BAB 6

Drama Completed 531

“apa pandangan tentang kak Aloya ? Sesuai tak dengan abang long, agak-agak dia boleh tak bahagiakan kita sekeluarga?” soal abang long memandang minta jawapan.

Zaymen menarik nafas panjang. “abang long ni, mesti la sesuai. Zaymen yakin, abang long dah tahu dulu yang kak Aloya mampu pikul tanggungjawab ni, sebab tu abang long pilih dia.”

Habeeb mengukir senyuman bahagia. “ha! Asyik tanya pasal abang long je. Zaymen bila lagi nak kenalkan teman lelaki dekat keluarga?” soal Habeeb mengejut buatkan Zaymen melopong. Diam.

“abang long ni!” marah Zaymen sambil menghempaskan diri ke katil, dia menutup muka dengan bantal. Soalan maut tu lagi, dari China sampai ke sini soalan tu yang diajukan kepadanya. Bosan.

PALUAN kompang menandakan pengantin tiba besama rombongan. Dari jauh beseri-seri kelihatan wajah abang long dan kak Aloya dalam persalinan busana pengantin warna kelabu. Zaymen yang sudah mengambil tempat di atas pentas kecil, mula mempersiapkan diri. Setelah melihat pasangan pengantin duduk, dia memperkenalkan diri dan mula bermain Ghuzeng. Kehebatan petikanya membuatkan tetamu yang datang senang hati, malah ada yang asyik dibuai kenangan lama.

“Zaymen ! Sini sekejap.” Laung abang long di muka pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, semua tetamu sudah pulang dan yang tinggal hanya saudara mara.
“yup! Ada apa, tak kan nak bekepit lagi dengan Zaymen . Abang long dah ada bini, marah kak Aloya nanti.” Sakatnya menghampiri. Kelihatan ada seorang lelaki di samping abangnya, tetapi dia tak berminat pun nak lihat.

Kepalanya ditepuk pelahan oleh Habeeb . “ada saja nak kenakan abang long. Ni ha! Abang long kenalkan kawan abang long, Ahmad Rayden . Ingat lagi tak, yang dulu masa kecik-kecik korang pantang berjumpa. Asyik nak bergaduh saja, macam anjing dengan kucing.” Terang Habeeb .

Pandangan Zaymen dan Rayden bersatu, fikiran mereka ligat mengigati peristiwa dulu.

“China!” serentak tu mereka besuara mengejutkan Habeeb . Pelik, apa kena mengena dengan China?

Seketika kemudian mereka bedua ketawa besama. “oii!, korang ni kenapa, dah di sampuk setan ke. Gelak tiba-tiba.” Celah Habeeb mematikan sisa tawa dua manusia yang berada di hadapanya.

“kami pernah jumpa dekat China dulu, secara tak sengaja.” Terang Zaymen sambil memeluk tubuh.
Rayden mengangguk mengiakan. “kali pertama pelanggaran secara tak sengaja, kali kedua si Zaymen ni datang baiki Ghuzeng dekat kedai atuk aku dan kali ketiga dekat sini.” Rayden menambah kata.

Kini giliran Habeeb gelak sakan, lucu. Tak sangka takdir tuhan menemukan mereka kembali, itu pun dalam keadaan saling tak mengenali. Mana tak nya, masa Rayden meninggalkan kampung waktu tu Zaymen baru darjah 5 dan bertemu kembali bila dah berumur 24 tahun. Kalau dia pun memang tak kenal dah kalau selisih bahu di jalan raya.

Zaymen serta Rayden yang melihat Habeeb masih gelak dan tiada tanda mahu berhenti terus berlalu meninggalkan Habeeb setelah melihat isterinya sudah menghampiri. Walaupun wajah kak Aloya jelas menunjukkan hairan, kenapa suaminya ketawa tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience