BAB 3

Drama Completed 531

Keadaan dewan bising dengan celoteh dari penghuninya, masakan tidak mempunyai aura sebegitu bila diberitahu bahawa kuliah besama Prof.Yin Yin dibatalkan. Lagak mereka bagaikan baru sebentar tadi sambut merdeka, Cuma bezanya dekat dalam dewan tiada mercun untuk di raikan.

Zaymen yang duduk di barisan ke tiga hanya tersenyum kecil melihat gelagat sahabat-sahabatnya. Walaupun berlainan bangsa bila sudah serasi besama semuanya boleh jadi satu geng, apatah lagi kalau bab seperti ini.

“wei! Kuliah batal ni, jom kita pergi taman Shuzho nak. Dah lama tak tenangkan diri, lagipun lepas ni mana ada kuliah. Esok mula cuti seminggu, boleh la kita rancang nak bercuti dekat mana kali ni.” Wawa menghampiri Zaymen yang sedang duduk besama Farhani dan Nizam.

“ALAMAK! Sorry la korang, Zaymen lupa nak beritahu. Adik Zaymen nak datang sini melawat, lagipun cuti kali ni ingat nak habiskan masa besama dia. Nampak gayanya Zaymen tak dapat ikut korang becuti.” Zaymen menepuk lembut dahinya, baru teringat akan janji kepada adik lelakinya dalam telifon 2 hari lepas.

Wajah mereka sudah mempamerkan riak tidak seronok. Setiap kali cuti ada je alasan yang akan diberi olehnya, bukan apa kita fikir ke duit kan. Daripada bercuti, baik kita simpan duit. Tapi kali ni betul memang alasannya kukuh, adik kesayanganya akan tiba esok dan menemaninya sementara mereka yang lain pergi bercuti.

“tak apa la Zaymen , macam la aku tak kenal adik kau tu. tahu sangat perangai dia, kalau tak ikut janji nanti memang panjang la muncungnya kan.” Nizam membela dirinya. Farhani turut mengangguk mengerti. Wawa dan sahabat yang lain dah tak boleh nak kata apa, sebab itu dah keputusan Zaymen dan mereka kena hormat.

“dah kalau tak boleh ikut kami bercuti, jom la petang ni kita keluar ke taman Shuzho.” Ajak Sarah sambil mengemas buku di atas mejanya.
Dewan yang tadi riuh kini mulai senyap bila ramai yang sudah mula keluar membawa segala impian sempenan cuti kali ni.

Selepas melangkah keluar dari rumah sewa, mereka bedua sudah capai kata sepakat. Hari ni hanya akan pergi ke tasik dan keluar makan, esok baru fikir nak pergi ke mana lagi. Penat juga melayan karenah gila adiknya. Baru saja sampai pagi tadi dah nak keluar petang pula, katanya tak sabar nak jelajah tempat-tempat yang diceritakan kepadanya.

“WAH! Hensemnya adik akak ni, mesti ramai awek kejar kejap lagi. Aish!. Nampak gayanya akak kena jalan dekat-dekat la. Takut nanti kena tinggal.” Zaymen begurau bila melihat Badrol sudah segak berpakain seperti penyanyi k-pop yang menjadi kegilaan ramai ketika ini, ditambah lagi dengan wajahnya yang ala-ala Korea.

“biasa la akak, orang ensam nak buat macam mana.” Badrol puji diri sendiri membuatkan Zaymen mencebik pula. Pantang betul kalau dipuji, mula la nak ‘angkat’ diri.

Badrol baru menamatkan semester 3 di UKM dalam pengajian Fotografi kreatif, datang ke sini pun guna duit pinjaman PTPTN. Puas kena marah dalam telifon, tapi tak boleh nak buat apa. Tiket sudah dibeli dan tidak boleh ditarik balik, akhirnya Zaymen terima juga kedatangan adiknya dengan hati yang terbuka.

Melihat akan perahu yang belayar pelahan membuatkan Badrol sentiasa melekat dengan kamera Nikon kesayangan. Melihat gelagat Badrol membuatkan mekar senyuman di bibirnya, tak sangka adiknya sudah besar panjang. Dulu semasa di tinggal kat Malaysia, punya la susah nak lihat dia berkelakuan macam ni. terlebih sopan, tapi kini nampak sedikit perubahan. Mungkin impak masuk ke universiti dan dibantu oleh kawan-kawan untuk bergaya.

“sayang! Jom kita pergi makan, dah lapar ni.” tiba-tiba Badrol memeluk tangan kanannya. Terkejut, tapi itu memang sudah menjadi kebiasaan. Teringat zaman dulu bila bejalan bedua mesti kena pegang tangan, sampai kalau ada yang tak kenal mesti cakap mereka ni bercinta. Padahal adik beradik, syarat utama bertambah kuat bila si Badrol ni makin tinggi dari dirinya dan wajah nampak matang.

“eh! Peluk akak ni tak takut ke nanti awek tak jadi ngejas?” soal Zaymen sambil berjalan beiringan ke restoren masakan melayu yang dibina oleh keluarga muallaf di sini.

Badrol mengukir senyuman. “tak kisah pun. Yang Bad risau nanti teman lelaki akak salah faham pula tengok kita mesra macam ni.” selamba badak je si Badrol mengenakanya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience