BAB 1

Drama Completed 383

3.30 petang. Kelas ekonomi baru sahaja selesai. Baizura menunggu seisi kelas reda barulah dia bergerak menghampiri pensyarah yang masih mengemas barang. Dia bertanya beberapa soalan berkenaan pelajaran yang baru sahaja diajar agar dapat memahaminya dengan lebih baik. 15 minit berlalu. Akhirnya pensyarah itu keluar dan Baizura mengiringinya sehingga ke satu persimpangan.

Cadangnya, Baizura hanya mahu terus pulang tanpa singgah dimana mana. Tapi perutnya yang lapar membawa haluan kakinya ke arah kafe. Lauk tengahari tadi masih bersisa. Baizura menyenduk nasi ke dalam pembungkus makanan berwarna coklat kemudian menyelusuri perlahan meja buffet itu untuk memilih lauk. 10 minit kemudian, Baizura melangkah keluar dari kafe dengan sebungkus nasi campur berharga RM 6.

Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang rakan, Amirul.

“Eh Baizura , assalamualaikum! Lama tak jumpa kau.”

“Waalaikumussalam. Haah, nama je satu fakulti tapi bukan main susah nak nampak batang hidung.”

“Kau nak pergi mana ni? Dah habis kelas ke?”

“Aku nak baliklah ni. Dah habis kelas dah. Kau?”

“Aku ada kelas lagi pukul 4 ni. Dan aku dah lambat sebenarnya. Eh nanti kalau nak lepak, bagitahulah aku tau! Aku gerak dulu, assalamualaikum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience