BAB 4

Other Completed 3369

“Saya masukkan ubat ye mak cik. Bismillah” Memang begitulah setiap kali aku memberikan ubat kepada pesakit supaya mereka bersedia menerima ubat yang diberikan.

Aku pun tidak mahu jika pesakit terkejut apabila diberikan ubat. Kesan dan komplikasi semuanya aku beritahu dahulu sebelum memberikan ubat yang ditetapkan.

Tangan mak cik terangkat-angkat apabila saya mula menekan plunger ubat. Pedih agaknya.

“Tahan sikit ye mak cik.” Aku cuba memujuk mak cik ini agar bertahan.

Saya memasukkan ubat antibiotik perlahan-lahan. Sehingga habis. Mak cik tetap terlantar tanpa suara di atas katil. Selesai memberi ubat tersebut, saya berborak sebentar dengan anaknya.

“Dah kak, ubat tadi untuk bunuh kuman, mak cik rasa sedikit pedih bila ubat mengalir masuk.”

“Oh, ye dik, saya tahu. Nurse selalu bagi tahu tentang tu bila mereka nak bagi ubat. Terima kasih ye.”

“Jaga seorang ke hari ini kak?”

“Ye. Adik beradik lain semua dah balik. Sekarang turn akak untuk jaga.” Dia membalas dengan suara yang letih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience