BAB 4

Spiritual Completed 1028

‘Sedangkan Hamdan, Allah memandang keikhlasan kita beribadat kepadanya. Bukankah itu tujuan utama kita dicipta. Ikhlas dalam semua perkara lebih lebih lagi ilmu Allah juga ibadat Hamdan, bahkan yang paling utama. Bila ikhlas, semua tidak boleh menyedihkan kita dan takkan sesekali keluar dari mulut kita ‘usaha belot padaku’ kerana kita lakukan semuanya kerana Allah.

Hamdan, kejayaan bagaimana yang kita tafsirkan. Aku percaya aku tidak silap. Kejayaan sebenar bilamana kita sudah berada di tingkatan di mana kita ikhlas semuanya kerana Allah.

Kalau kejayaan ialah pengakhiran kemenangan di dunia lantas adakah Nabi Yahya yang mati dipenggal kepala tidak Berjaya?Adakah Sumayyah yang mati ditusuk lembing tidak berjaya?.

Sedangkan Allah sendiri menjamin kemenangan mereka akhirat kelak. Hamdan, adakah ada yang lebih berjaya dalam hidup seorang muslim selain daripada jaminan Allah sendiri?. Duga Izam.

“Jadi semua ini silap aku. Aku akui aku kadang-kadang begitu buta untuk mengejar kejayaan sehingga aku tak lihat perkara lain. Semua silap aku, kalau aku. . ” keluh Hamdan

‘Mulai hari ini kau dah tak boleh sebut perkataan ‘Kalau’. ” Izham menyampuk.

“Kau pun tahu kan tentang sejarah hidup abang aku. Walaupun hayatnya berakhir di tali gantung yang diciptanya namun aku sama sekali tidak malu mengakui dia adalah abang aku.

Dia tak redha dengan jalan hidupnya. Dia benci apa yang dia terlepas, jadi dia merana dengan apa yang dia ada.

Dia asyik menyalahkan dirinya kerana tak mampu menjadi anak yang ayahku harapkan.

Dia tak mampu mencapai cita-cita ayahku untuk melihat dirinya menjadi seorang peguam kerana dari kecil lagi minatnya hanya pada bidang seni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience