Rate

BAB 2

Other Series 2664

BAG berpattern 'Arsenal', aku pakai disebelah bahu. Langkah semakin pantas menuju ke bilik. Aku harus segera pulang untuk tunaikan solat zuhur.Lepas kelas, tak sempat nak singgah ke surau dek jarak yang jauh dari bilik tutorial yang mungkin 10 minit nak sampai ke sana. Baik aku ke bilik, boleh terus rehat. Jam ditangan bercorak hello kitty itu aku lihat semula. Ya Allah, dah 2.30? Cepatnya masa berlalu..

Dalam pada dia bergerak pantas, kedengaran satu pengumuman penting yang mahu disampaikan.
"Perhatian,malam ini akan diadakan perjumpaan MEMORI anjuran kelab ANC.Semua ahli ANC dan AFC serta sesiapa yang sukarela untuk menyertai program MEMORI,sila hadirkan diri pada pukul 9 malam ini di Dewan Besar Pelajar.." diulangnya sebanyak dua kali.

Dengar sahaja pengumuman tadi, aku dah mengeluh kecil. Penatlah hari-hari begini. Tiada masa untuk rehat dan melepak. "Syud.. ini kan yang kau nak? Padanlah muka~~" Aku mengomel pada diri aku sendiri.

Sampai dibilik, terus aku ambil wudhuk dan sarungkan telekung ke tubuh. Selesai solat, doa pun dilafaz di dalam hati. Mata ini hanya tahu nak lelap sahaja. Sesungguhnya hari ini sangat-sangat meletihkan. Aku terbaring di atas tikar sejadah.

"Wehy Syud.. malam ni tahu tak ada meeting.."

Celik mata aku sebaik suara lantang Syira singgah ke telingaku. Terus aku mendonggakkan kepala untuk pandang wajah Syira. Bila masa dia balik? Tak dengar pun bunyi pintu dibuka. Letih sangat aku hari ini sehingga tak perasan Syira masuk sini.

"Kalau aku tak pergi, takpe kan?" Sengihku. Aku mula tayang muka malas kepada Syira. Sesungguhnya aku sangat penat. Penat tahap gaban!

"Kenapa tak nak pergi? kau sakit ke?" Soal Syira, agak berlapik tapi ada bunyi memerli disitu.

Aku geleng dan senyum senget."Tak.. aku cuma penat je"

"Pergi jelah, Syud. Aku pun penat juga. Tapi sebab dah tanggungjawab kita, nak tak nak kena pergi juga."

Ada betulnya kata Syira. Aku masih diam. Entahlah nak beri alasan apa. Mungkin sebab aku terlalu risau kalau kalau aku terserempak lagi dengan mamat semalam. Kalau terserempak dengan ketua ANC itu, tak mengapa sangat. Tapi kalau aku terserempak dengan mamat semalam, mintak simpang sangat! Aku tak sanggup!

"Jomlah pergi. Mana tahu ada hal penting nak bagitahu." tambah Syira lagi.

Hmm.. betul juga kata Syira. Kalau tidak, takkan saja-saja kelab tu buat pengumuman begitu. Pasti ada hal yang mustahak.

"tengoklah nanti" itulah jawapan aku setiap kali aku tak pasti dengan sesuatu. Perasaan bersalah menyelubungi diri. Pergi ke tak?

HANYA mengenakan tudung bawal coklat dan berbaju t-muslimah untuk ke program tersebut. Aku pergi saing dengan Mira sebab aku lambat bersiap tadi. Syira dengan Wani dah pergi dulu. Masuk sahaja ke dalam dewan, aku dan Mira duduk bersila mengadap pentas yang besar. Sambil itu, kami main telefon. Bagus kan kami?

Beberapa ahli ANC berada didepan termasuklah lelaki yang aku jumpa semalam. Lelaki itulah yang buat aku terserdak sup daging dek kerana mulutnya yang agak celupar. Masih tergiang-giang setiap perkataan yang dia sebut. Aku akan ingat sampai mati.

Lupakan pasal dia, semua yang hadir pada malam ini diminta berdiri untuk menyanyikan zikir Asma Al-Husna dan berselawat nabi. Insaf kami sekejap. Lepas itu, buat perangai balik. Selesai itu, kami semua diarah untuk duduk semula. Kami harus mendengarkan ucapan-ucapan dari ahli majlis tertinggi iaitu Ustaz Malik dan ketua ANC.

Sebelum majlis bermula, saudara Firdaus diminta untuk membacakan doa. Doa mohon keberkatan oleh Allah untuk program malam ini. Mengikut tekaan aku, mungkin saudara Firdaus inilah Ketua ANC itu. Lihat dari cara dia bacakan doa tadi, ia amat menjentik hati aku ini supaya insaf dan selalu mengingati Tuhan. Rupa dia pun 'not bad'. Okeylah kalau nak jadi player.

Selesai sahaja saudara Firdaus membacakan doa, tiba giliran Pengerusi Majlis untuk memulakan mukadimah. Bukan main saudara Adam mempromosikan program MEMORI ini.Katanya, program ini dapat mengeratkan hubungan antara ahli ANC dan AFC dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Selain itu, dapat membina semangat kerjasama antara ahli-ahli. Ah, waktu ini aku sudah mengantuk. Bahu Miralah jadi bantal aku.

"Sekarang, saya nak menjemput seseorang yang hebat orangnya,handsome dan bergaya! Dipersilakan Ketua ANC kita, saudara Muhammad Hafidz Khair untuk memberi sepatah dua kata. Dipersilakan.." kata pengerusi majlis itu.

Terbeliak mata aku. Tak jadi nak mengatuk. Watta?

Ya Allah! Rupanya dialah Ketua ANC!! Kenapalah aku tak perasan dari dulu lagi?! Makkk!

Bagai nak gugur jantung aku. Nafas pun sudah tidak teratur. Seluruh wajah terasa hangat. Tangan mula mengigil dan kesejukkan. Jiwa memborantak dan memaksa untuk lari dari sini. Ya Allah..

....

"Assalamualaikum semua.. sihat? Dah makan semua? Kalau belum, boleh ambil roti dan air mineral yang sahabat-sahabat saya sedang edarkan sekarang.. Just angkat tangan dan mereka akan agihkan" kata Hafidz dengan ramah sekali.

"Sebelum tu ye.. saya nak tanya. Siapa kat sini dah kenal saya sebagai Ketua ANC? Angkat tangan boleh? Saya nak tengok.."

Ramailah juga yang angkat tangan.
Wah, wah! Ramai giler yang kenal mamat nie.. kenapa aku tak pernah nampak muka dia kat sini walaupun dah masuk semester akhir? Hairan!

Hafidz ketawa suka.Orang kacak,siapa yang tidak menjadi perhatian bukan?

"Tapi.. saya rasa ada yang tak kenal saya lagi kan? Haha saya nak kongsi satu cerita funny tau. Suatu hari, saya tengah makan kat cafe, tak silap saya cafe D. Sedang saya makan-makan, saya dengar ada orang tu rancak sembang pasal saya. Mula-mula tu saya nak diamkan aje, tapi bila dengar mereka-mereka tu cerita benda yang tak betul pasal saya,bsaya rasa saya dah tak boleh berdiam diri lagi. So, saya pun pergilah tanya mereka sendiri. Rupanya mereka tak kenal saya pun. Tapi mengumpat saya macam dah 2 tahun!" Hafidz ketawa. Nampak lesung pipitnya itu. Aku dah kepal penumbuk. Geramnya!

"Guess, apa reaksi diaorang? Mereka boleh buat derk jer macam dia tak pernah gosip pasal saya.. haha paling win bila dia boleh tak mengaku pun yang dia ada mengumpat pasal saya",Hafidz ketawa lagi. Semua ketawa mendengar cerita Hafidz. Mira pun turut ketawa. Mungkin punchline nya sampai kepada mereka bukan pada aku.Grr..

Amboi, bukan main dia kutuk aku dengan Nor. Jahatnya dia!

"Actually, cerita ini sebenarnya takde niat nak malukan sesiapa. Maaf jika terasa. Saya nak berkongsi dengan semua orang. Ambil iktibar dan pengajaran. Lain kali, jangan mengumpat pasal orang yang korang kenal mahupun tak. Bahaya dan berdosa! Kata ulama, mengumpat ini ibarat makan daging saudaranya sendiri yang sudah mati. Nauzubillahi min zalik."

"Senang citer, takpayah mengumpatlah.Buat tambah dosa je. Lagi berdosa kalau benda tu tak sahih. Boleh jatuh kepada fitnah pulak. Betul tak?" sambungnya.

"Betul.." jawab rakan-rakannya dibelakang. Semua pakat menyokong kata-katanya.Chet!

Hafidz menarik nafas panjang sebelum dia sambung bicara."Ye,dulu saya pernah bercouple, dulu saya seorang playboy.. Dulu, saya seorang yang sangat-sangat nakal. Tapi itu dulu. Saya dah berubah. People can change! Allah give me chance to change and learn from my failure. Yang buruk datang dari saya dan Dia, yang datang baik dariNya. InshaAllah"

Semua bertepuk tangan mendengar kata-kata Hafidz. Walaupun itu kisah silamnya, dia tak pernah segan untuk bercerita dan mengakui silapnya. Itu yang semua orang bangga dengannya.

Aku? Tayang muka selenger sepanjang Hafidz berucap. Poyo! Bajet bagus! Perasan kacak! Tapi memang pun kacak. Arghh.. Sudahlah menipu aku semalam. Tak mengaku dia tu ketua ANC. Porah!

Hafidz mulakan mukadimah mengenai program MEMORI kepada kami. Sekali ayat quran dan hadis yang dibacakan dihadapan kami. Lancar dan sedap didengar di halwa telinga kami. Lembut hati aku bila dengar dia alunan bacaan surah Al-Khafi dari ayat 1 hingga 10.

Ceramah yang dia hujahkan malam ini sungguh berkesan di hati remaja masa kini. Sungguh menampakkan dirinya penuh ilmu didada. Rupanya dia ialah suara yang mengalunkan azan subuh yang cukup merdu disini. Sehinggakan buat hati aku hiba secara automatik. Subhanallah.

SEJAM juga mereka menghuraikan satu-satu objektif program ini. Selesai itu, kami diarahkan untuk memilih kelab yang tersenarai untuk kami sertai. Kelab yang disediakan ada banyak. Kelab jualan, kelab keselamatan, kelab sukan, kelab jualan dan banyak lagi kelab.

Aku berminat sangat nak sertai kelab makanan, kata orang boleh dapat makanan percuma. Bolehlah aku dengan Mira tapaukan makanan lebih untuk dibawa balik. Bijak kan kami? Hehe!

Selepas sahaja mendafta, kami diarahkan untuk menyanyikan lagu doa rabitah dan barulah kami dibenarkan bersurai. Sebelum itu, kami diminta untuk mengambil makanan sebelum balik. Beratur panjanglah kalau nak dapatkan makanan tersebut. Ada bihun goreng dan air kotak berperisa buah. Aku pula tak biasa makan bihun tengah malam. Kalau nasi, perut aku boleh terima lagi. Sementara menunggu Mira ambil makanan, ralit mataku memandang bintang-bintang yang bertabur dilangit. Sangat cantik!

"Cantik kan?" tegur satu suara garau.

Aku angguk laju. Lalu aku toleh ke kanan untuk memandang si pemilik suara itu. Langkah kanan,bpemilik suara itu siap tersenyum manis ke arahnya.Gulp! Dia lagi?!!

"kau.." Gagap aku dibuatnya. Beberapa kali air liur aku telan.bAku fikir suara itu adalah milik Mira, rupanya, Ketua ANC! Mati senyuman aku tadi. Aku pandangnya sekilas. Segak juga dia malam ini. Hanya berpakaian kot hitam dan baju melayu di dalam, boleh buat hati aku berdebar kuat. Vibrate wehy!

"tak sangka kita jumpa lagi" Tegur Hafidz sambil kedua tangannya memasuki poket saku. "jodoh agaknya" Hafidz bergurau. Dia asyik senyum, tak penat agaknya bibirnya mengukir senyuman? Oh sederkah..

"Jodoh? Eh mintak simpang malaikat 44!" celupar sungguh mulut aku.

Suasana jadi sunyi semula. Hanya cengkerik yang mewarnai malam ini.

Aku menuduk ke lantai. Pandang sahaja matanya sudah cukup buat aku rasa malu, apatah lagi nak membalas kata-katanya. Tapi.. bukan salah aku. Kenapa aku pula yang nak malu?

"tak ambil makanan ke?" Tanya Hafidz apabila melihat tangan aku kosong tanpa pegang apa-apa bungkusan makanan. Aku mengeleng laju. Rasanya lelaki ini tak perlu tahu sebab kenapa aku tak ambil. Sibuk je..

"Diet ye?." duganya lalu mengukirkan satu senyum sindiran. Cis!

Diet? Badan aku cukup debab ke untuk berdiet bagai?

"Ambillah makanan tu.. kami order mahal tao. Rugi kalau saudari tak ambil. Nak saya ambilkan untuk saudari ke?." soalnya penuh prihatin. Hesy..

"Eh tak payah!" tolakku kasar. Baik pula kau malam ini. Dah kenapa?

Mukanya sedikit mencebik. Kening sebelah dinaikkan sedikit. Terasa ke? ada aku kesah! Kau memang layak terasa dengan aku.

"Okey.. Air? Awak nak air apa? Saya tolong ambil kan."

"eh tak payahlah.. aku taknak!", Tegas aku.Kakinya mula menapak ke tempat minuman,nasib baik aku tahan dengan jeritan lantang aku.Hafidz berdiri tegak disitu sambil perhatikan bintang.

Dia nie,tak faham bahasa melayu ke? Aku tak suka diperlakukan seperti ini.Aku tak suka orang ambil berat tentang aku terutama sekali lelaki.Lagipun,aku mula rasa tak selesa dengan pandangan tajam oleh gadis-gadis dibelakang Hafidz.Cemburu mereka agaknya?

"saudari merajuk ke dengan saya? Pasal semalam atau marah sebab tadi?" Soalnya,serba salah.

"Sorry kalau awak tak suka..." ungkapnya. Aku terkedu. Begitu mudahnya dia minta maaf. Lepas itu,buat balik. Tapi nampak ikhlas jika di renung ke dalam anak matanya. Nak sahaja aku bertanya, kenapa perlu dia ceritakan kisah aku satu dewan.xApa motifnya? Nampak sangat nakkan perhatian.

"Saya nak kawan dengan saudari, boleh?" pinta Hafidz, sengaja menguji Syuhadah, sama ada dia sejenis gadis yang 'jual mahal' atau tidak. Bagi Hafidz, lebih sukakan perempuan yang suka 'jual mahal' kerana dia lebih gemarkan cabaran. Berbanding perempuan yang jenis 'jual murah', yakni mudah membenarkan lelaki menakluki hatinya.

Kejap? Kawan? Dengan aku? Tiba-tiba je... dah kenapa?

Baru dia nak buka mulut, aku terus dapatkan Mira sebaik nampak Mira sudah selesai ambil makanan. Lengan Mira dirangkul erat dan heret Mira jauh dari dia. Muka aku tak usah cerita, blushing habis. Fuhh! Nasib sempat lari..

"kenapa nie Syud? merah muka.. asal?"

"huh? takde apalah..",

"yeke takde apa-apa?" mata Mira melirik ke mataku.

"betul.. Sumpah! Tak de apa-apa. Dah-dah. Jomlah! Ngatuklah" tipuku.Dengan gaya menguap, harap Mira percaya.

"Iya iya lah tu.. mesti ada benda lain nie." Usik Mira.

Macamlah dia tak kenal dengan sikap aku. Tiba-tiba gelabah, mesti ada sesuatu. Aku siap tayang senggih. Padahal jantung aku terasa sahaja nak meletop dek panahan ketua ANC itu.  Tapi.. aku masih faham dengan situasi tadi. Otak aku cuba menghadam kata-kata Hafidz tadi. Pelik sungguh! Kenapa dia nak kawan dengan aku? Aku nampak seperti gadis muslimah solehah terakhir ke??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience