BAB 1

Drama Completed 531

“Zaymen ! Kau dekat mana ni, sekejap lagi giliran kau.” Suara cemas di corong telifon menampar gegendang telinga. Bekerut keningnya risau, segera kasut di sarung dan tanganya mencapai Guzheng alat muzik tradisonal China. Laju dia mengatur langkah sambil menyarung alat muzik kesayanganya ke dalam beg dan digalas belakang badan. Tidak diperdulikan lipatan tudung yang mula lucut ditiup angin petang di taman Shuzho. Seketika Zaymen gan telifon bimbitnya berbunyi nyaring, tahu akan pemanggilnya Zaymen mula mengatur laju langkah berlari.
Melalui laluan jambatan yang memisahkan antara sungai, Zaymen mempercepatkan larian walaupun beban di belakang badan tetap tak dapat menghalangnya. Fikiranya mula mengutuk diri sendiri sebab terlewat bangun, sudahla persembahan Guzheng ni amat penting baginya.

Dtummmmm.. bergema bunyi alat muzik Guzheng jatuh di atas jambatan. Zaymen sedaya upaya bangun, bekerut dahinya menahan sakit. Aish! Buta ke apa. Tak nampak dia sedang mengejar masa. Boleh pula main langgar-langgar. Kutuk Zaymen sambil mengibas tanganya yang mula melekat batu halus.
“maaf, saya tak sengaja. Awak ok ke?” tanya seorang lelaki yang berbaju sejuk dan bertopi menghampiri menghulurkan Guzheng kepadanya yang sudah bediri.

“tak apa la. Saya nak cepat ni, lain kali jalan tu hati-hati sikit.” Zaymen malas nak memanjangkan cerita. Guzheng segera dirampas dari tangan lelaki tadi dan dia mula mengatur langkah mengajar masa. Matanya sempat memandang akan alat muzik Pi Pa milik lelaki tadi tesadai di tepi, kelihatan tali muziknya sudah tercabut. “minta maaf juga untuk yang itu.” Bicara hati Zaymen pelahan.

“huh! Nasib baik orang melayu juga.” Rayden mengatur langkah pelahan mengambil Pi Pa miliknya.

“ARGH!. Tali dah tercabut pula. Tak pa la, dekat sana nanti boleh baiki.” Bebel Rayden sambil berlalu, dia sebenarnya turut mengejar masa.

Selesai Zaymen menghabiskan nada muzik Guzheng, teupakan gemuruh yang diterima dari penonton. Walaupun bedebar, Zaymen masih mengukir senyuman bahagia. Akhirnya dapat juga dia buat persembahan di hadapan orang ramai, kalau sebelum ni dia hanya membuat persembahan untuk universiti kini dia sudah boleh buat persembahan untuk kerabat yang lebih tinggi martabatnya.
Di belakang pentas Zaymen menenangkan diri. Turun naik nafasnya kepenatan, air mineral yang dihulur Farhani dicapai laju. Segera diteguknya, haus sangat. Itupun peluh sudah mula mengalir di dahinya. Farhani dan Nizam hanya mampu menggelengkan kepala melihat sahabat mereka.

“wahai cik Zaymen Armanda, persembahan sudahpun habis. Tak kan la gementar lagi, sampai peluh keluar sakan ni.” Nizam menyakat sambil menghulurkan tisu. Farhani sudahpun pecah ketawanya.

Zaymen menjeling tajam kepada pasangan suami isteri di hadapanya ni.

“woi! Gile tak gabra, kali ni persembahan bukan macam dulu. Kali ni golongan kerabat pun ada sekali. Kalau Zaymen buat silap habislah malu universiti kita. Sudahla main alat Guzheng ni mana boleh sesuka hati je petik, nanti silap aribulan kena buang universiti sebab memalukan kaum China di sini.” Jelas Zaymen sambil menanggalkan kuku palsu dari jari-jarinya.

“ye la kami tahu, saja je begurau dengan kau.” Farhani menepuk lembut bahunya menenangkan.
“sebagai tanda maaf dan hadiah sebab kau berjaya buat persembahan hari ni, Nizam belanja makan nak.” Nizam menawarkan hadiah yang sememangnya Zaymen tak boleh nak tolak. Sebab kelemahanya hanya pada makan, dia kuat makan. Tambah istimewa bila berat badanya tetap maintin, tak naik dan juga tak turun. Alhamdulilah! Kurniaan Tuhan.

“macam tu la sahabat. Dah jom, Zaymen lapar dah ni. nak makan banyak sebab ada orang tu belanja kan.” Selamba Zaymen mengenakan Nizam.
Membulat mata pasangan suami isteri itu dengan tingkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience