Bab 3: #kukejarkamu

Romance Series 2619

Pagi-pagi lagi Hana mendapat notifikasi dari Instagramnya. Beberapa rakan dari media sosial itu memberikan pelbagai reaksi dan komentar terhadap gambar yang dimuat naik semalam. Ramai yang ingin mencuba yeomyam teondak yang di makan nya semalam.

Satu lagi notifikasi menarik perhatiannya. Seseorang yang tidak dikenalinya menjadi rakan 'follower'. Hana memang tidak suka kalau ada orang yang tidak dikenali mengikutinya. Namun, atas alasan bisnes, dia membuka Instagram untuk tatapan umum.

Lee Young. Gambar profil lelaki berkulit putih, memakai topi yang menutup hampir separuh wajahnya. Profil itu juga diletakkan sebagai Private. Oleh itu, tiada maklumat lanjut yang boleh diselongkar melalui profil 'follower' nya yang baru itu.

"Hmm...entah siapa lah pulak ni",

Hana mengambil selfie bersama minuman coklat panasnya. Entri nya berbunyi: Heading to kursus masakan. Jumpa nanti pukul 9 ya!

* * * * * *
"Dia belajar masak ke?",Hwayoung tidak mengerti. Hwayoung menyelongkar lagi. Dia menjumpai link url di biodata Aisyah Hanani. Link itu menghantarnya ke laman youtube.

"Ohh...dia chef !". Beberapa video masakan Aisyah Hanani ditonton. Hwayoung tersenyum sendiri.

"Bos! Ayam tak sampai lagi",seorang pekerjanya memberitahu. Hwayoung cepat-cepat menutup telefon bimbitnya di atas meja.

"Siapa yang patut hantar?",

"Abang lori tu kata, ayam lambat sikit hari ni",

Hwayoung menghela nafas panjang. Menggerutu fikirannya memikirkan cara.

"Tak apa, saya keluar kejap cari ayam dekat kedai berdekatan",jawabnya.

* * * * * *
Langit membiru. Cerah. Angin pagi yang damai mententeramkan jiwa. Hwayoung bersiul-siul sendiri, menghampiri kedai Pak Mad.

"Assalamualaikum",sapanya kepada Pak Mad di kaunter.

"Hai...awal Encik Lee pagi ni",Hwayoung tersenyum.

"Pak Mad ada ayam tak?",segera kepada pemintaan.

"Kejap. Hassan! Tolong encik Lee ni. Dia nak ayam",Hwayoung menuju ke tempat ayam yang letaknya di belakang kedai.

"Encik Lee pilih dulu. Saya akan potongkan ayam",ujar Hassan pekerja Pak Mad.

"Er...dik. Ayam ni sekilo berapa ringgit?"

"RM16 kak",jawabnya. Hwayoung menjeling sekejap ke arah suara itu. Dia memilih ayamnya kembali. Namun, wajah itu biasa di lihatnya.

"Aisyah Hanani...",bisiknya sendiri. Badannya hampir membeku di situ.

"Encik Lee...dah pilih ke ?",panggilan pekerja Pak Mad mengejutkannya.

"Er...belum",

"Erm...ni ayam akak",sebungkus plastik merah bertukar tangan kepada Aisyah Hanani. Aisyah Hanani menuju ke kaunter. Lee Hwayoung terpempan di situ.

"Encik Lee?",panggil Hassan lagi.

"Erm...dik. Boleh tak hantarkan 10 ekor ayam ni ke restoran saya sekarang. Saya ada hal ni",Lee Hwayoung bergegas keluar kedai. Matanya melilau mencari Aisyah Hanani. Keretanya dibawa keluar dari kawasan pakir. Aisyah Hanani sudah memecut keretanya keluar dari kawasan kedai. Lee Hwayoung mengekori.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience