"Aku mahu kau bunuh Putera Mahkota," Jaeyoung agak tersentak namun dia sedaya upaya mengawal riak wajah.
"Jika boleh secepat mungkin."
"Baik tuan!"
Tidak dapat menolak, Jae Young terpaksa menurut.
Jaeyoung keluar dari kediaman mewah itu menuju pulang ke rumahnya semula di sebuah rumah kecil.
Dia bertemu Chanyeol, rakan baiknya di rumah itu.
"Apa Tuan Sungcheol arahkan kau, pulak kali ni?"
"Dia nak aku bunuh putera mahkota." Jaeyoung merebahkan diri ke atas katil miliknya.
"Gilalah. Kalau raja tahu, boleh dipancung kau nanti."
"Dia janji akan lepaskan aku, jika aku berjaya bunuh putera mahkota. Dan waktu tu aku boleh bawak adik aku Jisoo pergi jauh-jauh dari sini."
Chanyeol memandang sepi si Jaeyoung. Dia turut merasa sedih akan kisah yang menimpa Jaeyoung
***************
"Tuanku putera mahkota Seokjin sudah tiba!"
Sebaik pengumuman itu dibuat, dua pintu milik kediaman So Hye terbuka.
Seokjin mendekati permaisurinya dengan wajah tiada reaksi.
"Tuanku!"
So Hye duduk dengan sopan menghadap suaminya.
Seokjin duduk berhadapanya lalu bersuara, "sudah lama tak berjumpa."
So Hye tersenyum, "iya, apa tidaknya kanda asyik sibuk sahaja."
Seokjin tersengih sinis,"memandangkan kanda sibuk, dinda pun turut sama? "
Air muka So Hye berubah.
"Apa maksud kanda? "
"Jangan berpura tidak tahu!"
Lee Seokjin bertukar tegang
So Hye menelan air liur pahit .
"Siapa bapa kepada kandungan dinda? "Suara Seokjin kedengaran lantang.
Jantung So Hye berdetak laju. Hujung baju hanboknya digenggam rapat.
Dia mempertahankan dirinya, "Apa yang kanda katakan? Ini anak kanda. Bayi dalam kandungan dinda, anak kanda."
"Anak kanda? Beta tak pernah sentuh dinda walau sedikitpun."
So Hye masih mempertahankan dirinya.
"Kanda pernah mabuk dan kanda lupa, pagi itu kanda bangkit dan berada di kamar dinda."
Seokjin tersengih sinis lagi. Telinga isterinya dirapati,
"Maafkan kanda, tetapi kanda yakin kanda tidak pernah menyentuh dinda walau sedikitpun. Kerana cinta kanda bukan pada dinda. Dinda bukan sesiapa di hati kanda. Perkahwinan kita hanyalah satu aturan keluarga. Ingat tu!"
Seokjin bangkit dari tempatnya lalu dia beredar pergi.
So Hye menatap sayu alas duduk yang diduduki Seokjin. Tanpa sedar ada air mata mengalir.
****************
"Anak siapa yang kau kandung? Lelaki, keparat mana yang kau tiduri? Apa kau tak ada maruah Kim So Hye? " Suara Kim Seungcheol naik seoktaf. Dia kecewa dengan anaknya. Memalukan!
So Hye berwajah tenang. Ikutkan hati mahu dia nangis sekuatnya.
Tetapi dia terus tenang mengekalkan karismanya.
"Maafkan So Hye ayah. So Hye tak sangka akan jadi begini."
Dia langsung tidak berasa serba salah sebenarnya. Dari awal dia tahu Putera Mahkota langsung tidak mempunyai, perasaan padanya. Untuk apa dia membazir cinta padanya.
Oleh kerana dia terlalu kecewa dengan Seokjin,dia telah menemui seorang lelaki. Ketika mereka berdua dibawah pengaruh alkohol, masing- masing menyerah diri dan terlepas ke lembah nafsu hingga tidak sedar mereka melampaui batas.
Sebaik sedar esok paginya, So Hye segera beredar pergi dari situ. Biarpun terkejut dengan apa yang terjadi. Dia terima apa sahaja yang akan berlaku.
"Aku akan tetap mempertahankan anak ini!" tekad So Hye.
Dan ketika itu, Seungcheol tiada pilihan.
Dia terpaksa membunuh Putera Mahkota.
Kerana dia sendiri mengetahui, putera mahkota tidak mencintai anaknya dan pasti akan menyingkirkan wanita itu kerana mengandungkan benih lelaki lain. Sedangkan dia adalah isteri putera mahkota.
*****************
"Ya ampun, penatnya! " Jisoo bersuara lelah. Dia duduk untuk merehatkan diri seketika. Peluh yang jatuh mengalir, dia seka dengan sapu tangannya.
Biarpun penat, namun dia gembira kerana banyak daun herba yang ditemuinya.
Hatinya berbisik gembira, "bolehlah abah jual dan bantu orang yang memerlukan."
"Hey!" tetiba ada suara menerpanya.
"Kau buat apa di sini sensorang. Mana peneman kau? "
Jisoo menjawab semberono,
"peneman? Saya sendiri di sini."
"Jadi, suami kau tak ikut?"
"Suami? Saya mana kahwin lagi."
Kedua lelaki berpakaian rasmi dari diraja itu saling berpandangan sebelum memandang Jisoo.
"Nampaknya kami terpaksa tangkap kau."
"Ke..kenapa? "
"Siapa suruh kau tak kahwin lagi? "
Jisoo melarikan diri setelah kedua kaki sida-sida itu dipijak. Mengaduh kesakitan mereka.
Dia berlari semahunya dan tika itu daun-daun yang dikutipnya jatuh ke tanah dek lariannya yang laju.
Ah, ruginya!
Namun dia terpaksa merelakan daun itu djatuh ke tanah, kerana jika dia berhenti sudah tentu dia akan ditangkap.
"Aduh, kau ni bodohlah Jisoo. Asal kau gi mengaku yang kau tak kahwin lagi. Adui!"
********************
"Tiada siapa yang anakanda dapat percayakan di istana ini bunda."
Seokjin melawat pusara bundanya.
"Anakanda takut kerana hidup dalam kalangan orang-orang yang pentingkan diri. Mereka sanggup saling mengkhianati dan berbunuhan."
Sejenak mata Seokjin berair.
"Anakanda rindukan bunda. Jika bunda masih hidup, pasti segalanya berbeza. Kerana tamakkan kuasa, ayahanda sanggup berbunuhan. Anakanda akan memperbetulkan segalanya. Anakanda janji akan mejadi contoh teladan yang baik kepada rakyat."
***********
Para pembesar duduk menghadap raja untuk mengadakan suatu persidangan.
Menteri-menteri istana mulai menyuarakan pendapat mereka.
"Sudah beberapa tahun, negara kita dilanda kemarau yang teruk."
"Ya..Ya! " yang lain bersetuju.
"Masih ingat kata si tukang tilik istana. Wilayah kita tiada hujan kerana Tuhan murka. "
"Ia. Tuanku putera mahkota tiada zuriat dan ini yang menyebabkan kemarau teruk terjadi. "
"Ya, betul-betul," yang lain bersetuju lagi.
Seungcheol yang turut menjadi menteri bersuara, " maaf, tetapi ada sesuatu yang kalian perlu tahu. "
"Puteri So Hye dah mengandung."
Suasana di situ bertukar menjadi riuh.
Seolah terkejut, dan pelbagai rasa bercampur. Diantara pelik dan gembira.
Pelik kerana mereka tahu Seokjin tiada perasaan pada So Hye dan itu kelihatan ketara sebenarnya. Gembira pula, kerana kemarau akan berakhir. Tapi betul kah?
Tbc...
Terima kasih sudi menekan butang reading??
Terima kasih juga pada yang sudi vote. Saranghaeyo??????
Maaf atas segala kekurangan, jika ada yang ingin tegur, harap menegur dengan baik????????
Sengaja buat cerita baru, kerana otak tengah memproses mencari idea untuk final part kim seokjin ; last vampire & kim seok Ha; New Generation.
Ok itu saja. Annyeong!
voteeeeeee
Share this novel