JIWANYA YANG BARA

Fantasy Series 172

Di tengah hawa malam yang dingin, beralun sahaja lenggok goyangan padang pasir dengan melodi yang di mainkan angkasa gelap. Beku sejuk pasir jelas diterbangkan bayu malam. Tetapi tidak sama dengan hawa panas menyaman sekeliling unggun api satu tapak perkhemahan. Di unggun api itu, duduknya seorang lelaki, memakai baju besi dengan lambang bulan sabit yang ditikam dengan pedang dan diikat dengan sekuntum bunga ros. Lambang yang sama dengan lambang yang ada di Istana Athenas. Askar Kerajaan Athenas rupanya. Duduknya dia sambil melihat ke arah unggun api, sedang di dalam khemah-khemah, sedang layan didansar mimpi.

Terbunyi retak patahan ranting halus dari dalam kegelapan. Askar ini berpaling ke arah bunyi tersebut. Cuba untuk menilip di sebalik gelap yang tidak berjaya disuluh unggun api. Namun askar ini menghiraukannya. Memikirkan binatang atau seranggga malam atau angin yang sahaja ingin bergurau.

Sementara askar ini menjolok unggun api, di hujung puncak bukit yang tajam, tidak jauh di belakang tapak perkhemahan itu. Tinggi membayangi cahaya bulan. Dan dari puncak bukit, seorang lelaki dan seorang wanita.

“7 khemah, mungkin 18 ke 21 orang.”. anggaran diberikan.

Dari sebalik bayangan kain yang melitup kepala, sepasang cahaya menyala merah dari celah topeng besi. Merasa dengan pandangan, dia menyapa dengan teliti tajam setiap apa yang ditadah hulur. Kata putus digenggam lalu strategi dimulakan. Lelaki ini memberi gerak isyarat tangan ke bawah.

Melangkah keluar, dari bayang terus berdiri di tengah cahaya rembulan. Gergasi golem. Tidak mempunyai wajah. Hanya berkepalakan reaktor yang berpusar seperti menjana pengaliran kuasa. Badannya adalah solid batu humanoid, sementera segala otot dan urat badan adalah akar kayu yang menjalar sasa menjadi sendi. Tunggul kayu sebagai kaki, urat akar sebagai cakar jejaki tangan.

Apa yang signifikan bagi golem ini adalah sfera kuasa mana di bahu kiri, digenggang besi kemas dan merupakan pangkal bagi akar bagi setiap kayu di tubuh. Seperti bernafas reaktornya bereaksi. Berpusar untuk menghirup dan membakar untuk menghembus.

Akar yang melitupi sfera itu mula untuk berdenyut dan menyala lebih kuat. Rotasi reaktor semakin laju. Dari sfera itu, mengalir aura cahaya ungu yang semakin terang, melalui setiap rekah batu dan urat akar di bahu. Berdentum satu badan dahulu sebelum semua urat kayu dan solid batu di tangan bahagian kanan mula bereaksi. Seakan merekah lebih besar, urat kayu yang bercahaya menebal dan berdenyut lalu tangan kanan golem itu membesar.

Golem ini dengan kuasa yang dijana, menghentam tanah dengan impak yang padu, menghasilkan gegaran bermagnitud tinggi dan bunyi letusan dengan gema yang kuat. Magnitud menggerak lalu membawa askar yang sedang lena terjaga. Mereka keluar, memandang satu sama, cuba untuk mengetahui apa yang menyerang mereka sebelum....

“Bunyi apa tu?!”

OI! Budak baru, ada serangan ke?!”

“ATAS SANA!”, seru salah seorang dari mereka sambil menunjuk ke arah sebuah lembaga gergasi di kaki bukit. Tidak menghiraukan perisai badan, mereka capai apa-apa senjata yang terdekat dengan mereka dan terus bergegas ke bukit itu.

Selepas sahaja askar terakhir keluar, satu lembaga manusia, timbul dari sebalik batu di sebelah tapak perkhemahan. Dengan menyelinap, wanita kecil molek itu memasuki kawasan perkhemahan. Cuba menilip keadaan sekeliling.

Askar-askar menjumpai golem itu. Mana kan daya golem itu pun tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mengundurkan diri. Mereka terus mengelilingi golem tersebut, menghalakan hujung pedang dan lembing tepat ke arah golem tersebut. Setiap bilah bersinar dibias rambulan yang menyeru nyawa. Walauapun berkepalakan reaktor, golem tahu yang dia dikelilingi, seakan reaktor itulah hidung, telingan dan matanya. Dia berpaling, melihat setiap seorang dari mereka.

Suasana tegang dengan tiada pergerakan dilakukan sama ada dari golem mahupun tentera-tentera tersebut.

Deru angin melintas.

Pacar mata tidak berkelip.

Maka....

Salah sorang menerjah, cuba untuk menikam dari belakang golem. Golem itu berpaling. Tangan golem yang seakan hujung akar yang tajam, menggulung membentuk tombak. Dihunus tembus tentera itu.

Melihat salah satu daripada mereka tumpas katak bergitu sahaja, kacip gigi, amarah menggiat badan lalu membuka langkah mereka untuk menyerang golem. Maka Jeritan dan laungan, setiap dari mereka menerjah terus. Kali ini kedua-dua tangan golem itu menggulung membentuk tangan yang panjang dengan kuku yang tajam. Dua tentera cuba menikam dengan lembing dari hadapan tetapi terlalu perlahan. Dengan sekali libas sahaja, melayang kedua mereka dengan tulang rusuk yang patah dan tercucuk diri sendiri. Boleh didengar peritnya bersuara. Tetapi bukan pekikan kerana tuan sudah tiada. Hanya rekahan dalam bersemai dendang menunjukkan beza gergasi dan kerdil.

Seorang lagi cuba untuk menetak dari atas sebelah kiri. Tentera itu ditikam tembus di bahagian kepala oleh tangan golem tersebut yang memanjang, menggantung mayatnya tinggi.

Tangan diangkat tinggi, menjulang bangkai mangsa yang masih segar. Lalu lengan yang terbuka, di tetak oleh dua lagi askar. Apakan daya, tajamnya mata pedang, tebal lagi kayu golem itu. pedangnya hanya mecoret calar sahaja. Melantun kembali.

Askar yang mula menunjukkan gerun, kepalanya digenggam. Sekelip mata sahaja, dihayunkan askar ini ke rakannya di belakang. Bukan melayang, terus berkecai tubuh badan bertebaran. Yang di belakang, hanya tubuh badan bahagian bawah yang rebah. Manakala yang digenggam, hanya kepala sahaja yang tinggal.

Hujannya darah di malam tidak berbintang mahupun awan. Ribut pengasih gerun untuk melabuh di tundra maut golem ini berdiri. Hanya menerima kasih dari rembulan, seorang pembunuh kejam sedang bergaya di mandian darah mangsanya sendiri. Di tangannya, kepala manusia tanpa badan. Golem ini berdiri tanpa suara. Dicemari separa gelap bayang dan hiasan darah askar yang dia bunuh. Walauapun masih gagah dengan kekuda, tetapi sebenarnya ‘berani’ askar ini, sudah mengecut lari.

“Siapa kamu? Apa yang kamu mahu?”

“Kami bukan sesiapa, kami hanyalah penyamun dalam nyanyian-nyanyian pujangga padang pasir.”

Lain orang yang ditanya, lain orang yang menjawab. Bayang topeng besi tidak akan menyembunyikan siapa di sebalik, jika jelas dari nawaitul pandangan. Pandangan yang melampah dosa demi kehidupan. Merah menyala mencabar rambulan.

Dia turun ke kaki bukit dengan menggelongsor. Sambil berbual dia memulas tombol, menarik tuas di kotak besi yang terikat di lengan.

“KAMU TAHU AKU KAMI SIAPA?! Kamu akan terima padanya nanti menyamun tentera Athenas, kamu tahu tak?”

“Maafkan aku orang tua. Tapi dekat Tundra Ambasyin ni, tiada orang kisah. Sama ada kau nak lawan dengan aku dan kawan aku kat belakang sana tu atau pun kau berambus dari sini, tinggalkan barang-barang kamu? Kamu pilih.”

“Kamu mencabar aku ya. KAMU KENAL AKU SIAPA, AKU KAPTEN DONNAS...”

kapten donut apa?

Tidak sempat dengan.

Kenapa eh?
Oh?

Kepalanya.

Berkecai.

BOOOOMMMM!!!

Hanya mampu merebahkan badan. Askar yang lain hanya tergamang dengan gerun. Sekelip mata tanpa sempat untuk menghabiskan nama. Kepala kapten mereka, sudah tiada terus.

“Baiklah, siapa lagi?”

Di lengan kanan. Jelas asap keluar dari hujung nozel meriam. Dia memutar mekanisma itu semula, menolak tombol dan memulas gear sehingga meriam kembali semula ke dalam kotak dan pedang pula yang keluar. Refleksi sayu rambulan malam, menari riang di bilah mata pedang. Sedangkan lelaki bertopeng ini, ingin sahaja menghunus askar-askar malang ini, dengan pandangan tajam disebalik topeng.
Bergetar kaki, dihirup peluh, dikacipnya gigi. Namun demi menjadi buruh pijak Athenas, badan dipaksa, lalu askar-askar membuka serangan.

Cuba menghayun dari kanan dan atas kiri serentak.

Aroma ini. Dendangan ini. Setiap malam. Setiap kali rompakan. Bukan harta yang ingin sangat dirompak rupanya. Bagaikan dadah ketagih yang tiada penawar. Tembus senyuman dapat dilihat walaupun bertopengkan besi kosong.

Badan dihayun pelahan. Rambulan mengambang terang. Nasib digantung tinggi. Jikalau tidak, mungkin akan tercemar. Pedang dari atas ditepis. Yang datang dari kanan dielak dan ditarik rapat. Tidak sempat melawan, tekak sudah pun dihunus.

Tarian di malam purnama, sejenak fikiran tidak dapat dibalas. Lelaki ini mengambil pedang askar yang dibunuh, berputar dan mengelar yang satu lagi. Darah merah pekat mengalir, pekat lagi kelaparan yang didendang hunus tajam pandangan lelaki ini. Memandang hina di sebalik nyawa yang telah ditarik. Debu pasir berterbangan menjadi langsir keindahan bersama-sama darah yang memercik di keliling lelaki ini.

Rentak lebih rancak. Permainan lebih lincah perlu didendang untuk berdiri di akhir malam. Seorang mangsa dikesan, lalu lelaki ini meluru.

“JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AKU!”, belum sempat askar ini dapat menganggar. Ayunan pedang dielak mudah lelaki ini yang berhenti di akhir saat. Pedang dihunus padu ke dada. Terus dia mengeluarkan senapang patah pendek dan menembak mati dua lagi askar di kiri dan kanan.
Bilah pedang di senjah keluar. masih tidak mencukup. Bilah itu masih berdesing mencari denyutan. Berderu datang ke arahnya. Setiap satu mati dengan dua kali gerakan sahaja.

Ditepis ke bawah, lalu bilah naik ke tekak. Tepis kiri, tepis kanan, satu hunus ke muka terus. Cuba untuk beregu, namun disepak seorang, manakala seorang lagi ditikam beberapa kali sebelum mati juga di tulang rusuk.

Yang rebah tidak sempat untuk mencari diri. Perut ditikam dan diserat ke muka, membelah badan. Bayang yang sungguh gerun di malam purnama darah ini.

Keriangan berlansung tanpa kasih. Sehingga tiada lagi semangat untuk berlawan, askar muda tinggal seorang. Dan tiada lagi jasad yang memberani, hanya memikirkan nyawa untuk diselamatkan. Dia rembah ketakutan, melihat rakan-rakan yang lain ditetak. Dipotong tangan dan dibiarkan mati perlahan. Ditikam beberapa kali, ditembak dan dikelar. Lalu lari lah dia, menyelamatkan diri. Tidak sanggup untuk menerima nasib yang sama.

Lelaki ini duduk di atas batu rendah, sedang mengisi peluru senapang patah. Golem yang juga baru sahaja tamat, datang mendekati. Ditepis pijakan mayat-mayat yang bergelimpangan. Dari belakang lelaki itu, dari jauh dapat dilihat, askar yang lari sayangkan nyawa. Lelaki ini hanya melihat, dibiarkan sahaja askar yang luka, bebas dari bilah pedang, kerana diri yang sudah kenyang. Habis sahaja dia mengisi, dia melihat langit.

Ahhhh, indah nya malam ni.

“Alahhhhh, Isvan, kenapa kamu biarkan mereka lari?” wanita yang kecil molek itu datang kepada mereka dari arah khemah tentera itu.

“Tidak ada apa yang kita dapat dari mengejar pengecut seperti itu.”.

“Yelah itu, sebenarnya kamu terkilan sebab dia tanya siapa kita.”, lelaki bertopeng itu tersentap, sememangnya dia agak terkilan. Sedikit sahajalah.

“Kita merompak, menyamun tentera Athenas, tetapi tiada siapa yang mengenali kita. Mungkin kalau kau cakap siapa kita daripada ‘penyamun nyanyian pujangga’, mungkin akan ada orang kenal kita.”

“Tapi...”

“Tapi kamu ingat orang akan bagi nama dekat kita dan kita ni macam pembunuh upahan gelap yang ‘ah kalau kamu nak tahu siapa sanggup buat kerja ni, kamu kena jumpa dengan geng-yang-paling-hebat-di-utara-Athenas.’. Kalau nak siarkan kumpulan kita, kau kena berhenti berlagak macam orang sombong dan siarkan betul-betul.”

Leteran wanita itu membuatkan Isvan menilip tanah dengan jarinya, kecewa dengan dirinya. Jelas di bawah nafasnya dia merungut.

“Root, kau okay?”

Golem kayu itu tidak juga mempunyai mulut, tetapi mampu mendengus seperti robot menyamai suara yang boleh difahami.

“Saya...baik...baik...sahaja.”

“Baguslah bergitu.”

Sambil wanita itu berkata bergitu, sfera kuasa itu sekali lagi menyala terang, cecair yang bercahaya ungu mengalir kearah luka-luka tetakan. Badannya mula dipenuhi aura kecil yang menyala dengan cepat. Hilangnya aura itu bersama luka-luka tetakan.

Wanita itu hanya senyum sahaja melihat Root kembali seperti biasa.

Isvan yang merajuk itu kembali berdiri dan bertanya kepada wanita itu.

“Jadi Rabushka, apa yang kita jumpa?”, Isvan berkata, sambil membuka topeng besinya. Di sebaliknya riak lelaki sawo matang, dengan muka yang panjang. Jelas manisnya dengan tahi lalat di hujung bibir sebelah kirinya. Ingatkan seorang yang matang, dan berkarisma walaupun sebagai perompak. Tetapi lelakinya manis sahaja rupa. Dengan hoody apabila diselak, turun dedaun rambut kerinting yang seakan lembut.

“Tak ada apa sangat, boleh la macam biasa, pedang, busur, peta, barang masak dan lain-lain”

Mereka berbual tentang habuan yang diperoleh merompak khemah ini.

“Habuan macam biasa ni pun, ada orang nak beli.”

“Aku dah tak boleh la, Isvan. Kena cari kerja cepat, aku dah naik bosan ni.”

“Okay-okay aku faham. Apa kata kita balik dulu, jual benda ni dekat pasar gelap. Lepas tu kita bincang dengan Jofa.”

“Kau dah bincang banyak kali dengan Jofa. Jawapan dia sama sahaja.”

“Jofa...tiada...tugas”, Root menyampuk perbualan mereka untuk menegakkan apa yang Rabushka rungutkan.

Isvan mengeluh sedikit sebelum menyambung.

“Kita tidak boleh salahkan dia juga. Tentera Athenas semakin dalam ke dalam Gurun Ambasyin. Walaupun sudah ramai pedagang, pengumpul barang atau peniaga yang sudah berani berjalan di padang pasir ni, mereka berani sebab kawalan tentera semakin ketat. Aku pun tak tahu apa yang diorang nak dekat padang pasir ni?”

Rabushka dan Root kelihatan mengeluh juga dengan jawapan Isvan. Sememangnya benar kelihatan seperti tugas ini amat mudah bagi mereka dan tidak menyamai dengan kepakaran mereka. Rabushka yang turut mengeluh tadi cuba untuk menceriakan keadaan. Walaupun pendek, belakang Isvan ditepuk dengan kuat.

“Dah, dah la tu, nanti ada la kerja untuk kita, kita sabar je la. Sekarang aku lapar ni. Jom bawa barang-barang ni ke pasar gelap, jual. Lepas tu, kita pergi minum dekat kedai makan selalu.”

Isvan naik sikit muka dengan gembira, “Kedai Kak Nora.”. Rabushka turut tersenyum bersama sambil berkata. “Yelah, kedai Kak Nora la, dekat mana lagi ada arak yang sedap tengah gurun ni kalau bukan dekat kedai Kak Nora.”.

Sementara mereka berbual, dari sebalik celah batu yang jauh, bayang seseorang di dalam jubah, menutup kepalanya, seperti melihat ke arah mereka. Pandangan bayang itu dikesan Root. Root berpaling. Dia mendongak ke batu tempat bayang itu. mereka bertermbung mata. Lama juga mereka merenung antara satu sama lain sebelum ditegur oleh Rabuskha.

“Root, apa yang kau tengok tu? jom tolong angkat barang ni.”

Tanpa melengahkan masa, barang diangkat dan dibawa pergi.

Di tengah kota gelap. Penuh dengan urus niaga jualan barang yang eksotik, kupu-kupu malam sedang memanggil mangsa dengan aluran merdu. Di sini bukan sahaja manusia yang kelihatan di jalanan, ada pelbagai jenis lagi makhluk humanoid yang berjalan. Kobold, anjing jadian, bunian, manusia dua dunia, gergasi, manusia yang setinggi pohon kayu dan banyak lagi. Tiada jurang dan juga tiada peraturan. Semuanya atas kehendar diri. Tempat untuk urus niaga gelap. Tempat untuk penjenayah mencari bekalan.

“Oi, aku dengar kau curi barang dari kedai aku”

Kata seorang lelaki sasa lagi hodoh, sementara rakan-rakan dan juga dia mengeliling seorang lelaki keting.

“Bukan apa, aku lapar, aku Cuma, urrrggghhh”

Belum habis lagi berkata-kata lelaki itu dikerjakan mereka. Itulah prinsip di sini, diri sendiri adalah untuk diri sendiri. Sementara lelaki itu dipukul di celah lorong yang gelap, Isvan, Root dan Rabuskha melihat perkara itu sambil mereka dalam perjalanan ke kedai Kak Nora. Walaupun lelaki kering itu dipukul teruk oleh lelaki-lelaki yang dua kali ganda berat dari mereka, apa yang Isvan buat hanyalah melihat. Benda itu seperti perkara biasa di sini. Mata mereka bertemu. Mata seorang yang di ambang harapan belas kasihan bertemu dengan mata merah darah yang tajam. Adakah betul mata mereka perlu bertemu? Sememangnya salah sekali. Isvan, Root dan Rabuskha hanya lalu sahaja, menghiraukan urusan lelaki itu. Seperti biasa, diri sendiri adalah untuk diri sendiri. Maksudnya sendiri buat, sendiri tanggung. Di tempat ini, memikirkan diri sendiri dan menghiraukan hal orang lain juga bukan sahaja bagus tetapi penting untuk kemandirian diri sendiri.

Akhirnya mereka sampai juga di destinasi mereka. Kedai Kak Nora. Kedai yang dikatakan mempunyai arak yang paling sedap dalam kota ini.

“Sampai juga kita akhirnya, tempat yang sedikit bertamadun di dalam kota.”

Tidak juga. Di dalamnya, orang bertumbuk, mabuk sehingga muntah, yang pengsan di tengah lantai, lelaki dan wanita sedang berasmara di hujung bucu, judi dan banyak lagi. Sekurang-kurang tidak sebising seperti di luar.

Isvan sedang mengira duit emas yang diterima hasil daripada menjual barang dicuri dari tentera Athenas malam kelmarin.

“hurm?”

“Kenapa kamu ni Isvan?”

Pelayan kedai itu menegur di sebalik meja tempat mereka duduk sambil memberi air yang mereka pesan.

“Terima kasih Kak Nora.”

Rabuskha berkata sambil diikuti juga oleh Root.

“Terima...Kasih..Kak...Nora.”

Rabuskha minum sahaja dengan penuh selera sementara Root cuba untuk meniru dengan meminum arak tersebut. Tapi, Root tiada mulut. Semua arak itu hanya dibazirkan sahaja dengan tumpah ke lantai kedai. Tetapi benda itu tidak dihiraukan oleh mereka atau Kak Nora.

“Tak ada apa pun Kak Nora, cuma makin lama kan, tentera Athenas ni masuk dalam ke dalam Gurun Ambasyin, mereka semakin merebak, tapi sasaran jadi semakin mudah sebab mereka perlu berpecah menjadi kumpulan yang kecil. Kalau dulu harga jualan barangan mereka mahal, sekarang harga mereka turun.”

“Oh sebab tu ke. Kau ni Isvan. Memang logik la, bukan kau seorang sahaja yang mencuri dari tentera Athenas. Harga mesti la turun kalau barang yang sama je masuk pasaran.”

“Abang Jofa mana kak?”

“Jofa ada kat belakang tu, dia tengah siapkan projek apa entah. Kenapa? Kau nak minta kerja dengan dia ke?”

“Selalunya Abang Jofa la yang tahu kerja yang boleh orang buat dekat gurun macam ni.”

“Kau sebenarnya Isvan, tak perlu tanya Abang Jofa pun. Ada je kerja, Cuma kau tak pandai cari.”

Tersingguh sedikit Isvan sambil melontarkan soalan sebagai balas. “Habis tu akak tahu ke kerja yang kami boleh buat sebenarnya?”

Kak Nora hanya tersenyum dan sambung mengelap cawan sebelum dia melaung ke arah salah seorang pelanggan.

“WOI KALAU NAK GADUH! GADUH DEKAT LUAR!”

Isvan melihat hampa. Ingatkan apa yang diharapkan keluar dari mulut Kak Nora dapat membantu. Tapi cukuplah dengan lokasi Abang Jofa diketahui. Isvan berjalan menuju ke pintu sebelah kaunter mereka duduk dan minum.

Di sebalik pintu itu, sebuah bengkel yang luasnya teramat tinggi. Di tingkat atas seperti tempat membaca, penuh dengan buku-buku tersusun rapi. Sebuah meja, dengan peta jelas kelihatan dengan alat-alat geonometri bersepah di atasnya. Manakala di bawah, adalah tempat bertukang, besi menyala dan hawa panas dapat dilihat jelas terbang ke awangan. Alat-alat menukang digantung rapi. Sementara itu, ada seorang tua tidak bergitu kerdil, tapi tidak pula bergitu buncit manakala tidak pula terlalu sasa. Dia sedang mengetuk satu besi yang sedang menyala untuk ditempa mengikut kehendak.

“Abang Jofa.” Isvan menegur Abang Jofa.

“Oh kau rupanya. Apa yang kau nak?”. Terus ke titik perbicaraan seperti Abang Jofa tahu kehendak Isvan kelmari.

“Macam biasa la Abang Jofa. Nak tanya pasal kerja?”

“Kerja? Kenapa? Mencuri dari tentera Athenas dan tak boleh bagi korang semua cukup makan dah ke?”

“bukan macam tu abang”

“habis tu?”, jengkel sungguh bicaran Abang Jofa. Isvan seperti hendak atau tidak sahaja berbicara.

“Tak kan nak kerja macam ni je bang? Abang pun tahu kan harga barang tu semua makin turun, kitorang nak juga cari kerja yang bawa untuk besar.”

“kalau kau nak untung besar, pergilah curi emas Diraja Athenas.”

“Elok-elok la bang, aku datang tanya baik-baik ni.”

“Kau tu, bodoh. Kau pun tengok sendiri kan? Tentera Athenas semakin dalam ke dalam gurun.”

“Itu saya tahu bang.”

“Habis tu, kau nak aku buat apa?”

Isvan berdiam diri sahaja, tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Putus asa sedikit dirasai apabila dia hasrat yang ditanya tidak dapat dipenuhi. Abang Jofa melihat Isvan sekali lagi sebelum bersambung kata-kata yang cuba menenangkannya.

“Isvan, kau dengar sini, puak aku pun dah tiada kerja, selepas tentera Athenas masuk makin banyak ke dalam gurun Ambasyin. Kalau puak aku pun dah tiada kerja, apatah lagi nak bagi kerja dekat puak lain. Sekarang ni pun aku duduk berharap dengan duit niaga Kak Nora je, tanggung makan minum aku.”

Topeng besi menempa di buka. Seorang lelaki berjanggut kemas, masih hitam dengan pangkal putih. Berkedut namun masih ada rupa. Melihat anak muda ini dengan sedikit sayang.

Isvan berdiam sahaja.mengharapkan sekalung harapan buat mereka mencari nafkah di dataran yang haram ini, namun hampa menyapa diri. Isvan melihat Abang Jofa dengan gambaran kecewa di air muka. Lalu dia bertanya mencari sedikit lagi ruang untuk dia meminta.

“Habis tu, Abang Jora ada apa-apa cadang tak apa patut, saya, Rabuskha dengan Root patut buat?”

Besi merah yang sedang menyala dibentuk Abang Jora dengan tukul. Persoalan Isvan seakan tidak dipeduli. Namun jelas baginya bahawa Abang Jora bukan menghiraukannya, tetapi sedang memerah otak untuk membantu Isvan. Setelah seketika, dia mengangkat besi yang ditukul. Walaupun masih panas, ditatapnya rapat ke muka untuk menghakimi ketelitian buantan sendiri. Lalu dia menjawab persoalan Isvan sambil menyambung kerjanya.

“Jauh aku datang ke sini. Disebabkan cinta aku dekat Kak Nora kamu. Dulu aku ni seorang pembuat sauh di Perlabuhan Jinicia, di bawah sekali bahagian peta Kerajaan Athenas. Sebuah perlabuhan yang paling indah boleh aku katakan, sepanjang aku hidup. Pedagang yang datang ke sana hanya mendapat keuntungan. Orang-orang laut, pekerja pelabuhan, walaupun tidak mereka pegang wang yang banyak, mereka hidup dengan perut yang kenyang. Tidak pula adanya tangan haram pula walaupun pengawal-pengawal Kerajaan Athenas langsung tiada.”

Tiada kegiatan haram walaupun tiada pengawal? Isvan menjadi hairan. Dirinya sudah lali dengan kegiatannya sebagai seorang penjenayah, keterangan Abang Jora seakan tidak masuk akal.

“serius la bang, tak ada la tempat yang seindah itu untuk berniaga. Tak kan tak ada budak kecil yang menyeluk poket pedagang sekali pun?”

“Kamu tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang seindah itu lagi. Tempat yang paling indah yang pernah kamu pergi sekali pun hanyalah rumah pelacur di atas bukit sana. Tapi di situ, ada sebab dia digelar sebagai Perlabuhan Jinicia, Perlabuhan yang terapung di udara. Pada waktu pagi, aku bangun, kalau aku tak lupa, tuan rumah aku sudah menyediakan roti, daging salai dan keju kepada aku dengan air susu. Walaupun waktu pagi, aku tidak tahu kenapa, di perlabuhan itu sentiasa nyaman dengan air berderu sepanjang masa. Kalau hujan pula tidaklah menjadi ribut yang kuat. Tuan rumah itu seorang perempuan tua, baik orangnya. Aku akan ke rumah tukang besi di atas bukit, di perlabuhan itu. Dari atas bukit di sana, kalau tak silap aku, bukit Darut, bila petang mula melambai, waktu aku ingin pulang dari kerja, cahaya mentari jatuh berkecai di lambayan ombak, namun airnya terlalu jernih sehingga seakan-akan perlabuhan itu terapung. Di malam hari, para pedangan dan juga para orang laut berpesta, bersuka ria, anak-anak kecil berlari memegang bunga api, para wanita menari indah dengan lengok tubuhnya, orang laut bermain instrumen, menyanyikan lagu lautan dan para pedagang membayar semua pada malam itu. Ada juga yang tidak menerima bayaran. Cukuplah dengan keberkatan Pokok Sholaris dicurahkan ke perlabuhan itu.”

“Baiklah, terima kasih kerana menceritakan tempat betapa indahnya tempat itu, tapi saya bukan nak cari keindahan abang, saya nak cari duit, nak makan.”

Abang Jora mengelengkan kepala. Seakan apa yang cuba untuk disampaikan, yang disiratkan di dalam kisahnya, tidak kesampaian kepada Isvan, walaupun apa yang cuba untuk disampaikan itu cukup jelas.

“Kau ni. Apa yang abang cuba cadangkan adalah untuk kamu bertiga cuba untuk membuka halaman baharu di dalam cacatan hidup kamu. Pergi ke sana, cuba untuk cari pekerjaan baharu yang lebih jelas dan bersih. Kamu akan sentiasa senang walaupun tidak kaya.”

Isvan sedikit jijik.

“Abang macam tidak kenal saya ni siapa. Abang. Saya ni pencuri, saya nak hidup bebas dan buat apa yang saya mahu dan jadi kaya sebelum saya mati. Bukan mengembara sepanjang kerajaan untuk behenti rehat dan habiskan sisa saya di sebuah perlabuhan.”

“Siapa kata yang kamu akan duduk sahaja di sana?”

Abang Jora memandang tepat kepada Isvan. Semakin lama dia semakin rapat dengan Isvan.

“Isvan, kau masih muda. Root aku tak tahu tapi Rabuskha juga masih muda. Banyak lagi kamu masih tidak belajar, banyak lagi benda dekat luar sana yang masih kau tak lihat. Pergilah lihat dunia di luar sana yang luas, bukan duduk di gurun ini cuba untuk mencuri apa yang bukan hak kita dan jualkan kepada orang lain. Dekat sana kau naik kapal, dan kau akan jumpa benda yang lagi banyak daripada apa yang kau tengok sekarang.”

Sedang mereka berbual, Kak Nora masuk ke dalam bengkel itu membawa dua cawan kofi. Dihidangkan di atas meja dua cawan kofi panas, dengan wasapnya mengalun suam.

“Pada suatu malam seperti biasa, bagi orang-orang laut untuk minum arak di kedai kegemaran mereka sementara orang-orang tempatan dan juga para pedagang bersuka- ria di luar. Aku dan sahabat-sahabat aku duduk di meja. Dengan arak di situ, jangan haraplah kamu untuk tidak berkhayal. Satu cawan sudah cukup untuk mencuri jiwa kamu keluar dari diri dan terbang mencari riang malam. Namun, satu tidak akan mencukupi bukan? Aku dan sahabat-sahabat aku masih darah muda, mentah, baru-baru ingin kenal akan wanita. Tak tahu bagaimana tetapi malam itu jugalah kami ingin mencuba nasib pertama kami untuk mengenal wanita. Manalah tahu? Nasib bertemu badan.”

Wah..

Cerita apa ni, agak menarik untuk didengar.

“Seorang pengembara, duduk berseorangan di kaunter, meminum wine yang paling mahal di situ. Pakaiannya segak bukan boleh dikatakan pegawai lautan dengan karisma yang dia bawa. Bukan pula boleh dikatakan seorang pedagang dari anggun penghiasan yang dia tunjuk. Manakah lagi seorang anak kapal ataupun lanun dari kegilaan dia bersama anak kapal lain. Dialah yang mempunyai gayanya yang tersendiri. Badannya lentik, kurus kelihatan sasa, tapi aku boleh tahu dirinya lembut dari tengok mukanya sahaja. Hiraukan celoreng hitam di bawah matanya. Seorang wanita Vin Qei yang matang. Jauh di luar jangkauan kami. Tapi kami masih bodoh, masih budak hingusan. Bermula dengan sahabat aku yang pertama pergi. Cuba untuk mengayat walaupun dialah yang paling hodoh dan paling mabuk buat ketika itu. Aku tidak tahu apa yang mereka bualkan tapi aku lihat dia terpelanting ke arah kami seketika dia cuba untuk memeluk bahu wanita itu. Wanita itu melihat tepat ke arah kami. Dia senyum sinih sahaja sebelum sambung meminum arak. Aku dan kawan aku masih tidak berputus asa. Biarlah sorang tumbang, sahabat aku yang kedua pula ingin mencuba nasib, dia bangun cuba berjalan dengan betul, tetapi aku pikirkan dia hebat apabila dia cuba mengawal mabuknya menjadi tarian. Di tengah kedai itu, dia menari di alun dengan nyanyian pujangga. Badannya yang sasa mampu dilentik halus menyamai rentak kesah nyanyian. Aku ingat dia berjaya memikat wanita Vin Qei itu untuk menari sekali, sebelum dia terjatuh dan tangannya terpegang dada wanita itu. Terus kali ini melalui tingkap.”

Kak Nora ketawa kecil lalu Isvan dapat mengetahui sendiri siapakan wanita pengembara itu. Dengan rambut Kak Nora yang putih dengan hulu hitam, matanya kuning kehijauan memang tidak silap, dialah wanita Vin Qei itu. Sudah tiba giliran Abang Jora untuk menceritakan bahagiannya.

“Kali pertama Abang Jora kau bertemu dengan akak....”

Kak Nora menyambung cerita. Kisah cinta yang menemukan mereka bersama.

“Dia ajak akak berlawan.”

Kejap. Eh...

“MARILAH, KAU INGAT SEBAB KAU PEREMPUAN, AKU TAKUT DENGAN KAU!!”

Jora menjerit di tengah-tengah kedai arak yang damai itu. Mengganggu sahaja pelanggan lain untuk minum. Namun tiada pula yang menghalang. Manakan nak halang. Ini adalah pertunjukan yang menarik.

“Kasi tahu Qainora, mamat tu mabuk sangat tu.”

“Jangan sampai kotor pula tempat ni.”

Ada yang menyokong, ada pula yang tidak mahu melayan. Malah penjaga kedai sendiri bertukat dagu untuk melihat perlawanan ini.

Qainora yang separuh mabuk, tapi masih berdiri tegak. Kaki kirinya di hentak tanah di belakangnya tanda persediaan untuk berlawan. Tidak perlu berikan sepenuh hati untuk melawan Jora yang terlalu mabuk sehingga cuba untuk berdiri pun tidak mampu.

“Aku tidak tahu kau asal mana?! Tapi jika kau buat bergitu dekat kengkawan aku, aku tak akan duduk diam, rasakan, TUMBUKAN AKU!”

Jora menimbuk ke kanan Qainora, Qainora mengelak dan lutut kanan, kena betul, tepat dan padu ke perut Jora. Memang betul tidak diberikan sepenuh kalau setakat apa yang keluar dari mulutnya hanyalah muntah air liur.

Jora terpelanting ke belakang tetapi di tahan oleh orang yang melihat. Ditolak pula dia ke arah Qainora. Dua tumbukan pantas di muka sebelum satu tumbukan dari bawah tepat kena ke dagu Jora. Padangannya terbang ke belakang. Dia hampir pitam apabila apa yang cuba untuk dilihat semakin pudar. Qainora menjadi semakin tidak jelas di hadapannya. Dia cuba untuk menyerang bayangnya namun di balas semakin sakit pula. Satu tubukan tangan kiri dipegang, lalu badannya ditarik rapat mengenai siku Qainora yang menanti. Tidak berhenti di situ. Tangan sikunya naik mengenai tepat muka Jora. Jarak di ambil sebelum Qainora melepaskan timbukan bertalu bermula dari perut sehingga ke muka Jora. Jora menyambut tangan yang terbang ke mukannya itu lalu menarik Qainora rapat ke dirinya. Sekarang mereka bertentang mata antara satu sama lain.

“dapat kamu.” Itu yang Jora bisikkan.

Orang-orang semakin bersorak semakin rancak. Orang yang mengenali Qainora berkata.

“Nora, takkan kau nak bagi orang buat kau macam tu?”

Qainora seakan tersinggung. Nampak geramnya apabila mulutnya dikacip. Dia cuba menarik tangannya yang dipegangnya, untuk membuka jarak antaranya dengan Jora dan cuba untuk menyiku kepalanya. Namun, genggaman Jora terlalu kuat. Yang diharapkan penghujung siku hinggap ke muka Jora, yang sampai adalah sisi lengannya, tidaklah bergitu padu. Siku itu juga ditangkap.

“Dapat kamu sekali lagi”

Semakin marah Qainora. Walaupun sudah jelas yang Qainora lebih berkemahiran tetapi itu seakan-akan satu penghinaan apabila tangannya dua-dua disambut.

“AKU TAK AKAN LEPASKAN KAMU!”

“Jadi terima akibatnya.”

Disebabkan kedua-dua belah tangan Qainora disambut, dipegang kuat pula. Dia mensenjah kedua-dua tangannya ke bawah, membawa Jora ke arah lututnya yang sedang naik pantas. Sikunya yang terlepas tidak di bazirkan bergitu sahaja. Ditulut pula di belakang kepala Jora. Kepalanya dikunci dari belakang lalu Qainora menarik Jora sambil melompat ke belakang. Kedua-dua mereka meniarap tetapi tekak Jora dikunci dan dicekik Qainora. Akhirnya Jora pitam.

“Ok? Lepas tu apa yang berlaku.”

Kak Nora tersenyum sementara Abang Jora cuba untuk menyembunyikan malunya.

“Bukan benda tu yang aku nak sampaikan dekat kau. Yang aku nak sampaikan adalah ada banyak lagi benda yang kau boleh buat di luar sana selain daripada mencuri. Jadi kalau aku tengokkan sekarang, memang tiada kerja yang aku boleh bagi kau buat masa terdekat ni. Lebih baik kau pergi keluar. Sambil belajar, kau boleh cari duit dengan cara lain pula di luar sana nanti.”

Isvan mengangguk faham apa yang telah disampaikan oleh Abang Jora. Sekarang hanya satu persoalan lagi dari kefahamannya yang timbul.

“Sekarang abang Jora, macam mana saya nak cari duit yang cukup untuk pergi ke pelabuhan tu?”

Abang Jora dan Kak Nora memandang antara satu sama lain. Mereka sudah memahami antara satu sama lain apa jawapan yang pasti. Abang Jora berkata.

“Itu, kamu kena urus sendiri.”

“Eh?”

Kak Nora berasa hairan. Bukan kah apa yang dia fikirkan sama sahaja dengan suaminya? Langsung, Kak Nora mengatakan apa yang dia mahu cadangkan.

“Abang Jora kamu ada simpan besi buruk yang dia gelarkan Anak Naga. Satu mesin yang dihidupkan dengan steam air.”

Isvan menjadi terkejut dicucuk teruja. Bergitu juga dengan Abang Jora. Bukan itu yang di persetujui olehnya.

“Anak Naga. Abang Jora tak pernah cerita pun sebelum ni?”

“Ei, ep, ep, kejap. Aku tak pernah cerita dan aku tak akan cerita dekat kau. Sebab aku tahu kalau aku cerita, kau akan pinjam dan akhirnya rosak, tinggal pemegang sahaja.”

“ABANG JORA kamu ni akan berikan kamu Anak Naga ni, untuk kamu mudahkan perjalanan kamu. Jika kamu sudah cukup bekalan datang sahaja kepada kami bila-bila masa. Sebab apabila Abang Jora ceritakan tentang Perlabuhan Jinicia, Kak Nora terfikir ada benda yang kamu boleh tolong hantarkan kepada salah seorang dari rakan sekerja lama akak di sana. Akak Juga harapkan kamu.”

Kak Nora menepuk kedua-dua belah bahu Isvan. Dari mata ke mata, mereka menilip, mengaharapkan pengharapan yang tak terhingga dari dua orang yang jauh dari darah tetapi tatap dekat di hati. Sementara itu Abang Jora kembali senyum tenang. Walaupun projek rahsianya terpaksa dilelong percuma kepada Isvan. Dia seakan tidak kesah. Melihat Isvan bagaikan melihat anaknya sendiri dan Kak Nora ibunya.

Kembali kepada kaunter di mana Root dan Rabuskha jaga. Rabuskha seakan mabuk sedikit sementara masih lagi cuba untuk mencari cara baginya untuk minum air arak lagi. Root pula tidak habis-habis menuang arak ke dalam reaktor sebelum tumpah ke tahan.

“Oh Isvan! Hik, hik, kemana kamu pergi? Pergi berjumpa Abang Jora bukan? Kan aku dah cakap? Hik, hik, hik, kita mana ada kerja dah dekat sini.”

Isvan tersenyum bangga melihat rakannya itu. Seorang itu sedang mabuk manakala satu makhluk cuba untuk mabuk. Akhirnya Isvan menyuarakan cadangan Abang Jora.

“Kita ada kerja.”

“KITA ADA KERJA!”

“kita..kerja?”

Root dan Rabuskha terkejut. Manakala, Isvan menyambung.

“Ya kita ada kerja. Kerja ini akan mengubah haluan aku dan korang berdua jika korang mahu ikut.”

“Apa yang kau merepet ni Isvan. Hik, hik”

“Hik...hik?”

Isvan sambung lagi sebelum dia menceritakan kerja yang diharapkan Kak Nora.

“Aku akan ke hujung kerajaan Athenas, Perlabuhan Jinicia, di sana aku nak belajar benda baharu. Itu adalah tujuan aku, tetapi tugas aku yang sebenarnya adalah untuk menghantar kotak ini kepada salah seorang rakan sekerja lama Kak Nora yang berada di Jinicia. Kalau korang berdua tidak mahu ikut, aku tak kisah. Tapi tolonglah aku cari cukup duit untuk perjalan aku ke sana.”

Rabuskha seakan marah sedikit. Benda ini adalah benda yang besar dan Isvan telah tetap pilihan untuk dirinya sedangkan tidak berbincang dengan mereka berdua. Root hanya melihat Rabuskha dan Isvan, bertoleh-toleh antara satu dengan lain.

“Ah, kau ingat aku nak biarkan kau pergi seorang diri. Aku itu, dan kalau aku itu, Root bersama aku. Lagipun, KAU NAK BIAR AKU MEREPUT DI PADANG PASIR NI KE HAAA!?”

“Root..ikut.”

Isvan menghembus lafas lega. Melihat sahabat-sahabat yang setia dengannya, walaupun dengan keputusan apa yang mereka ambil. Tidak mudah berjumpa dengan sahabat yang bersetuju dengan keputusan pentingkan diri sendiri dek waktu mabuk.

Sedang mereka berbual. Seorang nenek tua melanggar Rabuskha.

“OI! ORANG TUA! JALAN TU TENGOK LA ORANG TU SIKIT!”

Orang tua yang sehelai kain buruk menitupi seluruh badannya itu, berbongkok tiga, dengan tongkat menikam tanah. Tanpa berpaling, dia seakan berbisik.

“Maafkan saya cu”

Isvan hanya memerhati sahaja pergerakan nenek itu. Apabila nenek itu berlalu di tepi. Naluri dia sudah mengesan ada sesuatu yang curiga. Nenek ini bukan sebarang nenek. Aura yang dia bawa, bukan aura ‘nenek bongkok tiga yang hina’. Apabila Isvan mengheret tangan nenek ini, di hujung tangan yang Isvan paksa angkat ke atas, menunjukkan beg duit.

“AA! Hik, tu beg duit aku”

Sedang Rabuskha, datang rapat ke nenek tersebut untuk memberi sedikit pengajaran untuknya.

“Aku akan ajar kau orang tua.”

“Tunggu”, Isvan menahan Rabuskha dari bertindak lebih lagi.

“Aku rasa ada benda lain yang tak kena dengan orang tua ni. Kau siapa? dan apa yang kau nak dari kami?”

Orang tu hanya diam seribu kata. Isvan tidak memaksa nenek itu untuk berkata-kata. Cukuplah dengan tangan yang digenggam lebih kuat, sebagai tanda yang Isvan akan mencederakan seorang nenek.

“Aku hanya nenek yang berjalan mencari sekupang dua untuk diberikan kepada cucu.”

“Aku tak percaya tu, lebih baik kau terangkan apa niat kau yang sebenarnya.”

Semakin diam diantara mereka walaupun bingit pesta di mandi arak sedang berkumandang di dalam kedai Kak Nora itu. Seketika selepas itu, orang tua itu mula untuk ketawa.

“Hehehehehehehe, sebelum kau buat apa-apa, lebih baik kau selesaikan masalah yang lebih teruk yang datang belakang kau tu.”

Di belakang mereka semua, seorang minator, sedang berdiri tegak. Angin keluar deras dari hidung kerbaunya. Marah dapat dilihat dari riak wajah yang mencari orang yang membuat ona dengannya. Dengan suara yang dalam dan garang.

“Oi Isvan, budak kau, Rabushka ada curi benda dari aku bukan?”

“Aik, mana ada kami curi dari kamu, siapa yang cakap dekat kau ni?”

“Orang tua dengan berjubah kain buruk kelabu.”

“Maksud kamu orang tua ini?”

Tunjuk sahaja orang tua itu, orang tua itu sudah hilang. Malah Isvan bertambah hairan apabila apa yang dipegangnya hanyalah genggaman kosong. Tidak ada lengan orang tua itu.

“Berlian yang kami jumpa tiga hari lepas, hilang dan orang tua itu cakap kau yang ambil.”

Satu masalah dengan satu lagi masalah. Seorang demi seorang datang dengan barang yang hilang dan orang untuk dituduh adalah sama. Kumpulan Isvan.

“OI ISVAN, MANA EMAS AKU?!”

“KAU JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KITORANG LA ISVAN!”

Kak Nora hanya tenang mengemas dan membawa diri dan apa yang patut ke dalam bengkel Abang Jora di belakang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, kenapa korang semua ni bodoh sangat. Orang tua tu yang curi sebab nak alihkan perhatian korang dekat kami. Sementara itu, orang tua tu dah lari dengan semua barang korang. Korang tengok la sendiri.”

“Ah...”

Sedang Rabushka menarik begnya yang disangka kosong ingin menunjukkan bahawa, sesungguhnya beg itu, adalah kosong. Sememangnya beg itu tidak kosong. Beg yang kosong itu tiba-tiba berat, lalu jatuhlah perlahan-lahan semua emas, belian, surat penting yang dicuri.

Sementara perlahan-lahan minator itu sedang menjerit dengan marah, orang ramai dengan perlahan-lahan mula menerkam ke arah kumpulan Isvan. Sementara itu, Rabushka masih lagi memproses imput yang diterima otaknya, bagaimana barang curi mereka semua, tiba-tiba muncul di dalam begnya. Semuanya berlaku dalam suasana yang bergitu, pelahan-lahan.

Apa lagi? Lari atau lawan? Gila ke? Mestilah lari. Isvan menarik sahaja Rabushka yang masih lagi memproses imput. Tarik sahaja Rabushka, Root mengekori sahaja dari belakang. Pecah tingkap mereka melompat keluar dari kedai Kak Nora. Mereka berlari dari puluhan pembunuh upahan, pencuri, penyamun dan pengali harta yang mengejar untuk mengerjakan mereka bertiga.

Semua orang melihat. Bagaikan hari biasa di kota ini, orang dikejar kerana mencuri. Sedang Root berlari cuba untuk mengejar Rabushka, manakala Rabushka dipikul oleh Isvan.

“Aku tak curi pun benda tu? HAH! Aku tahu! Mesti kau kan Root?”

Rabushka menunding jari ke Root yang mengejarnya dari belakang.

“Kau jangan nak merepek lah!”

Isvan melaung kepada Rabushka.

“Tapi aku tak curi?”

Masih mabuk lagi rupanya gadis muda ini.

Sedang mereka melarikan diri, mereka sampai ke satu persimpangan. Di hadapan mereka sahaja, sebuah rumah batu tiga tingkat. Dari sebalik kain seluar, kaki Isvan menyala. Kaki dirapat, dengan kuat dia mensenjah tanah, melompat terus ke atas bangunan.

“ROOT! Berpecah, jumpa di tempat rahsia kita!”

Root yang masih berlari itu mengangguk. Mereka berpecah mengikut arah yang lain. Sedang Root cuba meloloskan diri dengan berlari, Isvan melompat dari satu bangunan ke satu bangunan.

Ingin dia fikirkan dia telah berjaya meloloskan diri, tetapi tolonglah. Yang mengejar mereka bukan calang manusia. Ada yang mampu melompat tinggi seperti kappa, seorang katak jadian yang sedang cuba untuk menembak mereka dengan senapang patah. Lelaki bersayap, cuba untuk memancung dengan pedangnya. Lamia Cobra, seorang ular cobra jadian yang menyusur laju mengejar mereka.

Sejak kaki Isvan menyala biru kemerahan, gerakannya semakin laju. Kakinya seakan bergelegak panas. Lompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain dengan tangkas dan pergerakannya yang lincah.

Di melompat tinggi ke atas bangunan lebih tinggi. Melompat turun ke bangunan yang lebih rendah. Menggelongsor memasuk rumah orang sebelum keluar menembusi naik ke atap orang lain. Di berputar ke sana dan ke sini tetapi tidak berjaya meloloskan diri. Rabushka masih lagi dipegang di bawah ketiaknya.

“Daripada kau duduk diam sahaja?! Tembak la Rabushka!”

Tercungap-cungap Isvan berkata. Ingin berlari lagi, mengangkat Rabuskha lagi. bagaiamana tidak hilang nafasnya?

“Haahhh?”

Seriuslah? Baru bangun.

Rabushka menarik keluar senapang patah pendek yang melekat di belakangnya. Anak mata sebelah kanan mula menyala hijau, memerhati tajam sasaran yang dicari lalu melekat ke arah seorang Faun, seorang kambing jadian yang menyusu laju ke arah mereka berdua.

Anak mata menjadi besar dua kali ganda. Mata hijau yang mula untuk menyala. Mensasar tepat ke arah musuh. Keluar dua lingkaran magis merah bulatan, membentuk teleskop betul-betul di mata kanannya. Dari pandangan Rabushka, dapat dilihat, pejera di dasar permandangan.

Isvan melompat dari satu bangunan ke bangunan satu lagi, merentasi satu jalan yang luas. Tidak siapa yang berani mengikuti kecuali mereka yang boleh terbang dan Faun itu yang melompat bersama-sama. Faun itu juga cuba menetak Isvan dari belakang semasa mereka di awangan itu.

Pantang mati sebelum ajal, malah ajal itu dimain oleh Rabushka, Faun itu berada tepat di tengah-tengah pejera pandangan Rabushka. Tidak teragak walaupun sedikit, tembakan dilepaskan. Faun itu ditembak dan jatuh mati di tengah jalan itu.

Tetapi itu tidak menghentikan sedozen lagi yang masih mengejar dari udara.

Isvan memandang ke kanan. Dia melihat dewan utama bandar tersebut. Dengan menara yang cukup tinggi, Isvan mendapat idea. Dia berlari dan melompat ke arah menara tersebut. Sampai sahaja di kaki menara, dia melonjak. Dengan pijakan yang amat kuat, dia berlari menegak, memanjat bangunan itu. meletus setiap dinding yang dipijak, graviti tidak akan membenarkan momentum Isvan bertahan terlalu lama. Dirinya semakin hendak jatuh. Namun dia perlu bertahan. Lonjakan demi lonjakan semakin kurang geseran di dinding untuk bertahan.

tetapi itu berada dalam perancangan untuk melepaskan diri mereka. Isvan membaling Rabushka ke udara sambil dia melompat ke hadapan.

“eh? Eh?! Kenapa kau baling aku ni.”

“Rabushka! Tembak sesuatu!”

Dia mula jatuh bebas ke arah musuhnya ke bawah. Perlahan-lahan boleh melihat muka musuhnya yang terkejut di sisinya. Rabushka mula menggila. Musuh yang tidak sempat bertindak balas, satu, dua, tiga dan bertambah bilangan yang mati ditembak Rabushka. Dewa kematian yang tidak bersayap. Bulu berlebah musuhnya sendiri, bertebaran indah dengan hujan cahaya mentari di tengah ribut. Rabushka megah di ambang Dhahkel sendiri yang tidak bersayap.

Betul-betul dari sisinya, Isvan menjunam lebih laju dari Rabushka. Di celah saat, sempat mereka bertemu. Dicampur dengan kakinya yang sudah digandakan kekuatan. Salah seorang dari mereka disepak padu dan kuat. Sepakan sehingga tidak mengeluarkan suara. Musuh itu disepak ke bawah membelah semua posisi musuh lain yang mengekori dari bawah.

Bertebangan yang lain mengeliling Isvan dan Rabushka, mengelilingi menara itu. Rabushka mengeluarkan satu lagi senapang patah dari pinggan sebelah kirinya manakala Isvan juga mengeluarkan senapang. Jatuh burung yang diburu musuh mereka dan bagaikan hujan deras. Ada yang cuba mendekati, seorang harpy, seorang burung jadian. Namun terlalu dekat sehingga Rabushka boleh melompat melepasinya lalu menembak belakang harpy tersebut. Yang semakin dekat dengan Isvan juga ada tetapi sia-sia sahaja nyawa mereka. Seorang ditikam dengan pedang-lengan, manakala yang satu lagi mati jatuh apabila Isvan memotong sayapnya.

Sebelum musuhnya menjumpai cara untuk menyerang balas, lebih baik sambung melarikan diri. Kali ini Rabushka memanjat dan berpaut di belakang Isvan. Isvan memijak semula menara dan berlari turun. Lebih laju melawan pecutan graviti.

Sampai sahaja di kaki menara, dia menerjah ke hadapan, menyambung pelarian. Sehingga pecah bumbung dan atap batu, Isvan berpijak lari.

Sehingga ke salah satu derek bangunan, di sisinya adalah satu jalan yang luas. Di atas jalan itu, Isvan melihat Root yang masih lagi berlari dikejar.

Bagaimana cara sekalipun mereka perlu melepaskan diri. Dia memerhati. Isvan melihat sekeliling di hadapan sehinggalah dia menjumpai apa yang dia mahu.

Isvan memanggi Root.

“Root! Kita berlanggar dekat depan!”

Root hanya mengangguk.

“Kau nak buat apa ni Isvan!?”

Tanya Rabuskha yang masih lagi cuba untuk menembak musuh yang masih mengejarnya.

“Rabushka, kau ada lagi tak bom asap?”

“Aku dah habis guna lah!”

“Oh.”

Sekarang apa nak buat? Isvan cuba untuk mengeluh tetapi tidak mampu. Dia perlu mencari jalan lain. Lalu dia menangkap pandangan ke arah guni kecil tepung di kedai di sisi. Mungkin tepung itu akan berhasil, memenuhi langkah untuk mereka meloloskan diri dari semua yang mengejar. Isvan berpijak dengan kuat, lalu dia melancarkan dirinya dengan kuat.

“EH? AHHH?!”

Rabushka tidak sempat untuk berpaut sepenuhnya di bahu Isvan. Jika buka disebabkan Isvan memegang kaki Rabushka, mungkin dia sudah terjatuh. Isvan turun dari atas bumbung. sekali lagi melancarkan diri dan kini ke arah Root. Sekelip mata dia mengambil tepung dari kedai itu. Semakin lama, semakin dekat. Root dan Isvan hampir bertembung. Musuhnya dari belakang semakin rapat sahaja bilah pedang. Lalu Isvan membaling tepung itu ke udara di hadapannya dan Root.

“Sekarang Rabushka, tembak tepung tu!”

Kejap sahaja untuk pejara Rabushka menangkap tepung itu. Bahan api di dalam laras di ledak, memuntahkan peluru meluncur laju mebelah angin. Terkena guni tepung itu. Guni itu meletup bagaikan bunga api lalu kawasan tersebut menjadi berkabus. Isvan dan Root meluncur untuk memberhentikan diri dan hilang di sebalik kabus.

Apabila kabus itu mula untuk pudar.

“Di mana mereka?”

“Kalau aku dapat dia, aku akan cincang dia hidup-hidup!”

“WOI?! Mana kau Isvan?!”

“Kat mana dia lari?”

“Kau ada nampak tak dia keluar dari kabus tu?”

“Tak aku tak nampak.”

Mereka berbual dari kalangan mereka. Sementara salah seorang dari mereka.

“hah, tengok ni, penutup pembentung ni terbuka. Mereka masuk ke dalam sana!”

“Apa tunggu lagi?! JOM!”

Tanpa berfikir panjang, mereka sambung mengejar Isvan dan Root ke dalam pembentung.

Sementara itu, dua kotak gergasi dan satu tong kayu bergerak secara tiba-tiba. Perlahan-lahan masuk ke dalam lorong yang gelap.

Akhirnya, mereka selamat tiba di tempat rahsia mereka. Kembali ke kedai Kak Nora, tetapi kali ini melalui pintu belakang.

Masuk sahaja.

“Hahahahahahaha!”

Kak Nora, Abang Jora dan wanita tua itu sedang ketawa di meja bulat, berbual sehingga tumpah arak Abang Jora.

“Oh kamu dah pulang?”, orang tua itu berkata.

“KAU!?”

“Orang...tua...perhati...kita.”

“Perhatikan kita, sejak bila?!”

Isvan menjadi pening. Root rupanya sudah tahu. Tambah pula Isvan panas sahaja dengan orang tua ini. Entah dari mana datangnya, membuat arang dan membaling arang yang dihidupkan terhadap mereka.

“Aku tak kenal kau siapa orang tua, tapi disebabkan kau! Aku dan kumpulan aku hampir dibunuh hari ini.”

Sedang Isvan cuba untuk menikam wanita tua itu dan Abang Jora cuba untuk menahannya, Rabushka kembali dari dunia khayalnya.

“Ah, wanita tua tengahari takdi!”

“Erm kamu kelihatan tenang, wahai anak muda? Kamu tidak menyimpan dendam ke kepada wanita tua ini.”

“Buat apa aku nak menyimpan dendam, aku simpan dendam bila aku mabuk sahaja, aku tahu ada benda yang kau mahukan dari kami betulkan orang tua? Kalau tidak, buat apa kau perhatikan kami?”

Isvan jadi berfikir segenap. Bergini rupanya Rabushka. Jika mabuk memang tidak boleh dipakai namun ketika sedar, otaknya mampu memproses banyak benda.

“Jadi apa yang kau mahu?”

Rabushka bertanya kepada wanita tua itu. Wanita itu bangun dan berjalan ke arah mereka.

“Saya sedang mencari, orang untuk diupah atas misi yang murni.”

“Maaf, tapi kami pencuri. Jadi selamat tinggal.”

Isvan cuba untuk memotong tawar menawar itu dengan menarik Rabushka jauh dari wanita tua itu namun, Rabushka memutar tangan Isvan dan terlepas dari genggamannya.

“Saya tawarkan deposit sebanyak 20 ribu Danf, untuk kamu semua melakukan kerja ini. Malah sejak berbual dengan Abang Jora tentang tujuan kamu, saya akan tunggu di Perlabuhan Jinicia untuk membayar kamu sepenuhnya sebanyak...”

“Maafkan aku, tapi kami tak kenal kau dan kau tidak kenal kami dan satu lagi apa yang membuatkan kau untuk percaya kami. Kami boleh sahaja ambil 20 ribu Danf itu dan pergi ke Jincia tanpa buat kerja kamu.”

“Saya ada cara saya untuk pastikan kamu jalankan kerja. Kamu boleh minta apa sahaja daripada saya asalkan kamu jalankan tugas yang saya bagi ini.”

“kamu ingat aku nak buat kerja kau, lepas apa yang kau buat dekat aku dengan kawan-kawan aku.”

“20 ribu Danf sebagai deposit, 180 danf apabila kamu selesaikan kerja ini.”

Wanita itu melemparkan seguni kecil beg duit, yang penuh lalu melimpah di atas meja. Keluar dari beg duit itu, syiling emas kerajaan Athenas.

Semua orang tergamang, Abang Jora memandang Isvan. Isvan pula memandang bukit emas itu yang menyala di hadapannya.

“Memanglah perlabuhan Jinicia penuh dengan kekayaan pedagangnya sehingga kamu tidak memerlukan satu sen pun untuk hidup di sana. Tapi apa salahnya jika kamu hidup di sana sebagai orang kaya.”

Isvan melihat kepada Rabushka, Rabushka terpukau. Dia melihat pula kepada Root, Root cuba untuk memimik riak Rabushka. Sehingga dia sejenak kembali dari ketamakan yang hampir menarik.

“Tak, kami tidak boleh ambil ini.”

“Tak?”

Rabushka, Abang Jora, Kak Nora terkejut dengan keputusan Isvan. Kenapa dia mahu melepaskan peluang ini? Ini mungkin peluang sekali seumur hidupnya.

“Aku masih lagi tidak percaya kepada kamu. Yang pertama, kamu ni siapa? Kedua, kamu perhatikan kami dan kami sesuai untuk tugas kamu, tugas apa?”

Wanita tua itu mengeluh. Dengan mata yang tajam naik sahaja ke Isvan dan sekeliling. Keadaan sekeliling seakan bergema, disorientasi oleh ruang. Isvan beku tergamang. Badan tiba-tiba bergetar sendiri dengan rasa cemas tidak terhingga. Peluh tidak keluar, tetapi letih dan lesu membakar diri. Dari gema itu jelas suara wanita itu berkata di dalam kepala Isvan. Isvan menjadi seram sejuk apabila mendengar.

“Kamu mungkin tidak mengenali aku ini siapa tetapi aku kenal kau siapa Isvan, Anak Kepada Mouduk, seorang buangan yang terpesong jauh dari pangkuannya. Jika aku katakan apa sahaja demi kehendak aku, sememangnya apa sahaja seperti kebebasan kamu dan”

Abang kamu... heheheheheh

Semakin lama, ruang semakin berputar. Suara semakin bergema jauh, panggilan namanya oleh Rabushka. Isvan hanya berdiri tegak bersama-sama nenek itu yang hanya tersenyum sahaja.

“Isvan!”

Akhirnya suara itu sampai dan Isvan pun tersedar.

“Huh? Oh?”

“Kenapa dengan kamu ni?”

“Urm, bergini, boleh tak aku nak bincang dengan kumpulan aku, Kak Nora dan Abang Jora.”

Nenek itu hanya tunduk dan membawa dirinya keluar.

“Boleh ke, kita percaya nenek tu?”

“Apa yang kau merepek ni Isvan. 20 ribu, banyak tu, kalau kau menipu dan kerja tu tak jalan pun, kau dah ada cukup duit malah lebih untuk kau bergerak ke pelabuhan Jinicia.” Tambah pula kau 180 ribu lagi kalau kau dapat selesaikan.”

“Tapi abang Jora, boleh percaya ke nenek tu? 20 ribu dengan rupa serbegitu, siapa dia dan mana dia datang pun kita tidak tahu.”

“Kalau dia berlagak seperti orang kaya dan masuk ke kota ini, malah seorang nenek pula, dah mesti dia akan dirompak.”

“Lagipun kita tidak kenal dia pun? Mungkin dia ada muslihat lain?”

“Sejak bila urus niaga dalam kota ni perlukan dokumen pengesahan kerajaan Athenas? Kita tidak perlu teliti, kita cuma ambil kesempatan yang ada. Lagipun aku rasa nenek tu lebih pakar dari kamu jika dia melakukan selidik dulu kamu jika sesuai dengan tugas dia.”

Kak Nora menokok tambah.

“Itu adalah cara yang benar untuk mencari seorang yang betul untuk melakukan kerja yang bukan kemahiran kita.”

“Apa? Kemahiran saya hanyalah mencuri.”

“Jadi dia inginkan sesuatu, sesuatu yang mungkin kau, Rabushka dan Root dapat curi.”

“Jadi saya kena terima dahulu tugas ini untuk tahu apa yang dia nak?”

Rabushka mengusap dagunya sahaja berfikir tentang untung dan akibat dalam situasi ini.

“Tapi kita kena hati-hati jika kita nak terima tugas ni. Ini mungkin peluang kepada kehidupan baharu kita atau pengakhiran kepada buat kita semua.”

Isvan menjadi hairan dengan kenyataan Rabushka lalu bertanya.

“Kenapa pula?”, lalu sahaja dijawab oleh Rabushka.

“Jika dia sanggup membayar wang sebanyak itu, dia bukan calang-calang orang. Dia mungkin ada kuasa lebih dari apa yang kita lihat, hanya seorang nenek perminta sedekah. Kalau kita tahu tugasnya dan tugas itu sulit lalu kita menolaknya, maka kita akan tanggup semua akibat dari menyimpan rahsia yang besar, boleh mengundang kepada bahaya nyawa kita.”

Betul juga apa yang disuarakan Rabushka. Semua mengangguk faham sahaja. Tetapi bagi Isvan ada yang lebih dari itu. Nenek itu kenal siapa dia. Malah nenek itu tahu apa yang dikehendakinya. Kebebasan mutlak, dia dan abangnya.

Pintu depan dibuka. Nenek itu hanya berdiri sahaja di hadapan pintu itu.

“Jadi bagaimana?”

Isvan menelan air liurnya.

“Baiklah kami terima. Apa tugasannya.”

Nenek itu senyum. Sambil dia masuk semula ke bengkel itu.

“Aku adalah nenek pengembara yang tiada nama, tiap tempat hanya bayu dari dalam sungai yang mengistiharkan aku siapa. Untuk kamu semua, kau boleh gelar aku, San Maisan.”

Dia membaling surat ke atas meja.

“Di situ adalah salinan perutusan istana kepada semua kota dan kampung di Athenas. Di situ adanya tarikh Perkahwinan antara Puteri Athenas, Puteri Tiara dengan Dorian Kerajaan Ambasyin.”

Mereka sudah berasa tidak tenang. Perkara ini adalah perkara besar jika melibatkan Kerajaan Athenas di awal-awal lagi penerangan. Perkara yang bakal buruk jika mereka ingin melakukan.

“Raja Argus akan berangkat ke Kerajaan Ambasyin sendiri. Di situ saya dapat yakin kepada kamu semua yang dia akan ke perlabuhan Thomang. Dan tugasannya adalah...

“Semasa dalam perjalanan itu...”

Bedebar dibuatnya.

“Saya nak kamu...”

Tugas yang bakal mengubah takdir mereka.

“Kamu culik Puteri Tiara...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience