Bab 1: #comelsangat!

Romance Series 2619

"Hana, kita parking dekat sini aja ya?", saran Suria teman rapat Aisyah Hanani yang dikenali hampir 7 tahun.

Satu-satunya sahabat yang tidak pernah berubah walaupun sudah berkahwin. Sahabat yang juga merupakan kakak yang sering mengambil berat.

Aisyah Hanani, mengangguk. Senyuman tambah lebar dengan pipinya yang tembam. Gerak gayanya yang manja, membuatkan dia kelihatan seperti beruang comel. Namun, gaya comelnya ini hanya diketahui oleh orang-orang yang dekat dengannya.

Daripada paras luaran, Aisyah Hanani kelihatan seperti seorang yang lemah-lembut, sopan dan penuh karisma. Orang kata...serius. Tak boleh dibuat main. Tapi itu semua mitos di kalangan orang yang tidak pernah mengenalinya. Ada juga yang pernah menggelarnya, Ustazah Pilihan. Dek kerana cara dia berpakaian yang menutup aurat, namun masih moden!

"Ramai pulak yang beratur!",rungut Aisyah Hanani apabila menjengah ke dalam restoran korea muslim.

"Tengahari kan...memang lah penuh",Suria cuba menenangkan.

"Aku lapar ni!",Hana tak habis-habis merungut. Mukanya yang comel kini masam mencuka.

"Engkau yang saran aku makan kat sini. Betul ke kau nak makan sini?",Suria cuba untuk mencari kepastian.

"Aku teringin sangat makan yangyeom teomdak",

"Oh..."terjengket sebelah bibir Suria cuba memahami perasaan kanak-kanak di hadapannya itu. Terlalu minat k-pop sampai makanan korea pun menjadi kegilaannya.

"Ok. kalau macam tu aku beratur, kau cari meja",saran Suria. Hana mengikut sahaja kerana seleranya terbantut seketika.

* * * * *
Hana mendapat tempat. Itu pun setelah dua orang kakak menyarankan dia mengambil tempat mereka.

Hana mengetepikan beberapa pinggan dan mangkuk. Tidak sampai 10 saat seorang lelaki dengan wajah ala korea mengangkat pinggan mangkuk tersebut dan diasingkan ke atas trolley. Meja seketika itu juga dilap dengan kain bersih.

"Cik dah order?",ujarnya dalam telo melayu yang agak pelat.

"Korea ke mamat ni? ",Syakira merenungnya kosong.

"Cik...",soalnya.

"Err...ya! Kawan dah order",Syakira menunding jari telunjuknya kepada Suria. Seketika, telefon bimbitnya berdering. Deringan yang keluar, pastinya lagu Butterfly, nyanyian BTS.

"Apa?",Hana memandang ke arah Suria sambil mengangkat bahunya.

"Aku tak ingat apa kau nak",ujar Suria

"Yangyeom",ujarnya.

"Apa?",Suria berkerut.

"Yang yeom..."Hana membuka luas mulutnya dan menggamit perkataan 'yangyeom' seperti dalam filem slow motion"

Suria menggelengkan kepala. Lantas memanggil Hana ke kaunter.

"Aisyah Hanani!",teriak Sakura. Teriakan Suria membuatkan Hana malu. Dia memerhatikan sekitarnya.

"Er...encik tolong tunggu sekejap di sini. Saya panggilkan kawan saya", Hana beredar dan menghampiri Suria.

"Kau pergi duduk sana. Kesian mamat cina tu tunggu",bergegas Suria menghampiri ke tempat yang di tunjukkan.

"Saya nak yangyeom teomdak, dengan dua nasi",pesannya.

"Oh...maaf cik. Tak boleh kalau nak ambil dua nasi. Kami ambil ikut set",lelaki yang mengelap mejanya tadi bergegas di kaunter.

"Eh...tak boleh? Sebelum ni ok aja",ujar Hana dengan muka memerah.

"Sejak bila pula rules menu dah berubah?",kesabarannya diuji saat lapar begini.

""Erm...tak apalah. Kalau cik nak juga, kami buatkan",ujarnya lembut.

Lelaki itu masuk ke dalam. Lama Hana menunggu. 10 minit berlalu. Seorang lagi lelaki yang berkulit putih merah dengan mata yang sepet menegurnya.

"Cik dah order?"

"Dah. Dengan yang sorang tadi",tona suaranya garang,tapi masih cuba menahan marah.

'"Eh?",ujar lelaki itu mengerutkan dahi sambil menjengah ke belakang dapur.

"Ada aja yang dah siap ni",lelaki itu menghulurkan kepada Hana.

"Ehheemm...",lelaki yang mengambil pesanan Hana tiba-tiba muncul dengan dua pinggan yangyeom. Sahabatnya penasaran.

"Saya buat dua set",ujar lelaki itu.

Hana kekeliruan. Adakah lelaki itu menolak duit gajinya untuk berbuat demikian? Atau ikut suka dia sahaja.

"Saya tak minta pun! Saya minta dua nasi dengan satu lauk saja",Hana menolak keras.

"Ermm...begini. Kebetulan kami ada diskaun 50 peratus kalau cik beli dua set",

"Oh...iya ke?",ujar Hana merendahkan tona suaranya. Sekali lagi sahabatnya memandang lelaki itu dengan pandangan aneh.

"Terima kasih...",Hana mengangkat dulang berisi dua set yangyeom dengan gembira.

* * * * * *

"Ini first time aku dengar kau bagi diskaun!",Seungmin berlaga bahu dengan sahabatnya itu Hwayoung.

""Hmm...comel sangat budak tu",

"Memang comel",Hwayoung tersenyum lebar.

"Tapi...tembam la...",Seungmin membuat gaya, dengan mengepakkan kedua lengannya sambil mengembongkan kedua pipinya. Mengajuk bahawa gadis tadi agak berisi.

"Kau tak tengok lagi aegyo dia",

"Dia tu!" Seungmin menunding jari sambil membeliakkan matanya. Tidak percaya.

"Garang semacam aja",ujar Seungmin.

"Tak...kau tak tahu. Dia sebenarnya budak manja",Hwayoung tersenyum sendiri lalu beredar ke meja Hana dan Suria. Seungmin hanya mampu menggarukan kepala. Tidak dapat menghalang sahabatnya itu, kerana didatangi pelanggan ke kaunter.

"Assalamualaikum",sapa Hwayoung.

Hana menelan baki nasinya. Terkejut disapa lelaki yang tidak tahu sama ada korea muslim atau cina muslim itu.

"Ya?",jawab Suria.

"Kami sedang buat kontes",

"Kontes apa tu?",Hana beria mahu tahu.

"Ambil gambar sewaktu makan di sini dan upload di Instagram. Tag nama kedai kami dan sertakan sekali hashtag 'hwayoungterbaik'

Suria dan Hana berpandangan antara satu sama lain. Tak sangka lelaki itu agak fasih berbahasa melayu.

"Ok!",Suria dan Hana sama-sama menunujukkan isyarat tangan ok kepada lelaki itu. Lelaki itu pun beredar.

"Mamat tu...cina Malaysia ke?"soal Suria.

"Mualaf kot...",ujar Hana pula.

"Ok...jom selfie!",Hana begitu teruja. Suria dan Hana sama-sama berswafoto tengahari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience