BAB 8

Family Completed 1435

“Pengajaran! Jangan kak long dan abang ngah tak tahu syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki ibu. Sekali kita lukai hati ibu takkan berkat hidup kita. Mungkin ALLAH nak berikan kak long dan abang ngah pengajaran dengan semua ini. Belum terlambat nak memperbetulkan semuanya kak, abang.” Adik membuka mulut. Ibu tatap wajah adik. Bangga mempunyai seorang anak yang solehah. Ibu kemudiannya tersenyum memandang kak long dan abang ngah. Perlahan tangan tua ibu mengusap dua kepala anaknya itu.

“Kata adik ada benarnya kak long, abang ngah. Ibu tak akui korang buat benda yang salah tapi seeloknya belajar mempelajari kesilapan diri. Ibu halal segalanya untuk apa yang telah terjadi tapi ibu nak tengok anak-anak ibu berjaya dengan cara yang halal. Rumah ini sentiasa terbuka untuk anak-anak ibu.”

Perlahan abang ngah angkat muka. Lama dia memandang wajah tua ibu. Adik tersenyum. Selayaknya kak long dan abang ngah mendapatkan keampunan ibu jika itu mahunya ibu.

“Ya ALLAH ibu. Terima kasih atas segalanya. Insya ALLAH kami akan belajar dari kesilapan ini.”

Kak long dan abang ngah memeluk tubuh ibu. Harapan mereka agar hari esok mereka boleh mempelajari sesuatu yang baru. Belajar dari kesilapan yang lama. Tanah yang sudah tergadai mungkin tidak dapat di kembalikan lagi tapi sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan sesuatu yang bermakan untuk ibu mereka.

Adik tersenyum. Syukur tidak henti-henti dipanjatkan dalam hati. Bersyukur kerna semua yang telah berlaku masih belum terlambat untuk diperbaiki lagi. Berdoa untuk hari esok agar lebih baik dari semalam.

“Janganlah sesekali kita melukai hati seorang ibu kerna sesungguhnya hidup kita takkan pernah berkat jika dia tidak mahu merestui perjalanan hidup kita. Hargailah seorang ibu sebagaimana dia menghargai kehadiran kita di dunia ini”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience