BAB 2

Drama Completed 383

Kemudian Baizura meneruskan perjalanan pulangnya. Dia menunggu bas di perhentian bas berhadapan dengan fakultinya. Setelah jarum jam menginjak ke pukul 4.15 barulah sebuah bas berwarna biru menghampiri perhentian bas itu. Jarak dari fakulti ke perhentian bas rumah sewanya tidak jauh. Hanya mengambil masa lebih kurang 7 minit sahaja. Sampai sahaja di perhentian bas rumah sewanya, Baizura berjalan dengan tenang. Udara petang dihirup perlahan sambil mengatur langkah pulang ke rumah sewanya. Jam menunjukkan angka 4.30 petang.

‘Sempat lagi ni.’ bisik hati Baizura .

Sampai di persimpangan rumahnya, barulah Baizura melajukan langkah, hampir berlari. Sampai sahaja di hadapan pintu pagar, dia dengan pantas mengeluarkan kunci. Langkahnya kelam-kabut. Masuk ke dalam rumah, beg dicampak merata dan kakinya melangkah ke bilik air. Matanya sempat menjeling ke jam dinding di ruangtamu. 4.40.

Pili air dibuka kasar, air disimbah rakus mengenai wajah, tangan, kepala dan kaki. Sejadah dibentang dan takbir diangkat selaju yang mungkin. 3 minit kemudian, salam pertama diberi. Serentak dengan itu, kedengaran azan Asar berkumandang.

“Solat hujung waktu lagi ke, Baizura ?” Isa, rakan serumah Baizura muncul dari arah biliknya sambil memegang sebiji mug kosong untuk dibawa ke dapur. Baizura tidak menjawab. Dia segera bangkit untuk menunaikan solat Asar pula. Mujur sempat selesai solat Zuhur tadi. Tidak perlu diqadha’ kan.

Selesai solat Asar, Baizura baring-baring di atas katilnya sambil bermain aplikasi permainan di telefonnya. Wajah Isa terjengul di muka pintu biliknya.

“Baizura , kau dah makan ke? Jom makan.” Baizura menjeling jam di telefon. 6.30 petang. Patutlah perutnya berbunyi. Makanan yang dibeli tadi belum sempat dijamah.

“Belum. Kau ada makanan ke? Aku dah beli tadi nasi untuk aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience