2

Fanfiction - KPOP Series 455

"Sesiapa yang belum berkahwin akan dijatuhkan hukuman! "

Mengingati pengumuman  itu, Jisoo mulai susah hati.

"Aduh, macam mana ni, aku belum kahwin. Matilah aku."

Dari tadi dia tidak habis bercekak pinggang dan berpusing - pusing di halaman rumah.

"Aigooo, apa masalah kamu ni Yiseo? Macam cacing kepanasan ni kenapa?"
Tuan Kim menegur tetiba.

"Aniiyo abah. Yiseo risaulah berita yang dah kecoh satu desa kita tu. Yiseo tak nak dihukum."

Tuan Kim membalas," ha tu lah, abah dah cakap kahwin ja dengan Moo Yeong tu. Tapi kau tak nak ha padan muka. Ambik ha."

Jisoo mencebik. Geram pula dengan ayah dia. Bukan menenangkan hatinya malah mengeruhkan keadaan.

"Ha nak pergi mana tu?" Tuan kim menegur Jisoo yang barusan memprotes mahu beredar pergi.

"Yiseo nak masuk hutanlah, nak kutip daun herba. Abah nak pergi jualkan esok."

"Tak payahlah. Nanti pegawai istana nampak kau. Mereka tangkap kau nanti. Ingat kau tu belum kahwin lagi."

"Ah malaslah fikir! Lantaklah dia orang nak tangkap ker apa. Yiseo takkan mudah mengalah. Yiseo belasah diaorang sampai lumat."

"Amboi cakap besar eh kau?"

"Anak siapa?"

Terangkat kening Tuan Kim berkali-kali pusing dengan kerenah satu-satu anak tunggal angkatnya itu.

Jisoo beredar pergi

Tak boleh buat apa. kalau A, A lah tak boleh nak pergi B atau Z. Jisoo takkan merubah keputusan.

*******************

"Tuanku Putera Mahkota Seok Jin telah tiba! "

Mendengar pengumuman itu, semua di pondok  itu berdiri dan menunduk hormat.

"Junjung  kasih tuanku."

Seokjin mara dengan hanbok diraja berwarna  biru duduk di kerusi diraja, di hadapan meja-meja pegawai tersebut.

Sida-sida  yang menunduk  hormat tadi turut duduk setelah Seokjin duduk.

Seperti biasa, Seokjin perlu menilai dan menguji  sida-sida ini seraya memberikan  pengesahan  kelayakan mereka terus menjadi pegawai bertauliah.

"Baiklah, beta akan mulakan dengan suatu teka teki. Beta akan beri masa sehari untuk kalian  siapkan. Esok  jam lapan pagi beta mahu jawapan  itu sudah ada atas meja beta. Sesiapa  yang lambat atau gagal menyempurnakan  tugasnya serta-merta dilucutkan jawatannya sebagai pegawai  malah tidak layak lagi untuk menjadinya."

Wajah sida-sida itu mulai  berubah riak. Perintah yang baru diberikan itu terlalu  berat. Namun mereka kenal Putera  Seokjin. Dia seorang  yang tegas.

Sebaik hujung lengan hanbok disingsing. Seokjin mencapai berus lalu dicelup ke dalam bekas dakwat.

Beberapa  kaligrafi ditulis di atas kertas putih  kosong.

Setelah siap, kertas itu diambil pembantunya dan dipamerkan pada  sida-sida  itu.

 
"Dendam dan kisah silam"

Seokjin berbicara,

"Beta mahu kamu cari maksud yang tersirat di dalamnya. Ia tidak ada dalam buku hanya akan ditemui jika kalian benar-benar merasainya."

Sida-sida itu mulai berkerut.

Seokjin meneruskan kata,"beta yakin ini soalan yang sukar. Apapun beta tak mahu jawapan kebudak-budakkan."

Seokjin bingkas untuk bangkit pergi dek tugasnya buat hari ni selesai.

"Ampun tuanku!"

Namun dia dihalang seseorang kemudian.

Seorang lelaki yang merupakan sida-sida itu, berhanbok merah berdiri tegak. Sambil tangan lurus ke atas.

"Patik dah siap tuanku."

Si pembantu Seokjin berubah riak agak marah.

"Agak biadab untuk kamu berikan sekarang."

"Tidak apa. Beta tak sabar menanti jawapannya."

Si pembantu itu akur lalu kertas gulungan, milik lelaki itu dicapai.

Kertas itu dihulurkan pada Seokjin.

Sebaik Seokjin membacanya dia tergamam.

Tbc ..

So let's know the cast....

Seok Jin/ Yeol

?

?

?

-Putera Mahkota
- Bakal raja
-Garang, tegas, serius dan beku wajah
-bijak, rajin menelaah buku
-cintakan Jisoo
-punyai kisah silam yang tragis
-Putera  yang baik

Kim Ji Soo/ kim Yi Seo

?

-Pasangan Seokjin
-berani
-cantik
-berdikari
-punyai  kisah silam yang menyedihkan
-misinya mencari abangnya semula
-Bukan pendendam
bertanggungjawab
-cekal
-pentingkan keadilan

Jeon Jungkook

?

?

-sida-sida hebat
-Ahli seni pertahanan  diri hebat
-Hero kedua
-Suka ceriakan keadaan
- spontan
-kelakar
-penyiasat rahsia peribadi Kim Seok Jin

Kim So Hye

?

-Anak kepada Kim Seungcheol
-kesunyian
-suka memendam rasa
-Hidup dikongkong ayahnya
-Anak yang taat
-cintakan Seokjin tetapi cintanya tak berbalas
-Menaruh hati pada Yoon Hee
-Heroin kedua

Jae Young/ Yoon Hee

?

?

-terdesak melakukan kejahatan demi melindungi adiknya
-orang suruhan Seungcheol
-misteri
-serius
-pendiam
-pelawan yang mahir
-banyak memendam  rasa
-menjadi mangsa  keadaan
-Hero ketiga

Other cast

King Lee Jim(ayahanda Seokjin)
Permaisuri Jina (ibunda Seokjin)
Kim Yun (ayah Yiseo)
Lee Hana (sahabat Yiseo)
Kim Seungcheol (menteri istana)
Menteri
Dayang istana
Pegawai
Pengawal
Penduduk  kampung.

voteeeeeee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience