Sifya dalam keadaan tidak puas hati.

"Kau marah kan bila kau kata tak betul? Tapi memang betul pun."

"Kau pun aku tengok ada tanda-tanda yang berkemungkinan kau akan jadi gila,"ujar Alia lalu menatap lama wajah Sifya.

"Bongok la,"Sifya terus menolak kepala Alia menyebabkannya ketawa.

"Okay...okay sorry,"ujar Alia sambil termengah-mengah.

"Dah jangan sedih-sedih. Kau tidur la dulu. Jangan risau aku dah informkan bos kau yang kau cuti sebab masuk hospital."

"Terima kasih,"ujar Sifya lalu perlahan membaringkan badannya di atas katil. Dia perlukan rehat yang cukup.

"Sama-sama,"ujar Alia lalu tersenyum.

************************************

"Abang, betul ka apa yang kita buat ni?"

"Ini ja cara. Supaya keluarga kita tak malu. Dia boleh bersenang lenang dekat sana. Kita yang menanggung malu dekat sini,"ujar ayah.

"Betul tu mak. Along ni nak pergi kerja pun malu. Orang duk cerita pasal perempuan tu."

"Yang diorang tu tak boleh nak diam ka? Benda dah jadi bertahun dah."

"Bernanah telinga Along dengar,"ujar Syah abang kepada Sifya.

"Kau Siah, kalau kau nak beli barang kemas tu baik kau diam. Memang dulu kita tak merasa tapi kalau kita ada menantu kaya raya tu aku rasa kita tak hidup miskin macam ni."

"Baik abang,"ujar mak.

"Kalau macam tu Along nak masuk bilik dulu la. Along ada kerja nak buat sikit,"Syah kemudiannya berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Maafkan Along, Along tak berniat. Cuma hanya Along yang boleh jaga mak dan ayah sekarang,"ujar Syah perlahan sambil melihat gambar adik perempuannya.

"Along sayang adik. Along sayang angah. Along tahu mesti angah sedih dengan apa yang berlaku dengan keluarga kita. Along nak dia balik. Hadap mak dan ayah. Tapi Along tak nak ganggu dia belajar."

"Along gagal jadi abang yang baik untuk adik dan angah. Dalam hati Along ni tak pernah bencikan adik."

"Along tahu adik tak salah. Dengan baliknya adik ke sini nanti Along akan  cuba bongkarkan semua. Itu janji Along."

"Along sayangkan angah dan adik,"perlahan air mata Syah mengalir. Hati ini rindu dengan kehadiran kedua adiknya. Selagi hayat dikandung badan akan dia cuba untuk menyatukan keluarga mereka semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience