BAB 8

Other Completed 3369

Setelah hampir setengah jam usaha menyelamatkan mak cik tadi, Dr Hana dan beberapa orang doktor yang lain berbincang dengan anaknya.

Doktor menerangkan bahawa ibunya sudah tiada.

Mereka telah mencuba yang terbaik, namun gagal untuk mengembalikan denyutan dan pernafasannya semula.

Anaknya terduduk di kerusi. Dia mengenggam tasbih yang bersimpul di kepala tadi. Esak tangisnya kedengaran walaupun cuba disembunyikan.

“Ibu, ibu, ibu. Cepatnya ibu pergi tinggalkan Ira.”

Dia menangis menggenggam surah Yassin. Kepalanya berbalut selendang hitam, hanya separuh.

Dalam masa beberapa minit, unit itu dipenuhi saudara mara. Aku masih enggan balik, walaupun beg sudah siap di belakang. Aku ingin mengucapkan takziah kepada kakak tadi, tapi aku tak berani kerana keadaannya yang sangat sedih.

Aku menghampiri seorang lelaki, mukanya hampir serupa dengan kakak tadi. Adiknya mungkin.

“Encik, sabar ya. Tengah hari tadi saya sempat tengok-tengokkan mak cik. Tadi mak cik ok, sempat sembahyang zuhur. Tak sangka pulak mak cik dah tiada.” Ujar saya penuh simpati.

“Mak cik sembahyang?” anaknya kehairanan.

“Ya. Solat dengan mata.” Saya menjawab.

Lelaki yang berusia 30-an itu memandang wajah kakaknya. Kakaknya mengangguk. Lelaki itu melihat aku semula.

“Terima kasih. Selama ini kami jaga ibu, tak pernah lagi ibu solat.” Nadanya sedikit kesal.

“Tak apa encik. Mudah-mudahan Allah menerima mak cik dan mengampunkan segala dosanya,” aku cuba menenangkan lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience