Rate

Prolog

Other Series 2664

ALARM mula berdendang ditelinga Nurul Syuhadah, tolong gerakkan gadis itu untuk bangun tahajjud. Tepat pukul 5 pagi aku kunci jam dengan niat nak bangun solat tahajjud. Sikit-sikit tangan ini cuba mencapai telefon lenovo milik aku untuk matikan bunyi alarm yang menbingitkan telinga. Lantas telefon itu diambil dalam keadaan matanya terpejam rapat. Silau bila aku on kan telefonku. Terkebil-kebil mataku menatap skrin telefon.

Ya Allah.. pukul berapa ni?

Huh? baru pukul 5? Awal lagi nie...

Aku baringkan semula kepala ke bantal.Mengiring ke kanan dan cuba lelapkan kembali. Tapi.. kedengaran satu suara yang menyapa telinga ini.

Syud.. bangunlah Tahajjud. Sudah lama kau tak bangun malam. Allah nak jumpa denganmu. Allah rindu nak dengar kau menangis dihadapannya.

Bisik iman aku yang masih berbaki itu. Memang dari semalam aku dah pasang niat untuk bangun tahajjud. Entah mengapa, ceramah di surau semalam benar-benar buat hati aku terusik. Lantas selimut itu aku tolak dari menyelimuti tubuhku. Aku mengesot ke birai katil, dan bangun. Kelompak mata kanan ditenyeh lembut.

"huwahhh! ngatuknya.."

Mengeliat sesungguhnya. Serentak itu tangan kanan menerkup mulut yang sedang menguap. Sampai sahaja di bilik air, aku menuju ke sinki dan cuci muka. Kemudian, gigi pula digosok ala kadar. Selesai sahaja membersihkan bahagian wajah, kini wudhuk pula diambil. Sejurus sampai dibilik, kain telekung disarung ke tubuh, siap sedia untuk solat sunat. Sempat aku tilik mukaku di cermin yang digantung di cermin. Syahadah, istiqamah tau! Biar sikit, tapi berpanjangan.

"Allahuakbar"

Berdiri tegak di atas sejadah, sayup-sayup sahaja aku membaca surah dalam setiap rakaat solatku. Sesekali aku menguap. Rahang pun jadi sakit kerana asyik menguap besar. Aku cuba buat solat sunat yang lain seperti solat Hajat dan solat Taubat. Alang-alang dah bangun kan? buatlah selagi berkesempatan.Selesai sahaja solat,sempat aku kerling pada rakan sebiliknya yang masih lena dibuai mimpi indah.

Lenanya mereka tidur..

Syuhadah bangun dan berjalan ke arah Syira, Wani dan Ayu. Satu persatu wajah mereka aku renung. Saja... memang hobi aku, suka tengok diaorang tidur. Kadang-kadang mereka nampak comel bila sedang tidur kecuali kalau.. Syira! Sebab Syira suka tidur sampai keluar air liur basi. Aku kadang-kadang nak tergelak dengan gaya Syira tidur. Lasak dan tak senonoh yang amat!

Aku kerling pada telefon semula.Nampaknya ada beberapa minit nak masuk subuh. Kalau aku tidur balik ni, 'confirm' aku sekali dengan rakan sebilik aku ini bangun subuh gajah.Pernah terjadi kepada kami satu bilik.Sudahlah waktu itu ada kelas, bukan cuti hujung minggu. Memang kami berempat terpaksa ponteng kelas pagi. Sejak hari itu, memang aku tak tidur balik.

Allahu Akbar Allahu Akbar. 2x

Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah. 2x

Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. 2x

Hayya' Alash Shalaah. 2x

Hayya' Alal Falaah. 2x

Ash-shalaatu khairum minan-nauum 2x

Allaahu Akbar Allahu Akbar. 2x

Laa Ilaaha Illallaah.

Azan subuh berkumandang. Pergh,merdu sungguh. Siapakah pemilik suara merdu ini? Betul-betul menusuk ke dalam sanubari hati aku. Sejuk perut ibunya mengandung. Syahdu sungguh suaranya benar-benar buat aku rasa tenang. Kan bagus kalau dia adalah suami aku. Boleh tiap-tiap hari aku dengar.Hehe!

Tumbuhnya bunga sakura di KMPP, tandanya semua pelajar akan pulang ke rumah dan membawa memorinya ke ingatan kekal. Kehidupan Syuhadah berjalan seperti biasa sehinggalah satu tragedi yang telah mengubah kesuluruhan hidupnya sebagai Nurul Syuhadah.

Pahit Manis datang bersama-sama. Tapi.. pahitlah yang banyak aku rasa dari manis. Lama kelamaan, baru aku sedar pahit telah bertukar menjadi manis. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Memang sukar untuk menerima, tapi sebalik kesukaran itu ada penawarnya.

Dia yang maha Esa, telah mengubah warna hidupku. Disini aku kenal erti susah payah, erti sahabat, erti berkerjasama walaupun kita tak sama kursus, bangsa, agama dan budaya.

Kisah baru nak bermula..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience