BAB 2: YANG SUDAH MATI

Fantasy Series 172

Di tengah dewan tarian, dipenuhi kerabat dan tetamu. Ada yang mengalirkan air mata, ada yang terbahak-bahakkan darah, ada yang sudah mati dan ada juga yang cuba mencari kewarasan dalam kegilaan, tersenyum sambil terhenjut-henjut bibirnya. Tetapi semuanya bertopengkan pelitup gelap, dengan satu coretan putih senyuman, bersapa-sapa antara mereka. Topeng yang memegang lebaran palsu, menyembunyi jijiknya diri itu.

Bagaimanakan aku sampai ke sini?

Nyanyian burung menyedarkan sang puteri dari lena. Dia bangun, jelas dari pandangan sisi seorang pelayan istana, walaupun sekadar bayangan manusia perempuan yang dihalang oleh cahaya suam mentari pagi, tubuh badan yang lentik tetapi tegak, rambutnya yang pendek, dengan dua lentik diturun sehingga dagu. Sungguh terpesona bentuknya.

“Selamat pagi Tuan Puteri Tiara, mandian telah disedia”. Tiada sahutan atau pun gerak balas dari Tiara, mukanya hanya kaku mati. Dengan tidak ada endah, baju Tiara dibuka oleh perbantu istana. Tiara seakan tidak merasai malu. Mungkin perkara ini sudah biasa. Tiara juga dipimpin oleh pembantu istana itu juga, ke karma mandi yang terletak di dalam karmanya juga. Di dalam karmanya juga, Tiara di mandikan oleh pembantunya, dipakaikan gaun oleh pembantunya, disolek oleh pembantunya, dipakaikan tiara oleh pembantunya, dan dipimpin oleh pembantunnya ke dewan santap. Semua dilakukan pembantunya. Dari katil puteri sehingga ke dewan santap, muka Tiara masih lagi saru tanpa riak.

Di meja makan di tengah dewan santap yang hanya diterangi dengan cahaya mentari kelabu yang suram itu, hanya sepasang anak beranak yang sedang menyantap sarapan pagi mereka. Raja argus duduk megah di kerusi utama. Ghaib cahaya menyiram, Raja Argus masih dilitupi oleh cahaya bayang. Perlahan penuh tata tertib dia menghabiskan santapan pagi. Sang raja walaupun berada di awal 70, badannya masih gagah menegak, mukanya yang panjang dengan janggut menyambung, muka yang lurus ke bawah. Matanya yang hijau disembah tajam tetapi melihat halus ke arah Puteri Tiara.

“Adakah makanan itu, sedap?”. Tiada respon dari Tiara, tanya Raja Argus. “Kamu kelihatan cantik hari ini.”. Tiada respon dari Tiara, pujian Raja Argus. “Tiara. sekali lagi ayah minta, jikalau boleh, behentilah kamu dari melawat makam ibu kamu itu, boleh kan kamu hari ini?” Sekali lagi, tiada respon dari Tiara, teguran raja Argus tentang ibunya. Tiada reaksi dari Tiara walaupun dari ayahnya sendiri, Sang Raja Argus. Muka hanya diam, mati tanpa reaksi. Sehabis makanan di dalam pinggan, mulutnya disapu oleh pelayan istana.

Kali ini Tiara berjalan sendiri. Raja Argus memandang anak perempuannya pergi, jelas Raja Argus tanpak kecewa. Berjalan di kaki istana, suram disapa cahaya mentari gelap dari luar, Tiara berselisih dengan seorang budiman. Tinggi kurus orangnya, tetapi seperti Raja Argus, badannya tegap berdiri. Rambutnya pendek tetapi ada rambut yang panjang di sulam dari belakang dan ada rambut panjang bewarna putih, terjuntai ke hadapan. Pakaiannya segak bergaya dengan kot ala awal zaman victoria di british. Kot hitam mengambil tepat potongan badannya tetapi masih lagi menitupi kemeja merah di dalam. Kedua belah tangannya disarung dengan sarung tangan putih, kalaulah tiada besi kecil yang disulam bersama, sarung tangan itu mungkin sarung tangan artestik. Bukan itu sahaja, kasut formal juga kelihatan disarung perak.

“Puteri Tiara.”, tunduk lelaki itu sedikit kepada Tiara dengan tangan disapa ke dada sendiri. Tiada respon, Tiara hanya berjalan terus tanpa endah. Lelaki itu hanya bertoleh sedikit sahaja ke belakang sebelum terus berjalan.

Sementara itu, di padangan lembah taman istana...

“Kasan! kamu ni budak yang tidak berguna betul lah! “ Jerit tukang kebun istana kepada Kasan yang berlari ke arah tukang kebun. Mungkin terlebih lelap?

“Bisinglah kamu ni orang tua pepagi, diam sikit tak boleh ke?”. Sindir gurau di balas Kasan. Ketat muka tukang kebun tua mendengar, “WOI KASAN, KITE ADA SATU ISTANA UNTUK CANTIKKAN SEMUA POHON KAT SINI! KAU INGAT AKU NAK TUNGGU KAU KE!?”.

“KALAU MACAM TU APA KATA KAU BUAT SENDIRI JE ORANG TUA!”. Sedang mereka bertengkar di tengah laman istana, dari dalam bayang pintu gerbang, Tiara keluar. Gaun putih berdarah seni yang ingin menyapu, di angkat sedikit semasa menuruni tangga. Sementara mereka bertengkar. Tiara tiba-tiba muncul dari belakang Kasan. Tukang kebun yang terkejut sedar. Tanpa berkata, terus menunduk hormat.

“aik kenapa kamu ni orang tua?”. Pelik melihat gaya yang tiba-tiba. menyangka bahawa, “Ada orang dekat belakang aku kan?”, kata Kasan sambil bertoleh, lalu terjawab dengan latah terus menunduk sambil menyapa dada. Tiara tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya lalu sahaja di situ.

“Kesian tuan puteri. Puteri Tiara mesti ke makam ibunya.”, kata tukang kebun.

Berselit sinar mentari suam pagi, potrek indah menayang sang puteri di dataran penjara mahligai. Didenda warna sepinya diri di sebalik anggun, Kasan memerhati sahaja sang puteri. “Makam? Bukan ke tempat tu dataran diraja, dari orang lama saya dengar tempat tu di mana ahli sihir dibakar.”. Walaupun betul, tukang kebun terpaksa menegur persepsi Kasan.

“kamu betul, kesian Puteri Tiara, ibunya seorang ahli sihir, macam mana boleh kahwin dengan Raja Argus pun saya tak tahu. Tapi kamu kena hormat walaupun dia ahli shir yang kita anggap kutuk, dia masih lagi seorang ibu dan anaknya mesti menghormati dan sayang ibu bapa mereka.”
“dah syaitan tu syaitan la orang tua, mak aku jual aku dan adik aku ke istana, tu nak panggil ibu lagi ke?” hujah Kasan. “EI KAMU NI?!” Berbual la mereka, sedangkan kerja tak terjalan.

Sementara itu, Tiara baru sahaja tiba di perkarangan dataran. Dataran tersebut bertemu terus dengan pintu utama istana yang tinggi menahan langit. Setiap sisi pintu gerbang, di pacakkan menara gergasi. Sungguh gerun walaupun bagi manusia yang kelihatan kerdil di sisinya. Bukan keluar destinasi, tetapi dataran luas bulatan, diturap batu. Dataran yang mampu memuatkan seribu nyawa namun sepi dengan derungan angin. Dataran ini memegang kisah disebalik tujuan Tiara. Di situ, Tiara duduk di salah satu bangku kayu yang mengelilingi dataran.

Di tengah-tengah dataran, angin membelai sayu satu kain sutera yang terikat pada sepacak tiang salib. Terpacak tiang kayu tersebut pada sebuah pentas batu. Di sini lah suatu ketika dahulu,

Permaisuri Melissa,

ibu kepada Tiara dibakar hidup-hidup kerana dituduh sebagai ahli sihir.

Setiap kali Tiara datang ke sini, ulangan mimpi ngeri, babak bagaimana ibu dibakar akan berulang.

Mengapa?

Mengapa kau datang ke mari?

Walaupun sekian tempat ini adalah cekikan bagi jiwa kamu?

Mungkin itu punca cara Tiara melihat dunia sekarang. Mata menterapi jiwa yang sudah mati dek kisah lama yang perit mendarahkan diri. Sehingga tiada lagi gembira, tiada lagi sedih, tiada lagi marah dan tiada lagi duka. Siapa yang tidak gila sampai diam diri, jika di dalam dilema sedemikian? Ulang tayang kembali apabila minda Tiara membayangkan dengan jelas kronologi kejadian. Maka pentas ditari.

Tayang yang diulang perlahan apabila api membias membuka tirai. Tragedi senja suram bermain semula. Dari atas dewan, Permaisuri Mellisa, melolong keperitan. Meronta di tengah bahang api. Raja Argus, cuba untuk menyelamatkan namun ditahan oleh pengawal diraja. Rentak bermain bagaikan teater keksah. Berlagu sayu, di telinga Tiara. Membakar mati, di mata Tiara. Menikam terus lubuk hati. Adakah masih hidup jiwa yang berkali diseksa kisah lama itu? adakah Tiara tidak mahu lepaskkan sahaja?

Jawapan?

Dia bangun dan melihat ke sebuah lagi pentas tidak jauh darinya. Mendekati, berjalan perlahan-lahan ke arah pentas yang megah itu. Keksah masih berjalan rancak dalam Tiara semakin mendekati pentas itu.

Terukir di sisi pentas putih itu, diwarnakan pula lurah ukiran adalah seorang raja, seorang permaisuri. Sang raja, diukir memegang tongkat pengadilan dan neraca. Sang permasuri, diukir bersama merpati di bahu dan bayi di tangan.

Tetapi di manakah sang puteri?

Terjawab apabila dari belakang pentas itu. Ukiran sang puteri termatrab di dinding pentas yang luas. Mata sang puteri, di tutup kain manakala kedua belah tangan sedang menadah jantung di dada. Dari belakang sang puteri pula diukir akar yang menjalar luas, bercambah ke seluruh dinding.

Jawapan?

Dinding itu mula untuk mengalir dengan darah manusia. Mengalir keluar dari ukiran mata dan jantung. Darah itu mengalir memenuhi setiap lurah ukiran. Memenuhi setiap jalar sehingga menitis keluar dari dinding. Turun mengikut alur dinding putih itu sehingga Tiara melihat, seorang gadis kecil, menutup muka dengan bahu. Cuba untuk menyembunyikan tangisan.

Di sebalik pentas yang berdarah dan terbakar.

Teresak-esak gadis kecil menangis. hati telah mati bertanya, “Kenapa kamu menangis? Bukan ke kamu sudah tahu?”

Soal Tiara kepada sang gadis itu. Gadis itu mengangkat muka, memandang Tiara. Bertemulah Tiara dengan dirinya yang dahulu. Teresak-esak mengejar kesedihan tidak terhingga dalam durjana peristiwa. Badan yang masih kecil, masih rapuh dengan mainan emosi, bergetar apabila sang tersayang ditarik kejam lagi hina. Mata yang hijau sekali-lali diusap, bergemelapan dengan pantulan air mata. Bertemulah dua jiwa. Jiwa yang hampir mati dengan jiwa yang sudah tiada. Memandang antara satu sama lain.

Ada sesuatu yang kau tahu.

Yang aku lupa lepas aku mati.

Tiara muda meresak mengejar nafas di sebalik air mata yang tidak berhenti. Masih kecil, masih mentah dengan soal jiwa dia bertanya, “Kenapa?”.

Kenapa?

Hingga kini?

Aku datang sini?

Melihat semua ini dan sekali lagi kau tanya aku?

Kenapa?

Memori berkecelaru mecoret lohong hitam yang tiada penghujung di sebalik minda. Aras permikiran yang terbakar membuka ketidak warasan lalu menyentak diri dengan soalan itu.

“Kenapa?”

Tiara semakin dendam, dengan nada yang sombong, “bukankah itu yang jawapan yang patut kamu cari? Aku datang sini nak tahu kenapa ibu mati bukan main soalan dengan kau. Lebih baik kau jawab.”. Memori kecilnya hanya terdiam walaupun tangisan masih lagi turun.“kenapa kamu selalu datang ke sini sepanjang masa walaupun kamu tahu ianya sakit”. “Aku nak jawapan”, sentak Tiara kepada memori kecil itu. Sekali lagi memori terdiam seketika. “kenapa ayah tidak membantu ibu?”. “Aku tidak kisah semua benda tu. sekarang aku nak jawapan”.

“Kenapa mereka nak bunuh ibu?”

“Aku nak jawapan sekarang”

“Kenapa aku berdiam sahaja dekat sini?”

“Aku nak jawapan tu sekarang juga kau dengar tak.”

“Kau tak perit ke dalam dunia ini?”

“Aku tak kesah la semua tu.”

“Kau tak rasa keseorangan ke?”

AKU NAK JAWAPAN TU SEKARANG! KENAPA IBU MATI BERGITU HINA. SEBAB APA? SEBAB AKU KE!?

KALAU SEBAB AKU! KAU TAK PERLU BODOHKAN AKU! CAKAP SAHAJA LAH!

Soalan yang menjadikan kita gila. Tiada lagi saki baki jiwa dari satu tragedi memainkan semua persolaan yang bermain antara diri dengan diri sendiri tanpa jawapan. Akhirnya, semua datang kepada satu soalan sebenarnya.

Adakah sebab aku?

Tiga ayat itu. Membunuh Tiara kedalam lautan hitam tiada penghujung. Adakah sebab aku? Bermain berkali-kali di sejak dahulu hingga kini. Adakah sebab aku? Jiwa yang sudah tenggelam tidak sempat mengapai. Adakah sebab aku? Soalan yang mengunci Tiara di dalam penjara diri.

Adakah
sebab

aku?

Satu hembusan angin hitam yang kuat tiba-tiba menyapu segala keadaan. Sedar-sedar sahaja Tiara berdiri di atas pulau yang dikelilingi lautan merah. Pulau yang hanya lapangan bunga ros tumbuh di atas batu. Ditengahnya, tegak satu pokok yang tidak berdaun. Suram tidak lagi menghantui Tiara melihat pohon genap itu. “Adakah kamu ingin membiarkan semuanya berlalu? Kau tahu benda tu mustahil, jika kau tidak hidup, namun tidak pula kamu mati, satu rantai berduri mengikat kamu, tenggelam di dalam jiwa kamu sendiri.”, kata memori kecil menyindir. Tidak lagi dia menangis. Muka tanpak marah terhadap Tiara. Menoda dengan pandangan tajam.

Sedangkan, bunga ros mula untuk menjalar mengikat Tiara, satu senyuman melebar. “Kau datang ke sini mencari kebenaran kewujudan kamu yang adakah benar membawa kematian bonda mu. Taksub sehingga membunuh kita. Kamu buang segala, dan penuhi diri dengan darah penyesalan dan untuk apa? Kamu masih tidak mengetahui jawapannya. Sekarang kamu tenggelamlah dalam darah yang kamu bazirkan demi sebuah memori berduri.”

Tiara tidak melawan. Mungkin sudah berputus asa. Biarkan jalar itu mengikat, melukainya dengan duri tajam, membawanya jauh ke lubuk jiwa. Tenggelamnya Tiara di lautan darah. Diheret oleh jalar ros yang panjang ke dasar yang gelap. Gelap seperti tiada penghujung. Tiara hanya memandang ke atas. Melihat seperti cuba untuk mencari harapan dalam lemas untuk terus hidup tetapi seperti tiada. Di sinikah tempatnya untuk dikunci? Di dalam putaran memorinya sendiri?

Sebab aku?

“Tuan puteri Tiara? Tuan Puteri Tiara. Tuan Puteri okay ke?”, sedar sahaja Tiara, Kasan berada di tepi menyapa. “Kasan! Kau buat apa tu?!”, belum sempat lagi Kasan menjawab, tukang kebun mengetuk kepalanya sehingga keluar darah dari hidungnya. “Maafkan kami Tuan Puteri Tiara. Kami tiada niat nak ganggu pagi Tuan Puteri.”, pohonnya tukang kebun sambil menunduk. Tangannya masih lagi melekat di belakang kepala Kasan, memaksa budak itu untuk tunduk. Tiara tidak merespon apa-apa ataupun mengatakan apa-apa. Dia bangun dan terus bereda dari situ.

“Sombongnya, memang dasar anak ahli sihir.”, sindir Kasan. Timbul urat dahi tukang kebun, “kau nak kepala kau melayang ke Kasan? Jaga mulut kamu.”.

Sementara itu, di dalam dewan penghadapan, di singgahsana yang datarnya lebih tinggi dari datar yang lain, duduknya Raja Argus. Sergahnya diri, melihat dengan mendengar. “Amri, ada apa yang kamu nak bincang?” Raja Argus mendengus. Mata yang hijau, bercahaya disebalik bayang pagi, memandang terus seorang budiman. Datang dari sebalik bayang pintu dewan penghadapan. Rentak telapak memecah sedikit sepi dewan luas ini. Rupanya, Amri lah budiman yang terserempak dengan Tiara di koridor. “Maafkan saya Tuanku Raja Argus, saya membawa khabar berita dari Tanah Jaiyansin.”, jawab Amri sambil menunduk. Raja Argus hanya terdiam seketika sebelum menyambung “Apa perkahbaran yang dibawa?”.

“sebelum itu Raja Argus, laporan tentang kaum nomad, Kaum Tundra Ambasyin, kami terima maklumat yang mereka semakin mengundurkan diri ke tengah gurun Ambasyin. Pengawas kita di pinggir gurun melaporkan tiada penglihatan mana-mana khemah di selatan gurun tersebut sehingga ke sungai Ambasyin”, jelas Amri.

Raja Argus senyap seketika lagi. Badan ditegakkan sambil diangkat kepala, memikir sebelum memberi balas, “ Sungai Ambasyin? Sungai Ambasyin membelah Gurun Ambasyin bukan? Jika tiada khemah yang kelihatan dari selatan sehingga ke sungai maksudnya, mereka telah mengosongkan separuh gurun mereka.”

“benar tuanku.”.

Raja Argus membalas terus, mengesan plot Amri seperti yang dia sudah jangka, “Apa yang kamu rancang Amri, setiap kali kau melaporkan tentang golongan yang telah moyang saya cuba dan saya berjaya halau? Benar mereka masih lagi mengacau di perkampungan yang tinggal di sempadan utara Athenas, tapi semua itu masih di bawah kawalan tentera. Tambah pula mereka terlepas ke sempadan disebabkan kecuaian tentera kita sendiri. Selang berberapa minggu ini, kamu naikkan tentang perkara ini, pasal kaum Tundra Ambasyin. Ataupun mungkin? kamu mahukan sesuatu daripada mereka?”

Amri hanya senyap sahaja berdiri di bawah pandangan tinggi dan berat Raja Argus.

“Sekali lagi saya memohon..” belum sempat Amri menyuarakan hajat, Raja Argus mengangkat tangan tanda berhenti berkata-kata.

“kamu sekali lagi ingin saya menunaikan hajat kamu itu. Sudah saya katakan, moyang saya suruh menghalau kaum ini, walaupun mereka terdiri daripada orang-orang yang membawa kerosakan ke atas dunia, tapi jatuhkan belas Pokok Sholaris kepada mereka dan buang mereka di Gurun Ambasyin. Kamu meminta supaya saya kerahkan tentera untuk masuk dan habiskan kaum buat selamanya?” Patah Raja Argus kepada Amri yang hanya mengangguk, ingin hajatnya di makbul.

“Adakah kamu melakukan sesuatu yang menyebabkan kaum ini berundur tanpa saya tahu?”

“Tidak Tuanku, saya tidak akan bertindak sebodoh itu, walaupun saya ingin sangat kaum ini dihapuskan.”, jawab Amri kepada Raja Argus.

“Jikalau bergitu sekali lagi saya tanya, kenapa kamu mahu kaum ini dihapuskan? Amri, kita tidak tahu apa yang mereka boleh buat di dalam persekitaran mereka sendiri. Ini seperti menjolok sarang terbuan. Selain dari permintaan moyang saya, saya tidak mahu mengambil risiko yang akan datang kepada kita.”

“Tapi Tuanku, kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan pula, mungkin satu penaklukan takhtar. Tindakan mereka yang seakan mencuriga itu, yang saya risaukan. Tiba-tiba separuh dari kaum tundra menghilang, adakah itu tidak memusykilkan?” Bahas Amri cuba menyokong hajatnya.

“Perkara akan berlaku sebaliknya juga bagi mereka. Seperti menjolok sarang terbuan. Tapi bagi mereka, mereka menjolok sarang terbuan yang lebih besar dan beracun. Takhtar kerajaan Athenas bukan terletak pada saya, Amri. Ia terletak kepada kesaktian Athenas sendiri. Jika siapa yang salah memakai takhtar, pihak gereja telah melihat Athenas akan huru-hara sehingga pemilik takhtar yang sebenar memakainya, itu janji Athenas kepada Raja Penerima, Raja Ambari I.”

Amri hanya akur sahaja hajat tidak dimakbulkan Raja Argus. Jelas daya kepimpinan yang tinggi di bawa oleh Raja Argus walaupun riak seperti raja yang kejam dan berbahaya. Mata yang tajam, tenang di minda menganalisa. Ngauman yang garang, petah memberi idea.

“Amri, kamu ada terserempak dengan Tiara? Dia masih lagi pergi ke dataran diraja lagi ke?”

“Ya tuanku, dia masih ke dataran diraja, saya bertemu dengannya di koridor berhadapan menuju ke dataran tersebut. Tuanku, tentang perkhabaran dari Kerajaan Jaiyansin. Khairan Syamin telah diangkat menjadi Dorian baharu kerajaan itu oleh bapanya, Khairan Omar Dorian yang lalu. Ingin menjemput tuanku untuk hadir ke majlis keraian mereka di istana mereka.”

Mendengar perkhabaran itu, Raja Argus berdengus panjang. Dari dataran singgahsana yang tinggi dia berdiri. Turun dan berjalan perlahan ke arah Amri. Dari sisi dia bertanya “Amri, saya ingin bertanya pendapat kamu, Syamin Dorian baru berumur 25 tahun, namun dia sudah mencapai banyak pencapaian dalam hidupnya, bukti yang dia sememangnya seorang Dorian yang layak, bukan?”

Amri memandang sisinya. Sang Raja yang berkuasa. Tinggi bukan sahaja darjat. Tinggi bukan sahaja karisama. Gerun di sorok karisma diri.

“Apa yang ada dalam fikiran Tuanku?”

“mungkin ini perkara gila tapi saya nak kahwinkan Tiara dengan Syamin. Sebagai samaran, kita katakannya hadiah pentabalan untuk Syamin diangkat menjadi Dorian.”.

Terkejut? Tenang dipemainkan pada riak.

“Mungkin gila tapi bolehkah saya bertanya kenapa Tuanku terlintas untuk memikirkan perkara bergitu?”

“Amri, gelaran saya adalah Raja Yang Telah Mangkat, saya telah mati jiwa apabila saya terpaksa menjatuhkan hukum kepada isteri saya sendiri, Permaisuri Melissa. Jelas di nama gelaran saya tapi untuk Tiara, jelas pada diri. Dia sudah mati jiwa. Tidak bercakap, apa yang dia buat sepanjang hidup selepas kematian ibunya, semua diatur. Tidak satu kudrat pun yang dia guna selain berjalan.” Argus menjelas sambil berjalan ke belakang Amri.

“Dia sudah tiada harapan, tidak mengatahui apa-apa pun yang dia perlu untuk mentakbir kerajaan ini. Orang di sekeliling saya tidak pula saya harapankan, maafkan kejujuran saya ini. Saya sudah tidak mempunyai banyak masa. Sekurang-kurangnya bila saya sudah tiada, Syamin Dorian masih ada untuk mentakbir tempat ini.” Amri terus mencelah jawapan rajanya itu.

Dia berkata “Tuanku menekan bahawa atas perjanjian Athenas dengan raja kita, saya rasa hanya kerabat Tuanku yang layak memimpin dan bukan Syamin Dorian. Tuanku tidak khuatik yang kerajaan ini akan huru-hara jika pucuk pimpinan jatuh ke atas seorang Khairan jika Khairan tersebut tidak layak untuk memimpin? Ikut pengetahuan saya, raja-raja terdahulu telah diturunkan mengikut kriteria yang diturunkan, saya tak rasa yang Syamin Dorian memenuhi kriteria tersebut.” Patah Amri.

Tegang yang kuat antara Raja Argus dan Amri. Kedua-dua mereka berbelah pendapat atas isu yang dibawa. Amri membawa isu penghapusan semua Kaum Gurun Ambasyin manakala Raja Argus ingin cuba melepaskan pucuk pimpinan kerajaannya kepada orang yang tidak layak. Namun jelas darjat memainkan peranan.

“Saya tidak melihat mana-mana orang Athenas yang layak di sekeliling saya, dalam atau luar kerajaan. Saya akan kahwinkan Tiara dengan Syamin. Itu adalah muktamad, kamu yang mendengar, sebarkan kepada menteri lain.” Kata Raja Argus sambil berjalan keluar dari dewan penghadapan. Amri hanya kaku terdiam memandang singgahsana. Matanya ditirus kerana tidak puas hati tetapi terpaksa akur dengan apa yang disuarakan oleh raja itu.

Dewa turunkan cahaya namun deselaput bayang, mencoret singgahsana yang megah dipandang Amri. Amri melihat kemegahan yang bakal runtuh, dilayan opera kegelapan raja yang menghantui. Perlahan-lahan Amri meninggalkan dewan gergarsi itu.

sedang Amri berjalan di koridor istana, “Amri.”, namanya dipanggil penuh godaan. Dari belakang seorang wanita berjalan ke sisi. Gaung merah yang terbelah tinggi di kaki dan terbuka luas di dadanya, wanita dalam usia tengah tidak mengendahkan untuk mendedahkan kulitnya yang halus keperangan.

“Puan Airish, saya dalam perjalanan hendak bertemu puan di pos astaka.” Kata Amri sambil berpaling menghadapnya.

“Kamu boleh tak buang Puan tu, aku geli, aku ni kakak kamu, jangan buat aku ni nampak tua. Aku pun dalam perjalanan ke pos astaka daripada perpustakaan. Ada benda yang aku nak bincang dan boleh kau bagitahu aku apa yang kau nak pos sambil kita berjalan. Jom”, Ajak Airish.

“Sebelum itu, apa kata raja tua tu?”

“Raja Argus tidak mengenakan permintaan saya, kita tak boleh teruskan semua ni dalam senyap Airish, lambat lauk Raja Argus akan mengetahui juga walaupun dia semakin berusia, dia mempunyai pengalaman.”

“Benda tu aku tahu, kita bermain dengan masa dan gerakkan yang halus tapi masa semakin suntuk dan tindakan kita semakin drastik. Payah betul buat kerja sekarang ni. Oh, benda yang saya nak bincangkan adalah benda yang aku jumpa dalam bahagian terlarang di perpustakaan diraja.” Amri berhenti seketika apabila Airish menyebut tentang bahagian terlarang di perpustakaan diraja. Melihat perihal adiknya, Airish pun berhenti juga.

“kenapa pula dengan kamu ini?” tanya Airish

“Macam mana kamu masuk tempat tu? Raja Argus dan Tuan Guru Ghanji sahaja yang memegang kunci untuk membukanya. Airish kamu jangan cakap yang kamu dah guna...”

Airish mencelah, “Tolonglah, walaupun untuk seorang guru terulung, dia masih lagi seorang lelaki. Tiada siapa yang pernah menolak tubuh saya ini dan kamu pun tahu itu kan?”

Amri terus berjalan tidak mahu mendengar lagi perkara kotor yang keluar dari mulut kakaknya sendiri, “Tiada sesiapa kecuali Raja Argus.”

Kakaknya senyum dengan sedikit perisa marah dengan sindir adiknya.

Amri menyambung perbualan mereka, “Patutlah ada maklumat yang dari kamu yang saya tidak pernah nampak di perpustakaan istana, saya ingat ke ada bahagian yang saya terlepas. Jadi apa maklumat baru yang kamu dapat kali ini?”

Airish senyum sebelum menjawab. Dari celah dadanya, dia mengeluarkan dua cebis kertas. Satu yang bergulung panjang dan satu lagi terlipat pendek. “Ini adalah peta Gurun Ambasyin di utara dan bukan peta sebarangan, peti ini mempunyai topografi yang dilukis oleh ahli sihir terdahulu yang pernah melawat Gurun Ambasyin, yang menunjukkan ketinggian daya kuasa magis. Jika kita dapat tumpukan asal gelombang ini mungkin kita dapat tahu lokasi sebenar air terjun itu.”

Amri terpegun mendengar sahaja penjelasan Airish. Lalu dia pun bertanya lagi, “Yang satu lagi tu?”

“Ini?” Airish senyum sedikit, “Ini adalah mantera terakhir untuk upcara aku. Dengan benda ini aku boleh menyeru belaan.”

“Belaan? seekor belaan sememangnya bagus untuk operasi kita. Apa yang kamu nak sebagai belaan?”

“Kita? Maaf sayang. Aku tak minat kongsi. Tapi saya tak tahu? mungkin seekor singa, ataupun raksasa yang boleh terbang dan memanah seperti malaikat?”

“Bagaimana dengan seorang manusia?”

Cadangan Amri membuat Airish sentap terpegun. “Manusia? Kamu ni tak habis mengejutkan aku. Tulah kalau apa-apa, memang aku harapkan kau, bincang dengan kau.”

“Bagi peta ni kat saya, nanti saya telitikan. Beritahu saya kalau kamu nak bangkitkan belaan.”

Mereka berjalan dan ingin sahaja sampai ke pintu masuk pos astaka. Amri ingin membuka pintu astaka tapi ditahan Airish. Airish menilip muka adiknya itu manakala Amri hanya berdiri kehairanan.

“Boleh ke aku nak tanya sesuatu yang gila kepada kamu?”

“Boleh. Saya pun ada sesuatu yang gila nak bagitahu kamu.” Amri menjawab.

“Kenapa kamu tidak meniduri mana-mana wanita atau mengambil mana-mana wanita untuk dijadikan teman malam dengan muka tampan kamu tu?”, Airish bukan sahaja menanyakan hal peribadi, malah mendekati muka ke muka adiknya sendiri yang tinggi sedikit itu. Amri dengan tenang membelakangi sedikit.

“Bukankah kakak kamu ni dah ajar semuanya tentang wanita?”, Amri tahu yang kakaknya hanya mengacah sahaja.

“Tidak pula saya nak tidur dengan wanita jika semua wanita yang saya jumpa sama seperti kamu. Inginkan sesuatu dari apa yang saya ada. Berbalik kepada benda gila yang saya nak cakap adalah tentang Puteri Tiara.”

Airish hairan sedikit. “Kenapa dengan Tiara?”

“Raja Argus nak kahwinkan Tiara dengan Khairan Shamin Dorian. Saya datang ke pos astaka ni nak pos kan burung ke pos astaka Kerajaan Jaiyansin yang kami tidak akan hadir ke majlis keraian pertabalan Khairan Shamin, tetapi kita akan sampai lewat 2 hari dari majlis Khairan Shamin dengan rombongan diraja.”

Tertawa kakak itu dengan kejutan khabar adiknya bawa, “MEMANG....! MEMANG RAJA ARGUS NI DAH GILA! Hahahahhahahah! Ahahhhhh.... Sedih sangat walaupun dah 15 tahun. Patutlah gelaran Raja Yang Telah Mangkat, memang nak mati dah pun dia, sekarang dia nak lepaskan kerajaan bodoh-bodoh bergitu sahaja.”

“Saya pun terkejut, tapi kita biarkan sahaja dahulu. Kalau pucuk pimpinan berubah pun kita, hanya bersedia untuk benda yang lebih teruk.”

Lalu pos astaka dibuka, menebarkan dewan yang tinggi, penuh dengan sangkar-sangkar burung di setiap dinding dari pelbagai keluarga.

Keesokan sama sahaja, Tiara bangun, dimandi oleh pelayan istana, sarapan, ditegur ayahnya, bertembung dengan Amri, berjalan ke taman, berbahas dengan memorinya, dan kembali ke kamarnya. Keesokan sama sahaja. Bangun, mandi, sarapan, ke taman, bermimpin, pulang .Dan kesesokan sama sahaja, bangun mandi, sarapan, ke taman bermimpin, pulang. Selama 15 tahun melakukan perkara yang sama. Berulang dan berulang. Pusaran rutin sudah kalis sehingga pihak istana tahu bila dan di mana dia berada.

Atau itu yang dipikirkan oleh seorang hamba muda yang melihat? Tiap-tiap kali Tiara melalui taman istana. Kasan hanya melihat Tiara berjalan tanpa mengendahkan kelilingnya. Walaupun Kasan dan tukang kebun menyatakan hormat, tiada pula Tiara membalas. Dia hanya berjalan dengan riak yang kosong melalui taman sepi.

“Kenapa dengan Puteri Tiara? kalau mak saya seorang ahli sihir, saya tidak akan bersedih sangat kalau mak saya dibakar hidup-hidup. Ahli sihir hanya bawa bala sahaja ke tanah ini.”

“Kamu ini? Cara kau dibesarkan lain dengan Puteri Tiara. Mak kau tu pelacur, mana la dia nak sangat budak macam kau ni. Bersyukur mak kau jual kau dengan adik kau ke istana. Kalau dia jual ke tempat lain? Tambah lagi berasingan? Tak ke susah? Tiara tu seorang puteri kau tahu? Dibesarkan oleh permaisuri. Mestilah kasih sayang yang dapat lain-lain. Tak sama macam kau.” Bual tukang kebun dengan Kasan di kaki koridor tembok istana. Sedang tukang kebun sedang menyapu daun-daun yang gugur, Kasan hanya menilip Tiara datang ke dataran diraja.

Tukang kebun menyambung lagi, “Kasih sayang ditunjukkan dengan ikhlas dan dipupuk adalah anugerah orang kepada kita paling berharga. Kau manalah nak tahu harga kasih sayang ibu. Puteri Tiara tak dapat nak melupakan anugerah kasih sayang yang dicurahkan ibunya itu, sebab itu walaupun Permaisuri Mellisa sudah tiada, dia masih pergi ke dataran untuk menghormati atau mungkin mencari saki baki kasih sayang seorang ibu.”

“Mungkin memori, orang tua. Dia mencari memori ibunya. aku mungkin tak merasa kasih sayang daripada ibu aku tapi aku masih ada adik aku yang perlu aku jaga. Kalau betul apa yang kau cakap, aku akan bagi anugerah sebanyak mungkin kepada adik aku ni.”, kata Kasan sambil termenung jauh melihat Tiara sedang duduk di atas bangku di dataran tersebut. Di atas sehingga ke bawah, angin pagi yang masih sejuk meniup lembut mencelah rerambut Tiara, menari damai di atas kepala, sambil melihatkan wajah sang puteri salju yang sedang melayan mimpi duri ros yang mengikat diri.

Tidak pula tukang kebun terlepas. Angin juga membelai sang bujang yang sedang bertenggek di pagar batu.

“Kau tenung apa tu Kasan? Kalau kau nak cuba, jangan mimpilah, kau tu hamba istana, dia tu Puteri Athenas, kalau ada kau dengan puteri pun atas tanah ni, dia tak akan pilih kau lah.” Sindir si tukang kebun. Kasan masih lagi menantap Tiara yang duduk tanpa gerakan.

Tukang kebun menyambung lagi, “Kau jangan nak beranganlah, sambung kerja cepat.”

“Kalau la kan, orang tua, sesiapa yang berjaya membuatkan Puteri Tiara senyum mesti dia akan mendapat ganjaran dari pihak istana sebab berjaya buat hati Puteri Tiara gembira semula. Maksud aku 15 tahun kot? Senyum sedikit mesti riuh satu istana.”

“Kau jangan mengarutlah, lagipun kalau betul lah kau berjaya buat hati Tiara gembira, betul ke yang pihak istana akan memberikan ganjaran hah? Kalau betul ada ganjaran, kau rasa apa ganjaran yang nak dibagi tu?”

“Apa-apa yang nak dihajatkan.”, Kasan membalas.

“Kau jangan nak mengarutkan, kalau betul benda yang kau cakap ni, apa hajat yang kau nak?” Tanya tukang kebun.

“Aku nak minta aku dan adik aku dibebaskan. Kitorang akan bergerak keluar ke perlabuhan di mana kami akan naik kapal dan menjelajah tanah ini.” Balas Kasan sambil melayan renungannya.

“Menjelajah dunia. Tinggi impian kamu budak walaupun sebagai hamba. Tapi aku mintak maaf sebab kau kena sedar yang kau seorang hamba, marilah kita siapkan kerja kita. Lepas tu, kau bermimpilah sepuas-puasnya.” , tukang kebun memberi menyanyi angan-angan Kasan. Tentang realiti kehidupan mereka sekarang, Sememang pedih darjat membawa diri di atas tanah ini.

Bukan untuk Kasan nampaknya.

Kasan melompat melalui pagar koridor yang rendah itu dan berlari ke arah Puteri Tiara. Tukang kebun terkejut gila melihat tindakan yang dilarang, dilanggar bergitu sahaja oleh Kasan. Mendekati puteri istana Athenas sebagai hamba? Mahu kepala di potong ke apa? “KASAN! Kau jangan nak merepek! Datang sini balik budak tak guna! OI KASAN KAU DENGAR TAK?! OIIIIII!!!!”.

Kasan terus berlari ke arah Puteri Tiara sementara suara tukang kebun semakin kecil jauh di belakang. Bungan ros putih dipetik dari pokok ros tanaman pagar.

Sebaik sampai dihulurkan bunga itu ke hadapan muka Puteri Tiara. Tiara sedang dibalik mimpinya yang selalu, melayan ombak angin kecil. Kasan pun kelihatan seperti serabut dengan angin yang meniup rambutnya yang panjang.

“Tuan Puteri.”, gelaran dipanggil.

Tiara membuka mata, di hadapannya, seorang lelaki yang kurus tapi masih mempunyai bentuk badan yang tegap dan cantik walaupun jelas kelihatan kotok di badan dan baju tiada lengannya.

Hinggalah diri ini sedar lalu Kasan berpaling ke arah lain, menutup malu-malu ‘anjing’nya.

Kenapa terasa lama, janggal sungguh. Kasan mula berpeluh. Malunya untuk seorang hamba menawarkan bungan yang hanya dikutip dari taman istana dan menghulurkan ke muka seorang tuan puteri. Ala bodoh dia bertindak tanpa berfikir menjurus lagi. Tiara pula hanya memandang bungan ros yang di hulurkan oleh Kasan.

“Apa yang patut aku buat? Apa yang patut aku cakap? Bodohnya aku datang ke sini tanpa buat persediaan apa-apa? Orang tua? Tolong aku orang tua...” bisik di bawah nafas oleh Kasan. Cuba melihat tukang kebun. Sudah pengsan. Tak guna punya orang tua. Kasan mengumpulkan semua semangat dengan menarik nafas dalam satu ucapan lalu berpaling dan berkata.

“Tuan Puteri....”

Belum sempat dia berkata apa-apa, dia tidak perasan yang Tiara sudah tiada di hadapan. Tiara sudah dalam perjalan masuk semula ke dalam istana. Jelas hampa terdampar di muka Kasan. Tapi Kasan perasan satu benda. Bunga ros di tangan sudah tiada. Lihat pula di tanah. Tiada bungan ros di tanah. Ini bermaksud bunga ros itu tidak jatuh. Ini bermaksud ada orang telah mengambilnya. Ini bermaksud Tiara telah mengambil bunga ros tersebut? “Puteri Tiara? Dia ambil bungan aku? Puteri? Bunga? Tangan aku? WOOOOOHHOOOOOO!!!! Orang tua!!!!”.

Berlari menghala ke koridor di mana angin roh orang tua sedang keluar dari jasad namun ditarik balik oleh Kasan untuk menceritkan sesuatu.

Sedang badan orang tua digoncang Kasan supaya sedar, dari sebalik bayang langsir di salah satu tingkap istana, sepasang mata menjadi saksi kejadian. Senyuman jahat mencoret muka lalu wanita itu hilang di sebalik bayang

Di koridor istana, seorang pelayan perempuan istana muda sedang mengemas satu meja hiasan di sisi koridor tersebut. Nampak sahaja Tiara, pelayan istana mula untuk menunduk hormat. Namun matat terikat lalu tergamang menyelembungi pandangan. Di tangan Tiara, ada sekuntum bunga putih. Riak di muka Tiara masih lagi tidak berubah, tapi di tangan, di menggegam sekuntum bunga ros putih, di bawa rapat ke dada. Pandangan bunga ros yang disinar oleh mentari tengah hari, jelas direfleksi di kaca retina pelayan itu.

Memori diserap lalu disebar buah mulut ke seluruh pekerja istana. Dari pelayan ke semua pelayan. Dari pelayan ke tukang masak. Dari tukang masak ke semua tukang masak. Dari tukang masak ke tukang besi. Dari tukang besi ke askar. Dari askar ke seorang lelaki. Dan lelaki ini bergegas ke Raja Argus.

Segenap permandangan ditilip, mentari senja mula menjunam ke lautan malam, menarik rehat buat sekalian lama. Dari dalam karma diraja, Raja Argus melihat keluar tingkap. Perkarangan istana, dan dari bawah kaki air terjun di mana istana ini berdiri, segenap bandar raya utama Athenas tersergam megah dengan cahaya ingin menyambut malam. Raja Argus menguli buah fikirannya, “Betulkan tindakkan aku untuk menyerahkan Tiara kepada Syamin? Apa yang kerabat ku telah bina sejak dulu hingga kini. Adakah aku akan melepaskan bergitu sahaja?”. Berbual Sang Raja dengan refleksi samar diri di kaca tingkap.

“Ramai orang ingat yang aku akan memerintah untuk jangka masa yang akan lama lagi. Tapi aku berasakan yang Dhakkel sudah dekat dengan ku. Bergitu juga dengan kau wahai Permaisuri ku, Melissa.”

Raja argus membuka satu kabinet bersebelahan dengan katil diraja. Dari dalam, ada sepapan protret lukisan indah Raja Argus, Permaisuri Melissa, dan Puteri Tiara semasa Tiara masih kecil. Sang raja berdiri megah dengan mandat memegang tongkat keadilan. Sang permaisuri, duduk di atas kerusi agam dengan hiasan merpati emas kebebasan. Di tatangan sang permaisuri, senyum riang di riba, sang puteri. Raja Argus mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan karbinet tersebut. Meratap potret dia berdengus sedih.

“Oh sayang, betulkan tindakan aku untuk melepaskan Tiara dan kerajaan kita bergitu sahaja? Patutkah aku menunggu lebih lama, mencari siapa yang layak di sisi Tiara? Aku tak mampu. Sebuah kerajaan apalah sangat untuk ku pimpin. Tetapi lemahnya aku untuk tidak dapat menyelamatkan kamu dan menjaga anak perempuan kesayangan kita walaupun aku seorang raja kerajaan berkuasa.”
Tangan dicapai ke arah lukisan air Permaisuri Melissa.

“Aku tidak kisah sama ada kamu adalah seorang ahli ilmu hitam sekali pun. Bunga yang ku berikan kepada kamu tidak akan layu. Walaupun aku terpaksa mengorbankan satu dunia ini kerana kamu, akan ku korbankan, namun aku tidak termampu.”

Ritih yang ditarik menjadi rindu. Raja Argus hanya mampu melihat wajah Permaisuri Melissa melalui protret ini sahaja. Tumpuan Raja Argus mula mengambil perhatian kepada lukisan air anak kecilnya pula, Puteri Tiara. Tiara yang masih kecil diwaktu protret ini diambil, masih menunjukkan wajahnya yang masih hidup. Senyumannya tidak terlalu manis manakala tidak pula terlalu paksa. Senyuman yang ikhlas buat ayah dan ibunya. Sementara Raja Argus berdiri tegak memegang bahu Permaisuri Melissa, Permaisuri Melissa duduk dengan sopan memegang Tiara di riba.

“Tiara? Maafkan ayah sayang. Ayah tidak mampu selamatkan kamu. Ayah tidak mampu selamatkan ibu kamu. Maafkan ayah. Ayah lemah.”.

Maka sonata malam menenggelamkan malam yang hiba bagi sang raja itu dibalik cahaya bulan. Sang pujangga melaung syair malam yang sedih. Membisik lalu mencari sang raja kepada periang. Membisik lagi lalu mencari sang raja kepada kekasih hati. Maka tenggelamlah tangisan senyap dibalik gelap malam

Lalu masa didendang laju menjelang keesokan hari.

Sekali lagi Tiara duduk di bangku batu di mana Tiara selalu duduk. Kali ini Kasan ditemani oleh seorang gadis.

“Abang, Umrah rasa tak sedap hatilah. Betulkan kita dapat dibebaskan jika kita berbaik dengan Puteri Tiara?”

“Umrah janganlah risau. Puteri Tiara ambil bunga dari tangan abang tau semalam?”

Sedang adik beradik itu sedang bergaduh di koridor tembok istana, tukang kebun dan seorang pelayan istana sedang memerhati sahaja gelagat mereka.

“Pak cik rasa, Kasan akan pergi ke? Untuk tegur Tuan Puteri.”

“selama pak cik jaga Kasan sejak kecil, pak cik tahu, yang dia ni bodoh dan buat suka hati dia. Adik dia sahaja, Umrah yang baik dan sopan. Tapi si Kasan ni, dia bodoh dan degil sikit. Jadi pak cik rasa dia akan pergi.”, bincangnya tukang kebun bersama dengan pelayan istana. Pelayan istana hanya mengangguk paham.

Sementara itu Umrah cuba untuk menahan tindakan abangnya untuk membuat kawan bersama Puteri Tiara.

“Abang jangan nak merepek la, nanti kalau Tuan Raja tahu? Bagaimana abang akan kena nanti? Seorang hamba berkawan bukan dengan golongan bangsawan, tapi ni seorang puteri. Bukan ke gila?”, Umrah cuba memujuk Kasan daripada meneruskan niat itu.

“Umrah percayakan abang kali ni. Kita akan bebas dari sini. Bebas sebagai seorang merdeka dan abang janji akan jaga Umrah dan bawa Umrah lihat dunia kita ni”. Tersentuh jiwa hamba dengan kata-kata abang tersayang. Perlahan-lahan tangan abangnya dilepaskan.

Muka yang moyok sebentar tadi diganti senyuman disebalik tunduk, “Baiklah Umrah percayakan abang. Tapi ingat, abang buat untuk bebaskan kita sahaja. Lepas tu, kita tidak ada apa-apa urusan lagi dengan istana Athenas”.

“Baiklah abang janji. Heheh. Kamu boleh percayakan abang lah.”. Jari kelingking disilang tanda janji mereka.

Kasan pun bergegas ke arah Tiara. Sekali lagi melompat keluar dari koridor rendah. Sekali lagi bungan dipetik untuk diberikan. Tetapi kali ini, Kasan tekad akan memberikannya dengan penuh pandangan ke arah Tiara. Laju sahaja dia berlari sebelum berjalan ke arah Tiara. Seperti biasa, Tiara masih tenggelam dalam mimpi.

Ditilip puteri sajlu itu. Lalu berpusar apa yang mahu dikatakan. Dipanggil sahaja nama, “erm puteri Tiara?”. Di hulurkan bungan dengan kedua belah tangan yang bergetah. Mata Kasan pula yang ditutup. Puteri yang baru sedar, berpaling dan melihat sahaja tunggul manusia yang bergetar dengan mata yang sedang pejam.

Dari jauh, Umrah hanya memeluk sahaja dinding supaya retak, bengang kepada malu abangnya. Bergitu juga dengan tukang kebun yang sedang menggigit baju, dan pelayan istana sedang menarik rambut sendiri. Agak hampa? Bukan agak hampa, sememangnya hampa. Gelisah pula menghentam jiwa mereka. Apakah Kasan akan merosakkan lagi keadaan dengan gelagat niatnya? Mereka bukan lah percaya sangat Kasan.

“bukan macam tu kau nak buat kawan dengan perempuan”, bermain di fikiran tukang kebun dan Pelayan istana. Tukang kebun mahu gigit sahaja kepala Kasan namun jauh pula Kasan berdiri. Mahu dilempang sahaja Kasan oleh pelayan istana.

Ingin sahaja Umrah mencapai Kasan kembali tetapi janji dipegang. Lalu tangan digenggam bersama tanda percaya kepada Kasan. Semua dibuang dari kotak pandangan, Umrah hanya menangkap Kasan. Berdiri tegak penuh sasa walaupun sedang menunduk menghulurkan bunga. Sedar atau tidak, Umrah tersenyum sendiri. Dia percaya.

“Saya percayakan abang.”

Kasan pula hanya berdiri sahaja, menggetarkan badan dengan gelisah malu bodohnya diri. Pada hari pertama, hanya naluri memberani membawa. Kali ini dia memaksa diri bersuar muka dengan Tiara. Kasan berjanji kepada diri yang dia sendiri tidak boleh tepati, “Hari ni aku nak bercakap dengan Puteri Tiara. TAPI AKU TAK TAHU NAK CAKAP APA?! Oh pohon Sholaris, tolong buah mu yang lemah ni. Kaki aku dah nak tanggal dah ni. Betul apa Umrah kata. Ni idea bodoh. Aku patut panggil nama Tiara dan puji dia sikit. Lepas tu aku akan lari balik ke koridor. Dah la, aku malas dan nak ikut aku.” Bahas hati kepada diri sendiri.

Gelaran Puteri di ucapkan, mata dibuka. Lalu jantung terus luruh, dagu jatuh rapat ke tanah. Turun dari langit membawa kejutan menggoncang hati yang bebal ini sehingga sekalian alam juga turut tergamang. Tangan yang kotor, memegang bunga ros putih, dipegang oleh dua belah tangan lembut putih salju, tangan Puteri Tiara. Dia terlalu leka dengan berfikir apa tindakan yang perlu dia ambil sehingga di tidak perasan apa yang berlaku di sebalik realiti. Kali ini dia tidak mampu mengfikirkan apa-apa. Kepalanya bercelaru buta. Dia hanya mampu terdiam dek dikunci gementar saraf yang tidak terhingga. Kulit yang hitam mula naik putih bersama bulu roma akibat tergamang tidak terhingga.

Maka datanglah ketakutan resah yang sebenar. Tangan Kasan mula berpeluh juga. Bayangkan kira-kira.

Tangan, kotor, berpeluh? Dipegang oleh? Puteri Kerajaan. Tambah pula dengan diri ini hamba. Maka hukuman bunuh. Habis cerita.

Apalah nasib badan. Jantung mula berdegup kencang seperti mahu tertanggal keluar. Muka tidak tahu untuk melakukan apa-apa ekspresi selain memandang kepada Umrah dan pekerja lain di koridor untuk meminta bantuan tentang apa yang patut dia lakukan.

Umrah memberi isyarat supaya mencium tangan Puteri Tiara. Tukang kebun memberi gaya untuk dia memberikan bunga dan lari ke sini. Manakala pelayan istana pula memberi isyarat jari menunding jari ke atas untuk menceritakan tentang cuaca.

Aik...

Kenapa ramai sangat orang ni?

Apabila Kasan memerhati lebih lanjut, tiba-tiba banyak pula pekerja istana yang berada di situ. Dari hamba ke tukang kebun ke pengawal ke tukang besi. Semua memberi isyarat untuk tindakan yang patut Kasan ambil. Kasan pula terasa bodoh kerana dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Apa mereka semua buat kat sini?

Diorang tak ada kerja ke?

Gemilang diri yang kelakar jahil membawa kepada permilihan hasil buah fikiran. Dia mengambil kata putus yang dia akan mengikut buah Umrah. Menutup mata sekali lagi tanda memberani bodoh. Dia membelokkan tangan dan menggenggam tangan Puteri Tiara bersama-sama dengan bunga ros putih. Dia cuba untuk mencium tangan Tiara namun dihalang oleh sesuatu. Di seperti terhantuk.

Apabila di buka matanya, di melihat sang puteri salju itu sedang mencium bunga yang di tangan Kasan. Roh Kasan terbang tinggi, meninggalkan jasad bebal ini. Tidak guna hidup kalau kau seorang hamba menghangtukkan kepala kau kepada seorang puteri. Memang penggallah kepala kau. Muka dan matanya tiba-tiba putih. Seorang puteri yang cantik, muka mereka terhantuk antara satu sama lain namun Tiara masih lagi sedang menghidu bunga yang ada di tangan Kasan. Sementara itu minda Kasan menjadi kosong kerana buat apa lagi berfikir kalau dah tahu nak mati bukan? Umrah pula hanya ternganga paku manakala pelayan istana cuba untuk mengejut tukang kebun yang sudah pengsan.

Roh Kasan masuk semula ke dalam diri lalu dia tersedar. Tak tahu kenapa dan tiada bahaya yang mendatang, tetapi adrenalin dalam tubuh Kasan tiba-tiba melonjak, membawa darah kembali ke otak yang kosong sebentar tadi. Terus tangan Kasan ditarik dari genggaman Puteri Tiara. Bunga yang dipegang Kasan sebentar tadi jatuh ke tanah.

“ahh, ummm, Tuanku Puteri Tiara? Saya selalu tengok Tuan Puteri datang ke dataran ni. Mungkin Tuan Puteri tidak mengenali saya. Saya Kasan, saya cuma nak cakap yang ahhh? Maafkan saya tetapi? Ehh? Apa dah saya nak cakap?”

Kasan berkata-kata sambil nada yang dibawa tersekat-sekat dengan kecelaruran otak menyusun ayat yang ingin diucapkan dengan gementar. Akhirnya Kasan membuat keputusan yang sekali lagi bebal.

“Saya cuma nak cakap yang Puteri Tiara cantik macam bunga ros putih ni. Itu sahaja.”, macam budak kecil, habis sahaja kata di hati, Kasan berlari ke arah koridor tembok istana. Tiara melihat sahaja gelagat Kasan. Muka masih lagi tidak berubah. Dia memandang ke bawah. Hadiah Kasan walaupun berada di sekeliling taman, bunga itu tetap dikutip tanpa bazir. Ditilip lembut sayu.

Sementara itu di tembok koridor, Kasan melompat kembali ke dalam. Mulut tercungap-cungap cuba mengejar nafas. Peluh berlari turun perlahan sehingga ke hujung dagu namun jelas di rupa senyum letih bahawa Kasan bangga dengan diri. Mungkin tidak bercakap panjang tetapi itu sahaja sudah cukup. Satu percapaian baginya.

“oh seronok nampak”

Kasan yang baru sahaja melompat masuk melalui pagar koridor tersebut cuba untuk berdalih dengan Umrah. Badan diselit tutup, tetapi muka masih lagi tersenyum asalkan bahagia.

“eh mana ada la.”

“Habis senyum-senyum macam kera tu kenapa pula?”

“Eh tak ada apa-apa la, gembira la, Puteri Tiara pegang tangan abang tau. Sejak kita duduk sini, Puteri Tiara tidak pernah buat pun macam tu.”

“Puteri Tiara tidak pernah buat benda tu kat sesiapa pun lagi la abang.”

“Eh yeke?”

Tukang kebun bergegas datang bersama pelayan istana.

“Kasan! Kau memang bodoh! Tapi apa yang berlaku tadi! Aku yakin kau akan keluar dari tempat ni.”

Tukang kebun datang menceriakan tanggapan masa. Kasan pula sememangnya akan mempanaskan sahaja orang tua kesayangan dia itu.

“Aku dah kata orang tua. Aku akan keluar dari tempat ni. Aku ni bukan sebarangan orang.”

“Cakap besar lagi. Dah la terhantuk kepala dengan puteri. Pengsan aku dibuatnya. Kau ni memang bebal asal la Kasan. Aku rasa daripada kau dibebaskan, nanti dipancung lagi bagus”

“HAAAHHHH!! Kau nak gaduh ke?”

Tetapi sesekali tukang kebun tua ini mencurah pengetahuan terhadap kasan.

“Kamu memang gila dan bodoh Kasan. Tapi tak sangka Puteri Tiara akan layan kau. Mungkin itu pertanda. Baik ke buruk aku tak tahu. Mungkin dia suka kamu kot? Tapi dia puteri kot? Kalau puteri boleh jatuh hati orang macam kau? Aku apa telaknya?”

Umrah seakan dicucuk benih tidak senang hati. Tidak senang hati yang manja, takut apa yang tukang kebun katakan walaupun mustahil, akan diculik hati abang kesayangan, Kasan. Bernyenyut seluruh badan mendengar lalu mematah.

“Ehhhhh, mana ada macam tu. Abang nak bebaskan kami sahaja bukan nak pikat Puteri Tiara.”

“Aku cakap sahaja Umrah. Kalau Kasan boleh pikat puteri, aku ni mesti boleh...”

“Tak, tak. Abang nak cari keluar sahaja dari tempat ni.”

“Yelah, maksud aku...”

“Tak. Bukan macam tu, pak cik ni cakap yang bukan-bukan lah.”

“Eh. Kenapa pula dengan kamu ni Umrah?”

“Eh saya?”. Umrah baru sedar yang dia sedang berborak dengan jalan fikir yang meluru. Sedar-sedar sahaja, pelayan istana mendapat tuah tekaan.

“Ohhhhhh, kamu takut abang kamu akan diambil Puteri Tiara ke.....?”

Umrah berpaling muka dari mereka. Cuba untuk berdalih sebaliknya. Muka yang sawo matang lagi tirus ditelakup telapak. Disebalik tangan, merah sahaja muka Umrah. Sayang betul kepada abang, tidak mahu untuk lepaskan kepada sesiapa pun.

“Eh mana ada. Saya cuma cakap sahaja. Abang Kasan bercakap untuk bebaskan kami.”

“Yeeeeekeeeee?” Tukang kebun dan Pelayan Istana menyakat.

Maka berbahaslah mereka tentang kebenaran dan gurauan yang cuba untuk ditegakkan.

Sedang Umrah bergaduh dengan tukang kebun dan pelayan istana. Kasan memandang semula ke arah Puteri Tiara. mata mereka bertemu. Kasan hanya senyum ke arah Puteri Tiara. Di angkat tangan separa, dihayun sedikit. Namun Tiara tidak membalas. Dia hanya bangun dan berjalan masuk ke dalam istana seperti biasa. Maka malam menghayun dayung langit, menyemai dengan bintang.

Pada malam itu di dormitari hamba, ada cahaya yang masih lagi tidak dipadam di salah satu bilik. Di dalam bilik itu, nyalaan pelita masih hidup. Sementara Umrah masih lagi bergolek-golek seperti tidak selesa untuk tidur, mungkin disebabkan oleh cahaya yang tidak dipadam? Kasan yang tidur di katil kayu di tingkat atas sedang memandang lelangit bilik. Di dalam lubuk minda sedang bermimpi.

“Alangkah bahagia, kalau dapat keluar sebagai manusia merdeka, aku dan Umrah akan merasakan deru angin laut, sedang kami menempur lautan luas, mungkin kami akan melihat darah perit alam, namun nyanyian riang Sholaris akan kami lihat juga. Di situ aku akhirnya berasa yang aku bebas berenang di lelangit lautan bersama orang yang aku sayang.”

Sedang si abang sedang berangan, si adik timbul di tepi katil. Sudah lama mengenali karenah abangnya, dia menegur.

“Abang berkhayal apa hahh? tengah ingat tentang Puteri Tiara ke HAAAHHH?!”

Kasan yang terkejut kepada Umrah yang tiba-tiba timbul kepala di sisi katil itu membalas.

“Eh, mana ada, abang tengah fikirkan hidup kita jika abang berjaya lembutkan hati Puteri Tiara la. Kita mungkin dapat kebebasan tau Umrah?”

“Yelah tu? apalah sangat ada kat luar tu? macam la ada perempuan secantik Puteri Tiara kan?”, sindir si adik kepada abangnya yang suka berangan.

“Memang betul yang Puteri Tiara tu cantik tapi....”

Umrah yang mendengar itu mula pecah angin marah kepada Kasan, “HAHH! Umrah dah agak, abang nak kejar Puteri Tiarakan?!”

“Eh mana ada lah, abang nak keluar dari sini sahajalah. Abang cuma nak cakap walaupun Puteri Tiara tu cantik, tapi cantik lagi kebebasan kita di luar sana”

“Yelah tu?”

“Umrah pun cakapkan> siaplah kita ni kalau nak kira darjat kita dengan Puteri Tiara. Kalau kita merdeka sekali pun kita hanya rakyat biasa, bukannya tentera, perniaga, ahli ilmu ataupun bangsawan.”

“Urm tapi kalau Puteri Tiara tiba-tiba nak ambik abang macam mana. Ataupun..”

Kasan menepuk kepala adik. Debu yang berterbangan di dalam bilik itu, berhenti dan bersinar dibias mentari lilin. Suasana walaupun miskin, bagaikan di awangan lelangit malam yang dikelilingi bintang. Maka sang adik melihat sang abang dengan tali indah kasih sayang mengikat mereka. Selama kepala Umrah diusap Kasan. Sedang Umrah bermerah muka, Kasan berkata dengan manis.

“Umrah jangan risau, kalau apa-apa pun jadi, abang tidak akan tinggalkan Umrah berseorangan.”

Umrah, menunduk sedikit dengan malunya. Tangan abang yang sedang mengusap digenggam dengan kedua-dua belah tangan.

“Abang janji, kalau apa-apa pun jadi, jangan tinggalkan Umrah ya?”

Kasan hanya senyum sahaja melihat Umrah yang menagih kasih abang di sebalik muka yang disorok tunduk.

“Abang janji kalau apa-apa pun yang terjadi, abang akan bersama dengan Umrah, dah pergi tidur.”

Janji telah termaktrab pada malam itu. Di dalam karma kecil, di sebuah dormitari gergasi tempat tinggal hamba dan pekerja yang tinggal di dalam istana putih kerajaan Athenas.

Sementara itu, bulan berkembang terang di padang langit yang cerah dengan taburan bintang-bintang yang indah. Sedang itu di sebatang balkoni Amri sedang menatap langit.
Bayu malam menghembus perlahan mukanya. Kotnya yang terbelah dua di belakang sedang menari si selit-selit angin malam. Dari belakang satu bayang sedang mendekati. Amri membuka penglihatannya namun tidak pula dia berpaling. Mungkin dia sudah tahu kelibat yang mendatang.

“Airish, apa yang kamu mahu?”

Airish keluar dari sebalik bayang bulan. Sambil senyum dia menyatakan hasrat.

“Amri, aku rasa aku dah jumpa benda untuk dijadikan pembelaan.”

“Oh, baguslah. Nanti bila kau buat upacara itu, jangan lupa untuk ajak aku.”

“Mestilah, tapi aku masih lambat lagi untuk aku jalankan, aku ingin,..... bermain-main dahulu.”

Amri hanya menjeling Airish yang datang dan menopang dagu di atas pagar balkoni. Tumpuan Airish hanya bertumpu ke bawah mereka. Amri kelihat mengeluh panjang mengekor apa yang ditumpu. Airish pula hanya tersenyum.

“Airish, ada apa-apa berita tentang pihak gereja ataupun tentang ahli sihir di sempadan gurun Ambasyin.”

“Oh lupa, itu sebenarnya tujuan saya datang ke sini. Pihak Gereja Sholaris...”, Airish berpaling ke arah Amri. Perkara yang akan diceritakan adalah penting bagi operasi rahsia mereka.

“Pihak Gereja Sholaris tengah cari tiga kitab lama mereka untuk mengkaji satu peta.”

“Peta? Peta apa?”

“Itu saya tak tahu, masih lagi dalam kajian, tapi kitab lama ni, diorang tepatkan itu ke tiga lokasi. di Perpustakaan Athenas Lama, di Makam Gergasi Athenas dan di Gua Pharis.”

Amri mencubit dagunya, cuba untuk berfikir apa plot yang sedang dijalankan oleh pihak gereja.

“Adakah ini ada kaitan dengan operasi kita.”

“Itu saya tidak pasti, tapi kamu tahu kan? pihak gereja akan gunakan apa sahaja yang dicapai untuk menghapuskan “ilmu hitam”, dari alam ni. Kalau mereka capai apa yang diorang cari, mungkin akan menyusahkan kita di masa depan nanti.”

Amri hanya mengganguk sambil tangannya disilang ke belakang pula.

“Oh, kita ada satu lagi masalah.”

“Apa masalahnya?”

“Semakin kita ke dalam Gurun Ambasyin, ada penyangak yang menyerang dan mencuri di kem-kem yang telah kita bina di dalam.”

“Masalah penyangak? Itu pun orang-orang kita tak dapat nak selasaikan ke?”

“Entah la. Tapi dari maklumat yang aku dapat, maklumat terdiri daripada tiga orang, seorang penembak tepat, seekor raksasa pokok yang boleh berfikir, dan seorang pahlawan.”

“itu sahaja?”, Amri berasa hampa. Seperti angkatan yang dihantar sepatutnya dapat menguruskannya. Namun apa yang akan dikatakan oleh Airish akan mengubah persepsi Amri.

“Pahlawan itu,... menggunakan magis untuk bertarung.”

Maka tergamang dari kata-kata itu.

“Dia menggunakan magis ya?”

Keesokan harinya, sekali lagi, Kasan datang kepada Puteri Tiara. Sekali lagi juga, Kasan diperhatikan oleh Umrah, tukang kebun dan pelayan istana, semua pekerja dan pelayan istana. Sudah menjadi wara-wara dalam istana seorang hamba mendekati puteri diraja.

Sekali lagi ini juga, Kasan membawa bunga. Tetapi kali ini, Tiara seakan sudah tahu yang Kasan akan menghadiri. Mata terus beralih lalu Kasan tiba-tiba berhenti dengan pandangan lembut Puteri Tiara. Kasan membeku dengan malu memegang seluruh tubuh. Seperti merekah patah, dia berpaling kepada semua orang di koridor. Ramai pula olah gaya yang pelik-pelik untuk membantu Kasan mengolak tindakan. Apa yang diambil sebagai ikhtiar adalah gaya adik Umrah yang menunduk hormat.

Kasan menunduk hormat ke arah Puteri Tiara. Tangannya, diletakkan di dada dan kepalanya ditunduk sedikit. Umrah senyum teruja sementara yang lain menghembus lega. Akhirnya, ada juga Kasan melakukan kerja dengan betul.

Kekok berjalan, dia berjalan bagaikan berkawat keras ke arah Puteri Tiara. Tiara hanya memerhati sahaja gelagat kekok Kasan. Dengan suara yang tersekat-sekat, Kasan cuba menyusun ayat.

“ha, ha, hari ini, saya bawa bunga. Bunga, bunga? Haah, bunga. Bunga ini cantik. Eh bukan, Tuan Puteri nampak cantik, eh bukan. Hari ni nampak bunga. AHHHHH”

“Hari yang indah bukan?”, Kasan terkedu apabila ada balasan dari Puteri Tiara.

Keadaan menjadi diam seketika. Kasan menarik nafas yang dalam, cuba untuk menenangkan diri. Dengan suara yang lancar dia berkata.

“Tuan Puteri, saya adalah Kasan. Betul hari yang indah hari ini. Boleh kah saya sebagai hamba ini duduk dan menemani Tuan Puteri?”

Bayu angin melayang ke arah mereka. Rambut Puteri Tiara dan Kasan melayang didansar oleh angin. Muka suci Tiara dan muka comot Kasan disapu lembut lamar angin. Tangan Kasan dicapai Tiara. Kasan naik merah di muka namun dia cuba menahan tangannya yang dihulur dengan ketar-ketar.

“Terima kasih Kasan untuk bunga ni, kamu boleh teman saya di sini.”

Jelas nampak muka gembira di muka Kasan. Dia melambai ke arah koridor. Tukang kebun seakan tidak percaya. Umrah dan pelayan istana menutup mulut mereka yang senyum gembira. Semua yang menyaksi bakal menyoal kebenaran, seorang hamba membuka kata-kata keluar dari seorang puteri yang telah mati jiwa. Seperti tali benang yang mengangkat jasad dari dasar lautan. Yang paling gembira adalah Umrah. Betul kata abangnya Kasan. Mereka akan keluar dari tempat ini.

Kasan mula membuat bual bersama Puteri Tiara. Panjangnya jangka, tapi yang berkata-kata hanyalah Kasan, manakala Puteri Tiara hanya menggangguk, menggeleng, menjawab ya, tidak, betul, tak dan pertetahan pendek yang seumpama dengannya. Tanpa reaksi lagi.

Hampir setengah jam mereka berbual. Seorang pengawal istana datang ke arah mereka.

“Tuanku Puteri Tiara, sudah sampai masa untuk Tuanku membaca kitab.”, seruan pengawal istana itu dibalas angguk Puteri Tiara.

Puteri Tiara bangun dari tempat duduknya. Sebelum dia pergi, Puteri Tiara mengangkat sedikit gaun dan menunduk sedikit ke arah Kasan sebagai tanda hormat . Kasan yang terkejut itu terus meletakkan tangan ke bahu dan menundukkan kepala. Puteri Tiara pun berlalu pergi. Sementara itu pengawal istana itu melihat ke arah Kasan.

“Saya tak tahu sama ada kamu ni bodoh atau terlebih berani. Kalau kamu bodoh, aku akan cakap supaya sedar sikit diri kau. Kau itu hamba. Tapi kalau kau berani. Aku puji kau. Hati kau memang kering untuk tegur Puteri Tiara.”

“Apa yang mamat ni cuba nak sampaikan hah?”, rungut Kasan dalam hati mendengar pujian atau hinaan dari pengawal istana. Dia hanya berdiri saja menumpu kepada Puteri Tiara yang sedang berjalan masuk ke dalam istana.

Angin berderu membelai tarian dedaun ke lelangit pagi yang menyapa petang. Lalu cahaya mentari ditarik laju ke tengah hari. Semasa Kasan dan tukang kebun sedang membersihkan lantai taman istana.

“Kasan, kau kena ingat kau tu hamba, Puteri Tiara seorang bangsawan.”

“Ahh kau, ingat aku berbual dia sebab aku nak bercinta dengan dia ke? Aku cuma nak cari kebebasan aku lah.”

“Kasan, dah jadi bual mulut satu istana dah. Entah-entah dah sampai ke raja dah. Puteri Tiara tidak pernah bercakap. Satu hembus udara pun tidak pernah keluar dari mulut dia. Tambah lagi, dia tu tak pernah tunjuk reaksi pun.”

“Dah tu?”

Tukang kebun rasa terkilan yang teramat dengan ‘dah tu’ Kasan itu. digenggam sahaja kuat penyapu supaya tidak dilepas ke kepala budak bebal ini.

“Benda ni benda besar, bodoh. Kau tu benda kecil sahaja. Kau dah buat benda besar. Benda besar ni kalau baik tak apa. Kalau buruk?”

“Pandai-pandai la aku pikir. Bercakap je kot? Bukan berbogel. Aku nak bebas aku dengan Umrah tu sahaja.”

“Kebebasan? Kau nak bebas tu je? Kenapa kau tak mintak je dekat tuan kau.”

“Dengan Tuan Jeferry? Memang tak la tua kutuk tu nak lepaskan aku.”

Jangan dicari nahas jika mulut itu elok sahaja. Bahu Kasan dipegang kuat. Perlahan-lahan perpaling, “Apa yang kau cakap Kasan, tua kutuk?”, seorang lelaki, dalam lingkungan 40an berdiri tegak di belakang Kasan.

“Tuan Jeferry!?” Kasan dan tukang kebun terus melompat lalu menunduk hormat kepada bangsawan itu. Seorang bangsawan, dihiaskan dengan emas penuh dijari. Disarung pula pakaian yang penuh anggun merah-putih. Tetapi, tua kerepot jelas dari rupa yang angkuh.

“Kau nak dibebaskan? Kau ingat senang aku nak bebaskan kau ataupun adik kau? Harga kau terlalu tinggi sebagai seorang hamba untuk aku lepaskan ni tambah pula dengan adik kau.”

“Maafkan saya Tuan Jeferry.”, dengan tidak mengetahui apa-apa salah yang dilakukan, tukang kebun meminta maaf. Tetapi bukan Kasan. Kasan masih lagi menunduk ke bawah.

“Kasan, aku dengar kau cuba berbaik dengan Puteri Tiara? Betul ke?
Kasan hanya berdiam diri dan masih menunduk.

“Cuba mintak kebebasan kau?”

Masih lagi menunduk.

“Kenaapa kau masih menunduk, bukan ke kau ada hati yang keras untuk bercakap dengan Puteri Tiara bukan? Sebelum ni tiada pula kau nak hormat aku? Hah Kasan?”

Kepala Kasan yang masih melihat tanah mencemar berang ke muka bangsawan itu. rambut disikat ke belakang, terus menegak seperti alunan kilat. Takat merah naik sahaja di muka. Berang dia melaung.

“WOI KASAN?! Aku tanya ni! Jawab budak tak guna! Mana hati keras kau?! Aku tahu kau tu bebal sangat sampai tak tahu mana berani dan mana bodoh! Sekarang jawab!”

Pandangan sahaja yang naik, namun mata itu bergitu tajam cukup untuk menembar renjatan gerun meremang kepada Tuan Jeferry. Panah petir terpatah dengan pandangan Kasan lalu dia berkata.

“Saya tunduk bukan sebab saya takut kepada Tuan marah kerana meminta benda yang tidak munasabah bagi saya seorang hamba. Tapi saya tunduk sebab ada orang lagi besar di belakang Tuan.”

Jeferry hairan. ‘Orang yang lebih besar daripada saya?’

“Orang yang lagi besar daripada saya?”

Jauh di koridor istana tingkat dua. Tidak bergitu jelas tapi riak badan dan gaya sudah kenal dan diketahui. Maka sekalian taman jatuh di bawah taklukan agung penglihatan megah dia. Seorang perkasa Raja Argus, sedang memandang tajam ke arah mereka. Gerun kepada kemegahan dalam suram, masih lagi megah. Tukang kebun yang baru sahaja perasan juga ikut menunduk sekali lagi. Tuan Jeferry cuba untuk meneliti dengan betul. Apabila benar, bangsawan bongkah ini terperanjat dan terus menunduk hormat.

Kasan masih lagi mengenal langit dan bumi namun Kasan tidak pula mengenal apa diantara. Dia tidak akan tunduk kepada monyet angkuh dengan penghiasan. Dia akan tunduk kepada siapa itu raja. Dan Raja Argus sememangnya seorang raja buat hamba ini.

Selepas beberapa ketika, Raja Argus teruskan perjalanan, menghiraukan urusan mereka. Rambut panjang keemasan diselak semula ke belakang. Tuan Jeferry mengangkat kepala semula. Jelas di wajah, pucat dengan kecuaian diri tidak mengenal apa yang berlaku sekeliling. Bukan setakat rambut yang belah tengah itu, sekali dengan misai juga berserabai. Setelah nafasnya sempat dikejar. Dia berpaling ke arah Kasan semula. Cuba untuk menyatakan semula di mana tanah dia berdiri.

“Kau ni tak guna betulkan. Kau patutnya bagitahu le.... eh, mana budak ni pergi, OIII KAU NAK PERGI MANA TU?!”. Tuan Jeferry hanya melihat tukang kebun sahaja sementara Kasan sedang berlari ke arah koridor tembok.

“Maaf tuan, saya nak sambung kerja.”

Sementara Tuan Jeffery menjerit kepada Kasan, mereka tidak sedar yang Amri juga memerhatikan mereka besama Raja Argus. Tidak membuang masa, dia cuba untuk mengejar semula rentak jalan Raja Argus.

“Jadi itu la budak yang aku dengar? Seorang hamba yang berani berbual dengan Tiara?” Raja Argus menanya Amri yang mengikutnya dari belakang.

“Betul Tuanku Raja Argus, saya dapat tahu hajatnya adalah untuk menjadi seorang yang merdeka bersama adiknya. Dia dengan bodohnya mendekati Puteri Tiara. Tuanku ada apa-apa titah untuk saya jalankan kepada budak itu?”

Raja Argus hanya berdiam diri sahaja.

Sampai sahaja di hadapan satu pintu gergasi, pintu ke arah dewan penghadapan.

“Amri, siasat budak tu, jika betul dia hanya berhajat untuk dibebaskan, biar dia usahakan dengan Tiara. Tidak mengapa. Saya benarkan. Sebab seseorang macam dia, lain daripada orang lain.”

“Jika dia mempunyai niat lain?”

“Dia seorang hamba, fikirkannya.”

Pintu ditolak maka diperlihatkan bangsawan-bangsawan dan menteri-menteri sedang menunggu kehadiran sang raja. Dewan penghadapan di gubah menjadi dewan penghakiman. Ada yang duduk di juri. Mereka berborak di medan luas. Mengkritik dan menilai kebongkahan. Yang sedang berdiri di pengawal dan menonton. Merendahkan orang dengan mata mereka. Sesuatu yang janggal menjadi buah penghinaan dimamah minda mereka sendiri. Yang duduk di beranda atas termasuk Airish. Berbisik diantara telinga. Menyebar api fitnah dikalangan yang terhormat. Raja Argus hanya mahu melintas khalayak manusia untuk duduk di atas takhtar agung.

Kain belakang di tebar luas sebelum bersemai sasa di atas singgahsana. Sekalian seisi dewan mengaku hormat kepada sang raja. Mereka berdiri, menyapa dada dan menundukkan kepala. Tidak ada satu kepala pun dari belakang hingga ke hadapan Raja Argus berani didongak. Selesa sang singa menyangkut dagu melihat pemerintah. Mata menyebar gerun sesiapa yang bertemu terus ke lubuk. Garang menghantui rupa, mahkota tidak dipakai ,tetapi hanya disangkut di tempat duduk sudah cukup untuk mengenalkan siapa raja.

Raja Athenas. Dunia seakan di pandang kecil di depan. Hormat bercampur hina walaupun seorang yang kelihatan hebat di hadapan. Amri hanya tunduk dengan tenang. Airish pula tersenyum sedikit manis dan sedikit niat yang tersembunyi. Manakala di kalangan mereka mempunyai riak mereka sendiri sementara menunduk.

Membawa agenda kendiri di hadapan sang raja.

Tidak pula mereka perasan. Namun seperti mereka dapat meramal. Apabila Raja Argus mengangkat tangan, maka sekalian yang terhormat mengangkat kepala, menumpu yang agung.

Maka berlansunglah perbicaraan mereka.

“Seperti kalian sedia maklum daripada Amri, sekarang aku nak kamu semua mendapat kepastian dari diri aku sendiri. Aku dah berusia 65 tahun. Dah tua. Aku rasa aku dah tidak mempunyai banyak masa lagi di atas muka bumi ni. Sudah sampai masa aku ingin cari raja baru untuk ganti aku. Aku dah membuat keputusan. Dan keputusan aku adalah muktamad. Syamin Dorian, dari Kerajaan Jaiyansin, akan aku kahwinkan dengan Puteri Tiara, sekali gus mengangkat beliau menjadi pewaris takhtar Athenas yang seterusnya. Itu adalah kata muktamad daripada saya, Raja Yang Mangkat, Raja Balarus Sari ke III, anak kepada Raja Anakkin I, Raja Yang Gagah. Aku bagi tahu ini supaya mudah untuk kamu semua menteri bersedia untuk berubah pucuk pimpinan nanti.”

Kata-kata bergelombang ke seluruh dewan. Ada yang tergamang, ada yang ketawa, ada yang bergelabah dan ada yang tersenyum. Mereka berbincang di antara mereka di bawah kepalsuan diam. Berbisik seperti tidak. Bertukar pendapat di antara mereka sehinggalah ada yang ingin bersuara. Tangan di angkat.

“Ada apa, Mudan Alpris?”

Yang mengangkat tangan itu adalah seorang remaja lelaki. Berkulit putih dengan muka yang sedikit lebar. Berambut putih, disarungkan bishop. Dipakai jubah labuh putih dengan lambang pokok bewarna emas di belakang. Di tengah pokok, satu tompok bulatan merah. Agak muda untuk menjadi menteri dan agak budak untuk menjadi seorang remaja.

“Saya rasa Tuanku Argus tahu apa yang kami, pihak Gereja Sholaris ramalkan jika bukan raja yang sebenarnya menaiki takhtar? Huru-hara akan jatuh ke Kerajaan Athenas. Saya pun rasa Tuanku Raja Argus sendiri tahu benda ini yang diajak semasa permulaan baca kitab lagi kan?”

Berani betul mengsinih sang raja.

“Mudan Alpris, tiada lagi orang yang aku rasa layak dan memenuhi kriteria. Itu termasuk semua orang yang ada dalam istana dan di luar. Paling dekat yang aku kenal adalah Syamin Dorian. Dengan pencapaian yang aku dengar, dia yang paling dekat dalam pilihan aku.”

“Paling dekat?”

Mudan Alpris menguji tasik yang tenang.

“Paling dekat? Tetapi bukan dia kan? Kalau setakat Syamin Dorian, boleh saja pilih saya menjadi Raja? Dengan kuasa yang saya ada, saya boleh buat lebih lagi dan Tuanku tahu sendiri kan?”

“Kamu cakap banyak untuk seorang Mudan muda?”

Maka ketakutan meriang sekalian dewan dengan tanda tidak senang hati Raja Argus. Tetapi tidak untuk Mudan Alpris. Dia masih menekan.

“Bagaimana dengan kerabat diraja? Ataupun dari kalangan kami, menteri-menteri? Adakah kami tidak layak?

Kenapa mesti orang luar dan lebih teruk kerabat dari kerajaan lain?

Kenapa tidak dibicarakan tentang kelayakan?

kenapa sekarang?

Jawab wahai Tuanku Raja Argus Yang Mangkat, sebab kerana semua rakyat mu mendengar”

Tekanan demi tekanan akhirnya menyuamkan keadaan dengan ketatukan akan tindas murka Raja Argus terhadap mereka. Walaupun jelas Mudan Alpris yang mencucuk, tidak lari mereka dari dewan ini selagi tidak selesai.

Hahah....

Geli hati sang raja. Jawapannya adalah.

“Salah satu daripada kriteria yang di minta dalam kriteria permilihan adalah Raja yang akan jaga Kerajaan Athenas adalah dengan raja yang lama mempunyai kepercayaan kepada raja yang akan menaik takhtar.”

“Habis? Adakah tuanku mempercayai Syamin Dorian, semata-mata dia adalah anak kepada rakan kongsi terkuat Kerajaan Athenas?”

“Jaga ton kamu Alpris, bukan sebab kamu seorang Mudan, kau boleh naik suara kepada aku.” Mudan Alpris berundu skit ketakukan apabila pandangan garang Raja Argus menusuk naluri takutnya.

“Kamu semua hendak tahu sesuatu?”

Semua menteri menumpu semula kepada Raja Argus.

“Raja Yang Gagah, Raja Annakin I, ayah aku. Kamu ingin sesuatu rahsia daripada dia?”

Keadaan di dalam dewan penghadapan menjadi semakin tegang dengan sesuatu yang akan diberitahu Raja Argus. Sementara itu Raja Argus hanya tersenyum sahaja.

“Telah dibunuh oleh ibu aku.”

Semua orang terkejut dengan keterangan Raja Argus. Seorang permasuri membunuh seorang raja? Sebab apa?

“Percaya sebab cinta, akhirnya ayah aku dibunuh, maka naiklah Raja Dengan Sayap Ambas, Raja Vans, buah hati rahsia ibu aku. Seperti aku ni budak yang senang-senang untuk dibodohkan. Raja Vans dikatakan telah pergi mencari ubat untuk racun yang tiba-tiba terkena kepada ibu aku dan tidak kembali dari Tanah Tinggi akhirnya ibu aku mangkat. Raja Vans sebenarnya mempunyai gelaran baharu. Ceritakannya Amri.”

Semua pandagan melekat kepada Amri. Itu termasuk Airish.

“Raja Yang Dibuang Ke Lubang Penyeksaan, Raja Vans telah mati di penggal bersama-sama dengan Permaisuri Anas.”

Sekali lagi mereka tergamang dari keterangan Amri pula. Mereka sambung berbisik. Mengorek logikal dari simpulan yang baru diketahui kini. Sememangnya bergempa sungguh perbicaraan kali ini.

“Ini semua sebab percaya. Ayah saya percaya ibu saya kerana cinta, mati kerananya. Ibu saya yang percaya kepada Vans yang benda ini tidak diketahui, mati kerana Vans tidak merancang plotnya dengan betul. Seorang ibu, si pelacur istana, Anas, mati di tangan anak kesayangannya sendiri, aku. Dia percaya kepada aku termasuk Vans tetapi aku yang tamatkan nyawa mereka.”

Raja Argus terdiam sementara sebelum menyambung.

“Aku yang percayakan cinta hanya mengulangi kisah yang sama dengan matinya Permaisuri Melissa. Sekarang kau ingat ada ke orang yang aku harapkan. Kriteria itu sudah lama tidak dipenuhi. Masa kehancuran Athenas sudah tidak lama. Aku rasa orang-orang yang hebat seperti korang semua sudah tahu benda ini. Kita cuma berharap yang benda ini tidak berlaku di semasa kita masih hidup supaya kita dapat menjalankan hidup seperti biasa.”

Mereka semua diam seribu bahasa.

“Cerita pasal kriteria, heh. Benda tu dah lama tidak dipenuhi. Sekarang kamu semua boleh bersurai. Buat persediaan untuk permindahan takhtar sebab aku rasa sebaik sahaja, Khairan Syamin Dorian menjadi menantu aku, aku nak turunkan terus pemerintahan Athenas.”. maka siap sahaja ucapan terakhir Raja Argus untuk perbicaraan hasratnya. Melangkah turun lalu terus keluar, meninggalkan menteri dan bangsawan berbalah diantara mereka.

Semua orang mengeluahkan risau masing-masing. Banyak benda yang mereka tidak puas hati dengan keterangan jelas Raja Argus. Sementara itu Airish datang kepada Amri.

“Petunjukan yang agak menarik bukan hari ini?”

“Airish, siapkan burung-burung, hantarkan pesanan kepada semua datuk bandar, penghulu kampung, penghulu puak dan semua pos-pos kerajaan. Kita akan ada pertukaran kuasa yang sah.”

“Aih kamu ni, rileks la dulu. Kita patut bergembira dengan pertukaran kerajaan ini.”

Amri hanya senyap sahaja. Airish yang tidak puas hati daripadi reaksi adiknya kepada joget kecilnya mula mencucuk bara kepanasan sekeliling.

“Hipokrit betul Raja Argus, ceritakan tentang bencana yang akan melanda Kerajaan Athenas jika raja yang saya menaiki takhtar tapi Khairan Syamin juga dipilih untuk diangkat menjadi Raja. Saya hanya cakap sahaja, saya tidak kisah. Syamin Dorian tu agak kacak juga.”

“Kamu tidak dengar ke apa yang Raja Argus katakan, kritiria itu sudah lama tidak dipenuhi sebab tiada yang layak. Itu termasuk dia. Dia bukan hiprokit, kamu...”

“Saya jangan pandang rendah dengan Raja Argus. Saya tahu lah”, Airish berasa jengkel dengan pesanan yang selalu dipesan Amri itu.

“Lagipun mana kamu tahu perbualan saya dengan Raja Argus?”, pertanyaan Amri mengejutkan Airish. Memang betul Raja Argus ada menceritakan tentang kemusnahan kerajaan Athenas jika bukan raja yang sebenar menaikki tahktar tetapi pada ketika itu, Airish tidak ada di sana.

“Saya,...”

“Oh nampaknya ada orang pasrah”, dengar daripadanya, Airish mengikut pandangan Amri. Apa yang Airish nampak, Mudan Alpris. Giginya dikacip seperti hendak pecah. Baju putihnya menjadi kelabu kerana basah dengan peluh. Mukanya pucat lesu. Memandang tanah seperti geram sahaja untuk menumbuk dan menebar cemar darah ke dewan ini.

“Nampaknya Mudan istana tak dapat terima keterangan ni. Lagipun dia hanya seorang mudan.”

“Tidak mengapa, lagipun sebenarnya perkara jadi semakin cepat kalau Athenas dan Jaiyansin bergabung.”

“Maksud kamu operasi kita?”

“Bukan setakat operasi, banyak lagi.”

Amri berbual bersama Airish sambil mereka keluar dari dewan penghadapan yang sedang bingit itu.

Mudan Alpris, ada sesuatu yang dia rancang di minda. Apa yang mendatang, biarnya mendatang. Pokok Sholaris tidak akan menenggelamkan bumi selagi dia tidak berhasrat di malam hari.

Sudah beberapa hari melepasi. Kasan masih lagi cuba untuk berbuat bual dengan Puteri Tiara. Biasalah apabila sudah mula untuk berbual sekian hari, mestilah ingin sesuatu topik yang baharu yang diucapkan. Tetapi Kasan jelas pasrah di mukanya. Sedikit hampa apabila apa yang diceritakan adalah sama sejak beberapa hari ini. Cuaca, makanan, sihat atau pun tidak dan apa yang tuanku belajar ketika membaca kitab, perkara yang sama tiap-tiap hari. Tambah lagi Puteri Tiara yang bukan tidak banyak bercakap, tetapi memang tidak bercakap terus. Sekali lagi selepas beberapa ketika, pengawal istana datang untuk menyeru Puteri Tiara tentang masa untuk membaca kitab.

Sekali lagi, seperti hari-hari yang sebelumnya, selang dengan sudah beberapa minggu, masih hasil yang sama. Inginan hati, mahu sahaja diri dipercepatkan hasrat. Namun, usaha seakan menemu pangkal kebuntuan.

“Aku nampak setakat ni je kau boleh buat budak. Dah tak boleh pergi jauh dah.” Tukang kebun hanya dapat menyindir Kasan yang sedang duduk dalam sebuah pondok kecil, menelan hasil usaha yang sama tidak menjadi hari ini. Daun-daun yang sedang disapu tukang kebun itu tiba-tiba terbang ditampar angin.

“Aih?! Tak guna betul punya angin.”

Sedang Kasan melayan tenang sejuk angin lepas sikit dari tengah hari, Kasan menyatakan persoalan kepada tukang kebun itu.

“Hei orang tua, kau tahu ke apa yang perlu aku buat untuk lebih rapat kepada Puteri Tiara?”

“Eh, apa pasal tiba-tiba tanya ni? Kalau kau tanya aku mana la aku tahu budak.”

“Apa yang puteri nak eh? Aku susah nak baca Puteri Tiara ni.”

“Bukan setakat kau lah yang tak dapat baca, ayah dia sendiri pun tak tahu apa yang Puteri Tiara mahukan. Mungkin dia nak ibu dia balik?”

“Ibu dia balik? Maksud kau? Aku kena jadi ahli sihir dan cari cara untuk hidupkan orang yang telah mati?”

“Kalau kau boleh hidupkan orang yang dah mati, buat apa kau nak jadi hamba lagi? Kau dah jadi ahli sihir paling hebat satu alam kalau kau boleh hidupkan orang yang dah mati.”

Maka langit ditenung diharap buat minda. Mencari perspektif dari setiap nilai yang Kasan ada terhadap usahanya itu. tapi tidaklah bijak sangat budak ini dibuktikan dengan soalan yang sama.

“Jadi bagitahu aku apa yang aku perlu buat untuk jadi lebih rapat dengan Puteri Tiara? Jika betul kau kata mustahil untuk aku jadi ahli sihir bagaimana pula sebagai hamba?”

Tukang kebun hanya mengeluh panjang. Dia sambung penyapu semula dedaun yang terbang dek angin sebentar tadi.

“Dah tahu kau tu hamba buat apa pergi dekat Puteri Tiara tu? Nasib kepala kau tak kena potong je tau.”

“Tapi aku masih kat sini kan?”

“Kau ni tak habis-habis cakap besar. Satu masa kau terima padah tu nanti.”

“Takda la orang tua, aku tak kisah sangat aku. Kalau orang nak hambakan sampai aku mati pun aku tak kisah, tapi impian aku adalah untuk tengok Umrah bebas dan bahagia.”

“Bukan ke kau nak ke laut dengan Umrah kalau kau dibebaskan?”

“Benda tu Umrah yang nak. Aku dengan Umrah mana pernah tengok pantai. Jadi aku pun cakap dekat dia, ‘Daripada tengok pantai, lebih baik kita menjelajah laut’.”

Tukang kebun sekali lagi menghembus nafas panjang sambil tangan menyambung sapu dedaun. Walaupun dibenci perangai, kesian juga dengan hasrat tidak tercapai Kasan. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang yang tersayang.

“Aku pun tak tahu budak, mungkin kerja gila, tapi aku rasa kau kena cari cara untuk berada lebih rapat dengan Puteri Tiara. Mungkinlah, dapat la kau cerita sikit apa yang dia buat tiap-tiap hari.”

“Ikut dia?”

“Tapi tu kerja gila budak, kau tu hamba yang sepatutnya depan pintu pun kau tak boleh pijak. Tapi mungkin kau naik taraf kau daripada hamba kepada kuli istana? Tapi kau masih tak boleh ikut dekat Puteri Tiara?”

Tiba-tiba tukang kebun tersentak dalam permikiran sehingga ingat dengan siapa dia berbual. Kasan pernah buat kerja gila dengan mendekati Puteri Tiara, dia mungkin cukup gila untuk cuba mendekati Tiara untuk bersama di dalam istana.

“Kasan kau jangan buat benda gila sekali lagi, aku pesan kat kau. Cukup lah kau berbual dengan Puteri Tiara di dataran. Raja Argus pun dah tengok kau hari tu kan? mesti dia dah tahu yang kau cari kebebasan.”

“Tapi aku tak pasti lagi selagi benda tu tak keluar dari mulut Tuan Jeffery atau siapa-siapa yang ada kuasa yang boleh bebaskan aku. Lagipun apa la sangat Raja Argus nak melayan orang macam aku ni.”

“Mesti ada cara lain selain daripada buat kerja gila macam kau ni. Tolonglah, aku dah nak tercabut dah jantung aku ni bila kau berbual dengan Puteri Tiara, ni pula kau nak cuba ikut dia sampai dalam istana.”

“Kau yang cadang kan?”

“aih silap aku juga yang cadang. Tapi bukan semua dalam mulut aku kau nak kena ikut, aku akan tolong kau, bagi nasihat dan cara untuk kau keluar menjadi orang yang bebas tapi tolonglah bukan dengan cara ni.”

“Kalau macam tu, kau cuba bagi cadangan dekat aku, cara lain untuk aku lebih rapat dengan Puteri Tiara, supaya aku dapat kebebasan aku.”

Tukang kebun tersentak. Terus dia cuba untuk memikirkan cara lain sementara Kasan sambung menyandarkan ke tiang pondok kayu itu. Sedikit tembus lubang-lubang corak pondok itu mencorakkan cahaya indah, dilukis di tanah. Sedikit tepisan ada yang mengenai muka Kasan. Sejuk bertemu sedikit suam menjadi nyaman tengah hari yang ingin bertemu senja itu membuaikan.

Sedang Kasan ingin mempura-purakan terlelap, kedengaran batang kayu penyapu jatuh ke tanah. Menoleh ke arah tukang kebun, sudah menunduk hormat ke arah seseorang.

“Puan Airish, selamat sejahtera puan.”

Kasan melihat di hadapannya seorang wanita perempuan yang tinggi lampai. Dadanya menolak jauh dan rambut didandan sedikit lurus dan sedikit kerinting. Airish datang menemui mereka.

“Saya datang sebab saya dapat tahu yang ada hamba yang inginkan kebebasan untuk dia dan adiknya. Boleh saya tahu siapa?”

“Oh mungkin itu adalah...”

“Itu adalah saya, Kasan. Saya nak kebebasan untuk saya dan adik saya, Umrah, hamba di dapur istana.”

Tidak menghiraukan adat, Kasan menuntut harapan seperti tahu ini adalah masa untuk dia dan Umrah dimakbulkan kebebasan. Terus dia menghadap Airish tanpa hormat darjat disembah. Tukang kebun hanya tergamang melihat tindakan gelojoh Kasan bercakap dengan selesa kepada Airish.

“Oh kamu la orangnya, budak yang berani meneguk seorang puteri. Semua orang dalam istana tahu apa yang kamu buat. Saya pun ternganga, sebab saya pun tidak berani menegur Puteri Tiara.”

Jelas tinggi hidung Kasan mendengar. Tetapi bukan pujian yang ingin dekejarnya tapi merdeka diri dan adiknya, Umrah.

“Saya datang ke sini kerana saya ingin melihat sendiri hamba yang berani tu. Kalau kamu la orang, agak kacak rupanya. Kalau dilahirkan bukan sebagai hamba, mungkin saya dah mengambil kamu untuk bekerja dan berdidik di bawah saya.”

Simpulan jenaka puji dimainkan Airish kepada Kasan. Ketawa perasan sendiri Kasan dibalik semula.

“Sebagai kepastian, betul ke kamu inginkan kebebasan sahaja? Maksud saya, kamu mendekati seorang puteri raja sebuah kerajaan. Kamu sebenarnya boleh meminta lebih lagi.”

“Mungkin di mata orang yang sudah bebas, benda tu apa la sangat tapi bagi saya dan adik saya Umrah, bebas kami maksudnya tak lagi terikat dengan siapa-siapa, cuba untuk mengejar kami sedang kami cuba larikan diri.”

“Hahahahahha... Kamu ni memang lawak Kasan.”. Airish cuba untuk melakon ketawa tetapi kelihatan terlebih la pula. Apa la sangat untuk Kasan dan tukang kebun untuk sedar.

“Jika itu yang kamu mahu, saya hanya mahukan kepastian di depan saya sendiri. Tetapi saya minta maaf, saya tak dapat untuk tolong apa-apa tentang nilai kamu dengan Tuan Jeffery.Itu sahaja, saya minta diri dahulu. Jumpa lagi.”

Tidak dapat berunding dengan Tuan Jeffery? Apa yang dimaksudkan Airish?

“Tuan Jeffery tidak mahu melepaskan kamu kepada mana-mana bangsawan, ahli falsafah ataupun menteri pun. Sebenarnya dengar sahaja dari kisah kamu dari bualan istana, ada sahaja orang ingin membeli kebebasan kamu, dengan belah ehsan. Tetapi tiap kali Tuan Jeffery mendengar ada orang ingin bebaskan kamu, dia naikkan harga sehingga tidak munasabah.”

Orang tua kutuk tu. memang dia menyimpan dendam terhadap Kasan mendalih kehormatan setiap kali Tuan Jeffery di hadapan. Tidak pula di sangka yang dia sanggup melakukan sedemikian agar Kasan dan Umrah tidak bebas. Ataupun itu yang Airish mahu Kasan fikirkan?

“Yang paling tidak masuk akan adalah harga adik kamu. Dua belian? Kalau saya dapat beli kebebasan kamu, mungkin kamu sahaja Kasan.”

Dua belian?! Ini dah melampau orang tua. Sampai macam ni kau nak makan aku. Angin berang bergelegak sahaja mendidih hati. Apakah seorang hamba akan bebas seandainya harga bebas dilangitkan permainan bangsawan kutuk. Gas mudah meletus dimampat sahaja di mulut untuk tidak mencarut.

“Kalau ada yang dapat bebaskan kamu, mungkin restu Raja Argus?”

Restu Raja....

“Apa-apa pun. Ini adalah tengah hari yang indah untuk bertemu kamu, Kasan. Saya minta diri dulu dan saya berharap impian kamu tercapai.”

“Kejap, nanti!” Kasan mencapai tangan Airish. Disebalik Kasan yang sedang beria, Airish mengacip mulut di balik muka. Bukan taraf Kasan seorang hamba untuk memegang tangan seorang yang anggun merak sepertinya. Mahu sahaja magis disumpah terbakar namun tetap menahan rasional di hadapan bawahan.

“Oi Kasan, hormat sikit kalau ye pun.” Tukang kebun melepaskan tangan Kasan dari tangan Airish.

“Maafkan saya, Puan? Puan?” matanya berdenyut sikit-sikit. Cuba menyorokkan barannya. Seorang hamba, Kasan tidak mengenali siapa Airish. Dengan jengkel Airish menyatakan.

“Puan Airish Bahaman.”

“Oh, ok, Cik Puan Airish Bahaman, saya nak minta tolong puan.”

“Kasan, dah dah la tu.Maafkan kami Cik Puan Airish, kami minta diri dulu.”, tukang kebun cuba untuk mengheret tangan Kasan tetapi Kasan tidak berganjak. Tambah lagi, Kasan mengsenjah tangan dari genggaman tukang kebun. Sememangnya permintaan ini, adalah pertolongan besar untuk dia.

“Puan, saya cuba rapat dengan Tuan Puteri Tiara dan akhirnya berjaya cakap la sepatah dua dengan Puteri Tiara, tetapi bukan itu yang saya nak. Saya bukan nak rapat dengan puteri sebab saya suka dia. Saya rapat dengan dia sebab cuba cari cara untuk bebaskan adik saya dan saya.”

“Baiklah, dan?” Airish menanyakan permintaannya.

“Orang tua tukang kebun ni cakap, saya perlu lebih rapat lagi dengan Puteri Tiara bukan setakat di dataran tu je tapi perlu masuk ke dalam istana.”

“Dan? Kamu nak minta tolong saya bagaimana hendak masuk ke dalam istana ke? Maafkan saya, tapi hamba tak dibenarkan masuk.”

“Tapi saya nak sangat kebebasan untuk saya dan adik saya. Saya nak bawa dia pergi melihat lautan luas dan melihat dunia benua lain.”

“Maafkan saya Kasan, tetapi tetapi tak ada apa yang dalam kuasa saya boleh tolong kamu. Aturan di sini tidak membenarkan hamba masuk ke dalam istana. Maafkan saya, saya perlu minta diri dulu.”. Kasan menunduk seribu kata mendengar apa yang dilafazkan oleh Airish. Sememangnya seperti tiada apa yang Airish dapat bantu. Ataupun itu yang Airish ingin Kasan pasti?

“Saya buat apa sahaja!”

Sekarang itu yang menarik perhatian Airish. Talam di sebalik tolehan berubah-ubah seperti syiling syaitan dan dewa yang sedang diterbang. Namun syiling itu dimainkan syaitan. Seperti itu yang Airish mahu dengar. Maka dia menyatakan hasrat dirinya yang sebenar untuk Kasan.

“Sanggup buat apa sahaja? Siapa nama kamu sekali lagi?”

“Kasan.”

“Kasan, saya hendak kamu berjumpa dengan saya esok hari di dataran taman belakang istana. Di sana saya akan beritahu cara untuk lebih rapat dengan Tiara.”

“Betul ke?”, Kasan terkejut seakan tidak percaya. Ada harapan yang diberi Airish untuk membantu meloloskan diri dari cengkam kunci hamba. Rebah dia lalu bangun dan memeluk tukang kebun. Tukang kebun pula yang tidak mendengar dengan betul apa yang mereka borakkan itu hanya menurut sahaja bergembira.

Ada niat disebalik lebarnya senyuman manis Airish yang melihat Kasan ini. Apa yang ditatapnya hanya boneka yang ingin dia mainkan di pentas rantaunya. Tapi itu kisah lain untuk babak lain. Sekarang hanyalah permulaan.

Yang dijanjikan Kasan mahu dituntut, di mana senja ingin dibelah malam, dia menunggu di taman belakang istana. Ditemani bunyi nyanyian cengkerik dan tiupan hoot burung hantu.

Walaupun baru sahaja senja melabuhkan diri, embun sudah menitis dari hujung bunga ke tanah. Sudah mula mengeluh kesejukan Kasan dibuatnya, barulah sampai Airish.

“kamu datang baguslah. Ikut saya.”

Airish membawa Kasan di sebalik pokok-pokok taman yang sedikit tebal di hujung kanan taman bersebelahan dengan tembok istana sebelah belakang. Gelap gelita tidak terlihat langsung apa yang berada di sisi. Hanya semak samun dan gelap yang misteri malam. Dia mengikut sahaja jalan hutan buatan sehinggalah mereka sampai di pangkal jalan. Sehingga Airish menyelak ranting dan dedaun paha. Maka tersuluh lagi jalan lama disebalik.

“Jumpa dah. Ikut saya.”

Mereka sambung berjalan lagi sehinggalah mereka berada betul-betul di sebelah dinding tembok istana. Tingginya tembok, hampir menutup sahaja lelangit malam. Namun ada pula cahaya bulan, betul-betul tertumpu kepada sebatang pokok yang tumbuh di dinding istana. Ingatkan rumpai, tetapi apabila diselak, jelas kelihatan sebuah laluan rahsia.

“Di sini ada jalan rahsia untuk keluar dari istana kalau tiba-tiba kita perlu larikan diri. Di sini adalah cara kamu masuk ke istana tanpa diketahui.”

“Oh dengan ni saya dapat masuk ke istana. Selamat ke?”

“Saya tak tahu lah sebab sepatutnya hanya raja dan menteri tertinggi sahaja yang tahu tentang ni, tapi ini sahaja cara kamu untuk mengintip Tuan Puteri Tiara di dalam istana. Saya hanya tunjuk, yang lain atas kamu, Kasan.”

Kasan menarik nafas yang dalam. Dia merangka buah minda.

masuk ke dalam dengan pertaruhan untuk tidak jatuh ke tangan pengawal istana dan menangguh berat hukuman yang setimpal bagi seorang hamba

ataupun,

pulang, tinggalkan peluang mengecapi cita-cita tinggi, ingin Kasan kotakan katanya kepada adiknya.

Gerakkan seterusnya ditilip Airish. Sinih senyum menyangka, seakan Kasan berlegar di dalam tapak tangan tanpa sedar.

Akhirnya langkah di buka dan Kasan memasuki pintu itu. Dia berpaling untuk menanyakan kepada Airish.

“Baiklah ke mana saya ingin pergi?”

Airish bersenyum sambil berkata, “lihat pemegang batang obor itu, ikut sahaja jalan yang masih mempunyai batang obor dan dengan kehendak pokok Sholaris kamu akan sampai ke dalam. Jika kamu ingin keluar ikut sahaja ke sini untuk pulang. Saya berjaga untuk tutup pintu ini.”

Airish menutup tirai pintu itu lalu di dalam laluan itu menjadi gelap segenap ruang. Kasan cuba meraba dinding. Cuba untuk menilip di manakah obor. Besi seakan bulat, sejuk dipegang, lalu kepastian terjamin. Kasan pasti apa yang dipegang adalah pemegang obor yang mempunyai obor mati, di hanya meraba semula ke hadapan untuk pemegang obor yang serupa dengannya.

Gelap mengunyah sekalian cahaya. Bunyi larian kecil dan kicauan kelawar sahaja yang dapat ditangkap deria. Tapi tidak dapat dilihat juga. Apa yang lebih menggerunkan apa yang diserekkan di kaki. Kengkadang apa yang dirasakan seperti sarang labah-labah. Ada seperti batang kayu. Ada pula tersepak berbola keras.

Batang kayu?
Berbola keras?
Batang kayu tidak seperti ini. Ini seperti,... Tulang manusia?!

Semua benak fikiran cuba dikosongkan dengan fikiran buruk yang ada di dalam. Dipaksa melangkah ke hadapan demi impian sebenar.

Sekarang Kasan tidak merasakan lagi dinding di hadapan. Apa yang dijumpa hanyalah bucu. Tetapi apabila Kasan cuba untuk menghulurkan kakinya, dia tersandur. Rupanya dihadapan terdapat tangga naik ke atas. Kasan berfikir dua tetapi tidak lama untuk mendaki tangga tersebut. Satu persatu anak tangga ditilip perlahan-lahan sebelum berpijak.

Sampai sahaja ke puncak, jauh di lorong gelap di hadapan, dia melihat, ada cahaya melayan bilik. Mungkin itu jalan keluar? Nafas disedut dalam. Air liur ditelan dan langkah di angkat pelahan. Walaupun sudah jelas tetapi di dalam dirinya masih ada rasa takut atas situasi-situasi yang disiarkan di dalam teater diri, ditangkap, dipenjara atau dituduh bersalah. Air keresahan jelas mengalir turun.

Sampai sahaja di tempat bercahaya tersebut, Kasan dapati. Satu ruang persimpangan bulatan yang menyimpang sebanyak 12 lagi lorong. Cahaya itu datang dari sebuah kristal yang dipahat di tengah-tengah ruang tersebut. Bergemelapan memenuhi keliling. Satu persatu lorong bersilang di keliling Kasan, membayangi genap fikiran resah hamba ini. Mana jalan yang patut dia muktamatkan. Sekarang Kasan menjadi buntu, jalan mana yang patut dia ambil.

Ada orang pernah berkata, ambil sahaja jalan mana-mana pun. Apa yang paling buruk boleh berlaku? Namun dalam situasi ini, perkara paling buruk diantara terburuk yang boleh menimpa Kasan. Ditilip lorong satu persatu. Ditoleh ke kiri, melihat lorong di hujung kiri. Ditoleh pula lorong di hadapan, lorong ke lima. Ditoleh pula lorong paling hujung pula. Pilihan demi pilihan silih berganti sehingga yang ketiga dari kanan tepati mata.

Kasan masuk ke dalam lorong, kembali semua ke dalam gelap.

Menempuh lalang langit dan meniti menggunakan tangan untuk mengetahui arah yang benar. Selekoh diambil. Simpang ditilip berkali. Tangga di naik dan diturun. Hampir 2 jam dia menerokai lorong yang bersimpul itu sehingga dia sampai...

ke jalan yang mati.

Bagi orang, ingin sahaja menjerit putus asa. Bagi orang, ingin sahaja memekik meminta pertolongan. Bagi orang, ingin sahaja berlari panik mencari jalan keluar. Walaupun seorang hamba, Kasan bukan sebarang orang. Demi kebebasan, dia sanggup. Dua belas lorong sekali pun, berbekalkan harapan dia sanggup. Hanya mengeluh panjang dilepaskan sebelum ingin pulang namun...

Cahaya?

Cahaya diselit-selit rekahan?

Mata yang tajam berjaya menangkap. Dinding disapu perlahan, sehingga terjumpa lurah tempat pemegang tangan. Ditarik pemegang tangan itu dengan semua kudrat maka dinding sekali bergerak terbuka.

Sebuah pintu rahsia rupanya. disebalik pintu itu terdampar cahaya. Tidak diingat resah disebalik nafas yang teresak-esak kepenatan mencari hasil usaha. Diserek tubuh memaksa keluar dari lorong gelap itu. keluar sahaja terus bertemu. Dua pasang mata sedang memandang tepat ke arah Kasan. Ingin gugur sahaja jantung ditadah tanah. Maka langit Kasan tidak lagi hujan mahupun mentari. Raja Argus dan Amri melihat tepat ke arah Kasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience