BAB 7

Family Completed 1435

Atas rezeki yang di curahkan oleh ALLAH S.W.T adik akhirnya dapat mencari sumber makanan untuk sehari di café sekolah. Sebaik sahaja tamat persekolahan, adik langung ke café hingga lewat petang untuk mencari sesuap nasi. Kadang-kadang ibu datang sama. Bukan adik tidak pernah menghalang tapi ibu yang berkeras untuk ikut. Bagi ibu sepatutnya ibu yang mencari sesuap nasi untuk dirinya dan adik bukan adik yang mencari.

Petang itu, adik dan ibu terkedu melihat kak long dan abang ngah duduk di anak tangga rumah dengan wajah yang sugul. Masing-masing membawa beg sederhana besar. Ketika itu ibu keluar menemani adik mencari rezeki di café sekolah.

“Untuk apa lagi kak long dan abang ngah pulang? Nak jual rumah adik ni?” Sapa adik kasar. Kak long angkat muka manakala abang ngah tunduk membisu. Malu dengan adik seusia 11 tahun yang belum bisa berbuat apa-apa.

“Kenapa bawa beg besar ni kak long?” Tegur ibu lembut. Meskipun ibu masih marah dengan apa yang terjadi hari-hari semalam tapi ibu tak pernah berdendam. Cuma kesal itu tetap ada.

“Em… kak long minta maaf ibu. Kak long dah banyak buat salah.” Kak long tiba-tiba merintih. Air matanya mula menghiasi wajah.

“kanapa ni? kak long, abang ngah?” Tanya ibu lagi.

“Kak long nak duduk dengan ibu semula boleh? Kak long dah tak sanggup tinggal kat bandar ibu. Gara-gara percaturan hidup kak long salah, kak long dah hilang semuanya. Duit hasil jual tanah kak long dan adik dah hancur. Lenyap ibu.” Beritahu kak long. Sempat adik tersenyum sinis.

“Abang ngah juga ibu. Abang ngah ingat nak buat business dengan semua duit tu tapi abang ngah di tipu hidup-hidup. Abang ngah tak sangka semua ni terjadi. Abang ngah ingatkan nanti boleh bangunkan perniagaan yang berjaya tapi abang ngah gagal ibu.” Terang abang ngah perlahan. Dia masih menunduk. Tidak berani memandang wajah ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience