Untitled

Romance Series 2619

Kelibat Aisyah Hanani kelihatan masuk ke salah sebuah rumah kedai. Lee Hwayoung tidak pasti pintu yang mana, tapi kakinya pantas mengikuti.

Matanya sibuk mencari beberapa tanda. Ya, sebuah banner terpampang promosi kursus masakan tergantung. Lee Hwayoung tidak pasti. Dia menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua rumah kedai itu.

Seorang pegawai wanita menjemputnya masuk menuju ke arah kaunter pendaftaran. Dia tersengih lucu melihat Lee Hwayoung. Aneh dengan padangan itu, dia menyuarakb sesuatu.

"Chef Aisyah ada?"

"Ya ada di dalam. Encik dah daftar ke?",

Kening Lee berkerut.

"Oh...saya kebetulan saja lalu di sini. Kursus masakan dah bermula ke?"

"Sekejap lagi kita akan mulakan. Tapi encik, untuk kursus hari ni dah fully booked",ujar pegawai itu lagi.

"Erm...saya seorang aja lagi. Boleh tanyakan pada boss awak tak?"

"Sekejap ya...", wanita itu masuk ke dewan kursus dan membawa seseorang keluar bersamanya.

"Ya encik...",Aisyah Hanani memandang Lee Hwayoung dari atas ke bawah. Reaksinya agak kehairanan.

"Nampaknya, encik ni memang bersemangat nak masuk kelas ni",ujarnya sambil memandang pekerjanya.

Lee Hwayoung memandang ke arah pakaiannya. Matanya terbeliak. Baru dia sedar bahawa sepanjang masa ,ini di memakai apron kedainya.

"Amira...awak tolong uruskan pendaftaran encik ni ya",ujar Aisyah Hanani tersenyum dan berlalu ke dalam.

"Erm...bayaran dengan kad kredit diterima tak?",soal Lee Hwayoung lagi.

................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience