BAB 1: PUTERI DAN PUTERA

Fantasy Series 172

Gelap senja, tetapi gelap senja kali ini bukan diselimuti lelangit gelap yang ingin hujan yang suramkan suasana. Manakala suamnya dewan bukannya suam mentari yang baru sahaja ingin tidur tetapi suamnya datang dari bara api yang disembah keliling manusia. Dilapahnya kayu lalu disuapkan ke bara api tersebut.

Ditengah bara api itu adanya kayu yang ditegakkan. Jerit menyanyi geram seorang wanita, diikat dek urat tali bersama-sama kayu. Sedang menari alunan seksa bahang api yang memakan diri, sedikit demi sedikit. Meronta tarian kesakitannya, tiada apa lagi yang tinggal, selain kesakitan maut yang lambat menjemput. Tergapai-gapai nyawa nya, lemas dek tangan memegang paku yang tersusuk menembusi kulit dan daging terus ke kayu. Bersama dengannya darah keluar menjilat kayu dan menyapa api. Tidak mampu berjabak dengan maut bergitu sahaja, terpaksa bermain di mukanya.

Matanya merah, terjeluak sebelah matanya yang kini hangit. Sedangkan sebelah lagi masih mencurahkan air kehidupan. Luas melihat dengan isinya perit kehidupan hingga ke mendapat penghujungan sebegini. Dikeliling manusia, yang bertopengkan senyuman di kala reputnya hati, dikaburkan dengan dendam di mata dan ditikam diri dengan gelakan puas. Puas dengan kematiannya seorang yang sudah lama diperkosa dengan kebencian dan keegoan semua golongan. Hitam muka mereka, hitam tiada cahaya di muka mereka. Gelap, gelap tanpa adanya suci, menunjukkan bertapa buruknya mereka. Mata dilorekkan dengan air darah sambil senyuman memuntahkan darah yang mengalirnya di dagu hingga tertumpah di sekeliling dewan durjana itu.

Sebelum api melabuhkan tirai kehidupan wanita itu, sebelum Dhakhel mengetuk pintu maut, untuk membawa jiwa yang hina dan sengsara menerokai alam kematian. Sebelah matanya terpaku di sebalik bara api. Sang raja.

Sang Raja yang berdiri tegak, diam di tapak yang lebih mulia dari manusia hina. Tingginya martabat, berdiri dengan agung, paras setopanya setara dengan kepala kelilingnya.

Namun, paras itu sama sahaja dengan pentas bara. Tidaklah dia memandang hina kepada wanita malang itu. Isi hatinya cinta kepada wanita itu tetapi bagaikan dipisahkan bintang angkasa dengan bara hina di kerak bumi, tidak dapat sang raja untuk mencapainya. Di paparkan melalui pandangannya yang menunduk sedikit, tidak mahu berlorek kasih mata dengan wanita tersebut.

Seribu kesal terisi di dalam satu titisan air mata yang tumpas dari mata sang raja. Gengamnya tangan itu tidak mahu berlari ke arah wanita itu,memeluk dan melindunginya dari cakaran api yang lapar. Disebabkan agenda yang lebih tinggi dari sayang, cinta tidak mampu menyelamatkan salah wanita itu dari penghakiman sang raja. Hanya mampu dibuat hanyalah mengkacipkan bibir sehingga jatuhnya darah sang mulia ke tapak kakinya, bergetar diri melihat wanita itu mati perlahan-lahan.

Sudah jelas bahawa wanita itu adalah bara tetapi bara di kala hati sang raja, tidak di kala Dhakhel menjemput. Sang raja yang beribu kali memaksa diri untuk mencapai tangannya ke arah wanita itu, terpaksa menundukkan paksa hatinya yang meronta dengan geram kesengsaraan.

Mereka bertembung pandangan. Wanita itu melihat dengan satu harapan. Moga dilepaskan kesengsaraannya tidak kira hidup atau dijemput Dhakhel. Melainkan dia terpaksa mati dikhalayak pendusta dan pencemar duli Sholaris. Matanya, harapannya hampir terjeluak, memekik tanpa bahasa seperti lolongan binatang yang sedang kesakitan.

Belas bergabung cinta semakin menghasut jiwa raja. Akhirnya, hati menggoncang semua saraf di dalam badan lalu kaki berlari. Turun dari tanah yang mulia. Berenang di kala manusia yang busuk. Menuju ke arah cahaya bara.

Cuba untuk menggenggam, cuba untuk menyelamatkan sang kekasih, cuba untuk selamatkan sang terpuji walaupun dikelilingi bayangan jijik yang mentertawakan seksaan kekasihnya. Capainya sang raja cuba untuk mencapai jauh dan cuba untuk mengusap wajah wanita itu.

Wanita itu senyum gila. Gila akan belas yang diturunkan yang mungkin akan selamatkan dia dari seksaanya ini. Semakin gila senyumnya apabila raja mula untuk mengolak langkah, maka tamatlah tugas Dhakhel yang tak tersampaian, nyawanya tidak akan di tinggalkan dari hamba tanah ini. Bukan hari ini takdirnya untuk ditamatkan dan dijemput Dhakhel. Untuk ditanam dirinya ke tanah sementara jiwa dinaikkan ke dedaun Suvi, tidak akan diteruskan jika setiap derapan sang raja mendekatinya.

"Cinta kita tidak akan dipisahkan. Walaupun maut membawa kamu, aku akan membunuh maut dan mencium kamu di atas tubuhnya"

Lafaz sang raja yang angkuh mempermainkan maut, sesampai sahaja di pentas di mana wanita itu disalib dan dibakar, matanya berderub dengan tangisan.

"Maafkan aku, maafkan aku wahai pemaisuri ku! Aku akan selamatkan kamu! Aku tidak akan membiarkan Marrakas menjemput kamu! Tidak akan sama sekali!"

Ingin sahaja sang raja mencapai tangannya walaupun ke dalam tubuh api itu, tidak dapat sama sekali.

Apakah ini?

Apa semua ini?

LEPASKAN AKU, AKU PERINTAH KAMU!

Tidak mungkin?

MUSTAHIL!!!!

Ada manusia durjana yang menjadi pedinding dikeliling pentas mengetat, mengunci tanpa punca dan tanpa pembuka. Tergamang sang raja penuh kesal yang tiada penghujung dan tiada dasar lalu menghepaskan kepalanya ke arah mereka. Mereka kertawa dan kertawa tanpa berhenti.

Sekali dan berkali-kali dengan riak wanita itu mula memandang ke bawah dengan mata yang telah mati. Di kala dirinya tidak mampu membuat apa-apa sedangkan badannya ditikam dengan paku, melekat di dua papan kayu, disaksikan oleh bayang-bayang manusia, matanya mula cair, cair dengan air mata dan cair dek api memakan dirinya.

Dunia seakan memainkan masa dengan pelahan, mungkin sudah tiada dirinya, mungkin sudah mati dirinya, sedangkan sang raja tiap kali berlawan tanpa putus, meraung dan melolong dengan tangis, memanggil namanya mengharapkan sang pemaisuri menyahut seruannya tetapi tidak mengetahui takdir yang menanti sang pemaisuri, tidaknya berhenti walaupun dengan harapan yang lebih kecil dari seni.

Kembali,....

KEMBALI PADA AKU! AKU TIDAK BENARKAN KAMU MATI! JANGAN SESEKALI KAMU MATI! JANGAN SESEKALI KAMU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR SEBELUM AKU! AKU TIDAK AKAN BENARKAN!

Pekik sang raja ke arah pemaisuri.

Apa gunanya pekikan, jikalau takdir sudah pun menyuratkannya, tidak ada apa-apa yang raja mampu lakukan dengan keadaan pemaisuri seperti itu, separuh dari badannya sudah rentung dan sedikit demi sedikit api mengkikis walaupun darah yang setitis pun menjadi hangus. Betullah orang terdahulu pernah mengucapkannya, semakin lama kita menunggu maut, semakin dekat suaranya dengan kita, dan suara itulah melodi yang paling riang dalam seumur hidup kita manakala melodi itu yang paling seram yang akan menghantui kita buat seketika ia ini melodi degupan kita yang semakin lama, semakin hilang dan dapat kita dengarinya.

Apa yang akan ku lakukkan di kala saat ini?

Nyawa aku hampir dijemput,

"Ahhhhhhh; api semakin pelahan, rasa hangatnya, ahhhhh,... selesanya."

Hatinya berkata sedangkan badannya tidak sebegitu. Rentung dan semakin rentung, akhirnya api marak melitupi seluruh badannya sekelip mata. Tidak kisah lagi dengan kesakitan yang diperit tubuh, tumpunya wajah dengan riak yang tiada nada, sang permaisuri kepada sang raja yang mengetepikan lelah, kepalanya didendang ke khalayak yang memegangnya tanpa rentak sehingga tersemainya darah sang raja.

Jerit sang raja tanpa nada, matinya sang pemaisuri tanpa tutupnya mata. Walaupun suasana dingin ditiup kabus biru yang berterbangan di lantai bumi, namun senja yang gelap itu mula dicurah pancar mentari yang ingin terbenam setelah awan gelap mula mengolak sayapnya ke utara dan ke barat, sehingga membuka suatu jalan cahaya yang sayu ke arah raja dan pemaisuri. Tepat pacarnya menghujani pasangan yang hampir dipisahkan takdir itu.

"dinginnya petang ini, jika bergini langkah ku untuk keluar dari seksa dunia ini, maka bolehlah ku menyapa Dhakhel tanpa gerun. Maafkan aku wahai kekasihku, Argus, berhenti menangis, pemergian ku bukan untuk di ratapi, bahkan raja seperti kau, mudah sahaja mengambil duda-duda di alam kita ini."

"Bukan itu kah hobi kamu? Mengejar duda walaupun aku dihadapan kamu? Kamu raja yang digeruni tapi seorang suami yang bebal juga." Jengkel sang pemaisuri di hujung nyawa

"Tapi, tidak kira bertapa jauh kau menjelajah, mengejar benamnya mentari yang semakin menjauh atau mencari ilmu di bawah kegelapan malam yang dititisnya bintang, ditulis dalam buku kalbu diri mu, kamu akan kembali ke pangkuan riba ku." Kotanya sebuah isi hati diri yang semakin hancur dilahap.

Di sini sahajalah langkah mereka bersama di garis kehidupan, sudah sampai masanya untuk mereka berpisah walaupun dengan izin kekejaman takdir dan hina di mata semua makhluk.

Putus harapan sang raja disembah apabila sang raja itu mula untuk mengundur diri, turun dari pentas. Melihat sang pemaisuri, hanya tinggal rangka dengan sedikit sisa-sisa lemak tubuh yang hangus. Mahkota kotor bertimbun bersama kayu-kayu yang sedang bara. Angin datang dari arah barat pentas, menerbangkan rerambut-rerambut yang masih ada dia atas tengkorak pemaisuri terus jatuh tengkoraknya ke dalam bara api di bawah.

Sang raja memandang tanah sehingga tanah mula untuk dihujani dengan air matanya sendiri, matanya ditutup dengan rerambut perangnya yang mencermikan sedikit sinar cahaya kelip-kelip bara yang bertebangan di ruang sekeliling raja yang semakin gelap dek terbaringnya matahari.

Akhirnya kisah raja Argus dan Pemaisurinya.

Raja Argus mendongak langit hitam, sinar mata hijaunya yang masih meratap, melihat terbang burung senja ke barat, terbang tinggi di awangan bumi yang hina. Sampai sahaja ke titisan terakhir air matanya, datang satu bayangan dari belakang. Hanya dengan bayang, dan tubuhnya diselimuti dengan kegelapan , dia menyirukan kedua-dua belah tangannya, menyelinap masuk bawah bahu raja Argus dan memeluk pinggannya. Cukup tinggi sahaja untuk membisik dusta kepada sang raja.

Maafkan saya, wahai sayang ku.

Pengkhianat? Dengki? Pendustaan? Tamak? Mungkin?

Jauh di belakang pentas di mana pemaisuri di bakar, di tapak tinggi di mana raja turun mengejar cinta terakhirnya, di belakang tahtar, berdiri seorang kanak-kanak.

Kanak-kanak yang matanya juga sudah

mati.

Terbangnya burung, menjurus tinggi di lautan awan. Dari matanya yang halus, dapat melihat kerdil manusia, merakus isi bumi di tengah tundra. Semakin lama semakin rendah sang burung berpusar ke dasar dan akhirnya, sang burung berhenti di dahan sebuah kaktus. Di hadapannya, sarangnya untuk melipat sayapnya bagi malam itu. Sang burung berjalan masuk ditelan dek gelap sarang kaktusnya. Hilangnya sang burung dari penglihatan. Semakin lama, semakin hilang riak sang burung kecil ke dalam kegelapan.

Sehingga ke satu masa.

Sepasang mata merah menyala dek legap sarang. Menuai badan lalu kicauan lemas kuat kedengaran nyaring membahang ruang sekeliling.

Lancar keluar dengan laju, bukannya burung itu tetapi sesuautu yang lebih besar. Naik tingga ke langit dengan satu libasan sayap sahaja. Seekor helang membelah udara naik ke angkasa gelap. Di cengkaman kukunya yang bersinar kelabu maut, tubuh sang burung yang hina sedang meronta.

Sehingga melepasi lapisan awan kolumbus, helang itu menebar sayapnya dengan luas. Gerun membayangi suasana dengan tulang petir bagaikan lansir hiasan sahaja berbanding garang sang helang. Matanya merah dan tajam menyusuk jiwa yang beradu.

Sang burung terlepas dan cuba untuk meloloskan. Tidak pula dia akan melepaskan mangsanya bergitu sahaja. Sang burung disambar dan diluncurkan laju ke arah bumi.

Hampir sahaja mendarat ke tanah, helang menghalakan mangsa terlebih dahulu. Dengan alur daya yang tinggi dari junaman langit kedua, badan sang burung yang kecil dipijak dengan dengan cakar yang tajam terus menikam terus sang burung. Tidak berlengah walaupun sedikit, kepala sang burung dipulas, dicabut dan dirakus isi dalam tekaknya. Tamat bergitu sahaja riayat sang burung kecil yang lemah di paruh helang yang berdarah sehingga ke susuk pelepah dirinya.

Itulah kehidupan di tengah tundra maut ini. Tidak akan bernyawa sesuatu tanpa mencabuli nyawa yang lain. Hanya yang berada di airaki yang tertinggi dapat membahang airaki di bawahnya dan perkara itu dilakukan demi kelangsungan hidup.

Sedang helang menabur darah ke lautan pasir di bawahnya, dia sebenarnya sedang menikmati makan malamnya di atas tenggek di sebuah perkhemahan sebuah puak tundra.

Dari bayangan cahaya yang menembusi khemah itu, riak tubuh wanita sedang diratap, melafaz nikmat memenuhi ruang khemah sementara ada lagi laki-laki yang bengis memasuki dan menyertai gurauan malam itu. dikelilingnya melihat orang-orang yang besar lagi garang. Riak wajah mereka sudah termaktrub jalan kehidupan yang mereka jalani di tengah tundra yang kontang. Ada juga wanita yang tidak menutup terus dadanya, tetapi dicarik dengan lukisan merah yang menjalar ke seluruh dada dan muka demi melambangkan kerakusan yang mampu dia dendangkan. Ada hamba yang disalibkan sambil perutnya terburai keluar dengan isi dalamnya. Dirakus burung botak dan ulat sampah. Tidak lagi menghembus nafas. Sudah mati disebabkan matanya yang sudah putih.

Ada juga yang bersuka ria, meminum arak dan melakukakan persetubuhan secara nyata manakala ada juga yang sedang fokus menajamkan senjata.

Ada juga nyawa yang mungkin akan dujulang dari badan pada malam yang sayu dengan bayu maut nyanyian Marrakas. Di tengah-tengah himpunan khemah itu, berdiri sebuah gelanggang dewan pertarungan. Ditegakkan pula dengan ombor-ombor api dek kehinaan gelap malam. Sebuah lohong tanah yang luas sementara dinding batu ditahan dengan kayu gagah. Ribuan umat Tundra memenuhi, menyanyikan sorakan, panggilan dan seruan setiap dewa malam untuk turun dan menyembah darah ke muka mereka. Dari atas dataran yang lebih tinggi, seorang wanita yang disembah tuhan, kerana kedudukan yang kelihatan mulia dan darjat. Dihidangkan dengan makanan-makanan yang bersih lagi ditarikan oleh hamba-hamba wanita yang berlegar halus mengikut rentak rebana.

Lembut dan hitam manis di sorokkan dengan tatu alunan susuk tulang kerbau. Wanita disautkan tengkorak kerbau yang dicorek dengan garisan biru itu berada tinggi berseorang sementara umat tundra yang lain semua hanya merentak di keliling dewan yang lebih rendah dari darjat kaki wanita itu. Tersorok sepasang mata yang merah garang di sebalik bayangan tengkorak.

Sementara dendangan debar ditalu padu di sekalian dewan, jauh di penjuru gelanggang, ada sebuah gua. Jauh pula ke dalam pelosok kegelapan ada sang manusia. memeluk kedua belah tangan bersama. Peluhnya jatuh satu persatu dari hilir rambut kerintingan. Cuba untuk mencengkam gementar tetapi tidak mampu. Dia menghembus satu persatu kerisauan dari dada tetapi masih lemas. Bergetar kaki lagi memijak tanah berkali-kali. Sementara mata merah cuba untuk menekup fokus dalam diri. Gendangan semakin epik direntak beresonan dengan denyutan jantung yang sarat dengan lelah jiwa.

Melihat kebawah sepanjang sorakan kaum tundra di luar, rambutnya yang panjang menutup seluruh wajahnya. Sorakan semakin perlahan. Dari dalam hati, dia musykil.

Apa itu bebas?

Apa erti langit yang biru, aku terbang tinggi?

jika aku diikat sayap dengan dosa yang ku bawa?

Dia menoleh ke kanan, jalan disinari garisan cahaya dari luar,diambangi bayang sekeliling. Tirai cahaya menyinar, kelihatan matanya merah dan tajam, Tajam disirami nur abdi. Dari luar umat memanggil dia untuk bersembah.

Betulkah pilihan aku ini?

Demi sepasang sayap yang suci?

Berdiri gagah sambil mengangkat dua pedang kalvari saber. Satu dia sandarkan di bahu manakala satu lagi menjalar membelah tanah. Jari jemari menyusul di setiap grip pedang, memegang dengan dentuman di setiap denyutan di badan. Di penggantungan, diangkat sebuah topeng tengkorak harimau lalu disautkan ke kepala. Dari lohong mata tengkorak tersebut...

Tunjukkan aku kebebasan.

Jika aku masih bersemadi, tidak mengenal apa itu bebas. Aku akan hidup dan cari kamu.

Kardin.

Perlahan-lahan dia mengekori jalan cahaya, maka bayang dia menghilang lalu melangkah ke dalam dewan. Di tengah dia berdiri dia di kelilingi umat tundra itu. Di atas gelanggang maut Marrakas dan Dhahkel mencari roh kehidupan untuk diselimuti. Di tengah gelanggan dia berdiri, dilaungkan sorakan seribu suara dari setiap umat tundra kepada diri. Dia berpusar mencari akan sesuatu. Sehingga mata menjumpai apa yang dicari di atas dataran yang lebih agung. Wanita yang bertengkorak kerbau itu. Maka berbelah ratapan dengan ratapan. Menghunus pandangan antara satu sama lain.

Sementara wanita itu menyandar mengangkat kemegahan, lelaki ini mentalakan hujung mata pedang ke arah wanita itu, mengugut darah. Dia memandang penuh pengharapan maut ke arah wanita itu. Bayang sang harimau membawa bayang sang kerbau ke hidupan yang rakus sengit. Sehingga maut tidak menyapa, maka lelaki itu akan akur selagi makna yang diterokai tidak mendasar.

Dari belakang lelaki itu, keluar dari kegelapan bayang gua dari arah yang bertentangan. Dari riak tubuh yang sasa, yang membawa beza hanyalah bersarungkan tengkorak burung dan rambutnya yang kerinting, di ikat ke belakang. Di sebalik bayangan tersorok sang minator, garuda dan harimau, tiga mata merah membawa diri ke arah tali yang sama. Mereka datang dari darah yang sama tetapi setiap pasang dari mata menunjukan nawaitul dan jalan yang berbeza.

Bertentanglah mereka di lantai pasir, di medan girisan api kekejaman manusia yang melaparkan darah. Maka takdir sang garuda dan sang harimau bakal didendang di lantai ini.

Isyarat diberikan oleh pembantu untuk mendiamkan sekalian umat di dalam dewan lalu wanita dari dataran tinggi itu lantas berdiri dan memberi ucapan untuk memulakan.

"BERDIRINYA DI TENGAH GELANGGANG! DUA ANAK LELAKI SAYA! KAMIL ISVAN DAN KAMIL KARDIN! SATU PENGHORMATAN SAYA UCAPKAN UNTUK MEREKA BERDUA!"

Satu dewan berdentum dengan sorakan liar setiap umat Tundra mengenal pahlawan yang bakal mereka meratap persembahan.

"SEORANG DARIPADA MEREKA AKAN MEMERINTAH PUAK KITA! PUAK GHIZIRA DARI ALAM HIDUP, MANAKALA SEORANG LAGI! AKAN MENEMANI SEMANGAT KITA SEMUA DI ALAM KEMATIAN! YANG HIDUP AKAN MEMERINTAH KITA DALAM KELANSUNGAN HIDUP DI PADANG PASIR AMBASYIN INI, MANAKALA SEORANG LAGI AKAN MENJADI PENEMAN KEPADA SEMANGAT PADANG PASIR INI SUPAYA ROHNYA SENTIASA MENUNJUKKAN EHSANNYA KEPADA KITA! SEORANG AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMANCUNG SEMUA MUSUH KITA MANAKALA SEORANG LAGI AKAN MENJADI TANGAN YANG MENGGERAKKANNYA DARI ALAM GHAIB! SEORANG BAKAL HIDUP MALAKALA SEORANG LAGI BAKAL KORBAN!"

Tradisi kejam dilafazkan. Laungan menggempa seluruh dewan. Lelaki atau pun wanita mahupun yang tua atau pun yang muda, semua menyeru dengan keinginan untuk diseru satu nyawa dari dataran pasir hina dari bawah diangkat menjadi nakoda Marrakas atupun Dhakhel. Disembah ke malam yang nyaring memanggil setiap nama yang bernyawa.

"Saya amat bangga tidak kira mana laluan yang mereka akan menghadap dan saya tidak akan menyesal walaupun salah seorang daripada mereka akan mati di tangan saudara mereka sendiri. Mereka akan disemadi dengan penuh rahmat oleh saudara. TANPA MELENGAH MASA, LAUNGKAN SEMBOYAN!"

Semboyan dihembus sang hamba gajah mengangkat seluruh malam.

"NYALAKAN API MARAK TINGGI KE LANGIT!"

Api di mainkan sang hamba merak memarakkan semangat.

SAYA ISTIHARKAN PERTARUNGAN BERMULA!"

Sorakkan berdentum bagaikan ingin menggoncang seluruh dewan. Mereka gila, gila akan upacara tradisi kejam ini kerana laparkan darah. Petanda sudah dilaungkan maka bermulalah pertarungan. Pandangnya wanita itu tajam dengan penuh tumpuan. Isvan dan Kardin, dua saudara yang bakal menyembahkan seni pertarungan demi kotaan nenek moyang. Kuda bertarung dibuka.

Isvan semakin rendah ke tanah, mengangkat pedang sama aras dengan mata. Kardin menjulang perisai menutup seluruh badan, menyembunyikan mata bilah di belakang. Mata bilah mereka bermain dengan belaian cahaya yang mengelap dari pangkal hingga ke tajam. Peluh turun pelahan sahaja bagaikan ditarik masa. Sementara dilaungkan oleh sekeliling, hati mereka berkobar dengan tikaman mata darah yang penuh gempa, meniti antara satu sama lain.

Sorakan semakin lantang dan semakin lantang. Menjerit memuntahkan air liur tidak dihiraukan. Tangan masing-masing menggenggam erat pedang masing-masing. Perisai melambang garuda dijulang separas dada. Degupan jantung berdegup perlahan dan semakin pelahan rentak. Semakin kuat pula dentuman sehingga menutup gema sorak sekeliling. Semakin lama semakin perlahan bunyi. Semakin lama, semakin sayu.

Tiba hingga degupan terakhir, degupan yang paling kuat merangsang badan dua saudara. Semua saraf diarah melonjakkan kaki, meninggalkan debu yang kuat lalu hilang dari pandangan biasa. Tidak mereka dapat melihat tubuh asal namun bayangan tetakan yang kuat berlanggar antara mata pedang mereka, memercikkan hingus api yang dasyat. Lebih dasyat sehingga angin membengkok, akur kepada gerakan mereka.

Dalam rentak tarian mereka, sekali sekala mata mereka bertemu.

Dalam rentak tarian mereka, sekali sekala mata-mata umat Tundra dapat melihat.

Bersilang tari, menyahut dan berjabak serangan.

Setiap tetakan pedang digerakkan dengan nafsu untuk merasai darah lawan. Lonjakkan diri bergitu kuat sehingga meninggalkan rekah di tanah. Hanya lingkaran bayang yang dilihat, tapi badan hilang ke mana. Pedang sudah pun tidak kelihatan, tetapi hanya alur bayang berapi sahaja yang menetak antara satu sama lain, memuntahkan hingus api. Bagaikan utara bertemu selatan, setiap tetakan yang bercium tetakan akan melantunkan balik mereka semula ke arah bertentangan.

Pertarungan hebat sehinggalah kabus debu pasir melayang menutupi dewan. Dari udara dan mulai surut sebelum akhirnya membuka tirai menampakkan kedua-dua bayang yang pantas itu, keletihan dan cuba menggapai nafas yang hilang. Semakin rancak permainan di awal pertarungan menggoreng jiwa yang laparkan darah. Ibu, tidak berkata walaupun sepatah namun hatinya puas dengan persembahan mereka berdua.

Seperti haiwan mereka permainkan kami,

Walaupun ini sekadar petahan nenek moyang,

Jiwa yang kejam sangguh menuntut olahan genggam.

Apa yang kau pikir, Kardin? Kau yang katakan kita tak bebas lagi?

Sekali lagi mereka berdua membuka tapak masing-masing. Isvan dengan menggenggam pedang kiri jauh menghala ke Kardin sementara satu lagi rapat dia membawa rapat ke bahunya, dipegang menghala ke bawah dan belakang. Di sebalik bayangan diri, Kardin menjadi tumpuan serangan.

Kardin pula tidak terkecuali. menjulang perisainya gagah ke hadapan, mengaumkan lambang garuda yang menyelamat seribu caritan. Pedang sekali lagi tersorok di jauh di belakang badan. Cuba untuk menyembunyikan aturan gerak-geri yang bakal diserah.

Gerakan seterus ini bakal mengejutkan olahan umat tundra. Walaupun sudah bersedia namun, Isvan tidak bersedia untuk ini.

Masa seakan ditahan. Debu berterbangan sangat pelahan menyurut bumi. Tetapi Kardin melonjak sungguh laju membatasi angin. Kabus debu pasir di belakang masih berterbangan sementara Kardin sudah berada betul-betul di depan muka Isvan.

Di sebalik tengkorak garuda, mata merah Kardin menyiar rapat sehingga kelibat mengejutkan satu badan Isvan. Tidak dapat angin serentak mahupun jiwa sang manusia biasa.

Perisainya digunakan untuk menangkis pedang yang dihulur lalu dari atas dan kiri, timbul sirip pedang yang dilibas sehingga membara merah. Tidak akan menerima libasan bergitu sahaja jika Isvan dapat menangkap. Isvan mengelak bahu kiri dengan tangkas tanpa kelipan.

Sehingga masa memberi peluang untuk mata menyaksikannya, maka mata-mata yang melihat dapat bersaksi akan kehebatan permainan pedang mereka. Isvan tidak berhenti di situ sahaja.

Menggunakan daya lebihan bahu untuk mengelak, momen dapat dia kumpul dalam satu putaran, memutar seluruh tubuh. Dari tubuh yang berdiri dia melompat mengubah alur berpusar di udara secara mendatar, menggumpulkan semua momen daya ke arah dua taring pedang. Taring harimau membelah perisai gagah garuda, meninggalkan cakar yang dalam di tekak dan sayap. Angin akhirnya sempat mengekori lalu berdentum ke sekeliling gelanggang. Semua orang di sapa kuat dentuman angin namun ibu mereka menyangka tenang di dataran tinggi.

Sehingga momen itu habis, Isvan berpijak di atas perisai dan melonjak ke belakang. Bertemu sahaja darat maka permainan mula untuk rancak dengan ketangkasan.

Isvan sepantas angin mengelilingi Kardin sambil melontarkan seberapa libasan namun dengan mudah, berjaya di tahan oleh Kardin.

Isvan berada di tapak yang paling rendah dia boleh, sebelum menyambar ke langit Kardin. Kardin hampir sahaja sempat berputar sebelum menahan serangan dengan perisai. Kardin menolak pedang Isvan, menghalakan ke bawah sambil melibas ke arah Isvan. Isvan menukar arah di saat akhir untuk mengelak libasan tersebut namun Kardin berjaya untuk mengumpul momen yang kuat untuk libasan seterusnya.

Kali ini libasan itu datang ke tekak Isvan. Dengan ketangkasan dia berilmu, maka saraf menjadi refleks seluruh tubuh bergerak tanpa kenal fikiran. Dia menendang Kardin ke belakang sebelum Kardin memperjayakan libasan itu.

Kardin melayang jauh, cuba mengheret tanah untuk kekal dalam keseimbangan. Perisai garuda sempat dia baling, berpusar mencari Isvan. Malu sekiranya Isvan tidak dapat mengelak tetapi lebih malu Isvan tidak peka dari serangan Kardin yang datang selepas itu. Belum sempat lagi berpaling menumpu, namun sempat untuk menakung kesalahan diri, satu libasan kuat yang datang terlepas dari bayang perisai betul-betul hilang dari pandangan.

Isvan melayang jauh berguling sebelum badan menembus dinding. Kabus debu pasir berterbangan di sepanjang arah Isvan dilempar separuh dewan.

Dari sebalik tirai kabus, suatu bayang berdiri tanpa lelah, lalu berlari ke arah Kardin. Namun apabila Kardin bersedia menahan, bayang itu hanya umpan. Satu tikaman tembus dari belakang badan Kardin. Jeritan kuat bergema. Isvan menikam geram dengan ehsan tidak lagi bermain di fikirannya.

"Kau ingat aku akan bagi peluang dekat kau?"

Isvan tersentap dengan perbualan Kardin.

"pelahan kamu ni". Kardin cair menjadi debu pasir sementara datang berderu dari kiri, datang dan menerjah Isvan dengan perisai. Perlahan-lahan gegendang mendengar tulang rusuk patah dari rempuhan Kardin. Sekali lagi membawa Isvan dari arah dia datang.

Kali ini dia bangun lemah. Bersoraklah sekalian umat tundra seperti memikirkan inilah bakal penghujung bagi pertarungan ini. Bukan ibu jika tidak mengenal setiap kalbu dua pahlawannya. Sedang orang lain bersorak, dia masih memerhati penuh teliti.

HAHAHAHAHHAHA!

Tertawa? Kenapa aku tertawa?

Lawakkah hidup aku ni?

Nafas diseru hanya untuk meratap muka ibu yang mahukan darah anak kandung?

Memang sia-siakah hidup ku?

HAHAHAHAHHAHAH!!!!

Di tengah gelanggang maut seakan dia mempersendakan Marrakas, si pembawa cacatan ajal, Isvan tertawa. Berdiri di sebalik awan debu yang surut, penuh dengan luka dan sedikit contengan darah, di hadapan semua umat tundra, Kardin dan ibu.

"ADAT NI KE YANG KAU CAKAP KITE DAPAT BEBAS?! HA KARDIN?! INI KE YANG KAU AJAR?! KAU JAGA AKU SUPAYA KAU DAPAT BUNUH AKU?! KAU BUAT AKU LEMAH, ITU KE BEBAS?!"

Hati diolah maka tersurat semua yang tersirat dalam kalam jiwa pahlawan muda yang dipenjara lemas dalam lautan pasir ini. Bagaikan ingin mencari erti kehidupan yang mutlak. Seekor gagak, hanya disirami dengan cahaya ehsan. Dikurung dalam sangkar kekejaman sambil melapah diri. Cuba untuk katakan bahawa diri ini tidak gila, masih waras walaupun diusap umpan racun memakan diri. Satu burung yang berenang di langit tinggi dek kala siang ataupun malam tanpa kenal isi kekejaman mahupun nurani busuk. Ingin sahaja gagak ini menyapa dunia itu. Itulah kebebasan mutlak. Erti kehidupan sang pahlawan hina yang dicari di tengah tundra maut ini.

Adakah itu benar-benar kebebasan mutlak yang kau ajar Kardin?

"Kau janji dekat aku yang aku dapat kenal apa erti benda tu. Sekarang, kau lebih baik tunaikan."

Isvan mengangkat kaki kanannya untuk melangkah. Seperti spring yang pejal, berpijak sahaja ke tanah, Isvan terus meluru laju ke arah Kardin. Menghunus pedangnya. Jelas di sebalik tengkorak harimau itu, lebaran senyuman gila dengan kerakusan nafsu darah.

Bukan seperti Kardin, yang isi muka dengan tenang dan fokus. Kardin juga mempunyai helah. Dengan tangkas Kardin mengubah posisi tangannya yang memegang perisai dari belakang lengan ke hadapan lengan lalu sengaja menolak perisai itu ke arah hunusan Isvan. Pedang Isvan masuk betul-betul di celah cakaran dalam lalu pedang yang di hunus menembusi terus perisai tersebut.

Dalam jangka masa pendek itu, Kardin menarik ke belakang perisainya itu. Dengan paksa Isvan beranjak mengikut sekali. Lalu Kardin menghusus ke arah kepala Isvan.

Dalam sejenak waktu, perlahan sahaja mata pedang itu menghiris pipi. Isvan merefleksikan pandangan bertemu pandangan di bilah pedang. Jelas kelihatan di mata merah itu menyapa mata pedang apabila tengkorak juga turut terbelah. Lihatlah harimau yang sudah lama berkurung. Waras tidak lagi mengenal.

"Isvan", genting berubah masa dan atmosfera kepada bayu telepati, dapat Isvan mendengar lubuk hati Kardin hanya dengan temuan mata membawa ke naluri mereka berdua.

"Lemahnya kamu. Adakah kamu takut? Sama ada aku ataupun kau yang melangkah di atas muka bumi ini. Kita akan temu apa erti itu bebas. Itu janji aku. Sekarang betul ke kamu ingin tahu apa itu bebas? Ataupun kau terlalu lemah untuk semua ini?". Disebalik bayang topeng itu adanya seorang saudara. Cuba untuk menjentik sedar kembali.

"Bangun kepada realiti, menyapa udara sebenar dan berpijak di tanah yang nyata. Kamu kena cari kebebasan kamu. Bukan aku yang tunjukkan."

Gerak hati Kardin menggendong semangat yang gila. Bukan ehsan sang tuhan dan bukan kasih sang bidadari, apa yang dia mahu hanyalah sepasang sayap untuk mengenal langit putih tanpa tali besi mengikat kaki.

Kardin mengambil masa untuk memutarkan libasan. Saat itu tidak akan dibiarkan bergitu sahaja. Pedang yang digenggam di sebelah kiri dilepas. Pedang yang melekat sebentar tadi pula digunakan untuk mengalih perisai Kardin keluar, membuka ruang yang luas. Momentum menjalar ke seluruh saraf dan otot sehingga bertakung di atas satu telapak tangan. Dari seluruh tangan keluar wasap putih stim panas membara. Lalu tangan itu hanya menepuk tubuh Kardin maka berdentum satu gelanggang dengan ngauman angin. berpecah tanah lalu tercampak jauh dan kencang badan Kardin.

"nampaknya masa sudah tiba. Kardin. Isvan. Tunjukkan kepada seluruh Tundra, siapa tuhan sebenar." terlintas di dalam minda ibu. Maka saat ini yang dinanti-nantikan. Gema dan semakin bergema sorakan menjulang nama mereka berdua di tengah malam yang surut dengan rancakkan pelawanan.

Kardin keluar dari dinding di mana dia terhempas. Walaupun masih mencari nafas, tumpuan Kardin terus kepada Isvan. Jauh bertentang. Di sebalik tirai debu pasir yang menyembunyikan satu lembaga. Mata bersinar di sebalik bayang, maka keluar pula aura keganasan, membara tanpa api. Seluruh mengewap stim pertarungan, kulit bagaikan berapi. Urat mula untuk timbul ke permukaan kulit dan dari dalam urat itu mengalir darah kuning kemerahan yang menyala neon. Dari belakang Isvan, corak sang belang merasuki setiap jalur urat.

"Aku korbankan diri ku kepada mu wahai Dewa Tundra. Semangat aku dendangkan, maka bayarlah dengan semangat yang lebih berkuasa. Semangat Dewa Tigris."

Berdiri di tengah gelangggang yang hina dek di selimuti langit ribut, Sang Tigris lahir dari badan Isvan.

Bukan ini yang aku mahu

Tetapi jikalau ini yang aku perlu

Lantak lah begitu.

Mari kita sudahin benda ni.

Badan Kardin mula untuk menghembus wap stim. Wap yang tebal sehingga seluruh badan disembunyi. Di hayun perisai, dibuang, menampakkan diri yang bercahaya seluruh tubuh dengan neon kebiruan pula. Sehingga rekah belakang Kardin lalu dari dalam kegelapan diri tumbuh dari rekahan itu, urat menjalar keluar membentuk satu pasang sayap kanan. Mata mula menyala kebiruan dengan aura kegelapan yang berkondesasi kegermelapan ribut. Kaki tidak lagi memijak tanah, terapung dengan medan elektrik yang mengawani sebelum menjurus ke langit tinggi, menebarkan diri.

Tulang petir menjadi saksi, tirai langsir kepada transmosasi Kardin menebar kemegahan.

"Aku korbankan diri ku kepada mu wahai Dewa Tundra. Semangat aku dendangkan, maka bayarlah dengan semangat yang lebih berkuasa. Semangat Dewa Halilintar."

Bertembung bukan lagi saudara, tetapi dua dewa Tundra yang berkuasa. Sang Halilintar membelah tanah dan Sang Tigris mendarahkan langit.

Bertembungnya mata sang dewa. Melihat kecil sahaja anak harimau ini, Sang Halilintar, manakala geram sahaja ingin dijatuhkan langit, Sang Tigris. Tidak lagi mereka mempunyai tubuh sang manusia normal biasa. Badan mereka berdua sudah dirasuki dengan darah dewa Tundra.

Sang Tigris mengolak langkah perlahan-lahan. Dihayunkan tangan perlahan. Dan daripada itu, dari berjalan berubah menjadi berlari. Dan akhir sekali, dari berlari dia mula melonjak lalu hilang dek kepantasan membatasi angin.

Tiga lonjakkan ke hadapan sebelum di menendang tanah sehingga rekah dan melonjak meninggalkan bumi. Tetakan ditepis tetakan, melantunkan Tigris ke langit tinggi sebelum di teranjang semula turun ke tanah, mengempa sekalian bumi di dalam dewan. Tidak habis lagi dengan itu, belum sempat tanah yang rekah itu kembali tenggelam, digenggam batuan itu lalu di baling ke langit, berpusar seperti cakera menuju ke Halilintar. Halilintar menjerit memanggil semangat ribut memuntahkan kemarahan lalu batu itu dibelah dengan panahan petir.

Dari pecahan kabus abu dan batuan, keluar sang bayang berapi melonjak lebih tinggi, di langit yang lebih tinggi dari halilintar. Satu libasan yang kuat, walaupun di tepis, menghempak Halilintar turun ke bumi.

Di langit berdiri sang Tigris mengangkat semangat bara di tangan, berpusar sebuah bara lalu di baling ke arah Halilintar. Halilintar dapat sahaja berpayung lindung lalu bertalu-talu lagi bara mengekori selepas itu. Menghujani bintang ke dewan dan membakar tanah yang kontang.

Satu bara semangat di genggam erat lalu di halakan kepal yang mengewap panas ke bumi, keluarnya nafas api gergasi memenuhi sekalian dewan. Nafas yang bergitu dasyat menggelegak dewan menjadi gunung berapi yang aktif.

Selepas marak itu reda, Tigris cuba untuk mencari jasad namun dikejut dengan halilintar berdiri di bawah medan petir, berpusar di keliling diri. Tidak melecur walaupun sedikit Halilintar. Berdiri penuh gagah mengangkat tangan ke udara. Lalu ribut membengkok akur kepada arahan.

Dari tangan Halilintar dan dari ribut di langit, keluar panahan petir dan bersambung, ditengah pula adalah Tigris sebagai menjadi mangsa.

"AGGGGGGHHHHH!!"

Dihumba Tigris ke tanah sebelum disenjah jauh.

Dari jauh, Halilintar menghanyunkan diri. Bagaikan terapung dia melonjak dari satu sisi ke sisi yang lain, dikaburi pandangan dengan renjatan sebelum satu libasan yang memercikan petir dihayung ke arah Tigris.

Nasib Tigris dapat mengelak dengan sekelip mata, merebahkan tubuh ke tanah.

Momentum yang bergitu kuat serangan diri sendiri menyebabkan Halilintar diawangan Tigris. Hanya dalam sedetik itu tidak di akan dipersia-siakan, satu tikaman berjaya di tebuk ke bahu kiri Halilintar. Dipercik api lalu meletus dari tapak tangan Tigris ke arah Halilintar. Melempar jauh antara satu sama lain.

Tigris dan Halilintar, kedua-dua mencari semula tapak mereka sendiri. Sementara Tigris cuba mencari semula nafas akibat renjatan, Halilintar bagaikn tenang membawa diri, dengan senang menarik keluar pedang Tigris di bahu.

Sungguh lama permainan mereka

Kedua-dua anakku kelihatan letih bermain

Tetapi mereka sungguh berkuasa. Itu aku boleh katakan.

Tigris menarik nafas dalam. Dari hembusan nafas, dari celah gigi mengalir wasap stim yang bergelegak. Aura gelombang berapi mula berpusar mengelilinginya, mendentum sekeliling gelanggang yang luas dengan haba semangat membara. Dari tubuh badan yang mula membara, memberai dan mula berkecai topeng Sang Tigris menampakkan wajah pahlawan sebenar, Isvan.

Tidak akan rentung semangat Isvan, selagi tidak akan tercapai cita-cita yang dijanjikan Halilintar. Biar luka terus berdarah, asalkan minda aman mengetahui, apa yang ingin genggam.

"Aku seru nama mu pahlawan Ghizirah lama, aku rampas dari kau, Pedang Abu Shin", dari selit tanah maka terbanglah pedang dari tujuh penjuru Halilintar, terapung mengelilingi diri. dengan kuasa yang dirasuk badan, pedang yang diseru mula diukir dengan medan petir. Lalu terurik corak tulisan Ghizirah purba. Dengan tangan sahaja Halilintar, semua pedang terbang laju, menjurus ke arah Izvan.

Ada yang ditangkis namun ada yang membelah. Pedang melayang laju ke arah Isvan tanpa ehsan temaktrub. Sehingga pula ada yang berjaya menikam, menghunus dalam sehingga tembus. Isvan sudah pun mengkacip seksa. Setiap hembusan, maka badannya memakan luka, mencairkan perit darah mengalir. Dia menegakkan kepala, tidak hilang semangat pahlawan walaupun darah mencemari. Demi satu makna yang dijanjikan dan satu nyawa yang dicari, Halilintar. Maka akan Halilintar menjawab dan membalas.

Halilintar meluru laju ke arah Izvan. Satu tetakan dari bawah terus ke leher Izvan. Izvan dapat melihat terus sahaja serangan Halilintar. Dengan tangan yang membara, satu tumbukan berbola api menghentak Halilintar.

Ingin sahaja pertarungan akur kepada kendiri. Sesiapa yang bijak mencorak, maka dialah empunya kemenangan. Dengan daya yang diberi, Halilintar manfaatkan, dia berputar dan kali ini dari atas, menendang Isvan menunduk ke bawah.

Belum sahaja Isvan mencium tanah, dia masih gerang terhadap halilintar. Tidak akan tunduk walaupun maut menyapa lalu Isvan bangun. Maka bertembung pahlawan langit tinggi dan harimau kerak bumi itu. Mata beraura angin langit yang jitu dan mata beraura bara api yang garang, beregu semangat menjadikan nyawa sebagai pertaruhan.

Isvan menolak Halilintar jauh. Belum sempat Halilintar merasai tanah, dia melonjak ke hadapan sambil melepaskan beberapa lagi libasan. Isvan berundung dan terus berundur dari tekanan yang diberi,dia mengelak dan menangkis satu persatu serangan itu.

Sehingga satu libasan yang berjaya dielak, Halilintar meluru ke sisi Isvan, dan membelah rusuk sisi Isvan.

Halilintar terus menekan serangan. Tidak menghiraukan belahan kecil. Sekali lagi satu libasan dari bawah berjaya dihalang Isvan tetapi disebabkan daya, pedang tertepis keluar dan Isvan terbuka luas lalu ditendang Halilintar. Isvan yang terseret ke belakang, tidak sempat untuk berfikir. Riak Halilintar muncul di depan pandangan, berubah menjadi kepal penumbuh di pacu ribut. Halilintar terlalu laju.

Isvan semakin pudar, namun tidak dilepaskan Halilintar sehingga nafas terakhir keluar. Serangan demi serangan dari semua arah, menghiris sedikit demi sedikit tubuh sang Tigris. Ada yang ditangkis, ada yang dielak, ada yang diterima ada yang detetak namun akhirnya....

"AGGGGHHHH!!"

Tangan kiri Isvan ditanggalkan. Api dicoret ke hadapan, cuba untuk menghambat Halillintar ke belakang. Perit darah mengalir bagaikan tumpah seribu daya, Isvan rebah ke tanah. Cuba pula dia menahan luka dan mengejar nafas namun apa yang hilang membawa kesakitan yang jauh lebih drastik. Menggeletar satu badan tanpa reaksi untuk berhenti. Dia hanya terkapai lemas dek luka yang kritikal. Maka darah keluar dari mulut pula, dimuntahkan atau dikacip rapat.

Melihat saudara dalam keadaan lemah, Halilintar hanya terapung, memerhati hina akan kelemahan saudara. Tidak diduga bahawa akan rebah serendah dan selemah ini.

Tamatkannya. Tamatkanlah penyeksaan durjana demi darah ehsan sang manusia lemah ini. Aku bukannya dewa untuk menghakimi dunia. Malah aku bukan pula syaitan yang menyalahkan orang lain atas dosa aku. Aku hanya manusia yang cuba mencari makna dalam gelap kehidupan. Apa itu makna cahaya kebebasan sebenar.

"Cukup dah ke?". Halilintar memprovok mengejutkan sahaja semangat Isvan.

"Adakah semua akan tamat macam ini? Adakah akan berhenti di sini. Kau mahu akur dengan tu? bahawa kau akan mati di tangan aku, lemah. Ingat janji aku dekat kau, Isvan. Jalan kematian bukan jalan kau."

"Kau jangan rendahkan aku!", jerit Isvan.

Jangan kau sesekali rendahkan aku...

"Aku bukan lemah, aku akan lawan!"

Aku akan lawan sampai darah aku yang terakhir..

"hidup dan KELUAR DARI PUAK ORANG GILA NI!"

Aku akan tahu apa itu bebas. AKU Pegang janji KAU.

Topeng di buka menampakkan riak muka Kardin. Senyum sinih sedikit seperti itu yang ingin dia ketahui dari Isvan. Maka Isvan tidak akan mati sia-sia bergitu sahaja. Kaki dipaksa berdiri gagah walaupun kekurangan anggota. Menjulang pedang sedia untuk meneruskan pertarungan gila ini.

Angin mula berpusar rancak mengelilingi mereka berdua. Aura epik merangsang sekalian umat tundra di dalam dewan dengan tenaga yang dibawa angin tajam. Semakin lama, angin itu berubah menjadi gelombang kuat yang berdenyut daripada mereka. Dari angin itu, keluar anak api lalu membesar berubah menjadi taufan terbakar. Izvan membuka tapak sambil memegang erat pedangnya. Dari langit pula, turun tulang-tulang petik yang menyambar tanah-tanah dewan itu. Kardin hanya berdiri megah di dataran langit.

Inilah gerakan terakhir...

Sedikit sahaja langkah diangkat, mereka meluru ke arah satu sama lain.

Tetakan berbalas tetakan, kuasa menghakis kuasa. Setiap julangan pedang diikut ngauman langit dan bumi. Api memanaskan pedang manakala petir meleburkan, tanah tidak lagi tenteram jikalau setiap langkah bagaikan hentakan gergasi. Terpaksa masa dilewatkan hanya untuk menyaksi pertarungan mereka.

Sampailah apabila mereka menatap antara satu sama lain, tenang sang garuda malam bertemu garang harimau berapi. Kardin terkejut apabila Izvan yang meluru ke arahnya itu, memutarkan tubuhnya dan mengubah posisinya ke bawah Kardin, melepaskan dua libasan membelah dada dan perut Kardin.

"mengagumk... ARRGGGHH!"

"ARRRGGGGGGHH!!!", Isvan menetak dari arah kanan. Kardin cuba menahan dengan pedang, namun pedang itu juga dibelah. Kali ini, semua yang resah diisi dendam sepanjang pertarungan. Tiada lagi borak permainan. Tiada lagi beregu kehebatan. Semua gerakan untuk membunuh tanpa fikiran yang kedua.

"Aku takkan mati bergitu sahaja.". Kardin menghalakan tangannya ke arah muka Izvan. Dengan kuasa yang dia ada tiupan angin yang laju dan kencang dari belakang Kardin, menolak Isvan, terpelanting. Tangan Kardin ditetak hampir putus, mengalir darah dan hampir jatuh menyentuh tanah.

Menyedari perkara yang bakal dimuktamatkan, Kardin sedia. Mula untuk terapung lebih tinggi. Sekali lagi menggunakan mantera, Kardin mengisyaratkan dengan tangan kiri, membentuk piring cahaya hitam di hadapan.

"Datang dan bantu ku, Kepala Rashingkon!", dari piring itu keluar separa ular. Dibelai sisiknya dengan serpihan besi yang tajam. Taring racun menjalar menembusi bibir bawah, dan matanya merah akan tetapi seperti bayang cair sahaja yang keluar. Kardin mehulur dari belakang bulatan tersebut lalu ular besi itu menjadi tangan kanan Kardin yang baharu.

Helah berbalas helah, Izvan tidak akan membiarkan bergitu sahaja. Dia memacakkan pedang ke tanah dan memegang bumi. "Karisan!". Dari tanah dia menyeru batuan bangun dan mencengkam tangan kanan. Batuan itu mula melebur terbakar sebelum meletus.

Lahir dari mantera itu tangan kanan yang membara keseluruhan disajikan kepada semua. Dengan tangan yang marak itu, Isvan menjulang pedang yang lalu pedang itu akur ke atas mantera. Pedang yang bergitu panas seperti menggelegak, dari belakang, api yang marak menyala membayangi seekor naga. Dari sisik pedang seperti mengalirkan lava-lava, menitis ke tanah sehingga tembus. Dililit pusaran berapi mengawani diri Isvan berdiri tenang.

Ular kiri Kardin mula untuk melebur merah sebelum memuntahkan lautan api. kemarahan dan gergasi sehingga menyalakan separuh dari gelanggang. Malang kepada umat tundra yang termasuk dibakar. Tidak ada lagi ehsan kepada mereka.

Isvan dengan mudah membelah lautan bara, dan melonjak diri ke arah Kardin. Isvan melibaskan pedang tetapi senang sahaja di tangkap di dalam ular besi. Satu tikaman cuba menjurus ke Isvan pula namun terpelanting apabila Isvan menendang dari bawah pedang Kardin. Peluang tidak dilepaskan, Izvan menarik kakinya lalu satu tendangan ke muka Kardin.

Kardin kembali, menggigit patah pedang Isvan dengan ular kiri lalu mencengkam tubuh Isvan.

Bagaikan helang malam

mata yang tajam menjurus badannya bersama, naik tinggi ke langit.

Maka saksikanlah wahai kaum tundra. Dewa Halilintar membayangi malam yang hina dengan jentera ribut. Membawa seribu kali petir lalu menjadi langsir penghiasan sahaja apabila kemegahan ditebar tinggi di langit. Sekalian termasuk Isvan melihat penuh gerun. Tiada jiwa yang tenang, amukan Sang Dewa menhunus terus hanya dengan memandang. Dari itu Kardin menseret badan Isvan dari langit kedua meluru laju menemui lantai bumi. Satu hempakan yang kuat mendentum sekalian dewan.

Dari kabus yang melayang, Isvan melantun, terbang lalu dia berguling dari momentum jatuh dan hinggap di dinding gelanggang. Kali ini merekah dalam akibat impak yang jitu Kardin. Isvan dipaku ke dinding seakan tidak bermaya. Pelahan Kardin turun dari langit tinggi.

"cukuplah. Masa untuk tamatkannya.", Kardin membuang pedang api Izvan dan bersedia dengan ular yang mula untuk menggelegak. Isvan masih lagi tidak sedarkan diri. Badannya jatuh ke tanah, dari dinding gelanggang. Kardin menghalakan ke arah Isvan. Isvan masih sayu senyap.

"Maafkan aku, Isvan."

Isvan mebatukkan darah, melecer ke seluruh tanah. Kaki dipaksa untuk berdiri walaupun sedikit bergetar. Muka dinaikan ke langit dengan darah mengalir sepanjang dahi. Mata sudah hampir melabuh namun cukup untuk menlihat di mana saudaranya. "kau pun berasa bergitu jugakan, mungkin kita patut tamatkannya sekarang".

Tanpa teragak-tagak, dari dalam dada ular Kardin, pecikan api di petik, lalu dihebus gas berapi yang berubah menjadi hembusan bara yang marak ke arah Izvan. Membakar dan terus membakar sehingga meleburkan separuh dewan. Umat Tundra mati dek bahang marak yang di muntahkan.

Di mata ibu mereka jelas refleksi api yang Kardin letuskan. Tidak dihiraukan lagi pertarungan. Kekuasa yang dia lahirkan jauh lebih mengkagumkan dari cair kerajaannya. Apa yang telah dia lahirkan.

Namun,

tidakkah Kardin dengar apa yang Isvan janji?

"Aku dah cakap, aku akan menang! DAN KELUAR DARI TEMPAT GILA NI!!" Isvan melonjak keluar dari sebalik bahang api. Badannya dipaksa, dipaksa terbang ke langit walau jasad sudah melecur.

Inilah dia, serangan terakhirnya. Tangah yang membara, satu tumbukan padu dilepaskan. Membakar langit, menakutkan taufan dan ribut.

ARGGGGGGHHHHHHHHH!!

Dari belakang Kardin, tangan Isvan memegang seketul daging yang berdenyut dengan neon biru. Perlahan-lahan mereka berdua tumbang ke tanah. Tenggelam di dalam kabus debu pasir dan asap.

Dari sebalik abu pertarungan, darah bergelumuran membasahi badan Kardin yang sedah baring memandang langit. Bertapa indah pula butiran cahaya malam dapat dia terokai di nafas terakhir. Isvan pula hanya terduduk di sebelahnya. Di sebalik tirai rambut yang panjang, cuba Isvan menyembunyikan riak rupanya.

Dua saudara, berjalan di jalan jahanam. Di puak yang jahanam. Di dunia yang jahanam. Hanya berbekalkan harapan janji yang dicerakin oleh mereka. Salah satu dari mereka terpaksa dikorbankan. Walaupun mereka diikat dengan kasih yang dalam.

"Jahanam kau, kenapa kau biarkan aku bunuh kau?", Mata merah tidak beremosi namun hanya tergamang melihat jasad yang mula untuk berinteraksi.

"UHHUKKS! Kau dah bejaya Is... uhukss... Isvan. Boleh lah kau capai cita-cita kau." Isvan hanya diam seribu kata apabila Kardin berkata bergitu. Isvan memaksa buah mulut untuk menyahut"Kardin, kau hidup lagi?".

Kardin tergelak sedikit sebelum sambung apa yang dia ingin sampaikan buat kali terakhir "Aduh... Jahatnya kau, sepatutnya kau perlu selesakan aku, sementara... sementara nyawa aku nak kena cabut ni....... Woi, kenapa kau nangis, tak payah la nangis, heheh. Kejar impian kau".

"Menangis?"

Tanpa sedar, setitis tangisan terlepas dari jiwa yang gagah. Sungguh memalukan, bagi Isvan walaupun di depan saudaranya sendiri. Mengapa mereka perlu bertarung demi tradisi ini mereka tidak tahu. Apa makna semua ini mereka tidak pasti. Itulah apa yang mengilakan tempat ini. Ingin sahaja mereka keluar bersama dengan impian..

Impian aku?

Impian aku adalah janji kau

KAU YANG CERITAKAN HIDUP BEBAS!

KAU YANG CAKAP HIDUP SANG BURUNG!

Ahh...

Aku tahu Kardin, kau biarkan kau mati dibunuh aku, supaya kau bebas terbang sementara aku kena hidup dalam dunia yang durjana.

"Itu ke yang kau pikir kan?", Kardin seperti faham apa yang Isvan putarkan. "Bukan aku yang biarkan kau menang. Kau yang selesaikan markah kita, lihat siapa yang lebih handal, sekarang.... uhhhuuhkk... kau akan bebas. Aku dah berjanji". "Apa yang kau janji?", Izvan membalas dengan serak tangisan yang disembunyi dengan kacipan.

Kau janji yang kau akan ajar aku.

Kau janji yang kita akan keluar dari tempat ini bersama.

Kau janji yang kau akan tunjukkan aku apa itu kebebasan.

Sekarang di manakah aku dan di manakah engkau?

Di sebalik, kabus pasir dan asap pertarungan, sebuah riak timbul di sebalik bayang. Mata merah tersorok di sebalik topeng kerbau menyeru, "Awal dan tamatkan abang kamu Isvan. Jangan biarkan dia merana lagi. Jangan lengahkan jiwa yang masih basah". sebelum Kardin menghembus nafas terakhir, dia melafazkan,

"Lapah diri ku dan lontarkan ku ke dalam Liang Shuhad, akan melindungi kita semua.

tetapi, kau lapah jantung ku,

maka aku kau akan kenal erti kebebasan". Isvan tersentak sedar dari waksiat terakhir itu.

Ibunya membantah sama sekali cadangan Kardin. "Jangan kau dengar kata dia Isvan. Tamatkan abang kamu.". Isvan mencapai memegang erat pedang yang telah patah lalu mengangkat tinggi. Dihalakan hujung mata pedang itu ke jantung Kardin. Mata seakan tergamang pilu sementera badan bergetar mengharapkan semua ini sekadar mimpi.

Ibu keluar dari sebalik bayang dan memegang pedang yang di julang tinggi Isvan dari belakang. Dari dalam jiwa ibu berbisik dari belakang Isvan, "Jika kau buat bergitu, sia-sia la upacara ini. Kau akan melemahkan semangat Tundra dan Liang Shuhad tidak akan merahmati kita. JANGAN KAU DENGAR IZVAN. JANGAN PERCAYA ABANG KAMU, CEPAT DAN TAMATKANNYA,".

Semangat Tundra?

Rahmat Liang Shuhad?

Dah terang-terang apa yang patut aku lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience