BAB 3

Drama Completed 383

“Ada. Aku masak yang mudah je. Ikan goreng dengan air asam je.”

“Adui, yang mudah tu buat aku kecur air liur lah pula. Nak sikit hehe.” dengan muka tidak malu, Baizura meminta. Isa menolak bahunya.

“Kau kan dah beli makanan. Sibuk je nak mengendeng kat makanan aku!”

Petang itu makan malam Baizura hanya ditemani Isa tapi disulam gelak tawa yang berterusan sehingga satu ketika salah seorang dari mereka tersedak kerana terlalu banyak ketawa sambil mengunyah makanan. Waktu terus berlalu. Selepas makan, Baizura menonton drama pukul 7 di TV3. Leka menonton, tak sedar waktu yang berlalu. Sewaktu azan Maghrib berkumandang di televisyen, Baizura hanya buat tidak tahu dan meneruskan aktivitinya selepas itu.

8.00 malam. Baizura melangkah masuk ke dalam biliknya dan baring menghadap siling. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi berdengung. Ditepis. Hilang seketika tapi bunyi itu datang lagi. Tangannya menepis lagi sekali. Serangga kecil itu tetap mahu berlegar-legar di sekitar telinga Baizura . Dengan perasaan geram, Baizura bangkit dan mengambil penyembur nyamuk untuk menghapuskan gangguan kecil itu. Tidak menyakitkan, tapi menjengkelkan. Kemudian, Baizura menyambung pembaringannya tanpa ada rasa bersalah walaupun belum menunaikan solat Maghrib. Tanpa sedar, akhirnya Baizura tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience