1

Fanfiction - KPOP Series 455

"Jadi, tuanku suka bunga Mugunghwa atau gwangyang maehwa? "

?

Mugunghwa (hibiscus)

?

Gwangyang maehwa (Plum)

"Be-beta suka awak. "

Ji-Soo mendongakkan wajah berhadapan Seok Jin.

Suasana menyepi, kerana masing-masing saling mendiamkan diri.

Janggal barangkali.

**************

"Ayah... Ayah.. "

"Mari pergi Ji-Soo! " Jae Young terus menarik tangan adiknya.

"Jisoo mahu ayah.. Kita tak boleh tinggalkan ayah!"

Air mata Jae Young menitis bersama tangannya masih kuat mencengkam tangan Jisoo.

"Ayah perintahkan kita pergi, kita kena akur. "

Jae Young tidak mahu berlembut lagi, dia mengheret adiknya beredar.

"Ayahhhhhhh.... " Jisoo terus berteriak.

Kali terakhir dia lihat ayahnya terbaring lemah di atas lantai penuh berlumuran darah. Dadanya tertikam sebilah pedang.

***************

"Maafkan abang ya adik. "

Jisoo menangis teresak-esak.

"Jangan tinggalkan Ji Soo, abang Jae Young! "

"Maafkan abang, Jisoo, kamu mesti berada dalam lubang ni, agar pihak musuh ayah tak nampak kita. Abang akan tutup kamu dengan daun-daun banyak ni, kamu duduk diam."

"Abang.. Abang!"

Jisoo menahan Jae Young yang mahu bergerak pergi.

Jae Young bereaksi.

"Abang.. Abang janji kita akan bertemu lagi? "

"Abang janji! Jika tak..mungkin di hayat akan datang. "

Jisoo mencuka. Dia mulai menangis.

Jaeyoung turut menahan sebak.

"Macam budak keciklah kamu ni, dah jangan nangis! "

"Memanglah Jisoo budak kecik, Jisoo baru berumur sembilan tahun. "

"Yalah. Tapi ingat pesan abang, jangan mudah nangis tau. "

"Ya." Jisoo mengangguk-angguk dengan bibir yang sudah muncung.

Jaeyoung sempat tersengih sebelum pergi. Jisoo menutup semula dirinya semula dengan daun-daun itu.

Seketika ada sekumpulan suara bergema.

"Mana budak-budak tu? "

Bunyi tapak kaki berjalan menghampiri kawasan kedengaran. Kelihatan ramai menghampiri.

Jantung Jisoo berdetak laju ketakutan.

"Cari sampai jumpa, dan bila jumpa, pancung kepala budak-budak tu, kita buat hiasan kemudian."

Suara tawa bersahutan dan menghilang kemudian.

Jisoo menangis kembali. Dia risaukan abangnya.

********

"Ah, penatnya. " Jaeyoung berasa lelah, dia duduk di sebuah batu besar. Lega rasanya dapat berehat seketika.

"Eh, budak tu!" Tetiba satu suara menyergahnya.

Jaeyoung segera berlari sebaik musuh-musuh ayahnya mulai menjumpainya. Mereka mengejarnya.

Hah! Hah! Tercungap-cungap dia menahan nafas lelah.

Namun dia harus terus berlari jika tidak mahu tertangkap.

Ah!

Bam!

Tidak menyangka Jae Young terjatuh akibat tersadung ranting kayu di pertengahan jalan hutan itu

"Mana kau nak lari? "

Mereka mengelilingi Jaeyoung dengan wajah mengugat.

"Matilah kau hari ni!"

"Nanti!" Ada seseorang menegur sewaktu pedang itu hampir membelah lehernya.

"Jangan bunuh dia, aku mahu jadikan dia hamba aku."

"Baik tuan!"

**************

Sekuntum bunga mugunghwa ditatap Seok Jin lemah. Bunga ini amat istimewa baginya kerana ada dua orang yang dicintainya amat menggemari bunga ini.

"Bunda!"

Seokjin teringat bundanya.

Kenangan dia dan bundanya mulai bermain-main di mindanya.

Bagaikan ada layar skrin di hadapan matanya, semua kenangan mereka berdua terimbau.

"Bunda... Bunda masak apa tu? Bukankah kita ada tukang masak diraja. "

"Ya, anakanda. Bunda tahu, tapi sup ni sup istimewa kesukaan ayahanda. Hanya bunda yang tahu resepinya, jadi, sebab itulah bunda di sini. "

"Wah, sedapnya bau."

"Nak bonda ajarkan kamu buat? Nanti kamu boleh buat untuk ayahanda."

"Apa yang anakanda tak boleh buat. Semuanya anakanda hebat. Dari ladu dan manisan, semuanya anakanda hebat. "

"Amboih, amboih anakanda angkat bakul pulak eh. Tapi betul lah tu, anak bunda memang hebat. Tengoklah siapa bundanya? "

Keduanya ketawa girang.

??
??

"Bunda... "

"Kenapa anakanda menangis? "

"Ayahanda pukul anakanda lagi bunda."

"Kasihannya anak bunda," Rambut anaknya dibelai lembut.

"Anakanda benci diri sendiri. Betul kata ayahanda, anakanda tak berguna. Nak hayun pedang pun tak larat, malah anakanda selalu rumitkan keadaan."

"Taklah! Siapa kata. "

Tubuh Seokjin segera didakap erat permaisuri Jina.

"Bunda tipu!"

Jina terkejut pabila tubuhnya ditolak lembut.

Jin bersuara dalam tangisan, dia berteriak," semua salah bunda.. Bunda ajarkan anaknda menjahit, memasak dan hal gadis. Semua anak gundik dan diraja mengejek anakanda bukan lelaki sejati."

Seokjin segera berlari dari situ.

"Tuanku! " Pembantu Pemaisuri cuba mengejarnya namun dihalang pemaisuri Jina.

Pemaisuri Jina tiada bereaksi. Dia fikir anaknya perlukan masa.

??
??

"Anakanda bencikan bunda?"

"Sudah tentulah tidak."

Langit malam yang disinari gugusan bintang menyerlahkan dua ibu dan anak itu. Mereka sedang bersiar-siar di halaman istana. Pembantu dan pengawal istana itu turut serta dibelakang.

Seketika, kedua ibu dan anak itu duduk di anjung istana.

"Anakanda," Permaisuri Jina menghulurkan sehelai sapu tangan pada Seok Jin.

"Apa ini bunda? Oh, merah jambu! Jauhkan dari anakanda." Seokjin mengalihkan wajah dari situ.

Permaisuri Jina berasa geli hati. Berbagai kerenah anaknya yang baru berumur sembilan tahun itu. Pelbagai keletah. Terhibur dia.

"Anakanda.. "

Tangan Seokjin diraih.

"Sapu tangan ini bunda jahit dengan penuh kasih sayang. Semalaman bunda jahitkannya semata untuk anakanda. Jaga ia baik-baik ya...dan bila bunda sudah tiada nanti, kenangkan sapu tangan ni. Kamu akan dapat rasa seolah bunda ada di sisi kamu. "

"Bunda nak kemana? " Jin bersuara sayu.

Permaisuri Jina hanya tersenyum.

??
??

"Bunda! Bunda! Anakanda mahukan bunda. Ayahanda bunuh bunda. Ayahnda kejam! "

"Bunda kamu mati kerana kemalangan, bukan salah sesiapa. "

"Tidak! Ayahanda penyebab bunda mati! "

Raja Jim berwajah tegang. Direnung anaknya bagai singa lapar.

"Heh! Suka hati kamu, ayahanda malas nak ambil peduli lagi." Raja Jim beredar begitu sahaja.

"Bunda.. "

Seokjin menangis di bawah air hujan yang mencurah lebat. Dia melutut di hadapan pagar istana sambil tidak henti menangis. Setia menanti kepulangan ibundanya biarpun dia tahu tidak berguna.

Segala kenangan itu hilang kemudian. Tiga belas tahun berlalu, dia juga sudah berumur dua puluh satu tahun kini.

Berubah sikap, identiti, dan perwatakan. Semuanya kerana segala kisah pahit yang menimpanya.

Kehilangan ibunda kesayangannya dan kekasih tercintanya telah mengubah dia menjadi serius, tegang dan sangat tegas dalam kehidupannya.

Siapakah dia kini?

Dia adalah bakal Emperor Negara Joseon.

Juga dikenali,

'The Last emperor '

Tbc...

vote and comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience