Rate

BAB 1

Other Series 2664

AWAN mula berarak perlahan dipermukaan langit. Sungguh cantik ciptaan Tuhan yang maha Esa. Cuaca pun tidak lah begitu terik. Nyaman sahaja angin menyapa pipi dan kulit.

Aku seperti biasa, cuti hujung mingguku akan di isi dengan melepak bersama dua kawan aku dari sekolah menengah lagi. Siapa lagi kalau bukan Mira dan Dila. Friends untill we're old! Nak dijadikan rezeki kami bertiga, kami dapat matrikulasi yang sama. Memang kami tiga ketul yang nampak bahagia disitu.

Tempat lepak kami adalah di bawah pondok cendawan. Kenapa namanya begitu? Sebabnya bumbungnya berbentuk kepala cendawan. Unik bukan? Pondok itu juga dinamakan 'cendawan maksiat' kerana ramai budak couple suka dating di situ. Untuk mengelakkan mereka berbuat maksiat di pondok cendawan itu, kami yang TAKLUKI pondok itu. Ha ha ha, padan muka!

Ding Dong Dung.. (bunyi pengumuman)

"Perhatian kepada semua pelajar.. borang untuk keahlian AFC, sedang berada di koperasi sekarang. Sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan borang AFC dengan segera. Ianya terhad"

"Diulang.."

Dengar sahaja pengumuman dicorong pembesar suara itu, timbul satu idea di fikiran aku. Apa kata..

"Wehy korang, apa kata kita join persatuan tu. At least kita ada aktiviti nak buat daripada melepak. Betul tak?" Ujarku dengan muka teruja.

Mira dan Dila saling berpandangan antara mereka. Pandang mereka nampak pelik. Macam tak percaya kata-kata itu keluar dari mulut aku.

Lahh, salah ke apa aku cakap?

Mira tergelak kuat."Syud.. sejak bila dah insaf ni?" soalnya tak percaya. Aku mencebik. Aku tengah serius, depa main-main pula..

Yalah, Aku yang mereka kenal suka melepak sana sini. Mana suka sertai apa-apa persatuan walaupun persatuan itu aku minat sama sekali. Contohnya, persatuan berkuda dan memanah. Aku sangat minat aktiviti sunah nabi itu, tapi disebabkan aku rasa tiada masa untuk aku melepak dengan kawan-kawan, terus aku tarik diri.

Dan sekarang.. aku dah insaf ! Tak tahu bila dan kenapa, jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu. Andainya aku dapat undurkan masa, aku nak balik sertai persatuan itu. Namun, apakah daya. Dah cukup keahlian. Cis!

"apa soalan kau tadi,Mira?" aku soal balik.

"sejak bila kau dah insaf?" ulang Mira.

"Sejak aku sedar markah koko kita rendah weh!. Korang tak risau ke?"

Dila dan Mira serentak mengeleng kepala."Tak.. sebab kenapa kena risau pula?" Tanya Dila, tak faham. Selama ini tidak kisah pun.

"Itu soalan ke kenyataan?" Mira menegur.

"soalan.." balas Dila, ringkas.

"Sebab.. markah koko kita rendah lah! Aku nak masuk U.. Aku tak mahu menganggur duduk kat rumah tunggu orang datang meminang. Hish,tak serior aku..."

Bila mengenangkan nasib Mak aku, aku jadi lebih bertanggungjawab. Walaupun dia seorang suri rumah plus businesswoman yang berjaya di instagram. Tapi Mak aku tak mahu aku ikut jejak langkahnya. Dia nak aku sambung belajar ke universiti dan dapat kerja yang bagus-bagus asalkan halal dan Allah redha. Siapalah Mak aku nak bergantung harap kalau bukan aku, anak sulungnya. Semua tanggungjawab, di bawah bahu aku. Siapa yang tak cuak?

"Tapi itu persatuan islamik, tao.. bukan persatuan yang biasa-biasa tu" Dila ingatkan.

"Aahlah.. Syud yang kitaorang kenal, mana suka buat kerja-kerja amal macam ni." bedas Mira. Aku diam seketika. Memang kena batang hidung sendiri sebab aku berkira bila buat amal kebajikan. Teruk kan aku? Tak apa, aku akui.

"Biar lah.. Daripada kita asyik melepak, baik kita sertai mana-mana persatuan. Adalah aktiviti yang berfaedah yang boleh kami bertiga buat daripada tak buat apa. Yang penting,markah koko kita! "

"Tapi.. Diaorang terima ke orang macam kita ni, Syud? Layak kah kita?" persoal Dila. Matanya cuba mendapatkan jawapan aku. Risau Dila jika kita ditolak mentah-mentah. Rasa rahang aku dah jatuh ke lantai. Apakah jenis soalan Dila itu?

Aku cukup yakin kalau kita nak buat sesuatu kerana Allah, pasti Dia akan izinkan. Tambah pula, kita nak buat benda baik kan? InshaAllah.. kami akan dapat sertai persatuan itu. Positive minded kan aku? Ahahah!

"terima tak terima itu belakang kira. At least, kita mencuba. Tak cuba, tak tahu" balasku, menahan sabar. Kalau aku dah hilang sabar, pasti dah lama aku lambung Dila ke langit. Geram aku dengar soalanya. Macam tak yakin sahaja pada diri sendiri. Hesyy..

Mira mengangguk, Dila diam lama. "Tapi kan....."

Lama Dila memikirkan soalan yang nak diajukan kepada aku. Ah sudah! Soalan apalah yang Dila nak tanya aku. Minta-minta bukan soalan yang luar dari IQ aku.. susah nanti.

"AFC tu apa?" soal Dila sambil menyuap cikedis ke dalam mulutnya. Aku menghembus nafas lega. Hidup-hidup aku ingat soalan susah yang Dila nak tanya aku macam addmath tingkatan lima itu. Haa.. kus semangat!

"AFC itu Annur Fan Club. AFC ini kerjanya membantu tugas ANC. Lagi senang dan tak sibuk sangat."

Dila garu kepala yang tak gatal. Sengih macam kerang busuk. Mula-mula Dila berat nak sertai mereka. Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya si Dila ini mahu.vMujurlah Mira pandai memujuk.Kalau dengan aku,memang tinggal lah jawabnya. Malaslah nak melayan karenah Dila yang takut nak mencuba sesuatu yang baru. Macam mana nak berjaya?

BORANG AFC tu di isi bersama. Jawapan kami pun lebih kurang sama.Maklumlah, borang ini pun di isi oleh kami bertiga, memanglah jawapan hampir nak sama. Dengan hanya menggunakan ilmu pendidikan islam suatu di tingkatan empat dan lima yang masih berbaki dengan bantuan MrGoogle, akhirnya terlakarlah satu jawapan.

Seminggu kemudian...

Alhamdulillah! Majoriti ramai yang dapat memasuki kelab AFC. Setiap nama yang terpilih, ditampal dipapan pengumuman kaca terletak dihapadan koperasi. Nama yang tersenarai itu sudah pun diagihkan kumpulan. Semua kumpulan sudah ada naqib dan naqibah masing-masing sebagai ketua pembimbing kepada anak buah. Naqib dan naqibah terdiri daripada ahli ANC manakala anak buah adalah ahli AFC.

Kumpulan yng diberi itu sebenarnya adalah kumpulan Usrah. Anak buah akan dipantau oleh naqib dan naqibah masing-masing. Usrah akan diadakan seminggu sekali. Usrah yang dibuat tidaklah memaksa anak buah untuk hadir. Jika kelapangan, boleh pergi. Bagus kan?

Aku rasa aku dah mula jatuh cinta pada jawatan AFC ni. Seperti aku,naqibah aku bernama Munirah. Cantik manis orangnya. Suka aku melihatnya. Wanita melayu terakhir. Terfikir aku, sekiranya aku adalah lelaki, pasti aku akan jatuh cinta kepadanya. Mana tidaknya, lihatlah pada agamanya yang tinggi serta kesantunannya. MasyaAllah.. sungguh aku jatuh cinta pada akhlaknya.

"Kalian adalah keluarga saya. Kita semua adalah keluarga. Anggap kita semua adalah adik beradik. Apa-apa masalah, kalian boleh mengadu kepada saya dan semua ahli disini. Jangan malu atau segan nak bercerita, okey?" Ujar Munirah, pada pertama kali kami bersua muka.

Seperti yang diceritakan tadi, Munirah terkenal dengan sifat lemah lembut dan penyayang. Semua orang menyegani beliau termasuklah aku sendiri. Kumpulan aku lah yang paling bertuah kerana naqibah aku adalah merupakan penolong ketua ANC. Baru kenal penolong ketua ANC, belum lagi ketua ANC nya. Agaknya lagi gentleman tak?

HARI ini, kelas petang batal. Aku pun apa lagi, pastinya akan melepak dengan Nor. Nor ini adalah classmates aku. Dialah yang paling aku kamcim dari classmate aku yang lain. Mungkin sebab Nor orang Perak atau Nor sejenis yang bermulut ramah. Senang aku nak berbual dengannya.

Biasanya kami akan lepak di cafe 'D'. Cafe yang paling murah dan paling sedap. Kalau sebut pasal makanan disini, semua enak-enak dan bersih. Selalunya aku dan Nor akan makan petang dengan menu kegemaran kami iaitu sup daging dan nasi putih bersama dengan telur dadar panas. Pergh! Meleleh air liur.

"Syud.. kenal tak siapa ketua ANC?"

Tertiba sahaja Nor buka topik pasal ketua ANC. Ketua ANC ye? Selama ini aku tak pernah lihat wajah ketua ANC apatah lagi nak dengar cerita mengenainya. Dah seminggu aku jadi ahli AFC, tak pernah kami melihat wajah ketua ANC. Sibuk agaknya.

"Tak.. kenapa?"

"Dia tu kacaklah, Syud.. Seriuslah awak tak pernah tengok dia?"

Err.. jawapan aku adalah tidak! Mungkin sebab aku terlalu sibuk dengan dunia baru aku atau mungkin ketua ANC itu yang terlalu sibuk sehingga sukar untuk aku mengenali siapa ketua ANC itu. Aku geleng kepala. Kemudian,aku hirup sup. Arghh, susah nak move on dengan sup daging ini.

"Peliklah awak nie! Sebelum ini awak tak pernah jumpa or terserempak dengan dia ke? Seriuslah.." Nor bulatkan mata. Seakan tak percaya aku tak kenali ketua ANC itu. Heran sangat aku dengan ketua ANC itu. Perlu ke aku kenal dia?

Sekali lagi aku geleng. Nor tergelak."Ketinggalanlah awak,Syud. Tapi kan Syud, dulu dia tu playboy tao! Pelik kan, macam mana seorang playboy boleh jadi ketua ANC, kan. Awak tak rasa pelik ke?"

Aku hanya angkat bahu. Hal begitu sedikit pun tak buat aku melatah atau rasa pelik. Entahlah.. Ini bukan pertama kali aku dengar kisah manusia bajet alim bercintan-cintun bagai. Aku dah biasa dengar dari zaman sekolah menengah lagi. Isu begini dah dikira perkara biasa. Kalau mereka terlanjur,itu pun aku dah lali dengar. Salah satu punca perkara begitu terjadi, adalah sebab mereka tak jaga ikhtilat. Dan bila berdua, ada yang ketiga. Kemudian.. hanyut! Tangkap basah dan beberapa tindakan susulan diambil oleh pihak bertanggungjawab.

"biasalah tu.." balasku selamba.

"Kau boleh diam je, Syud?" Nor goncang bahu aku. Nor mula berang. Marah agaknya ceritanya tidak mendapat respon yang baik dari aku. Habis itu, Nor nak aku buat apa? Pukul ketua ANC itu sampai mati? Bakar dia hidup-hidup? Begitukah?

"Habis itu nak kite buat apa? marah dia?" Sabar jelah aku dengan sikap kawan aku seorang ni. Jenis suka menbahan orang sahaja kerjanya. Dimatanya, ada sahaja yang tak betul. Dia sahajalah yang sempurna.

"Awak kan anti-couple islamik ni.. asal awak diam je? At least awak bebel lah sikit.."

Eh Nor nie.. nak bebel kat ketua ANC tu? Memang taklah! Kenal pun tidak, ini nak ceramah dia bagai.. Oh,please lah...

"motif?" aku angkat kening.

Nor diam seribu kata. Hilang moodnya bila aku spoil kannya . Muka habis ditarik cemberut jadinya. Kuah sup itu dihirup rangkus oleh Nor. Merajuklah itu kalau aku tak join gossip Mak Jemah dia.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Demi mengembirakan hati Nor itu, terpaksalah aku men-iyakan sahaja." biasalah tu,Nor.. kite dah biasalah dengar. Malas kite nak bising-bising. Bukannya kite dapat apa pun kalau kita cakap macam ni. Useless. Tapi.. bagi pendapat kite lah, baik tak payah pegang jawatan islamik kalau bercouple. Couple-couple ni mana wujud dalam kamus orang yang beriman. Mak Syud kata, 'Lebih baik kau duduk di kandang babi daripada bersentuh dengan ajnabi' " Bebel aku. Nah.. ambil kau setempek ceramah daripada ustazah Nurul Syuhadah. Tolong hadam! Nak dengar sangat kan aku bebel. Silakan..

Nor tersenyum bahagia pabila aku beri respon. Mood Nor kembali baik. Ah, bukan susah nak pujuk budak seorang ini. Kacang sahaja.

"lagi?" Nor tunggu ayat Syuhadah selanjutnya.

"apa?" Aku bulatkan mata. Tak cukup ke? Aku bukan banyak pahala nak mengumpat fasal orang ni. Haih...

"lagilah.. saya nak dengar awak bebel" desak Nor. Hari ini, aku banyak diam. Semua pelik dengan sikap aku hari ini. Walaupun aku diusik teruk oleh Sir Danny tu tadi, tiada kuasa aku nak membalas semulam. Haha, no answer for that. Mungkin sebab aku dapat mimpi buruk semalam. Hurmmm..

Aku tayang senggih paling comel.Alamak, kebuntuan idea. Apa ye..
"Orang macam gini, kite tak respect langsung. Dah pegang jawatan ketua ANC tu, tunjuklah contoh yang baik sikit kat anak buah.. ini tak, di-", ujar aku sepuas hati, sesedap rasa.

Dan sekali...

"Assalamualaikum, maaf ganggu." Tegur satu suara garau dibelakang aku. Laju aku menoleh ke belakang. Siapakah gerangan yang memberi salam tadi. Sopan orangnya. Tapi sayang, tiada adap! Adakah patut beri salam di belakang kami? Depan-depan tak boleh kah?

Serentak itu, mata aku terpaut pada sepasang anak mata hitam yang indah itu. Lelaki itu pun sama, turut merenung ke mata aku. Dari matamu, matamu, ku mulai jatuh cinta! Sedar keadaan itu begitu lama, lelaki itu melarikan anak matanya dulu diikuti dengan aku. Fuhh! Berpeluh den. Adakah ini dinamakan cinta?

Kacaknnyeee~ Bidadara turun dari langit kah?

"Sorry for what?." Salam dia aku jawab dalam hati. Mata aku terus memandangnya. Tak berkelip langsung. Peluang begini bukan selalu dapat. Hargailah selagi ada di depan mata. Eceh..

Tapi hairan juga! Tertiba sahaja lelaki ini beri salam dan ucap sorry pada aku dan Nor. Sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu! Janganlah membisu. Aku cuba beriak biasa walaupun hati aku dah berdetak kuat dek kerana kacaknya dia.

Dia bukan sahaja kacak dan berkarisma, malah memiliki wajah bersih dari sebarang bintik hitam dan jerawat? Bagaimana dia jaga muka? Dengan gaya rambutnya mengikut trend sekarang. Lengkap berpakaian kemeja hijau turkois, bertali leher hitam dan berseluar hitam. Nampak macam alim walaupun tidak bersongkok mahupun ketayap. Mungkin faktor muka dia nampak suci dan baik.

Oppss!!! Berapa lama aku memandangnya??

Ya Allah Syud! Gatal geleyarnya kau! Tundukkan pandangan itu.

"Saudari ada mengumpat pasal kawan saya" Ujar lelaki itu. Lembut tetapi kedengaran tergas disitu. Senyuman nipisnya itu membunuh lamunan aku. Seram pula bila pandang lama-lama. Seperti ada aura penaklukannya disitu.
"Are you sure?." Aku persoalkan.Rasanya aku dan Nor tak kenal mamat ini mahupun kawannya itu.

"Saya tak silap dengar."

"Mana ada!" Cepat aku menyangkal. Bila masa pula aku ada mengutuk kawan lelaki ini. Kenal dia pun tidak. Tak logik langsung! Kalau nak tackle Nor , mengaku sajalah! Tak perlu nak guna taktik lama.

"Ada.. tadi ada saya dengar. Saya belum pekak lagi, saudari. Tak baik tao mengumpat pasal dia. Tambah-tambah cakap benda yang tak betul. Boleh jatuh fitnah. Ayoo.. tak tahu. Allah marah" ujar lelaki itu.

Aku senyum senget. Lelaki itu cuba menguji kesabaran aku. Siap buat muka acah-acah takut. Jari dia tak boleh blah. Jari telunjuknya menunjuk ke atas, seolah-olah nak beritahu aku bahawa Allah nampak segala perbuatan aku tadi. Adesh!

Aku terkedu. Aku cuba ingat apa yang aku kat tadi. Benarkah aku mengumpat tadi? Aku cakap pasal apa? Dan siapa yang aku kutuk tadi?

Aku dan Nor saling berpandangan. Nor beri isyarat mata kepada aku. Tapi aku tak faham."Siapa? aku tak tahu siapa yang kau maksudkan" Tergasku bertanya.

Lelaki itu tarik nafas dalam-dalam.Berpeluk tubuh dan merenung Nor tajam. Nor pula asyik menunduk. "Ketua ANC kan korang kutuk tadi... Korang kenal ke siapa dia? betul ke dia playboy? Dah siasat latar belakang dia?." Kini matanya beralih ke aku.

Gulp..

"Owh.. ketua ANC ke? Laa.. kawan kau ke? Aku pun tak kenal." balasku selamba.

"Kacak tu memang tepat sekali. Tapi pasal dia playboy tu, sahih ke cerita korang tu yang kata dia bercouple? Dengan siapa?." Lelaki itu berpeluk tubuh.

".." Huh? Aku tak salah dengar kah? Dia puji kawan dia?? Gay ke??

'Direct' sungguh dia nasihatkan kami. Setempek kena kat dahi aku dan Nor. Bertalu-talu lelaki ini menghentam kami berdua. Terus bisu aku dibuatnya. Nor pula asyik menunduk malu.

"what so ever.." Malas aku melayan.Aku terus menghirup sup daging tanpa menghiraukan lelaki ini membebel. Sambil aku lihat jam tangan aku. Wah! 25 minit 3 saat dia membebel. Marah nampak? Kenapa mamat ini pula nak terasa? Kami bukan kutuk dia..

Nampaknya lelaki itu senyap. Dah balik agaknya. Aman sekejap dunia aku.Alhamdulilah...

"Saudari, sedap kan makan sup daging, macam makan daging orang yang korang umpat itu." Sambung lelaki itu. Terserdak aku dibuatnya, sakit itu hanya Allah yang tahu. Nor bantu dengan menepuk-nepuk perlahan belakang aku. Aduhai, malangnya nasib aku. Tak pasal-pasal terserdak sup daging.

Aku ingat dia dah balik. Aku toleh ke belakang semula. Baru nak ajak gaduh, lelaki mulut celupar itu sudah menghilang."mana lelaki tu? Dasar mulut takde insuran!" marah aku.

Melilau mata aku mencari keberadaan lelaki itu sambil mulut aku membebel.Malangnya cepat sungguh lelaki itu menghilang. Sudahlah tiada adap. Geram aku dibuatnya. Bibir diketip kuat. Sakitnya itu disini..

"Syud.." Nor panggil aku sambil cuit bahu. Bila aku pusing ke depan semula,dia buat aku terkejut. "Oh mak kau!."

Termelatah aku.Mana tidak aku terkejut. Lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul dihadapan aku. Magik sungguh! Patutlah Nor dari tadi cuit aku.Rupanya inilah sebabnya. Lelaki itu menghulurkan aku secawan air sirap.Lelaki hanya tersenyum manis tatkala melihat gelagat comel Syuhadah.

"sorry sebab buat saudari tersedak. Lain kali, jangan buat spekulasi sendiri kalau tak tahu cerita sebenar"

Cawan itu diletak diatas meja. Aku pandang mata dia dengan pandangan tak puas. Baru aku perasan matanya tidak memandang aku, sebaliknya dia memandang Nor. Rupanya dia nasihatkan Nor, bukan aku..

Syud, asallah kau pula yang terasa lebih? buat malu je..

"terima kasih dan sorry juga."

"sama-sama dan maaf diterima" senyumnya.

Terusik hati aku apabila melihat lesung pipit itu mula terbentuk pada pipi belah kanannya. Manis. Berdebar jantungku buat seketika.

Perasaan apakah ini?!!!

"Nama saya Muhammad Hafidz Khair. Kalau ada apa-apa nak tanya pasal Ketua ANC tu.. boleh tanya saya sendiri." Lelaki itu perkenalkan diri. Aku terdiam. Wait!

"Un.." Tak sempat aku nak bertanya apa-apa, lelaki bernama Hafidz itu berlalu pergi. Hairan..

Perlukah dia beritahu namanya? Motif?? Dan kenapa dia yang beria maafkan kami sedangkan kami tak kutuk dia pun.. kami hanya kutuk kawan dia.. ???????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience