BAB 4

Family Completed 1435

“Ibu tak sangka kakak dan abang adik macam tu. Ibu salah apa nak? Sudah tak sedapkah air tangan ibu?” Rintih ibu. Adik mengetap bibir. Menahan agar air matanya tidak tumpah. Cukup hanya ibu yang mengalirkan mutiara jernih itu.

“Sudahlah ibu. Kita masuk ya ibu. Kita makan. Adik dah lapar ni. Aroma masakan ibu tu kuat sangat. Sedap bu.” Adik mula memancing perasaan ibu. Kalau boleh adik nak habiskan makanan tu biar kak long dan abang ngah tahu masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Meskipun mereka makan tak berlaukkan ayam panggang ataupun daging bakar tapi adik tetap berselara setiap kali makan lauk ikan kering masakan ibu.

Seminggu menyepi, kak long dan abang ngah datang lagi. Masing-masing menayangkan wajah ceria. Di tangan penuh dengan pelbagai plastik barangan. Adik hanya pandang sepi. Sikitpun dia tidak tertarik dengan barangan tersebut.

“Adik ni kak long belikan adik baju baru. Kasut baru pun ada sekali. Marilah tengok sekali.” Pujuk kak long senang. Adik hanya menjongketkan bahu. Ibu menguntumkan senyuman pada adik. Sebagai seorang ibu, tidak pernah terdetikpun di hati untuk mendendami anak-anak sendiri. Perbuatan kak long dan abang ngah seminggu yang lepas dibiarkan berkubur bersama bayangan semalam.

“Kak long dan abang ngah kenapa datang? Takkan ada niat buruk lagi?” Sinis adik berkata. Kak long manarik nafas panjang. Dia seakan hilang kata-kata.

“kita memang ada niat tapi bukan niat buruk dik. Kita ingat nak pinjam geran tanah milik adik tu. Abang dan kak long masih perlukan duit sikit.” Abang ngah selamba mengeluarkan kata-kata.

“Apa!” Ibu menjerit kecil. Adik menghadiahkan renungan tajam.

“Kak long dangan abang ngah ni dah gila ke, hah? Bukan abang tak tahu hanya tanah sebidang tu lah adik dan ibu dapat meneruskan hidup. Kalau di jual tanah tu adik dan ibu nak makan apa nanti?!” Adik memprotes kasar. Kali ini dia takkan tinggal diam.

Kak long tunduk. Dia kalah pada renungan tajam gadis belasan tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience